Hantu Raya Bahagian Akhir

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan bahagian keempat..

“Aduhhhhhhhhhhhhh” Jeritan Pak Lamat memecahkan malam…

Pak Lamat senyap!

Pitam!

Aku bangun dan capai parang dari tangan Pak Lamat, kali ini dia pasti tak dapat berdiri dengan betul, melainkan diberikan rawatan yang sewajarnya.

Parang aku ambil dan bawa jauh dari kedudukan Pak Lamat. Sambil aku menanti bapak dan Pak Seli yang nampak gayanya sudah hampir ke kemuncak perkelahian.

Ifrit yang dilawan sudah ditawan, tanduk kerbaunya didahi kiri sudah patah ditetak bapak! Tanduk yang patah dipegang dalam tangan kiri bapak! Ifritnya sendiri melutut dan berteleku dihadapan bapak dan Pak Seli.

Tanduk kanan didalam genggaman Pak Seli, dan tapak tangan Pak Seli memancarkan cahaya kuning dalam pada dia masih memegang tanduk Ifrit.

Aku kesat peluh yang berjurai didahi dengan lengan baju melayu. Dan aku mula membersihkan kesan tanah dibaju, dan kembali berdiri dibulatan berpagar yang aku buat mula-mula tadi..

“ALLAHHHHU AKHBAR!!!” Suara Pak Seli separuh menjerit, menetak tanduk Ifrit dengan tangan kanan yang kosong.

HUAARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Bergema hutan dengan jeritan Ifrit yang aku sangkakan Hantu Raya pada mulanya. Senyap sunyi hutan seketika, mahluk lain bagaikan menikus dengan bunyi yang menakutkan tadi..

“AMPUNKAN AKU TUAN… AMPUNKAN AKU…” Suara garau dan parau Ifrit mula berkata-kata. Kedengaran aneh, dialek melayu kuno yang dituturkan. Kedua-dua tanduknya sudah ‘dipatahkan’, ibarat segala ilmunya telah habis dimusnahkan.

“Jangan terpedaya dengan tipu dan helahnya, Mahat!” Tingkah Pak Seli

“Aku mahu kamu kembali ke ‘asal-muasal’ mu, jangan kau ganggu cucu cicit keturunanku!” Tegas suara Pak Seli dalam pada dia masih berpeluh-peluh berbaju Melayu.

“Tak boleh, tuannnnnn….. Aku sudah bersumpah dan janji dengan Tuanku” Balas Ifrit yang menyerupai Hantu Raya tersebut.

“Baik! Kalau kau berkeras, aku hancurkan kau dengan Kalimah Allah!” Balas Pak Seli, tapak tangan kanan dibuka menghala ke kepala Ifrit

A’uzubillahi minas syaiton nirrajim

Alam tarokai fafa a’la robbuka bi ashabil fill..

Walaa ya u’dhu hu, hif zu huma.. wa huwal aliyul azim!

Bergegar-gegar tangan Pak Seli seperti mengeluarkan gelombang aura pemusnah yang besar. Kawasan disekitar lingkungan mereka juga dipenuhi asap, asap yang seolah-oleh terhasil dari Ifrit yang terbakar.

“Ampunkan aku…. Ampunkan aku… Baiklah, baiklah.. Aku mengaku kalah! Aku akan pergi..!” Terpekik-pekik Ifrit tersebut dalam kelunyaian dibantai bacaan ayat-ayat suci.

“Baik! Tapi bagaimana jika kau mungkir?” Kata Pak Seli menekan..

“Aku akan terbakar jika melanggar janji!” Pantas disahut Ifrit yang masih mengeliat kepanasan..

“Macam mana bang?” Tanya bapak aku..

“Tidak! Sungguhpun dia sudah berjanji, tapi kita tidak boleh yakin dengan janji yang diucapkannya!” Tingkah Pak Seli.

“Benar tuan! Percayalah pada janjiku! Kami tidak pernah mungkir janji!” Balas Ifrit dalam keadaan mengigil-gigil.

Hidung aku mula menangkap bau hamis dan hancing yang datang dari Ifrit didepan Pak Seli, cukup kuat baunya hingga boleh dihidu dari jarak yang jauh.

“Pegang ni, Mahat!” Kata Pak Seli

Pak Seli memberikan kepada bapak tanduk Ifrit yang telah d******g, bapak memegang di kedua belah tangan, dikiri dan kanan.

