Panduan PPT Fast Track

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

M/S

1. 2. 3. 4. 5.

Pendahuluan Objektif Tarikh Kuatkuasa Tafsiran Kriteria Pemohon 5.1 5.2 5.3 Program VTO Program VTE Program VTM

3 3 3 3 6 6 7 7 9

6. 7.

Mekanisma Pelaksanaan Program Persijilan

SENARAI KEPENDEKAN
DKM Diploma Kemahiran Malaysia

DLKM NOSS PB PC PP PPB PPD PPL-PPT PP-PLV PP-PPT PPT VTE VTM VTO MOSQ

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia National Occupational Skills Standard Pusat Bertauliah Penyata Pencapaian Pegawai Penilai Pengurus Pusat Bertauliah Pegawai Pengesah Dalaman Pegawai Pengesah Luaran - Pengiktirafan

Pencapaian

Terdahulu Pegawai Penilai-Pegawai Latihan Vokasional Pegawai Penilai - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Program Eksekutif Latihan Vokasional I-031-4; Program Pengurus Latihan Vokasional I-031-5; Program Pegawai Latihan Vokasional I-031-3; Malaysia Occupational Skill Qualification (Kelayakan Kemahiran Pekerjaan Malaysia)

SENARAI LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Carta Alir 2. Lampiran 2 : Borang Permohonan PPT Bagi Program VTO/VTE/VTM Secara Fastrack 3. Lampiran 3 : Borang Analisa Jurang Kompetensi 4. Lampiran 4 : Borang Penilaian Temuduga 5. Lampiran 5 : Borang Penilaian Kursus 6. Lampiran 6 : Borang Keputusan Penilaian bagi tujuan Pengeluaran Sijil (JPK/PPT/1003)

1.0

PENDAHULUAN Panduan ini bertujuan menetapkan keperluan syarat dan prosedur bagi permohonan pelaksanaan Program Vocational Training Officer (VTO), Vocational Training Executive (VTE), Vocational Training Manager (VTM) secara fast track dan single-tier melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Panduan ini digunapakai bagi 2

membolehkan personel pentauliahan Perakuan Kelayakan Mengajar. Oleh itu, panduan ini boleh digunapakai sehingga 30 Ogos 2012. 2.0 OBJEKTIF PROGRAM Mempersijilkan individu yang berkelayakan dalam metodologi latihan dengan VTO, VTE dan VTM secara fast track. 3.0 TARIKH KUATKUASA Panduan ini berkuat kuasa pada 14 Februari 2011. 4.0 TAFSIRAN Analisa Jurang Kompetensi ertinya proses yang dilaksanakan bagi mengenal pasti jurang kompetensi yang terdapat di antara bukti yang dimiliki oleh calon dengan NOSS; Calon ertinya mana-mana individu yang berdaftar dengan Ketua Pengarah JPK untuk mendapatkan Sijil; Fasilitator Kursus ertinya individu yang dilantik oleh Jabatan bagi melaksanakan kompetensi; Jabatan ertinya Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia; NOSS ertinya dokumen National Occupational Skills Standard atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang menggariskan keterampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut; kursus kepada calon yang mempunyai jurang

Pegawai

Penilai-Pengiktirafan

Pencapaian

Terdahulu

(PP-

PPT) ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon; Pegawai Pengesah Luaran-Pengiktirafan Pencapaian

Terdahulu (PPT-PPT) ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT; Panel Penilai ertinya panel yang dianggotai oleh PP-PPT dan PPLPPT yang dilantik oleh Jabatan bagi melaksanakan proses temuduga terhadap calon; Pegawai Pengesah Dalaman ertinya seseorang personel yang berkelayakan dalam bidang kemahiran tertentu yang berkhidmat di Pusat Bertauliah dan diberikuasa oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan penentusahan dalaman di Pusat Bertauliah. memenuhi kelayakan yang ditetapkan; Pegawai Penilai ertinya pengajar di pusat bertauliah yang

memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan ditauliah oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan penilaian keterampilan calon di pusat bertauliah yang ditetapkan; Pengajar ertinya individu yang bertanggungjawab melaksanakan latihan kemahiran bagi membimbing dan menyelia pelatih dalam teori dan amali;

Pengiktirafan

Pencapaian

Terdahulu

(PPT)

ertinya satu

kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki; Pengurus Pusat Bertauliah ertinya seseorang personel yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk mentadbir pelaksanaan pentauliahan persijilan; Portfolio ertinya adalah dokumen yang mengandungi segala jenis bukti kompetensi secara tersusun dan sistematik, mengikut keperluan setiap profil tugasan NOSS; Program Bertauliah ertinya program latihan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah; Program secara Fast Track ertinya program yang dilaksanakan secara pakej dengan mengambilkira kelayakan dan pengalaman sedia ada bagi penganugerahan suatu Sijil; Pusat Bertauliah ertinya suatu penyedia latihan kemahiran yang telah diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan suatu program bertauliah sehingga kepada penganugerahan suatu Sijil; Sijil ertinya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Penyata Pencapaian (PC) yang dianugerahkan kepada mereka yang layak di dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia oleh Ketua Pengarah;

