Assignment
Assignment
Assignment
Ataupun mengikut sesetengah buku memberikanmaksud ikhtiar hidup atau survival ialah "the art of remaining alive andescaping from a hostile environment, without full facilities".Selain itu ikhtiar hidup juga boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan gentingdalam usaha untuk terus hidup. Kesimpulannya ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelansungan hidup. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku.
Peralatan ikhtiar hidup Ikhtiar Hidup adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini. Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat. Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya kearah kejayaan. Kita perlu ketahui bahawa didalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh kembaraannya.
Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah: Khemah, beg tidur dan tikar getah Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri Peta, kompas Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dan danan
Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan. Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut: Macis, pemetik api dan parang Lampu picit dan bateri Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan Hammock (buaian) dan ponco Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur) Sarong tangan
Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.
Peralatan Terpenting
Jika senarai peralatan di atas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa ialah: Macis atau petik api Parang Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak.
6.0 Undang-undang asas ikhtiar hidup Berikut adalah undang-undang asas yang harus diikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup: Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya. Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak dibina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan. Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran. Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsung. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagat kita sahaja. Fikirkan apakah masalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah
keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain. Berhenti awal di siang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.
8.0 Asas ikhtiar hdup 8.1 PERLINDUNGAN Perlindungan bermaksud anda melindungi diri anda daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh menjadi musuh anda. Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan anda sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Seterusnya, sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya anda tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Dengan ini, anda dapat mengelak daripada kelembapan.
8.1.1 PEMILIHAN KAWASAN/ TAPAK PERKHEMAHAN/ PETA 8.1.1.1 Sumber Asas Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat
dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.
8.1.1.2 Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda. Anda juga tidak digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah. Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.
8.1.1.3 Perhubungan Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan,
Pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara.
8.1.1.4 Sinar Matahari Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga
mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.
8.1.1.5 Denai Binatang Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.
8.2
Khemah
didirikan
(dipasang)
untuk
membuat
tempat
kediaman
sementara bagi berteduh daripada panas dan hujan. Biasanya, Khemah diperbuat daripada kain tebal, kain layar, campuran palastik (nilon) dan sebagainya. Pada masa kini, khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia adalah ringan dan senang dibawa ketempat perkhemahan.
Anda seharusnya mengetahui nama bahagian yang terdapat pada khemah. Kebiasaannya, sebuah khemah mempunyai bahagian seperti dinding, bumbung, pancang, tali pancang, penahan angina, tiang daripada kayu atau besi pintu. Sesetengah khemah mempunyai pintu dan penahan angin.
Terdapat juga khemah yang tidak mempunyai tiang besi yang siap. Selain itu,terdapat juga khemah pasang siap seperti khemah ridge.
Khemah satu tiang adalah ringan dan senang didirikan. Khemah jenis ini sesuai untuk perkhemahan ringkas. Ia boleh ditegakkan dengan menggunakan satu tiang seperti pada rajah. Khemah satu tiang juga dapat digunakan oleh seorang atau dua orang peserta sahaja.
1)
Khemah Bentuk A Khemah Bentuk A dapat digunakan oleh tiga hingga enam orang
peserta.
Khemah
jenis
ini
sesuai
digunaakn
untuk
mengahadiri
perkhemahanringkas dan kumpulan. Khemah ini juga senang dibawa dan didirikan serta ringan. Ia boleh ditegak dengan menggunakan dua batang tiang dan satu batang bumbung. Anda juga boleh menggunakan tali yang ditegangkan bagi membentuk bumbung khemah seperti penerangan dalam tajuk mendirikan khemah.
2)
Khemah bentuk dinding sesuai digunakan untuk perkhemahan kumpulan. Khemah ini senang dibawa,disimpan dan didirikan. Bentuk Khemah ini lebih kurang sama dengan khemah bentuk A . Khemah bentuk dinding mempunyai penahan angina atau hujung bahagian tepi. Penahan angina ini tingginya lebih kurang 15 -25 sentimeter. Khemah bentuk ini mempunyai ukuran 7.75 meter panjang dan 3.9 -4.2 meter lebar(termasuk penahan angin).
