Kepelbagaian Sosio
Kepelbagaian Sosio
Kepelbagaian Sosio
Implikasi positif 4.1.1 Guru Faktor kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia memberikan impak kepada guru untuk memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dapat diterima oleh semua murid. Ini dapat dijalankan sekiranya guru menjalankann tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional dalam pekerjaannya. Guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid-muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam
menyampaikan pelajaran. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu murid
haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid-murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang
ditempatkan
dalam
satu
kumpulan
yang
sama
semasa
melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid. Contohnya guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan berdisiplin dalam apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini akan meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka. Karl Marx menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran.terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah. Oleh yang demikian, kelas sosial murid juga harus diberikan perhatian oleh guru. Mereka digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid yang datangnya dari kelas sosial yang rendah tidak harus diabaikan. Bagi mereka yang datang dari kelas soasial atasan dan berkedudukan juga harus dilayan sama rata dengan murid yang lain. Selain itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. Ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapo dapat dijalinkan di antara guru dengan murid. Guru juga perlu
membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan sebagainya. Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh
diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan impak terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat penambahbaikan terhadap mutu pengajaran dan pembelajaran selain daripada membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan mereka di antara satu sama lain. Guru boleh meminta pandangan murid-murid mengenai masalah
pembelajaran yang mereka hadapi dan aktiviti-aktiviti yang ingin mereka lakukan secara bersama-sama. Guru perlu sentiasa memikirkan kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan. Selain daripada itu, guru juga perlu mengetahui dan memahami bidang kerjayanya dan bijak dalam mengendalikan anak muridnya. Dalam memastikan
perancangan yang dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat, guru perlu sentiasa meningkatkan bagi
4.1.2 Murid Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalm bilik darjah. Kerap kali terdapat perbezaan antara individu murid atau umpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah. Penting bagi guru untuk memahami tingkah laku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Murid harus bersosial di antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Ini dapat direalisasikan sekiranya murid dapat
membunag sikap prejudis terhadap latar belakang murid lain dan berinteraksi di antara satu sama lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh setiap murid perlu dihormati bagi memastikan proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Sikap hormat menghormati di antara satu sama lain berupaya untuk menyemai semangat saling percaya mempercayai di dalam jiwa murid dan secara tidak langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan seterusnya membentuk individu yang toleran ke arah pemacu pembangunan negara. Murid juga perlu mengamalkan penggunaan bahasa yang standard dan mengelakkan unsur-unsur dialek mengikut kaum. Murid perlu berusaha untuk menggunakan bahasa yang betul
dalam
interaksi
dengan
individu
lain.
Penggunaan
dan tahap
pengamalan
bahasa
standard
akan
meningkatkan
penguasaan bahasa murid selain daripada dapaat mencapai tahap kematangan sosial yang sepatutnya. Guru juga perlu bertanggungjawab dalam mengingatkan murid untuk
memperbetulkan bahasa murid agar tidak melarat hingga ke dewasa. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Dalam masa yang sama, mereka perlulah diberikan kesedaran batasan
perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina ini. Segala aktiviti dalam pembelajaran yang diikuti perlulah melibatkan rakan yang berlainan jantina dan bersesuaian dengan tugasan yang telah diberikan. Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang di kalangan murid. Interaksi yang beterusan di antara murid akan menimbulkan rasa sayang, hormat dan sebagainya di antara satu sama lain. Guru juga boleh menggunakan pendekatan penyayang dalam komunikasi. Murid juga suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkann meningkatkan yang menyentuh mental, emosi kreatif dan disamping inovatif,
kecergasan
penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat. Oleh itu, guru perlu membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan guru. Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya akan menunjukkan tahap disiplin diri yang terkawal melalui tindakan yang berhemah.
4.1.3 Sekolah
Pendidikan yang lebih khusus adalah penting bagi memastikan kepelbagaian pendidikan untuk memenuhi minat dan potensi, kecenderungan dan kebolehan murid di pelbagai jenis sekolah. Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah, terdapat, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Pada peringkat meniengah pula wujudnya Sekolah Berasarama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Model Khas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) harian.oleh itu, pelbagai aktivit dirancang dengan teliti agar ia berkesan untuk mengatasi kepelbagaian sosio budaya yang wujud. Sekolah merupan ruang untuk guru menerapkan
kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio budaya mereka. Murid juga haruslah sentiasa siingatkan agr sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain daripada
sekolah/Program Ntegrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk dalam kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan
sokongan samada dalam bentuk moral atau material bagi mengembangkan lagi pengetanuan dan perpaduan dalam kalangan murid.
Sekolah
Wawasan
ditubuhkan
untuk
mewujudkan
perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukann dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahann, sudah tentu masa hadapan akan lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu sejak dari bangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.
