Saluran Darah Dan Sistem Kardiovaskular

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 31

Saluran Darah

Sistem saluran darah manusia dikenali sebagai sistem peredaran tertutup dan ganda dua Ini kerana darah mengalir dalam salur darah melalui jantung sebanyak dua kali dalam satu peredaran lengkap Oleh itu, sistem peredaran ganda dua pada manusia terdiri daripada dua sistem peredaran yang utama:

Sistem peredaran pulmonari (jantung peparu jantung) Sistem peredaran sistemik (jantung semua tisu badan

jantung)

Sistem Peredaran Pulmonari


Darah terdeoksigen (deoxygenated blood) dipam keluar dari ventrikal kanan (right ventricle) ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke peparu kiri dan kanan. Di peparu (lungs), pertukaran gas berlaku, Darah terdeoksigen dalam arteri pulmonari menerima oksigen lalu menjadi darah beroksigen yang kemudia diangkut dari peparu ke atrium kiti jantung melalui vena pulmonari.

Ventrikal kanan Arteri pulmonari Vena Pulmonari Atrium kiri

Peparu

Fungsi utama sistem peredaran pulmonari adalah untuk membolehkan darah terdeoksigen menjadi darah beroksigen.

Sistem Peredaran Sistemik


Darah beroksigen dari peparu, yang memasuki atrium kiri jantung, dipam keluar dari jantung melalui aorta. Darah yang dipam keluar dari jantung berada dalam tekanan tinggi. Aorta bercabang untuk membentuk arteri, yang membawa darah beroksigen ke semua tisu badan.

Pertukaran gas dan nutrien (nutrient) berlaku di sel badan sesuatu organ. Darah yang diangkut keluar dari organ melalui vena adalah darah terdeoksigen Darah dari vena di semua tisu badan akan disalurkan ke dalam vena kava dan dialirkan ke dalam atrium kanan jantung. Atrium kiri Ventrikal kiri Aorta Tisu badan Vena Cava Atrium kanan

Fungsi utama sistem peredaran sistemik adalah untuk membolehkan darah beroksigen dibawa dari jantung ke semua tisu badan

Sistem Kardiovaskular dan Umur

Sistem Kardiovaskular
Sistem kardiovaskular adalah salah satu sistem biologi yang menyokong sistem-sistem lain berfungsi dengan berkesan. Sistem ini mengangkut oksigen, nutrient, hormon dan keperluan lain kepada sel-sel terlibat dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme untuk dikumuh serta produkproduk sel ke bahagian lain dalam tubuh.

Komponen-komponen utama sistem kardivaskular


Jantung i. Organ yang penting mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen dan nutrien.

ii. Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari satu paun.
iii. Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri.

(b) Darah
i. Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel termasuk eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung di dalam plasma. ii. Lebih kurang 55% daripada isipadu darah ialah plasma dan 45% terdiri daripada eritrosit. iii. Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal. Seorang dewasa yang berat tubuhnya 70kg, mempunyai kira-kira 5-6 liter darah.

(c) Salur darah


i. Terdiri daripada arteri, vena dan kapilari. ii. Salur darah membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran dari jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung.

Fungsi Sistem Kardiovaskular


Sistem kardiovaskular berfungsi membantu membekalkan oksigen dan mengangkut bahan kumuh seperti karbon dioksida daripada darah. Proses peredaran darah mengangkut oksigen daripada paru-paru ke sel-sel tisu badan, dan mengeluarkan karbon dioksida daripada selsel tisu ke paru-paru berlaku secara sistematik.

Struktur dan fungsi bahagian-bahagian jantung


Jantung terbina daripada otot-otot jantung (miorkardium) yang diliputi epikardium dipermukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam. Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipir dan kedua-dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain iaitu septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikal adalah lebih tebal. Septum interventrikal terdapat di antara kedua-dua ventrikal.