“Baik! Bismillahir rohmanir rohim, dengan izin Allah, aku ‘perintahkan’ kau pergi dari kampung ini, dan jangan kau kembali lagi, selagi keturunan ku masih bersusur galur dikampung ini!” Kata Pak Seli, tangannya ditunjukkan keluar, seperti mengarahkan Hantu Raya tersebut keluar dari sini.

Hantu Raya tersebut dilepaskan dari dipasak ditanah, seketika kemudian dia menunduk seperti memberi hormat sebelum secara tiba-tiba ghaib! Bersama satu panahan halilintar yang memanah ke arah pokok disekitar kawasan Pak Lamat!

Mengejutkan aku yang sedang memerhati!

Aku jeling kearah Pak Lamat, Pak Lamat juga ghaib!

Aduhhhhh… Macam mana dia boleh bangun dan berjalan?

Pak Seli mula mengutip keris dan sarung yang diletakan ditanah, begitu juga dengan bapak. Seketika kemudian bapak dan Pak Seli mara ke arah aku.

“Sudah, Rip! Mari kita pulang.. Jangan ditunggu kawasan ni!” Kata Pak Seli.

“Pak Lamat, pak?” Tanya aku

“Janjinya dibawa m**i.. Sudahlah, mari kita keluar dulu dari sini!” Sahut Pak Seli kembali.

Kami mula melangkah meninggalkan pondok buah ditengah hutan. Meninggalkan aku dengan beribu persoalan. Sepanjang perjalanan bapak hanya diam mengemudi jalan. Kami berjalan pantas hingga tiba ke laman rumah Pak Lamat.

Rumah Pak Lamat sedang terbakar!

Beberapa penduduk kampung sedang cuba memadamkan kebakaran. Tapi nampaknya usaha yang dilakukan bakal berakhir sia-sia. Api sudah membakar habis hingga kelantai, dinding dan atap sudah hangus keseluruhannya.

“Macam mana boleh terbakar?” Tanya aku pada Dolah jiran Pak Lamat yang berada disekitar yang cuba memadamkan kebakaran.

“Kena sambar petir!” Sahutnya ringkas

“Sambar petir?”

“Ya! Tiga kali disambar petir sebelum terbakar! Kesian Pak Lamat.. Apalah nasib orang tua tu!” Balas Dolah..

Pak Seli dan bapak bergegas meninggalkan kawasan rumah Pak Lamat, aku minta izin dari bapak untuk tinggal dan cuba membantu penduduk kampung memadamkan kebakaran, tapi hampa.. Rumah hangus dan ranap menyembah bumi.

Bomba yang datang kemudian juga tidak dapat berbuat apa-apa.

Aku kembali kerumah, dan tiada siapa dirumah. Naik ke atas membersihkan diri dan menukar pakaian, dari kesan kotoran. Tak lama kemudian bapak kembali kerumah.

“Kemana bah?” Aku bertanya.

“Ikut Pak Seli kau tanam telur diperdu pisang baru tumbuh jantung di kebun belakang” Kata bapak

“Ohh.. Anu…” Aku cuba menghabiskan ayat tapi d******g bapak.

“Esok sianglah kita berbual, Rip.. Abah ada kerja lagi ni!” P****g bapak, ringkas..

Malam berlalu dan bapak kedengaran mengalunkan ayat suci hingga ke remang subuh. Aku lena dengan tenang dalam alunan ayat-ayat suci dialunkan bapak.

Keesokkan siang usai pulang dari subuh berjemaah, bapak panggil aku untuk turut serta bersarapan bersama. Sebelum bapak mula keluar melihat hasil kebun.

“Semalam, pertama kali dalam hidup abah, abah nampak Pak Seli kau menangis tersedu-sedu..” Keluh bapak saat kami sudah mula membuka bungkusan nasi lemak yang dibeli dari warung Mak Siti diatas meja.

“Pak Seli menangis?” Tanya aku musykil.

“Ya!”

“Dia kecewa dengan apa yang berlaku pada Pak Lamat.. Dia tak bercakap, tapi abah faham perasaan dia..”

“Kita semua kenal Pak Lamat jenis yang bagaimana kan? Pak Seli kau, tak sangka sampai begitu jauh sekali Pak Lamat terpesong.. Hanya kerana mahu dikenali, dihormati, atau mungkin kerana sedikit duit atau kuasa, dia sanggup pilih jalan yang salah.. Rupanya, selama ni Pak Kadir tu yang menghalang kerja kotor Pak Lamat, tapi disihirnya pula Pak Kadir, sampai arwah orang tua tu!” Sambung bapak lagi, tangannya berhenti dari menyuap nasi lemak dan menatap muka aku.

