Islam Sebagai Ad-Din

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 16

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

PENGENALAN ISLAM SEBAGAI AL-DIN


Solehah bt Samsudin Wan Norina bt Wan Hamat

Objektif pembelajaran: Menjelaskan Islam sebagai al-Din i. ii. Menyenaraikan ciri-ciri kesempurnaan Islam. Menyatakan sumber-sumber ajaran Islam. Menjelaskan cabaran sekularisme terhadap umat Islam.

iii.

1.0

Pengenalan

Islam adalah agama yang membawa kesejahteraan kepada penganutnya yang mematuhi segala ajarannya. Ia merupakan agama wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul akhir zaman untuk memimpin umat manusia kepada kebenaran bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

1.1

Definisi Islam a) Islam dari segi bahasa ialah sejahtera, suci, aman, taat, dan berserah diri. Manakala dari segi istilah ialah kepatuhan, ketaatan atau tunduk dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan ikhlas bagi memperolehi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat b) Pengakuan dengan lidah serta diyakini dengan hati bahawa semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw itu adalah benar sebagi risalah dari Allah SWT.

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

Definisi Islam sebagai Ad-Din Islam adalah Ad Din yang sempurna. Ad Din bermaksud aturan / sistem hidup yang lengkap dan sempurna yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla kepada Rasulullah SAW sebagai pedoman hidup bagi seluruh manusia yang terdiri dari pelbagai aspek, di antaranya aspek akidah (keyakinan), fikriyah (pemikiran), akhlak dan amaliyah (praktikal). Islam adalah ad Din yang lengkap dan sempurna yang membicarakan segenap perkara dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikit kekurangan dan kecacatan dalam ajarannya. Secara umumnya, ajaran Islam merangkumi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, dakwah, pergaulan, jihad, kenegaraan dan bermacam lagi aspek ini tidak boleh dipisahkan dalam menjalani kehidupan harian kerana memisahkan satu daripadanya akan merosakkan kesucian ajaran Islam.

1.2

CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM

Islam merupakan satu cara hidup yang mempunyai ciri-ciri yang unggul lagi istimewa berbanding agama-agama lain di atas muka bumi ini. Menurut Abdullah Nasih Ulwan, ciri-ciri Islam adalah seperti berikut :

a) Rabbaniyah (Ketuhanan). Islam adalah ciptaan Allah SWT bukan agama ciptaan manusia. Setiap ciptaan manusia mempunyai kelemahan, keterbatasan dan dipengaruhi oleh faktor-faktor tempat, masa, budaya, warisan, watak dan hawa nafsu. Sebaliknya, segala ciptaan Allah SWT adalah yang terbaik. Maksud Rabbaniyyah ialah seluruh alam, peraturan serta sistem yang terkandung dalam Islam merupakan ciptaan Allah SWT dan digubal oleh-Nya. Allah SWT iaitu Pencipta, Pentadbir dan Pemilik alam dan seluruh isinya. Tidak ada satu pun dalam ajaran Islam yang direka atau digubal oleh manusia. Penerimaan manusia terhadap hakikat Rabbaniyyah ini akan mendorongnya melaksanakan seluruh ajaran Islam dengan penuh redha, senang hati dan ikhlas. Dorongan ini berlaku kerana hatinya: i) benar-benar mengetahui dan meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa dan berhak berbuat mengikut kehendak-Nya. Manusia pula hanya berhak untuk patuh kepada-Nya tanpa sebarang pertikaian. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi daripada apa yang mereka persekutukan

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

( Surah al-Qasas : 68 ) ii) meyakini bahawa Allah Maha Mengetahui akan keseluruhan ciptaan-Nya. Justeru, Dia berkuasa menyusun peraturan bagi kehidupan mereka. iii) meyakini bahawa segala peraturan hidup yang dicipta oleh Allah adalah didasarkan oleh sifat Allah SWT yang Maha Bijaksana dan Maha Adil. Justeru, segala peraturan tersebut adalah yang terbaik untuk dipatuhi oleh semua makluk-Nya. iv) meyakini bahawa manusia adalah bersifat lemah dan tidak berupaya untuk sampai ketahap kesempurnaan walau setinggi mana ilmu pengetahuannya. Oleh yang demikian, atas dasar Rabbaniyah inilah, seseorang muslim tidak sewajarnya mempunyai ideologi alternatif untuk diamalkan. Ini adalah kerana menerima peraturan hidup Islam adalah suatu tuntutan dan ia menepati fitrah kejadian manusia itu sendiri.

