Cara Melakukan Solat
Cara Melakukan Solat
Cara Melakukan Solat
Kaifiat Solat : kaifiat solat atau cara melakukan solat boleh diperhatikan di dalam gambar di bawah.
Takbiratul ihram : Mengangkat kedua belah tangan dengan tapak tangan menghadap ke arah kiblat dan jari direnggangkan sedikit. Kedudukan ibu jari adalah bersetentangan dengan cuping telinga yang bawah. Bagi orang lelaki tangan direnggangkan keluar dimana ketiak hendaklah dibuka sedikit. Takbir bagi perempuan cukup hanya mengangkat tangan sehinggaparas dada dan direnggangkan sedikit kedepan. Tanpa membuka ketiaknya.
Doa Iftitah : Selepas takbir sunat membaca doa iftitah kemudian diikuti istiazah sebelum membaca surah al-fatihah.
Qiam : atau berdiri di dalam solat. Sunat jika meletakkan tangan kiri di perut di antara pusat dan dada, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri sambil memegang tangan kiri, sambil. Ail bin Hijr r.a. berkata, beliau melihat nabi s.a.w. mengangkat kedua tangannya ketika mula mendirikan solat kemudian baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri. (HR Bukhari dan Muslim). Sunat juga melihat ke tempat sujud. Makruh hukumnya meliarkan pandangan kesekeliling, ke atas atau ke kaki, atau memandang ke arah kaabah, melainkan ketika membaca tasyahhud disunatkan mata memandang kepada jari telunjuk, terutama ketika membaca 'Asy hadu allaailaaha illallah wa asy hadu anna Muhammadar Rasulullah'.
Membaca al-Fatihah : setelah selesai membaca doa iftitah, bacalah ta'awuz (a'uzubillaahi minassyaitanirrajiim) kemudian baca al-fatihah. Fatihah adalah rukun solat.
Rukuk: Setelah selesai a-Fatihah, disunatkan membaca ayat-ayat yang lain dari al-Qur'an. Rukuk adalah salah satu rukun dalam solat, iaitu dengan membongkokkan badan sekira-kira belakang dan kepala menyamai paras punggung, manakala mata mengarahkan ke tempat sujud. Disunatkan bertasbih dalam rujuk dengan bacaan : Mengikut Mazhab Syafi'e sunat ditambah dengan bacaan Iktidal : Setelah selesai satu kali rukuk hendaklah bangkit berdiri sekejap, sekurang-kurang selama masa membaca 'subhanallah walhamdulillaah walaa ilaahaillallaah wallaahuakbar' kemudian diikuti dengan sujud.
Sujud : Merupakan salah satu rukun dalam solat, iaitu meletakkan 7 anggota badan ke lantan iaitu dahi hingga ke hidung, 2 lutut, dua tapak tangan dan 2 hujung jari. Jika terangkat salah satu daripadanya batallah solat itu, ini mengikut jumhur ulamak. Disunatkan bertasbih dengan bacaan : . Sebagaimana bacaan dalam rukuk, mazhab syafi'e sunat ditambah
Duduk Antara Dua Sujud : ketika berada dalam keadaan ini disunatkan membaca doa. Antara doanya :
Sujud kali kedua. Selepas sujud pertama hendaklah bangkit dan duduk antara dua sujud atau duduk istirahah, serta berdoa dengan doa tertentu. Setelah itu lakukan sujud kali kedua dengan cara sebagaimana sujud yang pertama.
Jika dalam rakaat pertama dan ketiga ; bangkitlah untuk rakaat kedua atau atau keempat juga ketiga bagi solat maghrib dan dilakukan sebagaima rakaat pertama tadi dengan dimulakan membaca alFatihan dan seterersnya. Dalam rakaat ketiga tidak disunatkan membaca ayat-ayat dari alqur'an setelah selesai membaca a-lFatihah.
Jika dalam rakaat kedua atau keempat; duduk dan baca tahiyyat atau tasyahhud awal atau akhir. Cara duduk dalam tasyahhud awal adalah sebagaimana gambar di atas, manakala cara duduk tasyahhud akhir adalah sebagaimana gambar di bawah.
Duduk tawarruk dalam tasyahhud akhir. Duduk tawarruk iaitu duduk di atas tulang punggung kirinya dan hujung kaki kiri dimasukkan di bawah betis kanannya. Kemudian hujung kaki kanannya dilunjurkan kebelakang dalam keadaan berlawanan dengan hujung kaki iftirash.
Duduk 'iftirash' dalam tasyahhud akhir ialah dengan duduk di atas buku lali kaki kirinya sambil mendirikan hujung kaki kanannya.
Boleh memilih untuk melakukan cara duduk samada tawarruk atau iftirash. Tetapi yang paling afdhal dan sunat ialah duduk iftirash. Gambar di bawah adalah cara duduk iftirash.
Salam ke kiri. Salam kekiri dengan lafaz yang sama. Salam ke kiri adalah Sunat Hai'at. Tidak batal solat jika tertinggal melakukannya.