Peribahasa

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Latihan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa
dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku
kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau
berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain
seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang
boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku sudah tidak mempercayai dirinya lagi.

Latihan 2

“Mengapa termenung?”
“Lihatlah radio yang baharu aku beli ini. Sudah rosak. Menyesal betul aku beli.”
“Berapakah harganya?”
“Murah saja ...”
“Itulah. Lain kali belilah barangan yang berkualiti walaupun harganya mahal.”
“Tapi, aku tidak ada banyak duit.”
“Kumpullah. Lama-kelamaan nanti, jadi banyak.”
“Betul juga cakap engkau!”
“Kalau dari dahulu aku kumpul duit di dalam tabung, tentu sekarang sudah banyak.”

Latihan 3
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud
ayat tersebut.
i. Para graduan digalakkan supaya mencari pekerjaan lain sementara menunggu pekerjaan
yang lebih baik.
ii. Segelintir remaja suka merosakkan harta benda awam yang sepatutnya digunakan oleh
mereka dengan sebaik-baik mungkin.
iii. Setiap ibu bapa bertanggungjawab untuk memupuk tabiat suka membaca terhadap anak-
anak mereka sejak awal lagi.

Latihan 4
Berikan maksud peribahasa di bawah.
i. Nasi sudah menjadi bubur
ii. Bagaimana ada asap tidak berapi
iii. Bagai mencurah air ke daun keladi
iv. Air dicincang tidak akan putus
v. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
vi. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Latihan 5
Berikan makna simpulan bahasa di bawah dan kemudian bina ayat bedasarkan simpulan bahasa
tersebut.
i. buta perut
ii. tumbuk rusuk
iii. patah arang
Latihan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa
dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku
kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau
berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain
seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang
boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku sudah tidak mempercayai dirinya lagi.

Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini.
“Mengapa termenung?”
“Lihatlah radio yang baharu aku beli ini. Sudah rosak. Menyesal betul aku beli.”
“Berapakah harganya?”
“Murah saja ...”
“Itulah. Lain kali belilah barangan yang berkualiti walaupun harganya mahal.”
“Tapi, aku tidak ada banyak duit.”
“Kumpullah. Lama-kelamaan nanti, jadi banyak.”
“Betul juga cakap engkau!”
“Kalau dari dahulu aku kumpul duit di dalam tabung, tentu sekarang sudah banyak.”

Latihan 3
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud
ayat tersebut.
iv. Para graduan digalakkan supaya mencari pekerjaan lain sementara menunggu pekerjaan
yang lebih baik.
v. Segelintir remaja suka merosakkan harta benda awam yang sepatutnya digunakan oleh
mereka dengan sebaik-baik mungkin.
vi. Setiap ibu bapa bertanggungjawab untuk memupuk tabiat suka membaca terhadap anak-
anak mereka sejak awal lagi.

Latihan 4
Berikan maksud peribahasa di bawah.
vii. Nasi sudah menjadi bubur
viii. Bagaimana ada asap tidak berapi
ix. Bagai mencurah air ke daun keladi
x. Air dicincang tidak akan putus
xi. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
xii. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Latihan 5
Berikan makna simpulan bahasa di bawah dan kemudian bina ayat bedasarkan simpulan bahasa
tersebut.
iv. buta perut
v. tumbuk rusuk
vi. patah arang

Anda mungkin juga menyukai