b) Alamiyah ( Kesejagatan ) Walaupun Islam diturunkan di Tanah Arab dan Nabi Muhammad SAW berbangsa Arab, ini tidak bermakna Islam adalah untuk orang-orang Arab sahaja. Pelaksanaan ajaran Islam tidak terbatas pada sempadan negara mahupun bangsa. Menurut pandangan Islam, manusia adalah sama dan Islam diturunkan untuk seluruh umat manusia tanpa sebarang diskriminasi. Islam adalah agama Allah yang sesuai untuk setiap zaman dan semua tempat. Allah SWT sebagai Rabb bagi alam ini sangat mengetahui tentang masa dan tempat kerana semuanya adalah di bawah kawalan Allah SWT. Adalah terlalu bodoh dan dangkal sesiapa yang mengatakan bahawa Islam hanya sesuai diamalkan pada zaman Nabi Muhammad SAW sahaja. Kesesuaian ajarannya meliputi setiap jenis bentuk geografi muka bumi, kepelbagaian bahasa dan bangsa. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan tidaklah kami mengutus kamu ( Muhammad) , melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam. ( Surah al-Anbiya :107 ) Pendekatan Islam adalah bersifat sejagat dan tidak menyukai wujudnya jurang yang disebabkan oleh warna kulit, bangsa, bahasa atau negara. Sebaliknya, Islam mahu menyatukan segala perbezaan tersebut. Sifat kesejagatan ini juga tidak terbatas pada waktu-waktu tertentu atau generasi tertentu sahaja.

c) Waqiiyah ( Realiti ) Islam adalah agama yang realistik dan berpijak di bumi yang nyata. Islam diturunkan untuk dipraktikkan di semua tempat dan masa yang memang berlaku dalam kehidupan manusia seperti aspek kekeluargaan, perhubungan sesama

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

manusia, ekonomi dan politik, dan seumpamanya. Contohnya pelaksanaan solat fardhu mengikut waktu-waktunya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

d) Islam agama agung Islam adalah agama paling tinggi lagi agung. Ia milik Allah SWT yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW, para sahabat Baginda serta khalifah-khalifah Islam telah berjaya meluaskan Islam ke sebahagian besar dunia ini. Kehebatan dan keluasan empayar Islam itu telah menyebabkan Islam disegani oleh kerajaan-kerajaan lain seperti Rom dan Parsi. Bahkan sehingga ke hari ini, kita boleh temui umat Islam di mana-mana sahaja sama ada di Timur mahupun di Barat kesan daripada penerimaan Islam di setiap cerok dunia. Ini membuktikan keagungan Islam berbanding agama-agama lain.

e) Kamil dan syamil (Lengkap dan menyeluruh) Kamil bererti lengkap dan sempurna manakala syamil bermaksud menyeluruh. Isi kandungan ajaran Islam adalah meliputi semua aspek kehidupan manusia. Ia tidak terbatas setakat aspek peribadatan dan kepercayaan semata-mata, bahkan lebih luas daripada itu. Ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, hiburan, ketamadunan dan keilmuan masing-masing menerima naungan ajaran Islam. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Islam adalah agama yang sempurna. Kesempurnaan ini adalah kerana ia datang daripada Allah SWT . Firman Allah SWT yang bermaksud: Hari ini telah Kusempurnakan bagi kamu dan telah Aku selesaikan nikmatKu ke atas kamu dan Aku redha Islam sebagai deen (agama) kamu ( Surah al Maidah : 3 ) Islam juga bersifat syumul iaitu menyeluruh, mencakupi semua aspek hidup manusia. Allah SWT telah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya mengambil Islam dalam semua aktiviti dan bidang kehidupan. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh... (Surah al-Baqarah: 208) f) Islam agama fitrah Islam adalah risalah untuk manusia seluruhnya, iaitu dipandang dari sudut manusia itu keseluruhannya. Ia bukanlah risalah bagi akal tanpa roh, bukan rohani tanpa

