Cara menggunakan Netflix dengan Google Home dan Google Assistant
Anda boleh menggunakan Google Home dan Google Assistant untuk mengawal peranti Chromecast yang disambungkan dan TV terpilih dengan Chromecast terbina dalam.
TV dengan Chromecast terbina dalam memerlukan versi Cast 1.21 atau lebih tinggi.
Bukan semua TV dengan Chromecast terbina dalam serasi dengan kawalan suara Google Home.
Untuk memautkan akaun Netflix anda kepada Google Assistant:
Mula-mula, pautkan peranti anda menggunakan apl Google Home. Kemudian, pautkan Netflix kepada akaun Google anda:
Buka apl Google Home.
Pilih Tetapan.
Dalam Perkhidmatan, pilih Video.
Cari Netflix, ketik Pautkan dan pilih Pautkan Akaun.
Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda serta pilih Daftar masuk dan Pautkan.
Pilih profil Netflix untuk dipautkan kepada Google Assistant.
Kini, anda boleh mengawal Netflix pada peranti yang disambungkan kepada Google Home anda menggunakan kawalan suara Google Assistant.
Untuk menukar profil Netflix yang dipautkan kepada Google Assistant:
Buka apl Google Home.
Pilih Tetapan.
Dalam Perkhidmatan, pilih Video.
Cari Netflix dan ketik Uruskan.
Ketik Tukar Profil dan pilih profil Netflix untuk dipautkan kepada Google Assistant.
Untuk menyahpautkan akaun Netflix anda daripada Google Assistant:
Buka apl Google Home.
Pilih Tetapan.
Dalam Perkhidmatan, pilih Video.
Cari Netflix, ketik Nyahpautkan dan pilih Nyahpautkan Akaun.
Akaun Netflix anda tidak lagi dipautkan kepada Google Assistant.
Perhatian:Daftar keluar daripada semua peranti daripada halaman Akaun anda juga akan menyahpautkan akaun Netflix anda daripada Google Assistant.