1. 1
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERKAHWINAN SHAM & ATIKAH
DI PUSAT KOMUNITI SENTUL PERDANA
KUALA LUMPUR
13 MAC 2010
Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan
Diiringi paluan kompang, berjalan ke arah Dewan, pasangan pengantin
yangsegak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;
Sham Bin Ahmad dan Nurul Atikah Bt Alias
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih
Berarak masuk ke dalam Dewan, pasangan raja sehari;
Sham Bin Ahmad dan Nurul Atikah Bt Alias
Bersarang merbah di Kuala Langat
Manis madunya pabila dimakan
Suasana meriah bertambah hangat
alunan gamelan kami persembahkan
Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada
kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga
kedua-dua mempelai untuk naik ke pentas dan duduk di Meja Kasih yang
telah disediakan. Dipersilakan.
Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja yang
telah disediakan.
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis
2. 2
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
Yang dihormati Puan Selamah bt Omar, selaku tuan rumah kepada Majlis
Perkahwinankita pada hari ini, yang diraikan pasanganmempelai; Sham Bin
Ahmad dan Nurul Atikah Bt Alias, yang dihormati ahli keluarga, saudara-
mara, bekas-bekas guru dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan
hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Perkahwinan Sham Bin Ahmad dan Nurul Atikah Bt Alias.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Indah berseri bunga kenanga,
Harum baunya menyentuh hati;
Menadah tangan memanjatkan doa,
Kehadrat illahi mohon diberkati.
Denganitu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz ----------------------. Dipersilakan.
3. 3
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz --------------------------- di atas bacaan
doa sebentar tadi. Moga jodoh sentiasa berkekalan.
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Menyingkapbibit-bibit perkenalanpasanganpengantin ini, mereka mula
berkenalanpada tahun ----------- ketika sama-sama -------------------------------.
Perkenalanyang tidak disengajakanitu, akhirnya memutikkan rasa cinta
dalam hati kedua-dua pasanganini.
Setelahmengenalhati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga,
mereka mengikattali pertunangan pada ----------------. Dan pada hari yang
penuh bermakna ini, janji sepakatyang telah dibuat telah ditunaikan di
dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.
Untuk pengetahuansemua, kedua-dua mempelai ini telah selamat
diijabkabulkan pada 17 Januari 2010 dantelah dilangsungkanMajlis
Walimatul `Urus pada hari ini oleh kedua-dua belah pihak pengantin.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana
cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna
apatah lagimelalui ikatan perkahwinanyang dituntut agama.
4. 4
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati
Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab
Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis
makan beradab. Sebelum itu, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaandoa makan beradab yang akan dibacakan oleh ---------
-----------------. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada ----------------------------- di atas doa yang
telah dibacakan sebentar tadi.
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampaidi destinasi
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selainungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Seharidan ahli keluarga
buat semua, atas kesudianhadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari
yang penuh keberkatanini.
5. 5
Tanam langguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini.
Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam
hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum
W.B.T.
Oleh : WANDA