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

jasmani, bukan fikiran tanpa perasaan dan bukan sebaliknya. Ia adalah risalah insan secara bersepadu iaitu roh, jasad, hati nurani, kemahuan dan perasaannya. Islam tidak mengasingkan diri manusia kepada dua unsur sebagaimana yang dilakukan oleh agama-agama yang lain iaitu: i. Unsur rohani yang dikendalikan oleh agama dan diarahkan ke tempat ibadat. Unsur ini menjadi hak golongan agama dan tempat permainan bagi para paderi dan pendita bagi mengarahkan manusia mengikut arahannya. ii. Unsur yang terdiri daripada benda yang tidak ada kekuasaan agama ke atasnya, malah tidak ada medan bagi Tuhan padanya. Bahagian ini menjadi medan bagi kehidupan dunia, politik, masyarakat dan negara. Inilah bahagian yang terbesar dalam kehidupan manusia.

1.3

SUMBER-SUMBER AJARAN ISLAM

Islam merupakan agama yang sempurna dan mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia. Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim, kita tidak mampu bergantung dengan akal, nafsu dan tubuh badan dalam menentukan cara hidup yang diredhai Allah. Oleh yang demikian, setiap tindakan dan perbuatan kita tidak dapat lari dari hukum-hukum dan undang-undang yang telah digariskan oleh Allah SWT. Sumber-sumber ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori: 1. Sumber-sumber asasi iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. 2. Sumber-sumber ijtihadi iaitu Al-Ijma dan Al-Qias. AL-QURAN Al-Quran ialah kalam Allah SWT yang diturunkan ke atas Rasulullah SAW melalui perantaraan malaikat Jibril dalam bahasa Arab sebagai mukjizat kepada baginda, dipindahkan kepada umatnya secara mutawatir (jumlah periwayat yang banyak sehingga mustahil bagi mereka berpakat untuk berbohong) dan dikira beribadat apabila membacanya. Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang menjadi panduan dan rujukan utama umat Islam yang paling lengkap dan sempurna merangkumi pelbagai bidang ilmu pengetahuan, peraturan dan undang-undang, berita ghaib dan perkara-perkara silam, kini dan akan datang.

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

Pemeliharaan Al-Quran Apabila menyatakan bahawa Al-Quran adalah kalam Allah SWT, maka hendaklah kita sepenuhnya meyakini segala isi kandung Al-Quran itu adalah benar. Berbanding dengan kitab Allah SWT yang diturunkan kepada para nabi sebelum Nabi Muhammad SAW, kitab Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang diberi jaminan pemeliharaan daripada Allah SWT. 1. Pemeliharaan Al-Quran di langit. Al-Quran Kalamullah ini telah dipelihara sejak berada di langit lagi. Ini diperkukuhkan lagi melalui firman Allah SWT dalam surah Al-Waqiah : 7580. Dimana Allah SWT bersumpah dengan sumpah yang agung atas hakikat ini. Maka Aku bersumpah. Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagianbahagian al-Quran. Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya. Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan). Yang tersimpan dalam kitab yang sungguh terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan makhluk-makhluk yang diakui bersih suci. Al-Quran itu diturunkan daripada Allah Tuhan sekalian alam (Surah al-Waqiah: 75-80) Seterusnya Allah SWT menguatkan lagi keadaan betapa terpeliharanya Al-Quran daripada sebarang gangguan dan diletakkan pada tempat yang terbaik. Firman Allah SWT yang bermaksud: (Ayat-ayat suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan. Yang tinggi darjatnya, lagi suci (daripada segala gangguan). (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya daripada luhmahfuz. (malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti (Surah Abasa: 13-16) Bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya. (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada luhmahfuz (Surah al-Buruj: 21-22) 2. Pemeliharaan Al-Quran dalam perjalanan ke Bumi Setelah Allah SWT memelihara Al-Quran di langit, Allah SWT juga memelihara Al-Quran semasa dalam perjalanan ke bumi. Al-Quran dibawa ke bumi oleh malaikat yang suci. Manakala roh-roh jahat seperti syaitan tidak dibenarkan daripada mendekati Al-Quran, bahkan ia sama sekali tidak akan

