Format Penulisan

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 16

Berita Catatan Laporan Ucapan Ceramah Syarahan Perbahasan Dialog / Temu Ramah Surat Kiriman Rasmi Surat Tak

Rasmi

Karangan Jenis Berita 1.Perlu memahami betul-betul kehendak soalan. 2.Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?

Apa ? menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi maklumat kepada keseluruhan berita Siapa ? nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap jika perlu sertakan usia pelaku Bila ? menerangkan masa peristiwa itu berlaku tarikh yang tepat untuk kejadian jenayah staupun kemalangan perlu letakkan waktu

Mengapa ? sebab-sebab peristiwa berlaku jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan belum diketahui atau pihak polis belum mendapat bukti
Di mana ? tempat kejadian peristiwa jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri Bagaimana ? menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.

3.Mulakan penulisan dengan mencatatkan tempat (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku. Contoh : JERTEH, 24 Disember Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peritiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.) 4.Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca. 5.Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat. 6.Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian -huraian yang lebih panjang-lebar. 7.Nyatakan bahagian penutup secara ringkas

Karangan Jenis Catatan Diari


Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa penting yang berlaku kepada seseorang. Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah dinyatakan. Ini berpandukan kepada soalan. Lihat contoh soalan dibawah : 1. Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta menyediakan catatan mengenai lawatan itu. Berdasarkan soalan , lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa beberapa hari . Oleh itu format catatan mesti ditulis dalam hari. 2. Kamu menyambut ketibaan Hari Raya Puasa dengan suasana meriah. Tuliskan cacatan diari kamu bagaimana anda menyambut dan merayakan har i tersebut. Berdasarkan soalan ini format catatan ialah masa atau jam. Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat Tulis catatan mengikut urutan peristiwa Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami

Karangan Jenis Laporan 1. Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat. 2. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. 3. Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir -butir yang munasabah atau lojik. 4. Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat. 5. Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha. 6. Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran. 7. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan. 8. Gunakan bahasa yang ringkas dan padat.

Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris. atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah -tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk tertalu panjang. Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup. Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir. Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor. Tandatangan pelapor: Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor. Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan. Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya . Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili

Karangan Jenis Ucapan 1. 2. Ucapan dibuat untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau mengingati hari tertentu. Mulakan karangan ucapan dengan kata-kata alu-aluan dan mengakhirinya dengan ucapan penutup. Nyatakan tujuan ucapan. Ucapan biasanya lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau penghargaan. Pastikan isi-isi yang hendak disampaikan itu menyakinkan dan dapat menarik perhatian para hadirin. Bayangkan seolah-olah kamu sedang memberi ucapan dalam satu majli s yang sebenar. Kamu boleh menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk menyedapkan ucapan sama ada pada permulaan atau penutupnya. Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah ) a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah ) b] kata penegasan contoh

3. 4.
5.

6.
7. 8.

Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara terbahagi kepada dua jenis i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan perbualan menerusi telefon.) ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara ) seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. Lihat contoh : Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebe lum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan

Format karangan ini nama watak ditulis selari di sebelah kiri selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari Contoh : Nama A : Assalamualaikum, Makcik. Nama B : Waalaikummussalam Nama A : Apa khabar Makcik ? Nama B : Mulakan perbualan dengan salam sejahtera Anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesua i. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan Encik, Tuan, ataupun Makcik pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog. boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti tak , dah soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit -belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.

Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ya atau tidak. soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan. kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan ) tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? ) mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah ) soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.

Karangan Jenis Fakta / Rencana

ditulis dalam bentuk format biasa karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas. jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau burng peliharaan murid. pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk. senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya. setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi pastikan anda dapat menyediakan 4 isi kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya. masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan. setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup. gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.

Karangan Jenis Surat Rasmi Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya : a. memohon pekerjaan b. membuat aduan / bantahan / cadangan c. membuat rayuan d. membuat jemputan rasmi e. menempah barangan f. meminta kebenaran g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi 1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. ) Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.

2.

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI


Persatuan Bahasa Melayu, SK. Asam Kumbang, 34000 Taiping. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Guru Besar, SK. Asam Kumbang, 34000 TAIPING. 13 JULAI 2006. Tuan, Lawatan Sambil Belajar

2. Yang benar, . (ABDUL WAHAB B. BUANG) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, SK. Asam Kumbang.

Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( Biasa )

Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi: Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai. Biasanya ditulis dengan tujuan unttuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ; 1. Surat ucap tahniah 2. Surat ucap takziah 3. bertanya khabar berita 4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat 5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru 6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga 7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain 8. dan sebagainya
Tahukah kamu ? Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu Cara A : 8 Februari 1998. Cara B : 8 hb. Februari, 1998. Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukkan sebelum ini. Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti : nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda. Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu. Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

CONTOH SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


15, Jalan Melur, Taman Bunga, 34000 Taiping. 13 Julai 2010. Menemui sahabatku Hafizan yang berada di Ipoh dengan selamatnya.

Saudara, (Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan) ......................................................................................................................................................... ......................................................................................................................................................... .. ...................................................................................................................................................... Yang benar, . (Kasim)

CIRI-CIRI PENULISAN YANG BAIK


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Berperenggan. (6 perenggan) Selang setiap perenggan. Menepati format. Kepelbagaian penanda wacana. Kepelbagaian imbuhan. Tanda baca yang betul dan sesuai. Ejaan yang betul. Tulisan yang kemas dan jelas. Kosa kata yang sesuai dan menarik. Ayat gramatis.

Anda mungkin juga menyukai