Saraf Tunjang

Descargar como pptx, pdf o txt
Descargar como pptx, pdf o txt
Está en la página 1de 11

Pengenalan Saraf Tunjang

Saraf tunjang ialah bahagian sistem saraf pusat yang terdapat di dalam tulang belakang.
Bermula dari Medula Oblongata hingga ke hujung ruangan tulang belakang. Bukan sebahagian tulang vetebrata Bahagian dalam saraf tunjang terdiri daripada jirim kelabu (badan sel). Bahagian luar terdiri daripada jirim putih (gentian saraf)

Saraf tunjang

Fungsi Saraf Tunjang


Bertindak sebagai pusat tindakan refleks
Membolehkan laluan impuls di antara otak dengan sistem saraf periferi Mengintegrasi maklumat dan mengawal refleks spinal

Ciri-ciri Saraf Tunjang

Panjang lebih kurang 45sm. Mempunyai satu laluan dalaman yang sempit yang dipenuhi dengan cecair cerebrospinal. sulcus median posterior (satu alur cetek) di permukaan posterior Fisure median anterior (satu lekuk yang lebih dalam) di bahagian anterior. Saiz garis pusat saraf tunjang menjadi semakin kecil apabila mendekati bahagian sakral.

Bahagian pembesaran servikal (cervical enlargement) mensarafi bahagian girdle bahu dan tangan Bahagian pembesaran lumbar (lumbar enlargement) mensarafi bahagian pelvis dan kaki. Terdiri daripada 31 segmen dan setiap satu dilabelkan dengan satu abjad dan nombor Setiap segmen dikaitkan dengan sepasang akar ganglia dorsal (dorsal root ganglion) yang mengandungi badan sel neuron sensori

Akar dorsal yang mengandungi akson neuron sensori membawa maklumat sensori ke saraf tunjang Akar ventral yang mengandungi akson neuron motor CNS mengawal otot dan kelenjar Semua saraf spinal adalah saraf campuran kerana mengandungi kedua-dua fiber motor dan sensori Menurut ahli-ahli anatomi yang awal menyatakan saraf tunjang orang dewasa turun hingga ke vertebra lumbar pertama atau kedua sahaja Mereka mendapati bahawa ia kelihatan seperti ekor kuda dan menamakannya cauda equina.

Apabila dilihat keratan rentas saraf tunjang fisure median anterior dan sulkus median posterior menandakan pembahagian antara bahagian kanan dan kiri saraf tunjang Jisim kelabu (gray matter) dipenuhi dengan badan sel neuron dan sel glial. Ia membentuk seakan satu huruf H atau bentuk kupu-kupu di sekeliling kanal pusat yang sempit Pemanjangan jisim kelabu membentuk tanduk yang tumbuh keluar ke dalam jisim putih (white matter) Jisim putih mengandungi akson bermielin dan tidak

Tanduk jisim kelabu posterior mengandungi nuklei sensori Tanduk jism kelabu anterior mengawal motor otot skeletal Nuklei di tanduk kelabu lateral mengandungi neuron motor visceral yang mengawal otot licin, otot kardiak dan kelenjar Jisim putih dibahagikan kepada bahagian, dengan bahagian putih posterior memanjang hingga ke tanduk kelabu posterior dan sulkus median posterior

Setiap bahagian mengandungi trak yang mana aksonnya membawa data sensori atau arahan motor Trak menaik bawa maklumat sensori ke otak Trak menurun utus arahan motor ke dalam saraf tunjang

También podría gustarte