Refleksi Budaya Pembelajaran

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Terlebih dahulu saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan berkat kerja berkumpulan yang kami

lakukan dapat kami menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah . Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kerana telah memberi bantuan dalam kami menyiapkan tugasan ini . Setelah saya dan juga rakan rakan membuat kajian untuk menyiapkan tugasan ini . Saya dapat mengenali pelbagai budaya yang terdapat di negara kita ini yang mempunyai masyarakat yang pelbagai kaum . Kajian adat resam yang di lakukan ke atas beberapa kaum mula menyedarkan saya bahawa ada perkara yang sama yang dilakukan di antara kaum tersebut seperti adat dan juga pantang larang di antara kaum melayu dan juga kaum india . Banyak etnik melayu mengikut adat etnik india dalam pantang larang dan adat . Pada pendapat saya , ini adalah disebabkan oleh sebelum kedatangan agama islam ke tanah melayu pada zaman dahulu .Agama hindu yang merupakan agama tertua menjadi fahaman dan ikutan iaitu fahaman animisme . Kepercayaan inilah yang menjadi ikutan dalam adat dan pantang larang melayu . Kefahaman kita tentang adat resam dan pantang larang etnik lain di Malaysia menjadikan kita mudah untuk mendekati masyarakat tersebut . Ini menjadikan perpaduan di negara kita menjadi lebih kukuh dan teguh . Sebagai seorang guru, budaya dan sosial etnik adalah merupakan perkara yang penting. Ini kerana di sekolah terdapat pelbagai etnik .jadi, guru perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan suatu budaya yang sihat di sekolah terutama di dalam kelas . Saya rasa aspek penyusunan dan pelan kelas yang kondusif mempengaruhi perhubungan antara etnik di dalam kelas . Saya rasa , saya sebagai seorang guru perlu mewujudkan semangat perpaduan yang kukuh antara etnik yang terdapat di dalam kelas tersebut . Saya sebagai seorang guru dan salah seorang yang tergolong dalam salah satu etnik di Malaysia merasa pantang larang yang terdapat di dalam setiap kaum ada yang perlu dikekalkan kerana terdapat kebaikan . Terutama pantang larang orang orang tua pada zaman dahulu banyak member kebaikan daripada keburukan . Pantang larang

ini kita perlu terapkan kepada anak anak kita agar warisan pantang larang ini tidak luput di telan zaman . Akhir sekali tugasan ini sebenarnya telah membuka mata saya dan menmbah pengetahuan saya yang lebih mendalam tentang adat dan pantang larang pelbagai kaum di Malaysia. Sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pensyarah dan rakan rakan dalam kumpulan kerana kita dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun tinggal berjauhan .

Disediakan oleh : Roslizam Bin Ghazali 741212-03-5781

Anda mungkin juga menyukai