CTH Memorandum
CTH Memorandum
CTH Memorandum
Sesebuah karangan di peringkat STPM ini seharusnya mengandungi tiga bahagian, iaitu:-
IU IS K = Kesimpulan
= =
Idea
Utama Isi
(Pendahuluan) Sokongan
IU merupakan perkara yang penting yang memperkatakan secara umum tentang tajuk. IS pula jangan terlalu banyak; lima atau enam IS sudah cukup. Hal ini kerana., karangan pada peringkat ini bukan mementingkan kuantiti IS tetapi mengutamakan kualitinya. K juga harus ditulis dengan baik, bukan sekadar tiga atau empat baris.
2 PERENGGAN KARANGAN Ketiga-tiga bahagian di atas hendak disampaikan dalam perenggan secara tepat, menarik dan berkesan. Jika pelajar memutuskan untuk menulis enam IS, bererti karangan pelajar seharusnya mengandungi lapan perenggan, iaitu satu perenggan untuk IU, enam perenggan untuk IS, dan satu perenggan untuk K.
1 2 3
80 90 90
4 5 6 7 8
90 90 90 90 80
3 PANJANG KARANGAN Panjang karangan yang perlu ditulis oleh pelajar adalah antara 650 hingga 700 patah perkataan. Oleh itu pelajar janganlah menulis lebih daripada 700 patah perkataan kerana lebihan itu tidak lagi diambil kira. Sebagai contoh, jika pelajar menulis 800 patah perkataan, bererti bahagian K akan berada pada 100 patah perkataan yang terakhir, yang tidak lagi diambil kira (tidak dibaca dan diperiksa). Dengan demikian, karangan berkenaan dianggap tiada K dan sudah tentulah keberkesanannya turut terjejas.
4 SOALAN KARANGAN Terdapat banyak soalan karangan yang berkehendakkan dua aspek IS, misalnya faktor dan langkah mengatasi, sebab dan akibat. kebaikan dan keburukan dan lain lain. Untuk menjawab soalan seumpama ini, pelajar hendaklah mengemukakan IS secara seimbang dan dicadangkan tiga IS bagi setiap bahagian. Jika mengemukakan lima IS dicadangkan tiga IS bahagian pertama dan dua IS bahagian kedua.
5 BAHAN SOKONGAN Bagi menghasilkan karangan yang bermutu, bahan-bahan sokongan, seperti contoh, bukti, pendapat, perangkaan/data, dan lain-lain yang relevan dengan perkara yang ditulis, haruslah dimasukkan. Perkara ini penting untuk menguatkan lagi idea yang diutarakan dan sekali gus dapat meyakinkan pembaca.
6 BAHASA DAN PENYAMPAIAN Walau sebaik manapun idea yang ingin disampaikan tetapi keberkesanannya belum terjamin jika pelajar gagal menguasai aspek bahasa dengan baik. Perkara ini merupakan suatu kenyataan kerana bahasa merupakan wahana untuk menyampaikan
buah fikiran seseorang. Oleh itu, pelajar seharusnya menguasai benar-benar pelbagai struktur ayat, tatabahasa, ejaan, aspek mekanis (tanda baca) dan aspek-aspek yang lain untuk menghasilkan karangan yang benar-benar menggambarkan kematangan.
KESIMPULAN Tiada jalan mudah untuk memperoleh sesuatu yang cemerlang, melainkan dengan berusaha. Dalam hal ini, pelajar hendaklah tidak jemu-jemu berusaha membaca, merujuk, menyalin karangan terbaik dan membuat latihan karangan serta berbincang dengan rakan ataupun guru agar pelajar kurang menghadapi masalah apabila menduduki peperiksaan STPM yang akan menjelang. Ikhtiar terakhir ialah memohon doa ke hadrat Ilahi, agar segala usaha kita diberkati-Nya. Insya-Allah.
