Dok Kem Pemantapan Iman

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 10

DOKUMENTASI

Tarikh

: 21-22 Oktober 2011(Jumaat-Sabtu) 23-24 Zulkaedah 1432H Tempat : Surau Al-Huda SMKSE Sasaran : Pelajar TING: 4, SPM dan STPM Anjuran : Panitia Pendidikan Islam bersama Asrama SMK Simpang Empat

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah-Nya dapat menyiapkan dokumentasi Kem Pemantapan Iman yang bertema Transformasi Insan Rabbani untuk pelajarpelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 Atas yang akan menghadapai peperiksaan SPM dan STPM. Disamping itu juga bekalan ilmu untuk anak-anak didik ini akan menjadi umat Islam yang terbilang, gemilang dan cemerlang di dunia dan akhirat dalam menghadapi cabaran alam global yang semakin menghakis ciri-ciri keislaman dan ukhrawi.

Alhamdulillah kem ini dapat dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang musibah. Semoga kem ini dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang terlibat untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Secara tidak langsung telah menguji kesabaran dan ketekunan dalam menghadapi pelbagai cabaran. Justeru, saya mewakili Panitia Pendidikan Islam SMK Simpang Empat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang yang telah memberi peruntukan Sambutan Hari Kebesaran Islam (SHKI) pada tahun 2011 bagi kami menjayakan program tersebut.

Penghargaan ini turut ditujukan kepada Tuan Pengetua SMK Simpang Empat Puan Hajah Zainab b Shafie, PK Pentadbiran, PK HEM, AJK Panitia Pendidikan Islam, Badan Kebajikan Islam, Asrama dan seluruh warga SMK Simpang Empat yang banyak memberi galakan dan perangsang serta membantu menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih

Nurul Huda bt Md Yusop Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Simpang Empat SPS. P.Pinang. Okt.2011

1. TAJUK KEM PEMANTAPAN IMAN TRANSFORMASI INSAN RABBANI

2. MATLAMAT Mengenal potensi diri Rabbani remaja masa kini dengan konsep-konsep asas sebagai insan

3. OBJEKTIF i. Mengenal potensi diri dan menyedari tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan berakhlak mulia. Memberi kefahaman dan kesedaran realiti remaja pada masa kini. Memberikan kefahaman terhadap konsep-konsep asas bagi seorang muslim.

ii. iii.

4. KUMPULAN SASARAN 60 orang pelajar Islam Tingkatan 4, 5 dan 6 Atas (kehadiran sebenar 50 orang sahaja)

5. TARIKH/ TEMPAT / MASA Tarikh Hari/Jam Tempat : : : 21-22 Oktober 2011/23-24 Zulkaedah 1432H Jumaat-Sabtu (6.30ptg-5.00ptg) Surau Al-Huda SMKSE

6. TENTATIF PROGRAM (RUJUK LAMPIRAN)

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN UCAPAN USTAZ MOHD REZUAN (KETUA FASILITATOR)

Taklimat Kem

KUMPULAN USRAH/SMART SOLAT

PENYEDIAAN MINUM MALAM OLEH GURU-GURU

MEMBACA SURAH AL WAQIAH SELEPAS SOLAT SUBUH

RIADAH

MINUM PAGI

TANYALAH USTAZAH

ABANG FASILITATOR

PEMBENTANGAN MENGIKUT KUMPULAN (LDP)

KUMPULAN PUTERA VS PUTERI

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLEH PK HEM (PN SHAMSIAH OMAR)

CENDERAHATI UNTUK FASILITATOR

PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PESERTA GURU-GURU YANG TURUT HADIR

8.

KESIMPULAN

Harapan dengan mengikuti program ini, pelajar-pelajar yang terlibat akan dapat membina sahsiah yang baik, rajin, bermotivasi dan cintakan kecemerlangan. Disamping itu dapat menanam penghayatan Islam yang lebih mendalam di dalam diri pelajar. Semoga program ini dapat menyedarkan pelajar bahawa untuk menjadi Insan Rabbani perlulah mempunyai kemantapan iman yang kental dan penuh kesabaran menghadapinya. Dengan ini juga akan melahirkan generasi pelajar yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berterampilan, bertanggungjawab dan berbakti kepada agama, diri sendiri, keluarga dan ummah sekelian alam.

Memegang amanah adalah tugas yang paling berat sebagai khalifah, ramai yang masuk ke neraka kerana gagal memegang amnah tersebut

SIJIL PENYERTAAN
Dengan ini diperakui bahawa

NURUL HAFIZA BT ZAKARIA


(951031-07-5552)
telah menyertai

KEM PEMANTAPAN IMAN


Dengan jayanya Pada 21-22 Oktober 2011/23-24 Zulkaedah 1432H Di SMK Simpang Empat Anjuran Panitia Pendidikan Islam bersama Asrama SMK Simpang Empat

Anda mungkin juga menyukai