Khemah bentuk ini sesuai bagi suatu kumpulan patrol. Harganya tidak mahal berbanding dengankhemah bentuk lain. Khemah ini lebih selesa digunakan dan mempunyai ruang yang luas untuk berehat.
Khemah ini juga sesuai digunakan oleh satu patrol yang mempunyai ahli lebih kurangenam hinggalapan orang. Caramendirikan khemah jenis ini sama dengan cara mendirikan khemah bentuk A.
3)
Khemah Ridge
Sekarang kebanyakan kumpulan menggunakan khemah ridge untuk berkhemah. Khemah ini sangat sesuai digunakan bagi berkhemah dikawasan pergunungan, ditepi sungai, jambori dan sebagainya.Khemah ini sesuai untik tiga hingga sepuluh orang peserta. Khemah ini boleh dikelaskan kepada 3
jenis, iaitu khemah ridge jenis helaian terbang (tent barque double), khemah ridge dua tiang dan khemah ridge besar.
khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan. Biasanya, khemah jenis ini diperbuat daripada nilon atau terilin. Tiang khemah ini diperbuat daripada aluminium atau aloi (pancalogam).Khemah ini dapat memuatkan antara empat hingga tujuh orang peserta.
Bentuk khemah ridge dua tiang lebih kurang sama dengan bentuk khemah dinding. khemah ridge ini mempunyai dua lapis bahagian bumbungnya. Khemah ini lebih mahal harganya, namun kebanyakan kumpulan
menggunakan khemah jenis ini.Khemah ini dapat memuatkan tiga hingga enam orang peserta.tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.
Khemah rigde besar biasanya diperbuat daripada kanvas. Khemah jenis ini terdapat dalam berbagai bagai saiz dan berat. Misalnya, 35 kg, 40 kg dan tank 110kg. Khemah jenis ini dapat menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni. Biasanya, khemah ini digunakan diperkhemahan tertentu dan terlampau berat untuk dibawa. Tank 110 kg hanya digunakan oleh pasukan tentera Negara kita. Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.
8.2.2 Pembinaan khemah dengan menggunakan bahan semula jadi Sekiranya anda tersesak di dalam hutan, yang utama dalam ikhtiar hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan. Anda boleh membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip di atas tanah atau dipotong dari pokokpokok yang terdapat dikawasan berhampiran.
Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak di atas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai. Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung. Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya
8.2.3 Aspek keselamatan kawasan perkhemahan. A) B) Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting. Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan
8.2.4 Keselamatan Khemah o Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah. o Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. o Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah. o Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain daripada memasuki khemah. o Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya. o Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
o Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah. o Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.
8.2.5 Penjagaan Khemah o Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul. o Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan. o Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia. o Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwan perosak dan di tempat yang kering. o Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah diperiksa dan lengkap sebelum disimpan.
8.2.6 Peraturan Keselamatan Perkhemahan o Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa. o Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan. o Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. o Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta menghargai kawasan sekitar. o Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan. o Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti.
o Memaklumkan kepada ketua pasukan/kumpulan, fasilatator atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. o Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa berhenti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan. o Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang telah ditetapkan jika berkhemah berhampiran sungai, pantai atau tasik. o Dilarang memiliki apa-apa senjata yang merbahaya seperti senjata api, dadah dan alat-alat yang menyalahi undang-undang. o Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan
8.3 Api Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling penting. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa mancis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki. Apabila ranting ini menyala dengan baik, ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayu sebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai mancis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api. Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat di zaman silam memang mengguna berbagai cara untuk mendapat api.
a. Untuk memasak.
b. Perlindungan dari hidupan liar dan cuaca sejuk. c. Motivasi, pembangkit semangat d. Teman ketika berseorangan.
Sediakan rabuk, habuk kayu kering, ranting, daun kering, bahan bakar di sebelah anda ketika anda ingin menghasilkan api.
Kaedah 1
1. Sediakan ranting-ranting kering, rabuk untuk unmpan api serta kayu api disamping anda. 2. Pastikan kawasan yang sesuai untuk unggun api anda. 3. Dalam kedudukan yang selesa, mulakan geseran seperti di bawah. 4. Bahagian A terdiri dari sebatang dahan kecil yang keras dan kering 5. Bahagian B terdiri daripada rabuk2 kayu atau daun yang mudah terbakar dan kering 6. Bahagian C terdiri daripada kayu yang ditebuk lubang ditengahnya
7. Ketika menggeselkan BA ke BC, BB akan mula mengeluarkan asap menandakan suhu di BB meningkat dan bara akan terhasil. 8. Bara akan jatuh ke atas rabuk dibawah BC dari lubang kecil pada permukaan BC. 9. Ambil bara tersebut dan letakkan di atas rabuk daun yang kering dan tiup perlahan-lahan sehingga terhasilnya api. 10. Gunakan ranting kayu sebagai umpan api supaya api menjadi lebih besar. 11. Kemudian nyalakan unggun api anda sendiri.
Kaedah 2
1. Penggunaan kanta atau peralatan survival. 2. Jenis jenis peralatan pada diri yang boleh menghasilkan api. a. Cermin lampu suluh. b. Bateri, wayar, dan berus periuk halus. c. Bateri , wayar dan tisu d. Bateri ,wayar dan bulu pada stoking ( cotton sock )
Kapas, tisu, berus periuk halus mudah terbakar sekiranya terkena percikan api yang kecil
Kaedah 3
UNTUK MENGELAKKAN KESUKARAN PASTIKAN ANDA SENTIASA MEMBAWA BAHAN API DISAMPING ANDA SEPANJANG MASA KETIKA BERASA DI HUTAN..
8.4 MAKANAN DAN MINUMAN Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa
mempunyai makan yang mencukupi. Biasanya dalam hutan Malaysia terdapat makanan dengan banyak sekali tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika anda hendak berikhtiar hidup, anda harus tidak boleh mengikut selera makan biasa tetapi harus terima sahaja makan dari segala jenis, rupa dan keadaan. Kebanyakan makanan di dalam hutan agak ganjil dan harus dimakan dengan cara sedikit-sedikit buat beberapa hari yang pertama kerana
ketidaksesuaiannya pada perut kita yang mungkin akan mengakibatkan cirit-berit dan muntah-muntah.
8.4.1 Makanan dari Haiwan Semua makanan dari haiwan seperti burung-burung dan telurnya, katak, ular, cicak, tikus, anak serangga, belalang, cengkerik, anai-anai dan juga kucing adalah hawain-haiwan yang boleh dimakan. Begitu juga beberapa jenia ikan dan siput air tawar dan masin termasuk ketam, udang galah, udang dan lain yang hidup dia air dan pantai boleh di makan.
8.4. 2 Makanan dari Tumbuh-Tumbuhan Di Hutan Malaysia, setiap 50 ela sekeliling terdapat makanan, ubatan dan racun dari tumbuh-tumbuhan yang hidup liar. Oleh yang demikian kita harus tahu mengenal tumbuh-tumbuhan ini dan sentiasa berhati-hati apabila memakannya. Satu pentunjuk yang jelas adalah, jika moyet/kera/beruk boleh makan pasti manusia boleh memakannya, tetapi apa yang burung boleh makan tidak semesti manusia boleh makan. Walau bagimanapun untuk membuat permerhatian ini agak susah kerana selalunya binatang di hutan akan lari dari bau manusia.
Antara makanan dari tumbuhan adalah dari jenis ubi, bawang, daun, bunga, buah dan juga umbut. Untuk hidup, seseorang harus tahu apakah tumbuhan termasuk buahnya yang boleh dimakan dan bagaimana untuk mencarinya. Anda juga perlu tahu bahawa benda yang boleh dimakan tidak semestinya sedap dan mudah dimakan.
