Zon Bebas Tentera Korea
Zon Bebas Tentera Korea زون بيبس تنترا کوريا | |
---|---|
Semenanjung Korea | |
Jenis | DMZ |
Dibina oleh | Korea Utara Korea Selatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Digunakan | Selepas 27 Julai 1953 |
Keadaan sekarang |
Beroperasi penuh. |
Dibuka kepada awam |
Dilarang. Akses dengan kebenaran sahaja. |
Dikawal oleh | Korea Utara Korea Selatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Peristiwa | Pembahagian Korea |
Zon Bebas Tentera Korea ditunjukan dalam warna merah dengan Garis Sempadan Ketenteraan ditandakan dengan garisan hitam. |
Zon Bebas Tentera Korea (Hangul: 한반도 비무장지대, Hanja: 韓半島非武裝地帶) atau kependekannya DMZ adalah satu sejalur tanah yang merentasi Semenanjung Korea di mana ia berfungsi sebagai zon penampan di antara Korea Utara dan Korea Selatan. Secara kasarnya Zon Bebas Tentera membahagikan Semenanjung Korea kepada separuh dan ia melintasi kawasan sekitar garis lintang 38. Zon ini dibentuk sebagai sebahagian daripada Perjanjian Gencatan Senjata Korea di antara Republik Rakyat Demokratik Korea, Republik Rakyat China dan angkatan Perintah Bangsa-bangsa Bersatu.
Kepanjangan zon ini adalah 250 kilometer (160 batu) [1] manakala lebarnya kira-kira 4 km (2.5 bt) dan ia merupakan sempadan dengan kehadiran tentera paling ramai di dunia.[2][3] Garisan Had Utara atau NLL merupakan sempadan laut de facto di antara Korea Utara dan Selatan di Laut Kuning (Laut Barat). Kawasan pesisir pantai dan pulau di kedua-dua bahagian NLL juga terdapat kehadiran tentera yang sangat ramai.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "Korean Demilitarized Zone: Image of the Day". Balai Cerap Bumi NASA. Dicapai pada 26 Mac 2010.
- ^ Bermudez (2001), pg 1.
- ^ " Background Note: North Korea", Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Oktober 2006.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Bermudez, Joseph S. (2001). Shield of the Great Leader. The Armed Forces of North Korea. The Armed Forces of Asia. Sydney: Allen & Unwin. ISBN 1864485825. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Zon Bebas Tentera Korea. |
- U.S. Army official Korean Demilitarized Zone image archive
- Washington Post Correspondent Amar Bakshi travels to the Korean Demilitarized Zone... And uncovers the world's most dangerous tourist trap. Jan. 2008.
- Status and ecological resource value of the Republic of Korea's De-militarized Zone[pautan mati kekal]
- Inside the Korean Demilitarized Zone Diarkibkan 2009-09-05 di Wayback Machine
- An English teacher's tour to the DMZ with the USO--pictures and videos
- North Korea Uncovered,(North Korea Google Earth), a comprehensive Google Earth mapping file that maps out the entire Northern half of the DMZ including all of the North Korean buildings, the Axe incident, the location of the signing of the armistice, as well as the two major North Korean military lines
- Tour Of DMZ on YouTube. Dec. 2007
- My Trip to the DMZ South Korea (videos and pictures)
- DMZ Forum: Collaborative international NGO focusing on promoting peace and conservation within the Korean DMZ region