Untuk mengubah akal, hati dan nafsu, seseorang mesti melalui tiga proses secara tertib dan berkesinambungan supaya akal ‘tahu’, hati ‘mahu’ dan diri ‘mampu’.
Rasulullah ﷺ pernah mengakui bahawa jika dikatakan kepadanya Bukit Uhud telah berubah, Baginda mudah mempercayainya berbanding jika dikatakan seseorang itu berubah. Ya, Rasulullah ﷺ – pemimpin yang telah berjaya merubah sikap manusia itu – pun mengakui sukarnya mengubah sikap manusia. Gunung boleh berubah, hati manusia tidak semudah itu. Gunung boleh diratakan dengan dinamit dan buldozer, tetapi hati manusia yang rakus dan angkuh begitu sukar sekali dilentur dan diubati.
Saya kaitkan denga kuliah subuh tadi..
TANDA HATI YANG MATI
Oleh Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman
Zaman moden yg canggih ni, usaha utk memantapkan taqwa, agak sukar, kerana ada byk agenda2 lain. Ia adalah satu cabaran, ujian.
Setiap umat ada taraf ujian masing2. Kepesatan pembangunan semua perkara, ekonomi, sosial, dll, menjadi cabaran buat kita, moga kita diberi bantuan oleh Allah utk terus istiqamah.
Firman Allah :
﴿٧٤﴾ ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِىَ كَٱلْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ ٱلْأَنْهٰرُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ ٱلْمَآءُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ ٱللَّهِ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
❬74❭Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.
(Al Baqarah 2:74)
Allah mengungkapkan ayat ini setelah menceritakan tentang perangai org2 bani Israel yg mempersoalkan tentang arahan Allah sedangkan mereka nak Allah bg solution, mereka minta pd nabi musa mcm2, minta utk tentukan siapa antara pihak bertelagah yg telah menyebabkan kematian saudaranya.
Maka salah satu cara yg Allah bg, jika kita tgk xda kaitan langsung, nak bangunkan si mati. Allah suruh sembelih lembu. Otak bani Israel “jem” bila dpt arahan itu.
Mcmtulah juga kita bila Allah bg solution pd masalah2, ada yg jd jem otaknya, walhal itulah penyelesaian.
Kita suka bertelagah, sampai satu saat xboleh nak diselesaikan sesuatu masalah itu.
Contoh: adik beradik bergaduh sbb sesuatu masalah. Yg di focus adalah pd masalah. Itulah punca perbalahan. Patutnya cari cara utk selesaikan, utk elak perbalahan.
Berbalik pd kisah bani israel td, mereka tanya mcm2 pasal lembu. Nak tanya terlalu detail pasal lembu, tanya lembu warna apa, dll.
Akhirnya setelah sembelih lembu, ambil ekor dan pukul pd si mati, itu saja arahannya. Dengan pukulan td, si mati pun bangun utk bgtau siapa pembunuhnya. Begitulah mcmana Allah menghidupkan si mati.
Setelah ditunjukkan mukjizat, mereka lihat, rasa, supaya mereka berakal, utk memahami tuhan, konsep utk ibadat dan mentauhidkan Allah. Tp sebaliknya berlaku, hati mereka keras!
Setelah nampak kebenaran, tahu kebenaran, tp hati mereka keras xmahu terima kebenaran.
Apa maksud قَسْوَةً ? Hati yg keras, mati.
Bila hati / jantung keras, xberfungsi, maka matilah kita. Jasad akan mati.Sunyinya hati dari ayat2 Allah - inilah seksaan terhebat bagi manusia atas muka bumi.
Hati yg mati ibarat batu yg tiada manfaat.
Kerana itu nabi sebut, bila seseorang buat dosa, hilang imannya.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah beriman seorang penzina itu ketika berzina. Tidaklah beriman seorang pencuri itu ketika mencuri. Tidaklah beriman seorang yang meneguk arak itu ketika meneguknya. Dan tidaklah beriman orang yang merampas harta yang tinggi nilainya itu ketika merampasnya”
Penyakit hati mati boleh terkena pd siapa2 saja, hatta pd seseorang yg memiliki kehebatan sekalipun.
Hati yg mati disebabkan oleh 10 perkara :
1- Kamu kenal Allah tp tidak tunaikan hak Allah.
2- Kamu baca kitab Allah tp kamu xbuat.
3- Kamu mendakwa cinta nabi tapi tinggalkan sunnahnya.
4- Kamu kata memusuhi syaitan, tp kamu ikut syaitan.
5- Kamu kata kamu suka syurga, tapi tidak beramal utk mendapatkannya.
6- kamu kata kamu benci neraka tp kamu menggadaikan diri utk masuk neraka
7- Kamu kata maut itu benar tp kamu tidak bersedia utk mati.
8- Kamu sibuk dgn keaiban org lain tp kamu lupa aib sendiri.
9- Kamu mkn nikmat Allah tp kamu tidak bersyukur.
10- Kamu kuburkan org mati tapi tidak ambil pengajaran daripada kematian.
Jadi kalau xnak hati kita mati, maka kena reverse 10 perkara diatas. Baiki satu2. Kita repair, buat bypass pd jantung yg dah nak mati.
Semoga hati yg dah nak mati itu sempat utk diselamatkan.
Wallahu a’lam
Rujukkan..saudara Zulfa & ustaz Pahrol
No comments:
Post a Comment