SGM

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

2. Bagaimanakah guru boleh merealisasikan standard guru malaysia ke arah memartabatkan profession perguruan?

Seorang guru mendapat gelaran cikgu kerana pengiktirafan terhadap ilmunya. Gelaran cikgu terpahat kekal walaupun jasadnya sudah berada di liang lahad. Tugasguru bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya untuk menghasilkan karya seni yang agung. Gurusebagai agen sosialisasi dan egen perubahan memainkan peranan penting untukmentranfomasikan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) menerusi kurikulumuntuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Seperti mana kita ketahui Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) . Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard

guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia. Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran, dan mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai. Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan. Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaanyang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruanmerupakan profesion paling utama dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individudan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks danmencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkandari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati, seterusnya dapat merealisasikanMisi Nasional seperti yang digariskan

Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak seperti Guru dengan membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard dan mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri. Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju. Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). seseorang guru boleh merealisasikan standard guru malaysia ke arah memartabatkan profession perguruan dengan mempunyai Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan dengan memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru. Seterusnya Bengetahuan dan Kefahaman iaitu dengan memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Ahkirnya seseorang guru itu perlu bemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran dengan memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru. Bagi memastikan seserang guru merealisasikan standard guru malaysia ke arah memartabatkan profession perguruan ialah dengan memenuhi beberapa keperluan bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan-keprluan yang digariskan. Ianya terdiri daripada mempunyai Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan. Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan

perguruan. Seterusnya mempunyai keprluan seperti Latihan, Pentaksiran dan Penilaian. Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian. Keperluan Kolaborasi iaitu keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan. Selain itu Keperluan Infrastruktur dan Infostruktur juga diambil kira.Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan dan Jaminan Kualiti iaitu Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan. Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan serta membantu guru boleh merealisasikan standard guru malaysia ke arah memartabatkan profession perguruan.

1. Secara umumnya, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Menurut perspektif Islam, tujuan dan matlamat pendidikan adalah untuk membentuk akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi mencapai keredaan Allah (Hasan Langgulung, 1986). Manakala menurut Harun Din dan RakanRakan (1985), tujuan pendidikan adalah untuk membina individu yang bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini. Menurut W.F Connell dalam http://www.angelfire.com/bc3/bcc4 yang dicapai pada 16 Ogos 2010, matlamat pendidikan boleh dipandang daripada tiga aspek utama iaitu aspek individu, masyarakat dan kebudayaan. Pendidikan mestilah bertujuan untuk menyediakan pengalaman bagi setiap individu untuk membantunya mencapai kawalan ke atas diri dan alam sekitarnya.Secara keseluruhannya, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin dan yang kenal diri (self Actualization). Dalam erti kata lain, pemimpin bermaksud Khalifah

di muka bumi ini. Setiap individu perlu menjadi pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat

dan alam. Menurut Eisner & Vallance (1974), dalam buku Curriculum: An Integrative Introduction tujuan pendidikan adalah untuk membangunkan potensi individu sepenuhnya. Pendidikan juga adalah satu proses untuk membantu individu menemukan makna disebalik kewujudan diri dan seluruh kejadian Tuhan di alam fizikal ini.

2. Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh
guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan. Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,

KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan

Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

3.

Anda mungkin juga menyukai