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

sampai kepada syaitan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya (Surah asy-Syuara: 210-211) 3. Pemeliharaan Al-Quran di muka bumi. Di bumi ini, semua kitab samawi yang diturunkan kepada rasul terdahulu sebelum Al-Quran gagal mempertahankan keaslian dan keabsahan isi dan kandungan kitabnya. Ini kerana kitab terdahulu tidak mendapat jaminan pemeliharaan daripada Allah SWT. Bahkan hingga kini masih tidak ada musuh Islam yang berjaya menyelewengkan dan membuktikan kepalsuan Al-Quran. Antara faktor yang menjamin keaslian Al-Quran adalah kesungguhan Nabi Muhammad SAW dalam menghafaz dan menyampaikan Al-Quran kepada umat Islam. Dan faktor yang lain, adalah usaha umat Islam yang menghafaz dan memelihara Al-Quran di dada mereka.

Kandungan al-Quran

Akidah

Iaitu perkara keimanan dengan Allah, malaikat dan rasul serta bukti kejadian dan pencipta untuk pengukuhan iman dikenali dengan llmu Tauhid.

Ibadah / syariah

Boleh dibahagikan kepada dua: a. Hubungan manusia dengan Allah, seperti sembahyang dan puasa. b. Hubungan manusia dengan manusia dan makhluk lain seperti akad perkahwinan dan jual beli.

Akhlak

Iaitu menyuruh manusia bersifat mulia dan menjauhi sifat tercela.

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

Sebab Penurunan Al-Quran Secara umumnya, sebab penurunan al-Quran berlaku dalam dua keadaan, iaitu: Al-Quran turun sempena dengan berlakunya sesuatu peristiwa tertentu.

Al-Quran turun sebagai penjelasan kepada sesuatu hukum yang diajukan kepada Rasulullah SAW.

AS-SUNNAH ATAU AL-HADITH As-Sunnah atau al-Hadith ialah sebarang perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW, sama ada ia berupa perkataan, perbuatan atau diam (persetujuan) baginda. Sebagaimana diketahui, as-Sunnah merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam. Justeru, ulama bersepakat menerima kehujahan as-Sunnah dalam mengeluarkan hukum syarak. Bahagian-bahagian As-Sunnah Menurut ulama Usul Fiqh, as-Sunnah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:

Bahagian as-Sunnah

Keterangan Iaitu sunnah berupa perkataan atau pengucapan Nabi Muhammad SAW yang merangkumi segala suruhan, tegahan dan penerangan.

Sunnah Qawliyyah

Contoh: Takutlah api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah biji tamar. Iaitu sunnah berupa perbuatan dan tingkah laku Nabi Muhammad SAW Contoh: Nabi Muhammad SAW melakukan sembahyang 5 waktu dengan

Sunnah Filiyyah

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

cara yang betul dan sempurna dan baginda bersabda kepada sahabat supaya mengikut perbuatan tersebut (solat dengan betul): Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang. Iaitu sunnah berupa pengakuan atau keakuran Nabi Muhammad SAW terhadap perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh orang lain di hadapan baginda atau sewaktu baginda ada dan mengetahui perkara tersebut. Sunnah Taqririyyah Contoh: Nabi Muhammad SAW dan Khalid al-Walid pernah dihidangkan dengan daging dhab (sejenis biawak padang pasir) yang dipanggang. Khalid memakannya tetapi Nabi Muhammad s.a.w tidak memakannya. Namun, baginda tidak menegah Khalid berbuat demikian. Hal itu menunjukkan bahawa dhab boleh dimakan bersumberkan sunnah taqririyyah.