4.1.4 Kurikulum tersirat Kurikulum sistematik merujuk kepada perancangan bertulis yang strategi
merangkumi
objektif,
kandungan,
penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interkasi di sekolah. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosio budaya ini memberikan implikasi kepada kurikulum sekolah. Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya melalui aktiviti ko kurikulum. Kurikulum tersirat boleh diaplikasikan melalui aktiviti berpesatuan, kegiatan panitia dan aktiviti dalam unit beruniform. Semasa merancang aktiviti guru bolehlah menyelitkan nilai yang dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum
tersirat
memberi
penekanan
kepada
persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulm tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulm seperti aktiviti berpesatua, kegiatan panitia dan sebagainya. Kurikulm tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur,
peratuaran, pertalian dan truktur di sekolah. Ianya dijalanan secara tidak langsung seperti mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo diantra warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberikan kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid.
4.2
Kesan negatif 4.2.1 Guru Disamping melihat kepada kesan positif terhadap implikasi kepelbagaian sosio budaya, kita masih dapat melihat kesankesan negati atau kekurangan yang berlaku. Guru mungkin akan menghadapi masalah perhubungan dan komunikasi dengan murid. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah menyebabkan berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi impak kepada pembelajaran.
Contohnya murid di sekolah sekitar Kelantan mungkin akan menghadapai masalah komunikasi walaupun guru
menggunakan bahasa standard. Ini kerana penggunaan bahasa dialek sejak kecil mempengaruhi gaya percakapan mereka. Guru mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran untuk memberi peluang kepada murid memahami bahasa standard yang digunakan. Murid perlu
berusaha untuk menggunakan bahasa yang betul dalam interaksi dengan individu lain. Disamping itu, guru juga sukar untuk menyesuaikan alat bantu mengajar yang sesuai dan rancangan pengajaran harian yang dapat mengintegrasikan semua kaum, budaya dan latar belakang. Guru juga bimbang akan berlaku unsur-unsur bias sekiranya rancangan pengajaran yang dibuat tidak menepati budaya dan cara hidup murid-murid yang pelbagai. Guru juga menghadapi masalah kekurangn bahan-bahan rujukan. Justeru, guru yang baik mungkin akan mengambil masa untuk mengenali keplbagaian budaya yang ada. Berdasarkan satu penulis dari laman web http://businesscustomwriting.com/buypaper/563.html most researchers argue that multicultural
.This is because the instructors use specific content when teaching the countries culture and history. The instructors find it hard to expose the truth about racism in the country. This in turn leads to racism Guru juga bimbang jika jangkaan yang dibuat terhadap tindakan murid tidak tepat. Ini akan mendatangkan kesan negatif sekiranya guru tidak dapat memahami reaksi dan tingkah laku murid. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai juga boleh menyebabkan salah faham guru terhadap murid berlaku. Guru sukar mengawal tingkah laku murid yang berbeza. Keadaan ini juga merupakan satu cabaran kepada guru dalam mencorakkan budaya kelas yang mesra budaya. Selain itu, guru juga mungkin menghadapi masalah dengan penjaga murid yang rata-ratanya sering meletakkan tanggungjawab yang tinggi terhadap guru di sekolah. Sekiranya murid gagal atau tahap pencapaian yang kurang memuaskan guru akan menjadi sasaran utama kepada faktor pencapaian anak-anak mereka. Masalah ini sering timbul apabila berlaku pergaduhan, salah faham, menghina, mencaci dalam kalangan murid. Penjaga meletakkan tanggungjawagb kepada guru untuk mengajar mereka cara menghormati orang lain selain menerapkan nilai-nilai baik kepada murid. Guru juga tidak mempunyai ruang untuk menjelaskan kenapa dan mengapa tingkah laku ini terjadi disebabkan budaya persekitaran yang menjadi amalan mereka.
Murid Faktor kelas sosial mempengaruhi pencapaian akademik murid. Pencapaian murid yang datang dari golongan berada tentunya lebih baik berbanding dari murid yang datang dari golongan miskin dan memerlukan bantuan. Tahap kesihatan seperti kemudahan mendapat rawatan, makanan berkhasiat dan kawalann penyakit juga menjadi faktor kepada pencapaian murid. Murid yang miskin mungkin akan menghadapi masalah pembelajaran kerana kemungkinan besar ibu bapa tidak dapat menyediakan kemudahan dan keperluan pembelajaran anak-nak mereka. Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati bahawa hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Dapatan beliau menunjukkan kedua-dua hubungan adalah positif. Rentetan dari itu, tahap keyakinan murid akan menurun. Mereka akan menjadi pasif di dalam kelas dan rasa dipinggirkan oleh rakan-rakan. Jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti pembelajaran. Murid-murid berkemungkinan besar akan mengalami kecelaruan identiti apabila mereka mudah terpengaruh dengan tingkah laku kumpulan gender majoriti. Murid-murid perempuan mungkin bersikap lebih maskulin manakala lelaki bersifat feminime. Sesetengah guru mengamal unsur bias terhadap gender murid di dalam kelas. Menggunakan data sekunder, shamsulbahriah (1989) mendapati wujud ketaksamaan gender dalm proses pembangunan ekonomi negara Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlu mengambil kira faktor jantina ketika melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Murid juga dibimbangi terjebak dengan pergaulan bebas antara murid lelaki dan perempuan memandangkan pelbagai pengaruh persekitran dan media masa yang negatif. Di sini peranan sangat besar bagi membantu murid mengenali jati diri, asal usul, budaya yang sepatutnya menjadi amalan mereka.