“Mungkin dia ada alasannya sendiri, bah.. Kesiannn..” Aku membalas

“Walau apa pun alasannya, Rip.. Kita tak boleh menyekutukan Allah, syirik yang nyata ni, salah satu dari tujuh dosa besar.. Entahlah, itu bahagian dia yang ditinggalkan untuk kita ‘manusia yang hidup’ dijadikan pengajaran dan tauladan..” Keluh bapak lagi

“Kita terlalu sibuk menguruskan dan menjaga hal orang lain, jemaah lain, qariah lain, penduduk kampung lain.. Hingga kita terlupa ‘qariah’ kita sendiri dalam masalah.. Bagaikan musuh dalam selimut, Syaitan dan Iblis tak menunggu peluang untuk menyesatkan sesiapa yang dia suka. Abah rasa, mungkin disebabkan hal itu, Pak Seli kau menangis bersungguh-sungguh semalam!” Bapak mula mencebik, seperti dia juga turut berada dalam kesedihan yang sama.. Agak lama bapak termenung sebelum kembali menyuap nasi lemak ke mulut..

“Nanti lepas Asar, kau pergilah ke rumah Pak Seli, bawa sekali pisang setandan, temankan dia berbual, mungkin boleh menghilangkan duka lara dia..” Bapak menghabiskan kata-kata, dan aku hanya mengangguk tanpa banyak soal.

Dari apa yang aku dengar tengahari tersebut, Pak Lamat ditemui hangus didalam rumah. Rentung didalam ruang tamu, bersama rebahnya rumah papan berpanggung yang menjadi saksi segala amal yang dilakukan beliau, dibawa hingga ke akhir hayatnya. Sedangkan rumah sewa Pak Kadir tidak sedikit pun terluak dengan api yang menganas semalam. Kekal utuh membezakan diantara dua lelaki dengan dua dunia berbeza, bersama agenda mereka tersendiri dalam kehidupan.

Jenazah Pak Lamat disolatkan oleh penduduk kampung dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam dihujung kampung.

Aku ke rumah Pak Seli setelah asar, bersama setandan pisang yang dikirim bapak, dibonceng dibahagian belakang mengunakan guni dan diikat dari keciciran.

Pak Seli sedang tenang memberikan ayam makan dibelakang rumah. Salam disahut dan hajat bapak aku serahkan kepada Pak Seli..

“Pak Seli, baik?” Aku menyapa dengan senyum sumbing.

“Baik.. beginilah aku, Rip…. Kenapa? Abah kamu kata aku tak baik ke? haha..” Balas Pak Seli, selepas kami bersalaman.

Aku duduk di bangsal belakang rumah Pak Seli, sambil dedak aku taburkan membiarkan ayam mematuk-matuk didepan mata. Pak Seli melabuhkan p******g disebelah.

“Abah kata, Pak Seli menangis semalam.. Itu yang aku datang tengok Pak Seli..” Aku balas tanpa memandang muka Pak Seli..

Lama dia diam sebelum dia mula berbicara.

Matanya berkaca-kaca, bagaikan memendam seribu penyesalan yang tak terungkap dengan kata-kata..

Kesian pula aku rasa pada Pak Seli..

“Aku kenal dia dah lama, tak sangka pula itu jalan yang dia pilih.. Sudahlah, Rip.. Aku malas nak fikir lagi, nanti aku sendiri yang sedih.. hurmmmmm…” Balas Pak Seli, mukanya dipaling kearah lain semasa bertutur pada aku, barangkali dia sedang menyeka air matanya sendiri..

“Ingat pesan aku, Rip.. Apa pun berlaku dalam dunia.. utamakan qariah kau dulu, jemaah kau dulu sebelum kau mula membuka tangan untuk dunia.. Satu masa dulu, kalau tak kerana ada ‘tangan-tangan’ Melayu yang menasihatkan Sultan dan Kuasa Menteri, Tanah Melayu dah lama bergabung dengan Kepulauan Indonesia..” Kata Pak Seli.

“Jadi?” Aku balas dan memandang muka Pak Seli.