Peranan as-Sunnah dalam hubungannya dengan al-Quran Bil 1 Peranan as-Sunnah Contoh

Memperkuatkan atau Hukum wajib sembahyang menyokong hukumhukum yang telah Al-Quran (Surah an-Nur ayat 56): ditetapkan oleh "" al-Quran Dirikanlah sembahyang. As-Sunnah (Nabi Muhammad SAW bersabda): " " Islam dibina di atas lima perkara iaitu syahadah; tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah bagi yang berkemampuan.

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

10

Menjelaskan nas al- Nas berkaitan pelaksanaan ibadah haji Quran yang mujmal (umum). Al-Quran (Surah al-Baqarah ayat 196) "" Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah. As-Sunnah (Nabi Muhammad SAW bersabda): "" Ambillah daripadaku tentang ibadah haji kamu.

Mengkhususkan Kewajipan pembahagian harta pusaka kepada anakhukum umum dalam anak Al-Quran. Al-Quran (Surah an-Nisa ayat 11): "" Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. As-Sunnah (Sabda baginda SAW): "" Pembunuh tidak boleh mewarisi harta pusaka.

Memuqayyadkan (Membataskan) nas Al-Quran yang mutlak.

Hukum wajib potong tangan ke atas pencuri Al-Quran (Surah Al-Ma'idah ayat 38): " "

"Orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang


mencuri (hukumnya) potonglah tangan mereka. As-Sunnah (Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud): Tidak dipotong tangan melainkan yang mencuri dinar atau lebih.

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

11

AL-IJMA Al-Ijma ialah permuafakatan para mujtahid dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW, yang dibuat pada sesuatu masa selepas kewafatan baginda, ke atas sesuatu hukum syarak. Ulama sepakat bahawa al-ijma adalah sumber ketiga dalam perundangan Islam dan al-ijma hanya boleh berlaku jika syarat-syarat berikut dipenuhi :

Bil 1

Rukun Ijma Siapa: Wujud kesepakatan daripada seluruh ulama mujtahid dalam dunia Islam terhadap sesesuatu hukum. Pemuafakatan yang dibuat oleh orang selain daripada ulama mujtahidin tidak dikira sebagai ijma. Bagaimana: Seluruh ulama mujtahidin, tanpa pengecualian, mencapai kata sepakat terhadap hukum berkenaan. Jika kata sepakat itu diperolehi daripada sebahagian sahaja atau satu daerah sahaja atau terdapat ulama mujtahid yang tidak bersetuju, maka hukum itu masih tidak boleh dikatakan sebagai hukum ijma. Apa: Hukum yang disepakati oleh seluruh ulama mujtahid itu adalah hukum syarak yang berkaitan dengan masalah atau persoalan ijtihadiyah. Bila: Permuafakatan seluruh ulama mujtahidin ke atas hukum syarak itu mestilah berlaku dalam suatu peringkat masa selepas kewafatan Rasulullah SAW.

AL-QIYAS Al-Qiyas ialah perbandingan hukum ke atas sesuatu permasalahan yang belum ada hukumnya kepada sesuatu permasalahan lain yang sudah ada hukumnya dalam AlQuran dan As-Sunnah, kerana kedua-duanya mempunyai illah (sebab/kesan) yang sama. Al-Qiyas yang menepati hukum syarak ialah yang mempunyai empat rukun berikut:

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

12

Bil 1

Rukun al-Qiyas Perkara Asal

Huraian Perkara asal yang telah ditetapkan hukumnya dalam al-Quran, as-Sunnah atau al-ijma Contoh : Perbuatan minum arak hukumnya haram berdasarkan dalil al-Quran.

Hukum Asal

Hukum (kepada perkara asal) yang telah ditetapkan dalam alQuran, as-Sunnah atau al-ijma. Contoh : Hukum perbuatan minum arak adalah haram. Perkara baru yang tidak dinyatakan hukumnya dalam alQuran, al-Sunnah atau ijmak tetapi mempunyai persamaan kesan (illah) dengan perkara asal. Contoh : Todi, tuak, dadah, pil-pil khayal dan seumpamanya tidak mempunyai hukum dalam al-Quran, as-Sunnah atau alijma, tetapi perbuatan mengambil bahan-bahan ini mempunyai kesan (illah) yang sama dengan perkara asal iaitu arak Sebab atau kesan yang sama di antara perkara asal dengan perkara cabang (furu) yang menyebabkan kaedah al-qiyas boleh dilakukan kerana wujud persamaan tersebut. Contoh : Kesan memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal fikiran yang terdapat pada arak, sama dengan kesan memabukkan yang terdapat tuak atau todi.