Keluaran jantung (Q)


Keluaran jantung adalah jumlah isispadu darah yang dipam keluar oleh ventrikal kiri dalam satu minit.

Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan jantung seminit. Keadaan ini dikawal oleh tindakan sistem saraf autonomik. Kadar denyutan jantung setiap individu adalah berbeza kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti umur dan tahap keaktifan individu. Kadar denyutan jantung rehat individu yang aktif adalah rendah berbanding dengan individu yang sedentari. Kadar denyutan rehat boleh diperolehi dengan mengira bilangan denyutan jantung seminit di arteri karotid atau arteri radius semasa individu berada dalam keadaan rehat.

Isipadu strok ialah amaun darah yang dipam oleh ventrikal kiri isipadu ini disukat dalam unit liter sedenyutan. Isipadu strok lelaki adalah lebih besar berbanding isipadu strok perempuan. Kedudukan badan juga mempengaruhi isipadu strok. Isipadu strook adalah agak besar pada individu yang berbaring berbanding dengan individu yang berdiri. Perbezaan ini berkaitan dengan kesan graviti ke atas sistem kardiovaskular.

Contoh
Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar denyutan rehat sebanyak 72 denyutan seminit dan isipadu strok sebanyak 70ml ialah 5L/min. O = KDJ x IS = 72 x 0.07 = 5.04 = 5L / min

Mengukur tekanan darah


Tekanan merupakan daya yang mengedarkan darah dalam sistem peredaran. Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan rendah. Tekanan darah manusia boleh diukur dengan menggunakansfigmomanometer. Tekanan darah berbeza menurut jantina, umur,gerak kerja dan lain-lain.

Penguncupan jantung dikenali sebagai sistolik dan pengenduran jantung dikenali sebagai diastolik.Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah tertinggi yang disukat semasa penguncupan ventrikel Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (milimeter merkuri). Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg.

Kaedah mengukur tekanan


(a)Balut lengan atas dengan menggunakan kuf tekanan darah. (b) Balut beg getah/kuf pada arteri brakial. (c) Stetoskop diletak bawah kuf di atas arteri.

(d) Udara dipam ke dalam kuf sehingga tekanan di dalam kuf melebihi tekanan dalam arteri (lebih kurang 200mm Hg).

(e) Dengan membuka injap pada pam secara perlahan-lahan, tekanan dalam kuf menurun secara beransur-ansur sehingga tekanan maksimum dalam arteri melebihi sedikit tekanan dalam kuf. Sebahagian darah mulai terpancut dalam arteri

(f) Denyutan perlahan (bunyi karafkoff) kedengaran melalui stetoskop. Bacaan paras merkuri dalam sfigmomanometer adalah tinggi. Bacaan ini adalah tekanan darah sistolik (misalnya 120mm Hg).

(g) Tekanan dalam kuf diturunkan lagi sehingga kurang daripada tekanan terendah dalam arteri pada akhir diastol. Darah mengalir tanpa gangguan semasa sistol dan diastol. Bunyi denyutan akan berkurangan sehingga sampai ke tahap kesenyapan. Kesenyapan ini adalah tekanan darah diastolik. Paras merkuri dalam sfigmomanometer menurun pada paras lebih rendah. Ini adalah bacaan tekanan darah diastolik (misalnya 80mm Hg). Dengan itu bacaan tekanan darah ialah 120/80 mm Hg.

Mengukur tekanan darah

Hipertrofi dan atrofi jantung


Saiz jantung setiap individu berbeza. Jantung individu boleh bertambah besar atau mengalami hipertrofi jika individu tersebut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan latihan fizikal secara konsisten dan berterusan. Saiz jantung seseorang atlit yang aktif adalah lebih besar berbanding saiz jantung individu sedentari. Apabila hipertrofi jantung berlaku, ketumpatan kapilari juga meningkat.

Hipertrofi jantung adalah kesan daripada: (a) Penambahan saiz kaviti ventrikel-ventrikel (b) Bertambah ketebalan dinding ventrikel

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai