Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan
Penampilan
Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada Kerajaan Malaysia | |
---|---|
Dilantik oleh | Perdana Menteri Malaysia |
Penjawat sulung | Tan Sri Dr Rais Yatim |
Dibentuk | 2010 |
Dimansuhkan | 2018 |
sunting · sunting di Wikidata |
Penasihat Kerajaan Malaysia dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan ialah sebuah jawatan yang pernah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Ia berperanan menasihati kerajaan dengan memberi laporan dan cadangan yang berkaitan sosial dan budaya kepada Perdana Menteri untuk kepentingan negara[1]. Ia ditubuhkan pada tahun 2013 dan dibubarkan pada 2018, selepas pentadbiran Malaysia diambil alih oleh Pakatan Harapan[2].
Penyandang tunggal jawatan ini ialah Dr Rais Yatim, yang pernah menjadi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan[3].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ BERNAMA (5 Julai 2013). "Penasihat Kerajaan: Rais Berazam Jalankan Tugas Sebaik Mungkin". mStar. Dicapai pada 22 Mac 2021.
- ^ Arif Atan (2018). "Sembilan jabatan kerajaan bebas, 10 lagi bubar dari JPM". Malaysia Dateline. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-22. Dicapai pada 22 Mac 2021.
- ^ Manjit Kaur (22 November 2010). "Pulau Pinang Mahu Rais Buktikan Melaka Lebih Baik Pulihara Khazanah Warisan". mStar. Dicapai pada 22 Mac 2021.