8.4.3 UJIAN Ujian untuk memastikan sama ada sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak. Satu ujian yang mudah tanpa mengetahui nama atau mengenali jenis tumbuhan samaada ianya boleh di makan atau tidak. Ujian-ujian ini mugkin dirasakan tidak perlu dilakukan atau Nampak macam lucu. Tetapi sesiapa yang tidak mengikut salah satu dari peringkat yang ditetapikan, akan menerima risikonya dan mungkin akan menghadapi masalah yang besar kemudian. Lakukan ujian berasingan bagi daunnya, ujian berasingan bagi
8.4.3.1 Ujian Pertama Cium Ambil beberapa helai daun tumbuhan berkenaan, sentuh akannya dengan berhati-hati, dan pecah/hancurkannya dengan dua jari. Jika terdapat bau seperti buah badam atau buah peach (dalam bahas Ingeris dipanggil peachy -almond smell), ia mennujukkan dengan jelas daun tersebut mengandungi asid prussic yang sangat beracun. Untuk keselamatan adalah lebih baik membuangkannya sahaja kerana masih banyak tumbuh-tumbuhan yang lain masih ada.
8.4.3.2 Ujian Kedua Kesan gatal/terbakar pada kulit Sekiranya ujian pertama di atas berjaya, mulalah dengan ujian kedua. Cara menjalankan ujian kedua ini adalah dengan menyapu perlahan-lahan atau gentilkan sedikit air/getah/lendir dari bahan yang hendak diuji di bahagian bawah diantara ketiak dan sikuai. Bagi tumbuhan yang mempunyi sedikit
air/kelembaban, hancurkan dan lumatkannya dengan atau tanpa air sehingga ianya memjadi seperti lendir dan berair. Tunggu selama 3-5 minit. Sekiranya terdapat sebarang kemerahan atau alahan atau gatal atau rasa terbakar kepada kulit, adalah wajar tumbuhan itu dielakkan untuk sementara waktu tetapi hendaklah membuat catitan secara mental atau bertulis supaya tumbuhan tersebut boleh diuji semula pada masa akan datang jika perlu atau masa mengizinkan.
8.4.3.3 Ujian Ketiga Kesan pada bibir, mulut dan lidah. Jika tidak terdapat apa-apa keradangan/ gatal atau kemerahan pada kulit semasa ujian kedua diatas, teruskan ujian ketiga. Sekiranya belaku sebarang keradangan di rasai, hentikan terus ujian ini: Letakkan sedikit bahan yang di uji tadi secara berhati-hati pada bibir. Tunggu 30-60 saat untuk melihat samaada belaku sebarang radangan kulit bibir. Letakkan sedikit bahan yang di uji secara berhati-hati di antara gusi dan bibir/pipi. Jangan kena pada lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi. Letakkan sedikit bahan ujian tadi secara berhati-hati di hujung lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi. Sekiranya tidak terdapat sebarang keradangan, dengan berhati-hati kulum bahan tadi dan mula kunyah perlahan-lahan tanpa menelannya.
Semasa menguyah, tunggu terhadap keasan-kesan berikut: (1). Rasa pahit (menujukkan keracunan jenis alkaline) (2). Rasa keradangan atau bengkak /pedih lidah atau tekak. (3). Apa-apa tindakan yang tidak selesa yang lain
Anda perlu menilai dengan teliti dalam menentukan perbezaan diantara keradangan dan asid biasa atau rasa kelat. Contohnya getah buah mangga dan buah gajus mempunyai bahan asid yang kuat dan boleh membakarkan kulit tetapi masih boleh di makan. Melalui pengalaman sahaja membolehkan anda dapat membuat keputusan yang baik.
8.4.3.4 Ujian Keempat Menelan. Jika tidak terdapat apa-apa kesan radang atau reaksi yang tidak menyenangkan, ujian seterusnya ialah untuk makan jumlah yang sikit, kemudian tunggu untuk apa-apa reaksi. Bahagian tubuhan yang hendak di uji seharusnya di rebus dahulu jika anda mempunyai peralatannya. Jika tiada peralatan, anda boleh guna batang buluh untuk rebus. Rebuslah tubuhan tersebut dengan air yang banyak, sehingga ia betul-betul masak. Simpan air rebusan untuk ujian yang berasingan. Dengan cara merebus akan menawarkan segala keracunan yang bahaya. Merebus juga boleh membuat sesuatu tumbuhan boleh dimakan jika ianya tidak boleh di makan secara mentah seperti ubi kayu atau umbut kelapa atau nibong. Apabila mana-mana bahagian tumbuhan telah di uji, rebus dan dibuktikan boleh di makan, uji semula cara mentah. Pastinya hasil ujian sebegini akan mendatangkan faedah. Makan tumbuhan yang telah di rebus itu sesuap sahaja dan jika terpaksa makan mentah makan jumlah yang lebih sedikit sahaja.
Setelah makan sesuap tunggu selama empat jam dan perhatikan kepada kesankesan berikut: Kesan melecur di mulut, lidah dan tekak. Bersendawa secara berterusan Pening dan muntah-muntah Sakit perut dan kesan sakit-sakit badan.
Selepas beberapa jam, sama ada terasa sakit memulas di bahagian bawah perut. Semasa menuggu empat jam, adalah tidak wajar untuk makan atau minum benda-benda lain. Jika terdapat kesan-kesan sakit diatas, minum lah air suam atau panas seberapa banyak yang boleh. Dan cuba muntahkan dengan paksa.
8.4.3.5 Ujian Kelima Makan untuk kenyang Sekiranya tidak terdapat apa-apa reaksi dari ujian keempat, ulangi ujian tersebut dengan menambahkan kuantitinya setiap jangka masa , empat jam sebanyak lima atau enam kali. Jika bahan tumbuhan ini telah lulus ujian ini anda boleh lah memakan tumbuhan ini dengan kuantiti yang lebih.
8.4.4 Kesilapan dalam menguji Sekiranya anda sakit perut disebabkan kesilapan menguji, cara yang paling mudah untuk melegakan diri adalah dengan cara meminum air suam atau panas dengan banyak dan tahan makan untuk beberapa jam.
8.4.5 Amaran Perkara-perkara berikut hendaklah di ambil perhatian: Jangan sekali-kali memendekkan ujian diatas. Ini adalah merbahaya. Jangan anggap jika burung atau beberapa jenis haiwan boleh makan tumbuhan itu manusia pon boleh. Belajar peraturan ujian makanan. Jika was-was, jangan makan. Ingat, apa monyet makan, anda boleh makan
Seperti mana yang saya perkatakan dari mula tadi, ilmu ikhtiar hidup ini amat luas hanya. Tidak boleh diperlajari dari membaca sahaja. Ianya memerlukan latihan amali.
Memburu merupakan salah satu kegiatan dan aktiviti warisan yang dilakukan oleh masyarakat pada masa dahulu bagi tujuan mendapatkan hasil makanan mahu pun dijadikan sebagai sumber ekonomi. Peralatan tradisional yang biasa digunakan bagi kegiatan memburu adalah seperti jaring, jebak, jerat, lembing, perangkap, racik, sumpitan, lastik dan lain-lain lagi.
Cara-cara pemasangan dan penggunaan peralatan tersebut adalah bergantung kepada alat itu sendiri. Kebiasaannya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti pelanduk, landak, rusa, burung, binatang yang menganggu seperti ular, harimau dan sebagainya.
1. JARING
Jaring diperbuat daripada benang atau tali yang disirat untuk tujuan tertentu. Besar dan lebarnya bergantung kepada kegunaannya. Ia boleh digunakan sebagai alat untuk memerangkap ikan atau haiwan seperti burung dan kelawar. Selain daripda itu, jaring yang dipasang dikawasan lapang dan semak yang tidak mempunyai pokok tinggi untuk memerangkap burung wakwak. Satu alat yang dibuat daripada buluh dengan tebukan lubang tertentu dan diberi muncung yang mempunyai lidah bagi mengeluarkan bunyi apabila ditiup yang dikenali pendekut.
Selepas menegakkan jaring pada dua tiang buluh atau berlindung disebalik pokok dan meniup pendekut. Ia lazimnya dilakukan pada waktu malam. Pemburu burung wak-wak akan meniup pendekut ini dengan bunyi yang mirip seperti wak-wak. Burung wak-wak yang mendengar bunyi ini akan menghampiri kawasan di mana terdapat bunyi dan apabila melalui jaring akan tersangkut.
2. JEBAK Jebak ialah sejenis alat (perangkap) untuk memerangkap binatang, lazimnya burung, biawak, musang, landak dan lain-lain. Jebak diperbuat daripada rotan (kulit atau isi) atau buluh yang diraut menjadi bilah kecil dan dianyam mengikut bentuk yang digemari. Biasanya jebak berbentuk separuh bulatan dengan tapak yang rata, dilengkapi dengan pintu kecil dan tempat menggantung jebak. Di dalam jebak ini terdapat tali jerat yang dilaraskan kepada pintu jebak.
Pemburu (pemikat) burung akan meletakkan seekor burung yang mempunyai suara merdu dalam jebak digunakan untuk memikat atau menggoda dan menipu burung yang berkeliaran di kawasan belukar atau hutan. Semasa dibawa ke kawasan tersebut jebak ditutup dengan kain. Apabila tiba di kawasan yang telah dikenalpasti mempunyai burung, jebak akan diletakkan di atas tanah di mana penutup dan pintu jebak dibuka.
Mata jerat dipasang dalam satu lengkaran atau bulatan di hadapan jebak Pemikat akan memerhatikan dari jauh. Suara (bunyi) burung dalam jebak dapat memikat burung-burung di situ untuk menghampiri dan masuk ke dalam jebak atau terkena jerat yang dipasang. Apabila burung masuk dan terpijak jerat yang dipasang maka pintu jebak akan tertutup. Burung ini akan dipelihara oleh pemikat sama ada untuk hiasan, pertandingan dan ada juga yang menjualnya kepada kawan-kawan dan peminat burung. Terdapat juga jerat bagi
memerangkap binatang liar yang merosakkan tanaman seperti musang dan tenggiling. Bagi tujuan ini ia dikenali sebagai perangkap dimana ianya lebih besar dan diperbuat daripada bilah besi.
Bagi memerangkap binatang liar atau buas yang mengganggu dan membahayakan ternakan seperti ayam, itik dan kambing serta tanaman seperti ubi kayu, keledek, pisang perangkap atau jebak yang lebih besar dan kukuh digunakan.Iannya dipasang dikawasan semak, belukar atau pepohon rimbun
seperti buluh dan disediakan dengan makanan kegemaran binatang seperti bangkai binatang, buah betik atau buah-buahan lain yang sesuai dengan binatang yang hendak diperangkap.
8.5 Isyarat Isyarat menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam kesusahan. Kawal pembakaran anda daripada merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.
hutan yg ingin kita terokai. Cara yg paling baik, dengan bertanyakan kepada penduduk tempatan atau berhampiran kawasan tersebut. Selain itu, boleh juga memperolehi info dengan membaca buku. Tetapi bukubuku hanya menerangkan sifat umum sesuatu binatang mengikut kajian ringkas yang mereka lakukan ataupun di cedok dari buku-buku lain. Perlu diketahui bahawa
walaupun hutan di malaysia ini di kategorikan sebagai hutan hujan, namunbegitu, terdapat beberapa perbezaan "keadaan" di hutan-hutan yang berbeza di malaysia ini, sebagai contoh, hutan simpan angsi, tak sama rupanya dengan hutan simpan pahang. oleh itu, perlu juga seseorang itu mengetahui bahawa haiwan yang mengamalkan kehidupan rimba ( pure survival ) akan mempunyai kelebihan tersendiri dan keupayaan untuk berubah / berevolusi mengikut kesesuaian lokasi kehidupan mereka. Sebagai contoh, di hutan yang kedudukan pokoknya terlalu jarang, haiwan yang mendiami tempat tersebut akan lebih cenderung untuk lompat dari satu pokok ke pokok yg lain, berbanding dengan hutan yang kedudukan pokoknya rapat-rapat. Contohnya, adalah ular dan cicak. ini adalah satu fakta sains. dan buku selalunya hanya menceritakan keadaan hutan dan binatang mengikut keadaan hutan hujan yang umum. Berdasarkan fakta di atas, boleh disimpulkan bahawa, haiwan yang sama, di hutan yang berbeza akan mempunyai sikap, tabiat dan mungkin bentuk yang berbeza. Tabiat seseekor binatang tertentu di tempat yang tertentu hanya boleh di fahami jika mengalami sendiri dan juga melalui perbualan orang setempat disitu sendiri, sebagai contoh, sekiranya babi hutan yang mendiami sekitar Gunung Datuk lebih mengambil sikap menjauhi diri dari manusia, maka babi hutan di hutan simpan yang lain mungkin adalah lebih merbahaya. Ini dapat diperhatikan daripada sikap binatang tertentu seperti kucing dan kera yang lebih jinak di hutan yang didatangi oleh ramai pelancong dengan yang kurang didatangi oleh pelancong. Oleh itu terdapat pelbagai tips atau petua yang boleh diikuti sebagai pedoman.
penting, jangan dirikan khemah berdekatan dengan 'banglo' harimau. Banglo harimau terletak dekat dengan punca air..Bau harimau yang menusuk hidung adalah disebabkan ia akan kencing pada keliling kawasan punca air untuk menanda kawasan nya . Sekiranya berjalan didalam hutan , pastikan kita memegang sebatang kayu yang sudah di tajamkan hujungnya dan bahagian yang tajam itu di halakan ke belakang semasa berjalan.Ini untuk mengelakkan sudden attack dari harimau. Penggunaan 'Kayu Tas' juga ada dipraktikkan oleh orang dulu- dulu..Tetapi mesti mengikuti piawaian yg ketat. Kayu Tas ini memang ditakui oleh binatang liar di hutan, Syarat memakai nya memang ketat, kerana kayu tas ini tidak boleh
berenggang langsung dengan pemakainya. Andainya terleka atau terlepas dari badan, masa ini lah menyerang. Sekiranya anda menangkap binatang hutan yang boleh dimakan seperti kijang, rusa dan lain- lain, jangan dilapah pada kawasan khemah. Lapah lah harimau akan
berdekatan tempat yang jauh dari kawasan perkhemahan, selepas siang, tanam semua bahagian yang tidak berkenaan.Di takuti kalau dilapah berdekatan dengan khemah, bau darah tidak akan hilang, maka ia akan mengundang harimau datang Semasa masuk ke dalam hutan berilah salam pada nabi Allah sulaiman dan berdoa semoga di jauhkan dari binatang buas dan berbisa. Selepas tu bertawakal pada ilahi."assalamualaika ya nabi Allah sulaiman" "aku bermohon kehadratnya (Allah taala) dilindungi dari segala binatang buas dan berbisa"....dan selebihnya bertawakkalah kepada allah taala.
Elakkan dari tempat yang memang sudah dibersihkan kerana pastinya rumah (orang) lain.
