Tugasan Siyasah Syariah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

SIYASAH SYARIAH

PPPG 3113
Kaedah masalikh mursalah dan Sad dharai dalam aplikasi siasah syariyyah pada masa sekarang. PENGHARAMAN MEROKOK

NAMA PELAJAR : SHARIF BIN ABDULLAH ( GB 01153 )

NAMA PENSYARAH : UST. ANUAR FAKRI OMAR

Tugasan Siyasah Syariah


Nama : Sharif Abdullah GB 01153 Anuar Fakri

No Metrik : Pensyarah :

Tajuk

: A ) Huraikan satu sahaja daripada peraturan atau tindakan yang diambil oleh kerajaan Pada pandangan anda dibuat berdasarkan Siyasah Syariah ( seperti pendaftaran Perkhawinan dan lain-lain .) B) Huraikan apakah yang menjadi dasar atau prinsip kepada peraturan atau tindakan tersebut ( seperti Masalkh Mursalah ,sad Dharai dan sebagainya. )

Kaedah masalikh mursalah dan Sad dharai dalam aplikasi siasah syariyyah pada masa sekarang.

PENGHARAMAN MEROKOK

1. Genarasi Islam sekarang haruslah sedar dan membuka minda serta bangun untuk mengambil kembali pembendaharaan Islam yang telah digarap begitu jitu oleh generasi silam. Generasi silam (zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat, tabiein, tabie tabien serta ulama-ulama salaf) bukan sahaja meninggalkan kaya dengan pembendaharaan syariyyah bahan kajian dan analisa yang tinggi nilainya, malah hasil usaha-usaha mereka itu telah memberi petunjuk ke jalan kesejehteraan sebenar. 2. Pembendaharaan siasah syariyyah yang menjadi landasan dan sandaran dalam sebarang tindakan pemerintahan negara, menjadikan hukum Islam berkembang pesat dan kaya dengan

kaedah penyelesaian kepada berbagai persoalan semasa. Khazanah hukum Islam telah banyak memberi sumbangan kepada siasah syaryyah terutamanya dalam perkembangan hukum Islam. 3. PENGERTIAN SIASAH SYARIYYAH Dari segi BAHASA : Siasah berasal daripada bahasa ARAB sebagaimana yang ditegaskan oleh Al- Marqizi di dalam bukunya Al-Khutat dan telah menolak pandangan yang mengatakan perkataan siasah berasal daripada bahasa FARSI atau MOGHOL, kerana kata dasarnya adalah jelas dalam bahasa Arab, iaitu sawasa atau sasa 4. Dari segi ISTILAH : Pertama: Siasah syariyyah sebagai metod atau kaedah pemerintah negara. Ia bermaksud mengendalikan urusan pemerintahan negara mengikut landasan Syara, samada berpandukan al-Quran, al-Sunnah atau ijtihad bagi menjamin kepentingan rakyat. Ia juga merangkumi seluruh aspek pemerintahan negara seperti politik, pentadbiran, kewangan, kemasyarakatan dan sebagainya Kedua: Siasah syariyyah sebagai metod penentuan hukum di bawah bidang kuasa kerajaan Islam atau pemimpin yang diberi mandat dalam perkara-perkara yang dinyatakan secara terang oleh nas-nas syara (Quran dan Sunnah). 5. KONSEP SIASAH SYARIYYAH Perbezaan dari segi skop penggunaannya Khusus Umum 6. KEDUDUKAN SIASAH SYARIYYAH SEBAGAI MEKANISMA HUKUM MENGIKUT PANDANGAN ULAMA : 1. Siasah itu hendaklah adil mengikut petunjuk syara 2.Tidak bercanggah secara hakiki dengan nas- nas syara. 7. Ulama Syafiie mengatakan La siasah illa ma nataqa al-syara, maksudnya: Tiada siasah kecuali yang disebut oleh syara Siasah syariyyah yang diterima di sisi syara adalah suatu yang bertepatan dengan landasan dan ruh syariyyah tetapi bukan pula bermaksud, ia semestinya dinaskan satu persatu oleh al-Quran dan al- Sunnah. 8. Ibn Furhun seorang ulama Islam berkata: Sesungguhnya Allah Taala mensyariatkan sesuatu hukum dengan tujuan menjaga maslahah hamba-hambaNya dan juga menghindarkan mereka dari segala bentuk fasad (rosak). 9. Kaedah-kaedah atau mekanisma ijtihad memberikan peranan yang sangat besar dalam aplikasi siasah syariyyah Mana-mana ijtihad yang tidak mengikut landasan dan sandaran ijtihad kaedah yang dibenarkan oleh syara, maka siasah tersebut tidak lagi dianggap syarie dan ianya terbatal. Al-Musalih mursalah Sad Zarai (al-istislah)