Single-Tier ertinya adalah kaedah persijilan yang melibatkan pendaftaran kombinasi program VTO, VTE atau VTM secara serentak;

5.0

KRITERIA PEMOHON Pemohon hendaklah memenuhi kriteria mengikut program yang dipohon seperti berikut: 5.1 Program VTO 5.1.1 Memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang berkaitan; 5.1.2 Pengalaman mengajar dalam bidang kemahiran berkaitan dan mengurus sekurang-kurangnya 5 tahun; dan 5.1.3 Memiliki Sijil adalah diberi keutamaan.

5.2

Program VTE 5.2.1 Memiliki kelayakan akademik dan pengalaman mengajar serta mengurus sekurang-kurangnya: a) b) Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dengan pengalaman 6 tahun; atau Ijazah Sarjana dengan pengalaman 4 tahun.

5.2.2 Memiliki sijil yang berikut adalah diberi keutamaan: a) b) c) Sijil dalam bidang kemahiran; Sijil dalam metodologi pengajaran VTO; atau Surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Personel Pentauliahan bagi jawatan PP-PLV. 5.3 Program VTM 6

5.3.1 Memiliki kelayakan akademik dan pengalaman mengajar serta mengurus sekurang-kurangnya: a) b) 5.3.2 a) b) c) Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dengan pengalaman 9 tahun; atau Ijazah Sarjana dengan pengalaman 7 tahun. Memiliki sijil yang berikut adalah diberi keutamaan: Sijil dalam bidang kemahiran; Sijil dalam metodologi pengajaran VTO; atau Surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Personel Pentauliahan bagi jawatan PP-PLV. 6.0 MEKANISME PELAKSANAAN PROGRAM Mekanisme pelaksanaan program ini adalah seperti berikut: 6.1 Individu yang berminat dan memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan bolehlah memohon dengan merujuk Carta Alir proses permohonan program VTO, VTE dan VTM secara Fast Track seperti di Lampiran 1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan PPT Bagi Program VTO/VTE/VTM Secara Fast Track seperti di Lampiran 2 dan dikemukakan kepada Unit PPT, Bahagian MOSQ beserta dokumen berikut, iaitu: 6.1.1 bayaran permohonan sebanyak RM300.00 dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank atau Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama `KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN yang memiliki tempoh sahlaku sekurang-

kurangnya diterima;

tiga

(3)

bulan

dari

tarikh

permohonan

6.1.2 satu (1) salinan Kad Pengenalan pemohon; 6.1.3 surat pengesahan majikan yang menyatakan tempoh pengalaman bekerja bagi program yang dipohon; dan 6.1.4 satu (1) salinan kelulusan akademik sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang berkaitan. 6.2 Pemohon ditawarkan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan Analisa akan Jurang

untuk

menghadiri

Bengkel

Kompetensi. Pemohon hendaklah membawa bersama bukti-bukti yang berkaitan semasa bengkel bagi mengenalpasti jurang kompetensi yang wujud bagi setiap pemohon. Kaedah penilaian akan ditentukan berdasarkan jurang kompetensi yang dimiliki oleh pemohon; 6.3 Pemohon penilaian; 6.4 Penilaian Secara Temuduga 6.4.1 Temuduga akan dilaksanakan oleh Panel Penemuduga; dan 6.4.2 Panel Penemuduga ialah mereka yang telah dilantik oleh JPK untuk melaksanakan proses temuduga bagi Program Fast Track. 6.5 Penilaian Secara Kursus 6.5.1 Pemohon perlu menghadiri kursus yang ditetapkan oleh JPK dan mengikuti penilaian yang dibuat oleh Panel Penilai; 6.5.2 Panel Penilai ialah mereka yang telah dilantik oleh JPK untuk melaksanakan penialain secara kursus; dan 8 hendaklah membangunkan portfolio bagi tujuan

6.5.3 Panel

Penilai

bertanggungjawab

untuk

mengesahkan

Borang Keputusan Penilaian bagi tujuan pengeluaran Sijil (JPK/PPT/1003). 7.0 PERSIJILAN 7.1 7.2 7.3 Sijil hanya akan dianugerahkan kepada pemohon yang layak; Pemohon yang berjaya, layak dipersijilkan secara PPT single-tier. Bayaran tidak akan dikembalikan bagi mana-mana permohonan yang gagal.

Permohonan hendaklah dihantar kepada: Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Aras 7&8, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Pusat Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya. Tel.: 603-8886 5000 (u.p. Unit Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) )

10

Anda mungkin juga menyukai