Perkara Cabang (furu)

4 Illah atau Sebab/Kesan

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

13

Perkara Cabang/furu

Perkara Asal

Hukum Asal

Dadah, ganja, pil khayal, menghidu gam, todi dan tuak.

Diqiyaskan dengan

ARAK

HARAM berdasarkan nas Al-Qur'an

Illah atau sebab / kesan

Memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal.

Hukum Cabang

Disebabkan dadah, ganja, pil khayal, menghidu gam, todi dan tuak mempunyai persamaan Illah atau sebab/kesan dengan arak, maka hukum perkara tersebut juga HARAM. Gambarajah : Kaedah al-qiyas

1.4

CABARAN SEKULARISME TERHADAP UMAT ISLAM

Perkataan sekular berasal daripada perkataan Latin iaitu Saeculum yang membawa erti satu generasi atau zaman. Yusuf Qardawi pula mengatakan sekular dalam Bahasa Arab, ia diterjemahkan sebagai al-la Diniyyah (tanpa agama) atau alDunyamiyah (keduniaan). Makna yang lebih khusus ialah perkara yang tidak ada kaitan dengan agama ataupun perkara yang hubungannya dengan agama adalah berlawanan. Sekularisme juga merupakan merupakan penumpuan pada zaman sekarang dan ruang kehidupan duniawi semata-mata. Bagi manusia sekularisme tidak ada hari akhirat dan tidak ada kehidupan ukhrawi atau sekurang-kurangnya tidak mempedulikannya. Dengan kata lain, sekularisme merupakan satu fahaman

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

14

yang memisahkan kehidupan dunia dengan akhirat dalam semua aspek. Sama ada memisahkan hal agama, pendidikan, politik, sosial dan sebagainya. Selain itu, sekularisme juga memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Pengaruh Sekular Terhadap Umat Islam

Pengaruh sekular telah merebak dan menular dalam masyarakat dan negara Islam. Hal itu adalah disebabkan ekoran daripada pemimpin negara Islam itu sendiri yang cuba memisahkan antara urusan negara dengan urusan agama. Antara lain juga ada pemerintah yang menggubal undang-undang dan memakai undang-undang ciptaan manusia daripada undang-undang Islam, seperti undang-undang dari negara Barat. Dalam kalangan pemimpin juga ada yang hanya melaungkan dan mengucapkan Islam di bibir mulut sahaja, sedangkan hakikatnya mereka benci kepada syariat Islam dan di dalam urusan sosial, Islam diketepikan. Justeru itu, tidak hairanlah jika Sekularisme telah mengambil tempat serta mendapat pengaruh dan berkembang di Asia, Afrika juga di seluruh dunia Islam malahan telah menular ke negara Malaysia, ini semua adalah hasil dari kejayaan penjajahan Barat. Walaupun Malaysia dianggap dunia sebagai model negara Islam, namun ciri-ciri sekular itu tetap wujud, malah kian ketara dalam beberapa aspek. Di Malaysia, ideologi sekularisme secara rasminya mula menyerap masuk ke Malaysia apabila British memperkenalkan sistem Residen selepas Perjanjian pangkor 1874 dengan melaksanakan dasar pemisahan antara aspek pemerintahan dan pentadbiran negara daripada penguasaan Sultan atau raja diberi kuasa khas untuk mengetuai hal-hal agama di Istana manakala Residen pula bertanggungjawab mentadbir negeri. Bermula dari situlah amalan fahaman sekularisme mula menyerap sedikit demi sedikit ke dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia. Sememangnya sekular itu membawa pengaruh yang negatif secara keseluruhannya terhadap terhadap umat Islam. Ia merupakan satu penyelewengan yang dipelopori oleh pihak barat dari zaman berzaman yang tidak meredhai kewujudan Islam dan Umat Islam. Aliran sekular ini jelas menentang Islam dengan pembawaan mereka yang menafikan agama dan mereka adalah masyarakat tidak beragama. Mereka juga membawa fahaman dengan memisahkan segala urusan keduniaan daripada urusan agama, menafikan agama dan tuhan.

