8 Implikasi Globalisasi
8 Implikasi Globalisasi
8 Implikasi Globalisasi
1 Definisi globalisasi
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia tidak mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit. Sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti Internet, media elektronik, dan teknologi siber.
Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Perkataan globalisasi diambil dari kata dasar global, yang membawa makna universal. Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala
cendekiawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini.
Secara
umumnya,
globalisasi
bererti
meluaskan
pengaruh
suatu
kebudayaan atau agama ke seluruh pelusuk dunia. Globalisasi yang terjadi sekarang berkemungkinan disebabkan oleh penggunaan media elektronik dalam mengirim dan menerima informasi. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.
Secara konklusinya, globalisasi menyebabkan dunia menjadi bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh gloalisasi menjangkau
11
sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Di samping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu, globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum, dan juga pada penubuhan pelbagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.
Globalisasi
dalam
pendidikan
merujuk
kepada
perpindaan
nilai,
terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu kawasan kepada kawasan yang lain. Globalisasi yang diberi pengertian yang luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya, globalisasi dalam pendidikan ini sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang pendidikan juga tidak terkecuali. Terdapat beberapa kesan positif yang dibawa oleh globalisasi kepada dunia pendidikan Malaysia.
Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami dengan lebih lanjut serta mendalam tentang globalisasi dalam pendidikan. Mengikut pandangan umum, globalisasi dalam pendidikan melibatkan aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini menjadi terbuka kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di sini.
12
Perkembangan pendidikan memperlihatkan komputer menjadi salah satu alat komunikasi dan pengajaran yang berkesan kepada murid-murid. Komputer boleh direkabentuk supaya dapat membantu pembelajaran murid secara individu atau berkumpulan. Penggunaan komputer dalam pengajaran adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua murid terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira sama ada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu dapatlah dinyatakan bahawa penggunaan komputer dalam
pendidikan memberi peluang terutamanya kepada golongan murid yang agak lemah untuk membaiki pencapaian mereka dalam pembelajaran.
Selain itu, globalisasi pendidikan juga telah mewujudkan sistem pembelajaran melalui Pendidikan Jarak Jauh. Pendidikan Jarak Jauh akan dapat dijayakan dengan cemerlang sekiranya wujudnya rangkaian komputer dan internet yang lengkap dalam sistem pendidikan. Trenda semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh semakin mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah
daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan murid mempelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memperkasakan sistem pendidikan pada era globalisasi ini. Usaha untuk memperkasakan sekolah kebangsaan supaya menjadi sekolah pilihan semua kaum perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya. Kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan. Kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk memastikan penyediaan asas yang kukuh dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Peluang pendidikan bagi kanak-
13
kanak istimewa dan yang mengalami masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan.
Kesan globalisasi pendidikan seterusnya adalah keperluan mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan institusi tertiary memenuhi kehendak majikan. Langkah ini perlu dilaksanakan dengan mempertingkatkan kualiti pendidikan tertiari. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut piawaian antarabangsa. Bagi memperkukuh keupayaan
penyelidikan di universiti tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa dan juga swasta perlu dilaksanakan agar misi ini berjaya menjelang 2020. Institusi pengajian tertiari juga hendaklah meneliti kursus-kursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasa.
Selain itu, globalisasi pendidikan juga menuntut sistem pendidikan memberikan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT. Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan memperbanyakkan institusi latihan awam, menambahkan kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan.
Seterusnya
globalisasi
pendidikan
telah
mewujudkan
pelbagai
kemudahan bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita tidak ketingggalan dalam semua bidang. Kemudahan inilah yang akan dapat kita gunakan untuk dijadikan sebagai alat dan bahan bantu mengajar yang boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang disediakan.
14
Mantan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Badawi pernah berkata ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan bahawa Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai barisan kepimpinan negara supaya dapat bersaing dalam kepesatan
Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran dan kemungkinan yang wujud daripada fenomena globalisasi ini.
Globalisasi tidak hanya membawa kesan positif kepada dunia pendidikan, globalisasi juga membawa kesan negatif secara tidak langsung. Tidak dapat diabaikan kesan negatif yang memberi pengaruh yang agak besar kepada beberapa aspek di negara kita.
Pertama sekali, globalisasi yang memberi peluang kepada universiti yang terkemuka dan berprestij akan membuka cawangannya di negara ini. Walaupun cara ini merupakan suatu persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini telahpun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding
15
graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT tempatan akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz kecil.
Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.
Globalisasi akan terus merancakkan pengkomersialan dalam bidang pendidikan. Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.
Selain itu, pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Keadaan ini dapat diperhatikan apabila hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak
16
dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.
Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin terhakis. Hal ini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri. Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya, kemahiran yang mereka miliki mungkin akan digunakan untuk tujuan negatif seperti melakukan pecah amanah, menipu dan sebagainya.
Pembentukan insan seimbang yang dibincangkan sebelum ini tidak akan tercapai dan matlamat FPK akan disisihkan begitu sahaja.
Bagi negara-negara kaya dan maju, mereka akan mengambil peluang untuk menindas negara-negara yang lemah untuk merampas peluang dan sumber yang ada bagi memajukan sistem pendidikan negara mereka sendiri. Malah, ketidakadilan akan berlaku dalam sesuatu perkongsian kerana segala keputusan yang berat sebelah akan dibuat oleh negara-negara yang sudah maju. Hal ini demikian kerana negara yang sudah maju berkembang dianggap sebagai ketua dalam kebanyakkan perkongsian.
Secara konklusi, globalisasi membawa banyak kesan negatif. Tetapi, kita harus menghadapi kenyataan ini dan bertindak untuk menyelesaikan kesankesan tersebut. Hal ini demikian kerana globalisasi juga membawa banyak faedah. Jadi, kita hendaklah buang yang keruh, ambil yang jernih supaya bidang pendidikan dapat berkembang maju pada masa kelak.
17