Elakkan terlalu rapat dengan sungai bimbangkan kepala air,buatlah khemah dikawasan yang kita sendiri bersihkan dari semak samun
Bila khemah siap dipasang taburkan sedikit karbait dikeliling khemah sebagai pelindung bau dari binatang buas.
Pastikan sentiasa ada unggun api atau bara api diwaktu malam. Jauhkan bercakap besar atau berhasrat berjumpa dengan sesuatu disana walau pun saja-saja hendak bercakap kerana banyak sejarah mengatakan bila berniatkan binatang buas. selalunya akan berjumpa dan sekiranya berjumpa ianya bukan dalam keadaan yang normal.
Penggunaan lampu picit diwaktu malam juga ada beberapa panduan kerana ada beberapa species haiwan yang sensitif pada cahaya lampu terutamanya ular tedung selar.padamkan lampu picit sekiranya sepasang mata berwarna kuning bergerak seperti ular terutamanya dalam air. ternampak
8.6.2
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Ada beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan serangan ular, antaranya adalah :
Berhati-hati ketika melangkah, ular selalunya menyerang apabila seseorang memijak badannya secara tidak sengaja
Jangan menghampiri,cuba memegang atau bermain-main dengan ular yang kita temui
Jika mengalih batu atau kayu reput, gunakan kayu atau galah dan bukan menggunakan tangan
Memakai kasut atau but yang tebal, 78% gigitan ular ialah di bahagian bawah kaki.
Sentiasa memeriksa kawasan perkhemahan, tepat tidur, sleeping bag, kasut, stokin dan beg untuk mengelakkan ular bersembunyi di situ.
Jika mahu membunuh ular tersebut, pastikan menggunakan kayu panjang dan memukul ke arah kepalanya, awas, ular
yang cedera lebih merbahaya dari ular-ular normal yang lain, oleh itu pastikan ular yang dibunuh itu betul-betul mati.
Selain itu beberapa lagi langkah yang perlu diambil bagi menangani serangan ular :
Perhatikan dahan-dahan kayu yang rendah. ualr amat menyukai kawasan tersebut kerana ia boleh mematuk mangsanya dengan hanya berjuntai di ranting kayu.
Bergerak secara berkumpulan kerana ianya dapat membantu jika salah seorang drp mereka di serang atau di patuk ular.
Baca apa sahaja maklumat atau panduan mengenai ular. Ia berguna untuk panduan sekiranya anda berada di kawasan yang terdapat haiwan ini.
Secara umumnya tanda-tanda patukan ular daripada jenis berbisa adalah seperti berikut: Terdapat dua lubang taring di bahagian hadapan bekas gigitan pada tempat yang di patuk Mangsa berasa sakit pada bahagian yang dipatuk Terdapat tanda berwarna kebiru-biruan atau kehijauan pada bahagian yang di patuk Tekak mangsa berasa kering dan loya-loya Penglihatan mangsa menjadi kabur
8.6.3
Rehatkan mangsa serta tenangkannya, bersihkan kawasan patukan dengan air. Peralatan mangsa hendaklah di tanggalkan Picit bahagian patukan hingga darah dan bisa keluar Letakkan bahagian patukan di bawah paras jantungnya. Ini adalah sebagai langkah untuk menyekat pengaliran bisa ular Sekat pengaliran bisa tersebut dengan mengikat kawasan yang terbabit dengan kain atau tali, tetapi pastikan tidak menyekat
peredaran darah mangsa. Teknik "Tourniquet" ini hendaklah dilonggarkan selama kira-kira seminit bagi setiap sepuluh mint
tetapi jangan melebihi lapan jam. JANGAN gunakan cara ini pada mangsa patukan ular kapak @viper lalukan kawasan terbabit dengan air garam, tetapi jangan sapukan garam terus ke tempat patukkan JANGAN cuba melukakan dan menyedut kawasan patukan untuk memgeluarkan bisa, gunakan alatan yang sesuai Usahakan secepat mungkin untuk menghantar mangsa ke hospital yang terdekat