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

15

Kesan Sekularisme terhadap Masyarakat Islam Hasil daripada penularan Sekularisme yang meluas, berlaku beberapa kesan dalam pelbagai aspek ke atas umat Islam antaranya: 1. Pemikiran Sekularisme dapat melemahkan keimanan dan akidah serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah s.w.t. Keraguan terhadap rukun imam, menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh dan terkeliru dengan pendapat aliran-aliran Barat. Masyarakat Islam mula mempertikaikan hal-hal agama terutamanya tentang perkara ghaib (seperti Malaikat, Syurga, Neraka) dan tidak logik pada pemikiran mereka, seperti kewajipan menutup aurat, hal-hal berkaitan solat dan sebagainya. 2. Sosial Sekularisme juga boleh merubah perwatakan individu dari segi sosial juga gaya hidup Islam yang sebenar. Akibatnya keruntuhan moral dan akhlak berleluasa seperti hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat (pembuangan bayi) ke dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit dan sebaginya. 3. Politik Fahaman politik Barat kini dipandang hebat oleh sesetengah negara Islam. Fahaman seperti kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain fahaman telah tertanam dalam jiwa umat di negara-negara Islam. Hidup bermatlamat untuk mendapatkan pengaruh, pangkat dan kuasa bertentangan dengan politik Islam. Seperti mengamalkan rasuah, menipu, menindas, menggunakan kuasa kuku besi. 4. Ekonomi Melahirkan sistem ekonomi kapitalis, sosialis dan komunis yang bercanggah dengan ekonomi Islam. Sistem ekonomi yang wujud itu bermatlamatkan kekayaan dan meterial sematamata tanpa memikirkan halal, haram, keadilan sosial, perkhidmatan serta kebajikan masyarakat. Seperti mengamalkan riba, menguruskan pusat-pusat disko, mengendalikan perniagaan arak, barang juga makanan yang haram. 5. Pendidikan Corak pendidikan kesan dari Sekularisme ini lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil kira kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral. Seperti hanya mementingkan sistem peperiksaan tanpa menilai akhlak yang mulia. 6. Perundangan Penggantian undang-undang Islam kepada undang-undang Barat menyebabkan umat Islam mempertikaikan keadilan perundangan Islam dan mempersendakan golongan yang mengamalkannya. Contoh: Kerajaan Mesir telah menghapuskan mahkamah syariah, penolakan undangundang hudud.

Bab 1 Pengenalan Islam Sebagai Al-Din

16

PENUTUP Islam adalah agama penutup bagi agama-agama Samawi (agama yang turun dari langit iaitu agama Yahudi, Nasrani dan Islam). Oleh sebab, itu segala ajaran Islam sesuai diamalkan oleh semua bangsa, diamalkan pada setiap masa dan semua tempat di dunia ini. Wujudnya fahaman sekularisme dalam masyarakat Islam kini telah menyebabkan umat Islam terkeliru dengan asas kehidupan Islam yang sebenarnya. Oleh itu, masyarakat Islam haruslah sedar dan bangkit untuk menentang dan menjauhi diri dari kehidupan sekular. Ini kerana Islam merupakan agama yang paling sempurna dan di redhai Allah, Islam juga merupakan agama lengkap dan seimbang yang merangkumi hal-hal berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat.

RUJUKAN: Ghazali Darusalam. (1998). Dakwah Islam dan Ideologi Barat, Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributors Sdn. Bhd Mohammad Haji Rais. (2004). Bimbingan Mengenal Tauhid dan Akidah. Nasional Pte. Ltd: Singapura. Pustaka

Wan Mohd Nor Wan Daud. (2005). Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas Satu Huraian Konsep Asli Islamisas. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Yusuf Al-Qardhawi.(1999). Pertentangan Islam Dan Sekular. Selangor: Maktabah AlQardhawi. Ab. Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zain. (1998). Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai