#Pantang with Dr FL
Hi mommies. Korang dah baca pasal Susu Badan Terlalu Banyak semalam di SINI. Harini aku nak cerita pulak cara untuk mengatasinya.
Okay sebelum tu aku nak buat disclaimer. Oversupply of breastmilk yang aku alami tiada kena mengena dengan pumping ya. Maksudnya disini, aku langsung tak buat pumping untuk kumpul stok EBM. Oversupply does happen due to surge of the prolactin hormone. Awal-awal postpartum, body kita masih tengah adapt dengan konsep ‘Demand & Supply’. Dicampur pula dengan hormone prolactin yang gigih menghasilkan susu..hence oversupply boleh berlaku 😊
Ni breastfeeding caddy aku. Aku akan bawa everywhere in the house. Kalau tengok TV, caddy ni pon pi tengok tv sekali. Kalau aku tengah guna PC, caddy ni pon join guna PC sekali. Hatta bila tidur malam sekalipun, caddy ni akan tidur sebelah aku 👭
Dalam caddy ni ada:
· Milk collector shells
· Silicone milk collector
· Breastmilk storage bag
· Breastmilk storage bottle
· Milk bottle *Please use with caution as it may lead to nipple confusion*
· Breast pads
· Nipple ointment
· Wet Tissue
· Napkin
· Breast pump
Setiap kali nak BF Nolan, BF caddy ni kena get ready by my side. Sebabnya…once Nolan DF, side yang tak DF tu akan melimpah ruah. So biasanya aku akan alas dengan napkin dan tadah susu dengan menggunakan Silicone Milk Collector. Bayangkan, setiap kali DF, aku boleh collect almost 3oz one side! Benda ni berguna sangat-sangat untuk mengelakkan susu badan terbuang begitu sahaja.
CARA ATASI SUSU BADAN TERLALU BANYAK / OVERSUPPLY OF BREAST MILK
EXPRESS SEBELUM DIRECT FEED
Oversupply akan menyebabkan breast terlalu engorge dan akan menyebabkan proses ‘Let-down’ susu menjadi sakit dan traumatik. Bayi susah gilerrr nak latching, ibu pon berganda stressnya sebab anak akan berkungfu bertarung dengan breast. Tak cerita lagi masa tu susu on the other side dah start menitik-nitik habis lencun satu baju 😱
What you can do is, either Teknik perahan tangan (Marmet) or use a breatpump before you DF your baby. Tapi ingat, aim kita adalah untuk relief the pressure sahaja. By means, bila perah susu tu jangan sampai breast jadi kosong ye. Cukup sekadar sampai breast jadi lembut, sesuai dan selesa untuk bayi latching. Kalau mommies overdo…nanti lagi haru sebab susu akan berlipat kali ganda banyaknya.
BREASTFEEDING DALAM KEADAAN BERSANDAR
Posisi yang paling selamat untuk bayi adalah bila ibu BF dalam keadaan bersandar (pastikan ibu selesa, rapatkan belakang badan pada bantal/kerusi). Bila flow susu terlalu laju, bayi boleh menghentikan DF dengan mengangkat kepalanya sendiri untuk mengelakkan choking. Contoh posisi seperti dalam gambar.
BREASTFEED BAYI SEBELUM BAYI LAPAR
Biasanya aku akan prepare dulu everything, dah marmet and all. Mommies yang oversupply sentiasa kena bersedia ok! Kemudian barulah aku akan kejutkan Nolan untuk BF. Remember to BF your baby on demand, ideally every 1 to 3 hours, but not more than that. Kalau tak, anak melaung kelaparan…mak pon melaung sekali sebab stress hahaha. Been there, done that😂
BLOCK FEED
Block feed ni adalah teknik BF menggunakan satu side sahaja dalam tempoh masa tertentu. Contohnya, aku hanya bagi Nolan DF breast kanan sahaja untuk tempoh masa 4 jam. Berapa kali dia mintak dalam tempoh 4 jam itu, aku still akan kasi breast kanan sahaja.
Breast kiri pulak akan jadi full dan engorged sehingga ia akan menghantar signal ‘FIL’ (Feedback Inhibitor of Lactation) yang akan menghentikan pembuatan susu. Aku akan express sedikit breast kiri tu kalau terlalu engorged untuk mengelakkan komplikasi seperti Mastitis. Selepas tamat tempoh 4 jam tu, mommies boleh tukar untuk BF on the other side. I tried in 24hours and it works for me. Kalau tak jadi, mommies boleh panjangkan tempoh blockfeed kepada 6 jam..8 jam etc.
Mommies jangan rasa stress sangat ok. You're not alone. If you read on the comment section, everybody has their own ups & down on breastfeeding. Just dont keep it to yourself 😘😘😘😘 Kalau mommies ada tips lain boleh share di comment section jyeah?
Share if you find this post helpful💋
Hi Doc FL. Memang saya pun alami benda sama untuk anak ketiga. siap kena tadah bila jadi. Dah masuk setahun masih jadi tapi tak keluar sebanyak masa awal-awal dahulu.
ReplyDeletenice sharing doc FL. serious memang dah lama sangat xbuka blog and have some blog walking here. Hope you dont mind to follow my 2nd blog, its physics blog. tq https://physicsmrsmtgb.blogspot.com/
ReplyDeleteThanks doc for the tips! I guess this is what ive been doing too for the past few months. Mula2 stress tapi lama2 kena optimis for the sake of the baby. Latch paling susah bila susu overflow & kena express juga dulu sebelum df. During confinement pegi klinik sejam dua pun dah bengkak susu sgt2 😂
ReplyDeleteSalam doc FL..bagaimana pula kalau dah ada ketulan dekat breast..dah cek xde clog dekat nipple..risau sgt sbb breast jadi cepat sgt penuh dan sakitt ��
ReplyDeleteSy x berniat pun nk buat stock ebm dlm pantang ni. Tp disebabkan oversupply peti beku sy dh penuh. Ank baru nk masuk sebulan 😖 bila mengeluh pasal ni rasa berdosa sgt, takut Allah tarik nikmat mnyusu ank. Sbb masa pregnant hari2 doa nk breastfeed ank. Makanya, bertabah je lah hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur , Allah limpahkan rezeki untuk anak awak
DeleteDr FL, after baby DF better kosongkan breast ke x?
ReplyDeleteyupe better kosongkan. SO lepad Df, boleh buat mamet utk kosongkan breast
Deletewow.. rupanya ada juga insan yg senasib dgn sy.. saya ada 2 org cahaya mata.. sulung sudah darjah 3.. n sorang lg baru 10 bulan.. kisah breastfeeding pd dua2 anak ini sama sj.. kerana susu terlalu banyak penyelesaiannya sy menggunakan teknik memerah susu menggunakan tangan dan berjadual adalah kaedah paling cepat dan selamat.. apabila sy memerah mengikut jadual.. badan sy akan biasa dan bila sy miss satu cycle utk memerah.. kemungkinan bengkak susu itu akan berlaku.. keep it up mummys.. jgn stress.. semoga berjaya semua..
ReplyDeleteHii thanks for sharing :)
ReplyDeleteseronoknya baca org susu banyak ni. saya ni sendu je susu. dapat jugak menyusukan anak tapi tak sampai 2 thn. mcm2 jugak cuba tapi susu tak meriah. rezeki masing2 kan..
ReplyDeletenice entry. bagus sharing ni untuk manfaat ibu-ibu yang bf anak
ReplyDeletehai kakak selamat pagi, izin singgah ya di blognya kakak :)
ReplyDeleteTak pernah lagi baca pasal oversupply and yes, thank you for sharing those infos, doc!
ReplyDeleteNak masuk anak ke-3 ni, mental pun kena prepare untuk BF semula.
Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki lagi kali ini.
Thanks for sharing..iye waktu pantang yg paling mencabar bila oversupply susu..terutama waktu 1-7 pagi..bengkak yg berketul sampai tak boleh nak bergerak😭
ReplyDelete