Dasar Kuasa Barat

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

Dasar Kuasa Barat 1.

Dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kuasa penjajah barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kalangan rakyat tempatan di Asia Tenggara. 2. Rakyat tempatan tidak diberikan peluang yang sewajarnya di dalam sistem birokrasi Barat. 3. Mereka terus kekal dalam sistem ekonomi tradisional yang serba kemiskinan. 4. Ini dapat dilihat di Indonesia dan Filipina, rakyat kedua Negara tersebut ditindas denganpengenalan sistem Tanaman paksa dan Sistem polo. 5. Bangsa penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas tersendiri dan hanya bergaul sesama mereka sendiri sahaja. 6. Mereka hanya bergaul dengan rakyat tempatan yang terdiri daripada golongan elit dan golongan bangsawan serta golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan barat. 7. Dasar penjajah yang membawa masuk ramai buruh asing telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan kerana penguasaan ekonomi oleh golongan imigran terbabit. Pengaruh Agama 1. Pengaruh agama juga telah memainkan peranan penting di dalam mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara. 2. Rakyat tempatan telah dapat disatukan di bawah lambang agama dalam menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan barat serta agama Kristian. 1. Ini dapat dilihat pada Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia Buddha di Burma pada tahun 1906. 2. Agama telah dijadikan sebagai alat perpaduan dan golongan agama pula sebagai pencetus semangat nasionalisme di Asia Tenggara pada peringkat awal gerakan nasionalisme. 3. Gerakan Islah di Tanah Melayu dan Indonesia telah memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam bagi menentang penjajah Barat. 4. Agama Kristian juga telah menyatupadukan penduduk peribumi di Filipina untuk menentang kuasa Sepanyol. 5. Ini adalah disebabkan penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol. Karya Kesusasteraan 1. Karya-karya kesusasteraan yang terdapat di Asia Tenggara turut memainkan peranan dalam membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara. 2. Ia merupakan media bagi menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah.

3. Di Filipina, karya yang ditulis oleh Jose Rizal melalui novelnya Noli Me Tangere telah mencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina dan inspirasi terhadap gerakan di nasionalisme di Asia Tenggara. 4. Di Indonesia pula terdapat karya-karya seperti cerpen Kerikil-kerikil tajam dan Ke Makam Bonda karya Chiril Anuar juga berpengaruh dalam membangkitkan semangat nasionalisme. 5. Di Tanah Melayu terdapat karya Putera Gunung Tahan karya Pak Sako. Sistem Pendidikan 1. Peranan yang dimainkan oleh sistem pendidikan juga tidak dapat disangkal dalam melahirkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. 2. Sikap penjajah yang mengamalkan dasar pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan telah melahirkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat tempatan. 3. Penjajah mengamalkan dasar memberikan keutamaan kepada sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar. 4. Pendidikan hanya diberikan setakat peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk Bandar. 5. Ini dapat dilihat di Indonesia, anak-anak golongan berkedudukan di Jawa ( Priyayi ) diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. 6. Di Negara Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah mendaji ancaman kepada sekolah Buddha. 7. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah inggeris. 8. Sikap pilih kasih penjajah ini adalah bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyattempatan. Kemunculan Golongan Intelektual 1. Golongan intelektual juga merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme. 2. Mereka berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat dan terdedah kepada idea Barat dan Islam. 3. Golongan ini kemudiannya telah bertindak sebagai pemimpin kepada pergerakkan nasionalisme dengan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap penjajah yang mengamalkan dasar diskriminasi. 4. Pada peringkat awalnya mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela tetapi akhirnya meminta penjajah membebaskan negara mereka.

Pengaruh Media Massa 1. Kewujudan Media massa seperti akhbar dan majalah telah meningkatkan lagi kesedaran semangat nasionalisme di Asia Tenggara. 2. Idea-idea nasionalisme dan perasaan anti penjajah dapat disebarkan kepada rakyat jelata walau dimana mereka berada. 1. Peranan akhbar dan majalah dalam menyebarkan idea-idea nasionalisme dapat di lihat dalam jadual di bawah: Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan 1. Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah memainkan peranan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. 2. Kemunculan alat sebaran am seperti telegraf dan telefon telah memudahkan hubungan dikalangan nasionalis. 3. Kewujudan jalanraya dan jalan keretapi telah dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh di pendalaman. 4. Para pemimpin dapat menyampaikan idea-idea nasionalisme kepada rakyat. Pengaruh Luar 1. Satu lagi faktor yang membantu dalam perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara ialahpengaruh luar. 2. Kemenangan Jepun dalam Perang Russia-Jepun ( 1905 ) dan Perang China 1895 telah memberi ilham kepada pemimpin nasionalis di Asia Tenggara tentang keupayaan sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar. 3. Perjuangan tokoh luar seperti Mahatma Gandhi di India menentang British telah memberikan inspirasi kepada nasionalis di Negara-negara Asia Tenggara. 4. Mahatma Gandhi adalah seorang Nasionalis memperjuangkan hak rakyat dan kemerdekaan. 5. Beliau enggan berkerjasama yang bersikap sederhana dalam

Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand :
melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis Penasihat Amerika dalam jabatan kastam Penasihat Perancis dalam ketenteraan

Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand :


memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan Kabinet menteri melantik juruaudit dari Britain pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidkan memperkenalkan system raja berperlembagan menggantikan raja mutlak pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.

Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara :
Penunuhan Kerajaan Pusat Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan Terhapusnya institusi raja Raja kehilangan kuasa Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain Pengenalan sistem undang-undang Barat Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat

rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka British memperkenalkan sistem kehakiman barat Raja menerima penasihat Barat Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat melayu pembesar tempatan hilang pengaruh pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.

Anda mungkin juga menyukai