10. Al-Musalih Sad Zarai mursalah Masalah-masalah yang tidak terkeluar atau yang tidak menyeleweng dari maksud-maksud atau tujuan-tujuan syara yang telah ditetapkan dalam usul fiqh yang terhimpun dalam lima faktor penting maqasid al-syariyyah 11. Definisi Kaedah al-Masalih Mursalah Dari segi bahasa: Al-masalih jama dari maslahah, sama seperti manfaah pada wazan dan makna Manakala segi istilah pula: menarik manfaat dan menolak kemudharatan, ertinya memelihara objektif syara mencipta hukum dengan memelihara al-Maqasid al- Syariyyah 12. Para Ulama usul fiqih mentarifkan perkataan Masalih Mursalah Kemuslihatan yang ditujukan untuk memelihara kesucian agama dan kebaikan hukum-hukum syara Tujuan-tujuan tersebut sesuai dengan nas- nas al-Quran, Hadith dan Ijma Ulama, cuma dalilnya yang terang atau pokoknya yang tertentu dari nas-nas syara tiada didapati, bahkan yang didapati ialah kemuslihatan dan kemanfaatannya sahaja. 13. Tafsirannya: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi mu. Dalil al-Quran sebagai hujjah syara dalam kaedah masalih mursalah Tafsirannya: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi mu. 14. 1. Ianya hanya berlaku dalam bidang muamalat sahaja, ia tidak boleh digunakan didalam bidang ibadat. 2. Ianya tidak berlawanan dengan salah satu daripada tujuan-tujuan perundangan Islam dan tiada bertentangan pula dengan salah satu daripada mana-mana dalil syara yang empat iaitu Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias. 3. Ianya hendaklah tetap dan tahqiq pada syara 15. 1. Jabatan-jabatan kerajaan 2. Mewujudkan penjara 3. Pengilang memberikan jaminan terhadap barangannya. 4. Diharuskan mengambil cukai daripada orang kaya selain dari zakat 5. Mengenakan hukum qisas keatas satu kumpulan yang membunuh seorang sahaja 16. Tindakan Saiyidina Othman menyalin semula al-Quran dari naskhah dizaman Saiyidina Abu Bakar dan mengedarkan ke seluruh wilayah. Kemudian beliau mengarahkan supaya membakar semua naskhah lain yang dimiliki oleh orang Islam ketika itu. 17. Pada dasarnya, kedudukan masalih mursalah sebagai kaedah ijtihad diterima oleh mazhabmazhab Islam secara dasarnya. Apa yang berbeza dikalangan mereka ialah dari segi skop penggunaannya. Mazhab Syafie dan sebahagian daripada mazhab Hanafi mengambil pendekatan yang sederhana, sedangkan Imam Malik menggunakan kaedah ini dengan lebih meluas. Semua mazhab-mazhab tersebut telah bersepakat diatas satu landasan dan sandaran

iaitu apabila kaedah masalih mursalah itu membawa kepada maslahah kuliyyah dan tidak pula bercanggah dengan nas-nas syara, maka ia diterima pakai sebagaimana mekanisma hukum siyasah. 18. DEFINISI SAD ZARAI Al-Dzarah itu pada bahasa: Menurut Ibnu al-Qayyim: Ertinya: Apa-apa yang menjadi perantara dan jalan kepada sesuatu.

