Kesan (Alam Sekitar)

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Kesan aktiviti penanaman sayur-sayuran terhadap alam sekitar di Cameron Highland

Penanaman sayur-sayuran dijalankan di Cameron Highlands

dijalankan secara berleluasa. Terdapat juga pengekspotan sayur-sayuran ke luar negara seperti tomato, brokoli, dan kacang boneis. Walaupun terdapat banyak pembangunan dalam penanaman sayur-sayuran, ini membawa banyak kesan terhadap alam sekitar. Penanaman sayur-sayuran yang berleluasa menyebabkan berlakunya pencemaran-pencemaran sekitar

kawasan Cameron Highlands. Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar. Pencemaran air, tanah, dan udara berlaku di Cameron Highlands secara berleluasa. Pegawai Mardi menyata pencemaran air iaitu pencemaran sungai kian meningkat di sekitar Cameron Highlands. Beliau mengatakan bahawa penanam sayur-sayuran membuang sisa-sisa tumbuh-tumbuhan ke dalam sungai atau longkang yang berdekatan. Apabila kami bertanya tentang tempat pembuangan sampah, beliau memberi penjelasan tentang isu ini. Jika penanam hendak membuang sisa-sisa tumbuh-tumbuhan ia akan meningkat kos dan juga mengganggap sebagai satu beban kerana tempat pembuangan sampah terletak jauh daripada kebun sayur-sayuran. Maka untuk

mengelakkan beban tersebut penanam sayur-sayuran membuang sisa-sisa tumbuh-tumbuhan ke dalam sungai atau longkang yang berdekatan. Selain daripada itu, penggunaan baja dan racun serangga juga menyebabkan pencemaran air. Baja dan racun serangga digunakan dalam penanaman sayur-sayuran. Apabila menyiram, air itu akan menyalur ke sungai dan longkang yang berdekatan. Maka racun bercampur dengan air sungai, kualiti air sungai tersebut akan terjejas. Ini menyebabkan kematian hidupan air. Selain itu, ia juga menjejaskan kesihatan manusia. Air yang tidak bersih boleh menyebabkan penyakit tersebar dengan berleluasa. Tambahan pula, sungai-sungai tersebut kelihatan tidak cantik dan berbau busuk.

Selain daripada itu,

terdapat juga pencemaran tanah di sekitar

penanaman sayur-sayuran. Masalah ini juga disebabkan oleh sisa-sisa tumbuh-tumbuhan yang dibuang merata-rata tempat. Selain itu, penanam sayur-sayuran juga membuang plastik-plastik baja dan juga botol-botol racun serangga di sekitar kebun sayur-sayuran. Ia ditinggalkan begitu sahaja. Maka ia akan kelihatan tidah indah dan sebagainya. Penyemburan racun serangga juga menyebabkan pencemaran tanah. Ia membunuh haiwan di bawah tanah. Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah. Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini. pencemaran tanah akan menjejaskan kesihatan kita. Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , kita mungkin diserang penyakit. Selain itu, pencemaran udara berlaku disebabkan oleh pembakaran sampah sarap dan penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia. Gas karbon dioksida, debu, gas dan kimia racun akan memberi kesan kepada kita dan menjejaskan kesihatan kita. Apabila kita menarik nafas, udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita. Debu dan gasgas beracun daripada penyemburan racun serangga dan pembakaran sampah-sarap menyebabkan penyakit jika disedut. Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata. Mengikut kajian kami, kita boleh memastikan perubahan landskap berlaku di Cameron highlands. Perubahan ini disebabkan oleh kegiatan pertanian secara berleluasa di Cameron Highlands seperti aktiviti penanaman sayur-sayuran. Penduduk juga kian meningkat. Kemajuan dalam aktiviti tersebut menyebabkan perkembangan infrastruktur dan kemudahan-

kemudahan lain. Jalan raya dibina untuk memudahkan perjalanan dan berhubung dari satu tempat ke tempat yang lain. Selain itu rumah-rumah pekerja juga dibina untuk pekerja asing yang berkerja di kebun sayursayuran. Selain itu banyak orang melibatkan diri dalam penanaman sayursayuran. Maka mereka membina banyak kebun sayur-sayuran. Mereka juga

penebang pokok-pokok untuk membina kebun. Oleh itu, perubahan landskap berlaku di sini. Perubahan landskap juga menjadi salah satu ciri perkembangan Cameron Highlands. Dengan ini kita boleh melihat

peningkatan taraf hidup penduduk Cameron Highlands. Tambahan pula, pemanasan global turut berlaku. Apabila racun serangga dan bahan-bahan kimia lain digunakan dalam penanaman sayursayuran, ia mengeluarkan gas dan kimia racun dan bercampur dengan udara. Gas-gas yang beracun boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon. Mengikut kajian kami, terdapat kenaikan suhu di Cameron Highlands. Pada masa dahulu, suhu di Cameron Highlands sejuk tetapi pada masa kini suhu menjadi lebih panas. Gangguan terhadap proses sejatpeluhan tumbuhan

meneyebabkan peratus kelembapan udara menurun, udara bersifat kering persekitaran udara terdedah kepada bahang matahari secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh kanopi kesannya indeks suhu setempat meningkat. Pada masa yang sama, pembangunan Cameron Highlands menyebabkan kesan rumah hijau. Gas-gas yang dikeluarkan oleh kenderaan dan pembakaran terkumpul dalam udara. Kesihatan manusia akan terjejas akibat masalah-masalah ini. Selain daripada itu, kesuburan tanah juga terjejas akibat kegiatan penanaman. Ketidak seimbangan nutrient dalam tanah disebabkan oleh tanaman tunggal dan tanaman ulangan berterusan tanpa merehatkan tanah dan pembajakan yang berterusan. Tanaman sejenis menyebabkan beberapa jenis mineral tanah digunakan secara intensif oleh tumbuhan berkenaan dan tanah hilang kesuburan dengan cepat. Penggunaan tanah secara tidak kawal juga menyebabkan kesuburan tanah terjejas. Di samping itu, hakisan juga turut berlaku. Hakisan ialah proses pemechan ketulan-ketulan tanah dipermukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin yang bergerak. Dalam kajian kami pegawai Mardi menjelaskan bahawa penggunaan tanah yang tidak sistematik akan menyebabkan hakisan tanah. Beliau menyata bahawa dalam perjalanan ke Cameron Highland dari Tapah terdapat hakisan tanah disebabkan oleh

penggunaan tanah yang tidak baik. Akibat daripada Ketiadaan sistem peparitan kaki cerun akan menjadi lembut dan tidak stabil. Selain itu, ganguan ekosistem turut berlaku yang disebabkan oleh kegiatan penanaman. Penebangan hutan akan menyebabkan ganguan ekosistem. Flora dan fauna akan mengalami kepupusan. Seterusnya, fauna juga akan terjejas. Maka, ganguan terhadap rangkain makanan turut akan berlaku. Kehidupan air juga mengalami kepupusan.

Anda mungkin juga menyukai