Memorandum
: :
YB
Menteri
Tenaga,
Air
dan dan
Pengerusi
Persatuan
Kebudayaan
Memorandum tentang Rancangan Hiburan Bersifat Realiti yang Disiarkan melalui Televisyen
1. Pendahuluan Dunia hiburan semakin berkembang di negara ini. Kini, rancangan hiburan yang bersifat realiti, misalnya Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor, dan lain-lain telah diperkenalkan oleh televisyen tempatan. Rancangan Akademi Fantasia khususnya, bukan sahaja diminati oleh anak muda tetapi juga oleh orang dewasa. Meskipun rancangan tersebut mendatangkan kepuasan kepada mereka, namun kesan negatifnya
akan mejejaskan masa depan orang ramai, khususnya golongan remaja. Menyedari hal itu, Persatuan Seni Warisan Daerah Pekan menghantar memorandum ini untuk mengemukakan kesan negatif rancangan tersebut dan juga usul untuk menangani kesan yang dimaksudkan.
2.
Pernyataan
Masalah
2.1 Pembaziran Masa Kewujudan rancangan hiburan yang bersifat realiti mengakibatkan banyak masa seseorang terbuang, lebih-lebih lagi bagi rancangan yang tempoh siarannya panjang. Situasi ini menjejaskan kelancaran aktiviti harian mereka yang berkenaan. Bagi sesetengah pelajar pula, mereka sanggup menangguhkan tugasan yang diberikan oleh guru semata-mata untuk berada di hadapan televisyen bagi mengikuti perkembangan rancangan hiburan yang bersifat realiti kegemaran mereka. Segelintir mereka, sanggup ponteng kelas tuisyen bagi tujuan tersebut. Sekiranya amalan ini berterusan, prestasi mereka dalam akademik akan terjejas, sekali gus menggagalkan usaha kita untuk mendidik generasi muda agar menghargai masa.
2.2 Pembaziran Wang Penentuan pemenang melalui undian secara khidmat pesanan ringkas (sms) pula, misalnya dalam rancangan Akademi Fantasia ternyata membazirkan wang orang ramai. ... (jelaskan isi kedua)...
2.2 Pengaruh Negatif Selain itu, cara berpakaian, pergaulan ataupun perlakuan artis yang kadangkala bertentangan dengan nilai ketimuran, ternyata mempengaruhi tingkah laku golongan remaja. ... (jelaskan isi ketiga)...
3.
Usul
3.1 Mengehadkan Rancangan Bagi menangani kesan negatif rancangan hiburan yang bersifat realiti, bilangan rancangan tersebut hendaklah dikurangkan. Selain itu, tempoh siarannya juga perlulah dipendekkan. Hal ini demikian kerana ...(jelaskan isi keempat)...
3.2 Menghentikan Undian Sms Sistem undian yang terbukti membazirkan wang orang ramai hendaklah dihentikan. Pihak yang berkenaan hendaklah mencari alternatif lain, misalnya dengan
3.3 Menyediakan Garis Panduan Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menetapkan garis panduan, khususnya tentang perkara yang berkaitan dengan akhlak dan moral artis. ...(jelaskan isi keenam)...
4. Penutup Rancangan hiburan yang bersifat realiti banyak mendatangkan kesan negatif kepada orang ramai, terutama golongan remaja. Pembaziran masa dan wang bukan sekadar merugikan mereka, tetapi turut menjejaskan usaha untuk melahirkan remaja yang bijak merancang. Persatuan ini tidak menuntut agar rancangan yang sedemikian dihentikan tetapi mengemukakan beberapa usul yang difikirkan wajar dilaksanakan untuk kebaikan semua. Sekiranya usul di atas dilaksanakan, persatuan ini yakin bahawa kesan negatif yang dimaksudkan itu akan berkurangan. Semoga matlamat negara untuk melahirkan remaja yang berwawasan akan menjadi kenyataan.
Kebudayaan
dan
Kesenian