19. DEFINISI SAD ZARAI Menurut Al-Qurtubi : Suatu perkara yang tidak dilarang di dalamnya, tetapi ia dikhuatiri akan menjurus kepada sesuatu yang terlarang jika dilakukan. Menurut Syeikh al-Islam Ibnu Taymiyah : Suatu jalan atau laluan kepada sesuatu. sad al-zarai ialah merupakan salah satu hujjah (hukum) dalam Syariah 20. DEFINISI SAD ZARAI TUJUAN PENGHALANG MENDORONG Sad al-zarai bermaksud mengeluarkan hukum syara mengikut kaedah menutup saluran kerosakan, walaupun saluran itu pada asalnya harus. 21. Berdasarkan kaedah ini, kerajaan boleh mengambil tindakan menyekat sesuatu perkara, bagi menjamin kebaikan rakyat dan negara walaupun larangannya tidak ada didalam nas al- Quran dan al- Sunnah 22. Contoh Kaedah Sad Zarai Dalam Aplikasi Siyasah Syariyyah Contoh Pertama: Allah telah melarang orang-orang Islam mencaci tuhan- tuhan orang kafir, sedangkan perkara itu harus. Hal ini telah ditegaskan dalam firman Allah Taala dalam surah al-Anaam ayat 108: Tafsirnya: Dan janganlah kamu mencaci tuhan- tuhan yang mereka sembah selain dari Allah, kalau tidak mereka akan mencaci Allah dengan marah dan bodoh. 23. Larangan Mencaci Tuhan Agama Lain Disebabkan perbuatan seperti itu akan membawa keburukan dan mudharat yang lebih besar berbanding dengan maslahahnya. Iaitu ianya akan mengundang kemarahan golongan kafir dan akan mengambil tindakan mengutuk Allah secara membabi buta. Maka Allah melarang perbuatan pada asalnya yang di bolehkan kerana mafsadahnya lebih besar. 24. Contoh Kaedah Sad Zarai Dalam Aplikasi Siyasah Syariyyah TIDAK MEMBUNUH ORANG MUNAFIK Rasulullah s.a.w tidak membunuh orang-orang munafik seperti Abdullah bin Ubai bin Salul . Agar tidak menjadi FITNAH di kalangan masyarakat bahawa Rasulullah telah membunuh sesama orang Islam. KAUM MUNAFIK bijak berlakon dan pandai memperdayakan masyarakat dengan gaya dan percakapan sehingga mereka itu sukar dibezakan dan kadangkadang dianggap oleh masyarakat sebagai orang Islam juga. Untuk menutup ruang fitnah , maka