“Jadi kau lihat apa yang sejarah dah beritahu pada kau?” Tanya Pak Seli

“Kuasa Sultan dihapuskan disana, dan segala susur galur ‘ketuanan’ dan ‘kesultanan’ Melayu hilang d*****h, ‘dirogol’ dan dihapuskan hingga ke seluruh cucu dan cicitnya dengan kebangkitan Regim pertama yang berkuasa” Balas aku

“Betul, Rip!” Balas Pak Seli, kepala aku digosok-gosok dengan tangan kanan, berbau dedak rambut aku..

“Sembilan belas tahun yang panjang sebelum pemerintahan kuasa kedua mengambil alih, saki baki KeSultan Melayu Langkat, Serdang Asahan, Deli, Kota Pinang dan kesemua kaum kerabat mereka membuang ‘pangkal nama’ yang melambangkan mereka adalah keturunan kerabat Melayu.. Segala nama Wan, Tengku hilang begitu sahaja. Bimbang d*****h dan dirogol oleh rakyat yang dimomok agenda oleh pihak tertentu! Rakyat mereka menyesal kerana khilaf yang dilakukan, tetapi sudah terlambat!”

“Kita bernasib baik, kerana ada tangan-tangan yang masuk campur menasihati Ketua-ketua negara dan Majlis Raja-Raja untuk tidak turut serta dalam pembentukan negara sana, ‘jemaah kita dijaga dalam jemaah’. Jika tidak, kita pada hari ini pun bukanlah siapa-siapa ditanah sendiri, pasti kita dah merempat dan ditindas, tanpa mereka yang menjadi Penaung Negara!”

“Begitulah pentingnya kita aturkan masalah dalaman kita dulu, atau dengan bahasa mudahnya, kita uruskan qariah kita, sebelum kita sibukkan hal qariah lain.. Itu menurut pandangan aku yang dangkal, Rip.. Hurmmmm…” Sambung Pak Seli panjang lebar.

Aku mengangguk-angguk mendengar kata-kata separa patriotik dari Pak Seli. Rumahnya aku tinggalkan menjelang maghrib dan aku percaya, Pak Seli bukanlah orang yang mudah dihanyut perasaan sendiri.

Orang yang berbakti sepertinya masih menangisi khilaf yang tak dilakukan olehnya sendiri. Apatah lagi aku, yang hidup sentiasa bergelumang dengan khilaf. Semoga amal jariah semasa hayatnya diangkat menjadi penghapus kepada dosa-dosanya..

Begitulah ceritanya untuk kali ini..Seperti yang dikatakan Pak Seli, utamakanlah jemaah kita terlebih dahulu, perhatikan sekeliling, masih adakah lagi asnaf dalam kawasan yang kita tinggal? Sebelum kita keluar menderma, membantu dan menyumbang dikawasan penempatan lain? Dengan cara ini, kita boleh mengelakan soalan berbangkit dihari Pengadilan kelak.. Kerana kita sudah menjaga jemaah dan qariah kita sendiri, sebelum kita mencampuri urusan dunia luar!

Dan walau bagaimana sukar pun kehidupan yang dilalui, janganlah sesekali kita menyekutukan Allah..

Semoga saudara-saudara muslimin kita diberikan kemenangan di Aqsa, amnya dan kita semua diberikan kemenangan dihari kebangkitan kelak secara khususnya! Amin!

Sekian, Wallahualam

Salam hormat

Terima kasih kerana membaca …. Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Last icon love please…. nais!

xoxo

#Pusaka

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 5]
Arif Yahya

8 thoughts on “Hantu Raya Bahagian Akhir”

  1. Habis da ha …
    Aduhai …
    cepat betul …la
    tang pasal awal kemerdekaan tu betul ..jika bergabung dengan Indon ..seperti mana Rancangan Perjumpaan pertama Tunku A Rahman dengan Bung Karno…
    Lauk Melayu dibumi sendiri …
    Sejarah Raja-Raja Sumatera dan Kalimantan menjadi saksi …
    semoga Malaysia terus dalam Rahmat Allah swt dan Sejahtera Damai sentiasa …
    Moga ada lagi Kisah Pendekara lainnya ..
    Terus maju jaya ..

    Reply
    • Memang kebenaran itu amat pahit untuk ditelan. Malah kita sebangsa seagama juga dihasut supaya saling membenci. Tujuan mereka itu sudah tentu mahu menangguk di air yang keruh.
      Harapan semoga saudara di Indonesia di malaysia juga Brunei sentiasa beristikhomah dan terus menjalinkan siratul rahim sesama kita demi bangsa dan ugama.
      InsyaAllah.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.