Monday, January 6, 2014

Girl Sling Bag



Tempahan dari Puan Aling Rossellyn..

Comel kan!! 1st time buatkan sling bag mcm ni.. byk lagi yang harus diperbetulkan.. practise make perfect!
sedih.... sampai sekarang i tak sempat buatkan lagi untuk suri! bila tgk pic ni baru teringat.. 
nanti nak buatkan 1 yang macam ni untuk dia.. Dah pernah janji dengan dia nak buatkan.. 

Moga dilapangkan masa OlehNya... Amin..

Kisah Sulam


Assalamualaikum..

macam comel je bag ni.. mcm pernah nampak je kannn.. hihi.. Design fabrik ni memang sengaja i simpan banyak2.. i suka! hopefully uolls tak jemu tengok design yang sama jeeee.. layan je la ye.. 

Motifnya nak tunjuk sulam nama tu.. masa sulamkan nama utk bag ni, i tak ada lagi mesin sulam.. masih goyang inul.. Alhamdulillah.. berkat kesabaran, tercapai lah impian.. dapat la sebuah mesin sulam NV950.. tak mahal pon (beli masa ada sale kat LSN) tapi sangat sangat berguna buat i.. boleh lah untuk i yang baru nak berjinak-jinak menyulam ni.. Lepas ni tak perlu nak goyang inul lagi.. hikhik.. ada hasil sulam yg i sulamkan atas towel baby.. i will share here ok.. :)

oh btw, thanks to kak Naimah sudi menempah.. Moga kak Naimah suka.. :)

Monday, September 30, 2013

My Story Part 1 - Kerana Susu Ibu......

Assalamualaikum...
.
Sudah lama sebenarnya nak cerita pasal diri saya. tapi tak terbuka hati lagi. Tapi, hari ini tiada rahsia lagi. saya akan cerita pasal diri saya secara berperingkat-peringkat. Almaklum la... umur dah 30 tahun.. mana mungkin muat dalam 1 entry kan... entry 'my story' ini khas buat kawan-kawan dan follower yang kenal saya tapi tidak tahu siapa saya sebenarnya. Saya mulakan dengan kepakaran saya dahulu ye..

Kepakaran saya adalah menyelesaikan masalah ibu mengandung, ibu menyusu dan bayi dalam mendapatkan barang keperluan tanpa perlu keluar dari rumah. Semuanya hanya dihujung jari sahaja. Hanya pilih, taip dan klik sahaja, barang akan sampai didepan pintu rumah. Juga membantu ibu-ibu tetap menyusukan bayi dengan yakin dan selesa walaupon berada di tempat awam dengan kaedah memakai 'breastfeed cover' yang dijahit oleh saya sendiri. 

Kisahnya bermula apabila dahulu saya bermasalah bilamana bayi saya memerlukan susu ditempat awam yang tiada bilik khas untuk menyusu, saya terpaksa menggunakan tandas awam untuk beri susu kepada bayi saya. Dengan keadaan tandas awam yang busuk dan kotor sama sekali tidak selesa, stress dan tidak fokus. 

Dari saat itu lah, saya bernekad untuk mencipta 'breastfeed cover' yang saya beri nama 'Nursing Made Easy Nursing Cover' mengikut keselesaan saya dan ingin berkongsi dengan semua ibu-ibu yang saya tahu, semua ibu-ibu yang menyusu bayi sepenuh masa mempunyai masalah yang sama dengan saya. Tak terkecuali ibu-ibu bekerja yang setiap kali mahu memerah susu, setiap kali itu lah kena berkejar ke tandas atau bilik khas. Kadang-kadang terganggu waktu bekerja ketika keadaan tengah sibuk dan bila ibu mula stress, proses susu badan pon mulai terganggu. Saya sudah alaminya satu ketika dahulu...

Kini, saya mempunyai 3 orang anak. Walaupon saya gagal memberikan susu kepada anak pertama saya sehingga umur 2 tahun, (maafkan ibu mu, wahai anakku, Firman Daniel.. :( ), tapi dengan nekad dan tawakkal, saya berjaya menyusukan anak kedua saya sehingga 2 tahun. Dan anak ketiga saya yang sekarang sudah berumur setahun empat bulan juga masih menyusu badan dan akan berterusan sehingga 2 tahun juga.. Tiada lagi masalah dan  tiada lagi alasan utk menyusukan bayi walau dimana kita berada...Insyaallah.. Amin.. Saya doakan semoga Allah permudahkan ibu-ibu diluar sana untuk menyusukan bayi mereka.  :)

Firman ALLAH didalam al-quran surah al-baqarah ayat 233 yg bermaksud "para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yg ingin menyempurnakan penyusuan". 

Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Amiiiinnn! 





p/s : part seterusnya saya akan ceritakan kenapa terbukanya hati saya nak bercerita tentang diri saya.. :)

Thursday, September 12, 2013

Diapers Bag for Sis Nor Afizah


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dalam kerja-kerja mengumpul balik kerjatangan yang dah siap tapi belum update dalam blog lagi. Agak lama juga tak buat diaper bag akibat kekangan masa semenjak ada baby. baby boy yang tak boleh langsung kalau nampak mummynye pegang mesin jahit. Jealous kot! Memang dari mula pregnantkan dia, saya rasa mual bila pegang mesin jahit..huhu.. sekarang dia dah setahun 4 bulan.. cepatnya masa berlalu ~~~~~~............ ^ - ^

ok..ok.. dah lari topik dah.. hehe..

Saya sangat happy bila customer puas hati dengan kerja tangan saya.. Alhamdulillah kak Afizah suka bag yg saya buatkan.. saya ada print screen komen dia utk share kat sini.. tapi tak pandai nak paste kat sini la.. saya paste 'manual' je la.. :D


Afizah Mat Yusoff
  • salam... beg dah dapat. cantik sgt, besar puas hati.. terima kasih byk. saya beli ye

    Nor Afizah Mat Yusoff
    • takpe... ini pun sgt cantik. lps ni saya tak beli kat luar dah la beg utk baby... klu tahu dr dulu beli kat awak.. beg asik rosak je huhu. lg sekali thanks a lot

Alhamdulillah.. Thanks sis Afizah!

Wednesday, September 11, 2013

Diaper Stacker For Sis Alyn


Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk update blog. Sebenarnya, diaper stacker ni dah lama i buatkan untuk sis alyn untuk bakal baby girlnya hari tu, (baby dia pon dah besar agaknya..hehehe) tapi baru ada kesempatan nak publish kat sini. huhu.... antara combination design fabric dan color yang saya suka! sgt matched! pada mata saya laa.. Hopefully sis alyn suka.. :)

Gambar dibawah adalah diaper stacker ready stock untuk dirembat! Jika ada yang berminat boleh email [email protected] @ pm kat di facebook page @ whatsapp 012-9125299 @ buy online at www.deliagarden.com :)

STOK ADALAH TERHAD!!
GRAB IT FAST!! 1ST COME 1ST SERVE!!





*SORRY.. SEMUA DAH SOLD OUT.. UNTUK TEMPAHAN BOLEH WHATSAAP 012-9125299 OK.. TQ MUAHSS!

Sunday, August 18, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum and Hi!!

Before its too late, I want to wish Selamat Hari Raya Aidilfitri to all Muslims. Maaf zahir dan batin to all my friends and followers jika ada salah dan silap.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa

Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata

Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa

Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya

Maaf Zahir Batin Dari Kami Sekeluarga :)