Pengenalan Teknik Catan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN AKTIVITI CATAN Definisi catan Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu

permukaan rata.Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang rata atau absrak.Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan.Satu ciptaan gambar yang berwarna.Catan ialah latihan mengaplikasi pigmen dari satu media ke atas permukaan sepertikertas,kanvas dan dinding.Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasi warna basah ke atas permukaan 2D.Satu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain.Satu hasil karya seni mempunyai kesan bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahan antara pigmen warna. Alat ,Media dan Bahan Penggunaan alat, media,bahan dan teknik dalam menghasilkan catan adalah sangat pentingdan perlu dititik beratkan semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan.Ia dapat menentukan jenis dan kualiti sesuatu catan yang dihasilkan.Terdapat berbagai jenisalatan dan bahan untuk mewarna di pasaran sekarang.Sebelum membeli peralatan warna yangterdapat di pasaran dan bahan-bahan lain yang hendak digunakan semasa proses pembelajaran,pastikan pilihan yang dibuat adalah tepat dan betul.Berikut ialah di antaracontoh alatan dan bahan yang sesuai digunakan untuk mencatan:Pensel digunakan untuk membuat lakaran sebelum mewarna..Berbagai jenis berus.Berbagai jenis warna seperti warna air,warna poster,akrilik,warna minyak,catmural,warna temperaPalet atau bekas pembancuh warnaBotol untuk mengisi air Kertas lukisan,kertas cat air,kain kanvas,permukaan dindingSurat khabar Catan adalah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahanuntuk menghasilkan gambar.Bahan-bahan pewarna seperti cat poster,cat air,cat minyak,cattempera,cat gouache dan cat akrilik adalah warna-warna yang dapat membantu seseorang pelukis menghasilkan catan.Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas permukaan berbagai jenis kertas,kain atau kanvas. http://www.scribd.com/doc/39699427/Definisi-catan

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

Definisi Menggambar Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek Alat, Media dan Teknik Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Tujuan Menggambar Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer. (a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi (b) Aras Aplikasi dan Analisa Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif (c) Aras Sintesis dan Penilaian Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif LUKISAN

(a) Definisi Lukisan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan. (b) Alat, Media dan Bahan Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal Marker pelukisan (rendering marker) Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal (c) Jenis-jenis Kertas Lukisan Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut. Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan. Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar. (d) Teknik i. Coreng / conteng ii. Garisan kontur iii. Titik iv. Pangkah silang v. Garisan selari. Menentukan Tema atau Subjek (i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan (ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa (iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut: (i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan) (ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap) (iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan (iv) Kesan cahaya pada imej (v) Pembentukan bayang-bayang

(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll) (vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan (viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding CATAN Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak Jenis Warna 1. Warna Poster 2. Warna Air 3. Cat Akrilik 4. Cat Minyak 5. Cat Tempera 6. Cat Gouache 7. Fresko - Kapur plaster KOLAJ Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata. Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid. MONTAJ Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama. Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru. Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatianpemerhati. CETAKAN Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan dalam menggunakan teknikteknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.

GOSOKAN Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. Teknik gosokan Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan Gosokan secara pusingan Gosokan menggunakan berbagaibagai warna Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja. Gosokan potongan kertas RESIS Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik. Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut. PERCIKAN Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. MOZEK Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata. Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia mengikut

kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar. Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan- bangunan di luar sekolah. RUMUSAN Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian. Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik. http://wareyzseni.blogspot.com/2009/12/menggambar.html

MENGGAMBAR (ZUL9990) http://zul9990.blogspot.com/2009/09/menggambar-zul9990pengenalan-bidang.html PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR . satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. . melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. .menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. .lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. .meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. .membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan..

.dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. R Definisi Menggambar .representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. .mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. . gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang .Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek . Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. . Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi . Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek LUKISAN Rhasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Rlanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Rkarya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata. RPenggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. RProses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan. RAplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan. R bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata CATAN .proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. . mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak .Dihasilkan melalui sapuan warnake atas permukaan rata dengan menggunakan berus . Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan . Satu ciptaan gambar yang berwarna . latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. . Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. . Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain . Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan

menggunakan bahantara pigmen warna.

Kolaj .bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan .perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D. .satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih .Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. . Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. . Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. .Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. . Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat dan di satukan di atas permukaan. .Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain .Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. . Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

MONTAJ . Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar . Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.

. Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain .Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi . imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan . hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. .komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. . Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. .Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto. . Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni . Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen CETAKAN .satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi .proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain . Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat . Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. . Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. . Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. .Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat . Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. . Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu. kertas

GOSOKAN .proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan

.proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. .cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. . Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. . Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. . Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan denganmenggosok menggunakan bahan tertentu. . dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton. . Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. .Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. . Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. .dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran. .Kita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berjalinan boleh menghasilkan berbagai corak yang menarik. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan dan dapat menarik minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan. Walaupun terdapat beberapa permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

RESIS .satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. . Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. . buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. .aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah

yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. . Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. .teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. . Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal . Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihantindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

PERCIKAN . satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. . satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite . style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. . Percik-percik halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. . teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata . kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan. . buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. . kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. . Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. . Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. . percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain. Berbagai jenis berus boleh digunakan untuk menghasilkan percikan MOZEK . Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. . Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan /kilauan. . Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. . Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk. . Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di

bahagian latar yang di plaster. . Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera. . Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai. . Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. .Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni di sekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti yang dicadangkan dalam kegiatan menggambar.

Anda mungkin juga menyukai