Contoh Kertas Cadangan

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Nama dan Alamat Sekolah: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU ANAM, BATU ANAM, 85010, SEGAMAT, JOHOR. Nama Pengkaji: SHAHRIZAN BIN ABD WAHAB Tajuk Kajian MEMPERKAYA KOSA KATA PELAJAR TINGKATAN 1 DENGAN MENGGUNAKAN SURAT KHABAR ATAU KOMIK BERBAHASA INGGERIS 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sewaktu saya menanda karangan pelajar Tingkatan 1, saya dapati tahap penguasaan kosa kata di kalangan pelajar ini sungguh terhad. Isi yang ditulis tidak berkembang. Mereka cuma menyalin isi-isi dalam soalan karangan berpandu yang diberikan tanpa mengolah atau menambah ayat mereka sendiri. Selain itu, masih ramai pelajar yang melakukan kesilapan ejaan. Dalam Penilaian Kurikulum 1 baru-baru ini, untuk bahagian 2 di mana saya memberikan soalan isi tempat kosong dengan perkataan-perkataan yang telah dipelajari dan diuji dalam program opsme, di dapati hampir 60% pelajar kelas ini yang tidak memahami langsung perkataan-perkataan yang telah di ajar. Saya menyedari ramai di kalangan pelajar di kelas ini mempunyai asas bahasa yang agak lemah. Perlukah saya ajar semua kosa kata yang terdapat dalam kamus untuk memperkaya kosa kata pelajar? Apabila saya bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, guru mengatakan yang pelajar hari ini malas membaca dan walaupun disuapkan pelbagai ilmu tetapi mereka tidak berusaha menjawab soalan. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini? Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang mempunyai kosa kata yang amat terhad dalam Bahasa Inggeris. Saya berpendapat lemahnya penguasaan kosa kata mereka ini adalah kerana kebanyakkan pelajar tidak menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan seharian. Mereka tidak menyedari kepentingan Bahasa Inggeris dan mereka lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa ibunda sendiri. Ini disebabkan oleh persekitaran mereka yang tidak memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris. Kebanyakan media juga diterbitkan dalam bahasa ibunda jadi mereka berpendapat media berbahasa Inggeris tidak perlu kerana hanya dengan menggunakan bahasa ibunda sahaja mereka masih mampu berkomunikasi di dalam komuniti mereka sendiri.

Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan juga soalan membina ayat bagi kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan keputusan sekolah saya. 2. Fokus Kajian Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata. Pelajar saya mempunyai kosa kata yang sangat terhad. Mereka hanya mampu menggunakan perkataan yang biasa mereka temui dan gunakan semasa di sekolah rendah. Mereka melakukan banyak kesilapan apabila menulis ayat. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah: Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat. Pelajar menggunakan kosa kata yang sangat terhad. Pelajar tidak menjawab kerana tidak faham maksud perkataan yang diberi. Dengan membantu pelajar memperkaya kosa kata, saya berharap pelajar boleh membina ayat yang tepat dan jelas. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas Bahasa Inggeris PMR. Keadaan ini juga pasti akan meningkatkan peratus kelulusan pelajar-pelajar sekolah saya. 3. Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut: i. Objektif Umum Meningkatkan keputusan sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan Bahasa Inggeris. ii. Objektif Khusus - Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh para pelajar. - Meningkatkan keupayaan mengaplikasi perkataan baru dalam ayat yang dibina oleh pelajar. - Membantu pelajar menguasai kemahiran belajar dengan merujuk kamus bagi meningkatkan penguasaan kosa kata mereka. 4. Kumpulan sasaran Pelajar-pelajar tingkatan 1 K seramai 33 orang

5. Tindakan Yang Dicadangkan 5.1. Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut: Ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang diberi bagi menganalisis kelemahan penguasaan kosa kata. Latihan karangan pelajar bagi mengesan kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah bagi mengesan penguasaan kosa kata pelajar.

5.2. Program penggunaan media berbahasa Inggeris Cara Pelaksanaan: i. Guru akan memperbanyakkan komik atau artikel yang hendak digunakan dan mengedarkannya di dalam kelas. Sebolehnya yang bergambar untuk menarik minat pelajar memahami apa yang berlaku di dalam gambar tersebut. ii. Guru membincangkan perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar. iii. Guru meminta pelajar membuat ayat-ayat pelbagai aras dengan perkataanperkataan yang telah dipelajari. iv. Pelajar mencatat dalam buku catatan khas dan guru menampal perkataan pada papan kenyataan. Guru meminta pelajar mengaplikasikan penggunaan perkataan dalam karangan yang ditulis 2 minggu sekali. v. Guru menganalisis karangan pelajar. 6. Jadual Pelaksanaan Kajian Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9 Aktiviti Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan Melaksanakan tindakan. Membincangkan masalah yang dikenalpasti dalam tindakan. Ujian untuk mengesan pencapaian murid Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian Tempoh Pelaksanaan 2 minggu 3 hari 1 minggu 3 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu

7. Kos Kajian Bil Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit 2 x RM10.00 1 x RM80.00 1 x RM2.00 Jumlah Kos RM 20.00 RM 80.00 RM 50.00 RM 2.00 RM 152.00

1. Kertas A4 2. Printer Cartridge 3. Fotostat bahan & laporan kajian 4. Buku catatan guru JUMLAH

Anda mungkin juga menyukai