Sekolah
Faktor kekurangan kemudahan asas di sekolah tidak dapat memenuhi kepelbagaian sosio budaya dalam kalangan murid. Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menegah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan teknologi maklumat (ICT) di sekolah. Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid. Hampi semua Sekolah Kurang Murid (SKM) berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan. Bagi sekolah dikawasan pedalaman, pihak sekolah kurang menitikberatkan penggunaan bahasa rasmi dan bahasa penghantar dalam segala urusan rasmi. Sekolah yang daif tidak dapat menyediakan suasana pembelajaran yang harmoni, kondusif dan mesra budaya. Kekurangan sumber rujukan juga menghalang kepada proses perkembangan emosi dan sosial murid. Kurikulum tersirat Sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai niali yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat. Kurikulum tersirat atau tersembunyi dipercayai mempengaruhi pencapaian akademik murid tetapi kajian mengenai perkara tersebut sama ada si peringkat sekolah atau di peringkat pengajian tinggi adalah terlalu sedikit (Margolis, 2001;
chafel, 1997). Daripada kajian berkenaan Margolis merumuskan bahawa terdapat perbezaan aplikasi kurikulum tersirat di peringkat institusi pengajian tinggi tetapi perbezaan tersebut berada di atas dasar yang sama dengan rasional bahawa sekolah tetap sekolah walau di mana sekali pun lokasi sekolah berkenan. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA EDU3106 Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.
Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-budaya? Menurut ensiklopedia bebas http://ms.wikipedia.org/ budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal hal berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua dua perkataan ini dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).
Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam laman web http://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan -sistem-sosio-budayaislam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut. Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri ciri khas
sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang undang, adat resam dan lain lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepada guru Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajar mengenal tulis baca. Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid-murid agar masalah guru syok sendiri dalam mengajar tidak berlaku. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara-perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber
pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan
mengintegrasikan TMK.
individu yang menawarkan perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengiktu standard yang telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum. Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah: i. Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan
melibatkan murid secara aktif; ii. Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid; iii. Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.
Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa Melayu hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek. Ini akan memberi peluang sama rata kepasa semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh member peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina.
Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka. Catatan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah dicatatkan sebagai refleksi atau impak di akhir sesi pembelajaran. Ini akan memudahkan guru untuk merancang strategi dan kaedah yang sesuai untuk mengatasi kelemahan. Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa. Guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Anjakan paradigma haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di zon selesa sentiasa. Guru haruslah pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya. Penyampaian pengajaran guru haruslah kreatif dan efektif, menarik dan menyeronokkan. Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja. Implikasi kepada murid Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Sebagai seorang pelanggan, kita haruslah
melayan mereka dengan adil dan saksama. Ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan; Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir (a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajarpelajar atau pembayaran fi; atau (b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan). Petikan perlembagaan Malaysia Berlandaskan Perlembagaan Malaysia, seharusnya guru mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang
kepelbagaian sosio-budaya di kalangan murid agar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan. Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran kea rah memacu pembangunan Negara. Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu
Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka. Guru sebagai role model kepada murid-murid. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negative. Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid. Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam
penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid. Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid. Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan secara langsung terhadap kaedah yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan pembelajaran. Acapkali dibaca dan didengar permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, vandalisma dan sebagainya yang dilakukan oleh murid. Walaupun berat untuk diakui, namun kita harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini adalah datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjayanya.
Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka. Apabila membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu struktur persekitaran dan sosial masyarakat mereka sendiri. Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan dimana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar, golongan Orang Asli ini akan ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan mereka akan tersinggung dengan kata-kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pelajar Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar. Selain daripada itu, budaya mencintai kesenian telah tertanam dalam kehidupan Orang Asli. Mereka suka bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta suka menyanyi. Sebagai seorang guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam merancang kaedah P&P yang sesuai untuk menarik minat anak-anak Orang Asli ini mengikuti pelajaran. Pelajar Orang Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti permainan. Memanjat pokok, menjerat haiwan, dan mandi sungai merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh mereka. Berdasarkan perkara perkara di atas, dua kaedah yang dirasakan sesuai dipilih untuk dilaksanakan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian sosial dan mempunyai anak Orang Asli di dalam kelas tersebut.