Rasululah s.a.w tidak membunuh golongan munafiq walaupun sebenarnya mereka itu perlu dan boleh dibunuh bagi menyelamatkan masyarakat Islam dari kejahatan mereka. 25. Contoh Kaedah Sad Zarai Dalam Aplikasi Siyasah Syariyyah Isu di zaman sekarang PENGHARAMAN ROKOK. Hukum HARAM merokok telah pun ditegaskan oleh pihak kerajaan dalam konteks di Negara kita Malaysia , berdasarkan ijtihad yang telah dibuat oleh para ulama Islam. 26. PENGHARAMAN MEROKOK Pengharaman ini adalah bertujuan : Menutup jalan-jalan kerosakan dan membuka jalan-jalan ke arah kebaikan dalam kehidupan individu dan masyarakat amnya. Kerana tabiat merokok bukan sahaja mengancam kesihatan, akal mahupun kesejehteraan masyarakat awam, juga wujudnya pembaziran. Selain daripada itu, ia juga melibatkan ancaman terhadap nyawa orang yang merokok (perokok aktif) dan orang yang menghidu asap rokok (perokok pasif). 27. Kajian telah mendapati bahawa rokok mengandungi 4,000 bahan kimia yang toksik dan 37 daripadanya telah dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser. Antara Kandungan Rokok : Aseton (bahan untuk pengawet katak mati), Hidrogen sianida (racun), Naftalena (ubat gagat), Nikotin (bahan pembunuh serangga), Asid stearik (bahan menanggalkan pengilat kuku), Ammonia (bahan pencuci tandas), Kadmium (bateri), Karbon Monoksida (asap dari ekzos kereta), Etanol (arak) 28. Merokok boleh membunuh walaupun secara perlahan. Natijahnya sama sahaja iaitu memudharatkan atau menyebabkan kematian. Dalam firman Allah Taala seterusnya dalam surah al-Baqarah ayat 195: Tafsirnya:Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. 29. Atas dasar inilah ijtihad kaedah sad zarai digunakan oleh para ulama : Sebagai jalan untuk berhati-hati (ihtiyat) dalam beramal dan agar tidak sampai melakukan perbuatan yang dapat menimbulkan kerosakan. Jumhur ulama menempatkan faktor manfaat dan mudharat sebagai bahan pertimbangan dalam menetapkan hukum, mereka menerima kaedah sad zarai, walaupun terdapat perbezaan dalam kadar penerimaannya.

KESIMPULAN Kesimpulannya ialah peranan masalih al-mursalah dalam menetapkan hukum sesuatu adalah penting walaupun seperti apa yang kita ketahui masalih al-mursalah juga termasuk dalam salah satu hukum yang tidak disepakati akan tetapi pada masa yang sama hukum yang telah ditetapkan melalui kaedah ini masih lagi diterima pakai dalam keadaan tertentu. Masalih al-mursalah amat diperlukan dalam menetapkan sesuatu hukum kerana tidak semua hukum tertulis atau tercatat dalam Kitab Allah S.W.T. Melalui kaedah ini hukum dapat ditetapkan mengikut piawaian semasa dalam konteks masyarakat hari ini. Masalih al-mursalah menjaga kemaslahatan manusia terutamanya. Hal ini dapat dilihat dalam pengertian maslahah itu sendiri yang memberi definisi suatu keadaan yang sesuai diadakan hukum syarak yang boleh mendatangkan kebaikan atau menjauhkan keburukan serta tidak ada satupun nas syarak yang mengesahkan atau menghapuskan hukumnya. Jumhur ulama bersepakat menerima masalih mursalah sebagai salah satu cara untuk menetapkan hukum tetapi hukum berkenaan dengan ibadat ulama sama sekali tidak membenarkan kaedah masalih al-mursalah ini kerana soal ibadat ini tidak ada ruang untuk berijtihad dan mesti dilakukan sesuai dengan perintah syarak. Di samping itu, masalih al-mursalah adalah bertepatan dengan maslahah umum iaitu menjaga lima perkara seperti akal, agama, jiwa, harta dan keturunan. Hal ini kerana beragama merupakan fitrah manusia dan lima kepentingan ini adalah diperlukan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu, dengan pengambilan masalih al- mursalah sebagai salah satu cabang hukum adalah langkah yang terbaik kerana mengikut peredaran masa dan zaman. Ini kerana Islam adalah agama yang relevan sepanjang zaman dan memberi rukhsah kepada umatnya dan tidak membebankan.

RUJUKAN

Al-Quran.

Abdul Latif Muda. 2003. Sejarah perundangan Islam dan mazhab fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd. Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1997. Pengantar usul fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Al-Buti Muhammad Said Ramadhan. 2000. Dawabit al-maslahah fi shariah al- Islamiyyah. Beirut: Resalah Publisher. Hassan bin Ahmad. 2002. Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abd Majid. Mohd Nasran Mohamad, Anwar Fakhri Omar, Mohd Zamro Muda & Mohamad Zaini Yahaya. 2001. Metodologi fiqh. Bangi: UKM Mohd. Saleh Ahmad. 1999. Pengantar syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Anda mungkin juga menyukai