Surat Mohon Peralatan Masjid

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Ustaz Bashir Bin Bakar,

Nazir Masjid Nurul Amin,


Lot 11677, Kampung Delek ,
41250, Klang,
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

MEMOHON PERALATAN BAGI PROGRAM IBADAH QURBAN

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk

2. Pihak Sekolah Islam Al Farabi akan mengadakan Program Ibadah Qurban pada ketetapan
berikut.

Tarikh : 17 Oktober 2013 (Khamis)


Masa : 8.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Padang Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi

3. Sehubungan dengan itu kami memohon jasa baik pihak tuan untuk meminjamkan peralatan
seperti yang dilampirkan (Lampiran 1) bagi menjayakan program tersebut.

4. Besarlah harapan kami agar permohonan ini dapat diluluskan demi menjayakan majlis
tersebut. Pihak kami berjanji akan menjaga peralatan tersebut dengan sebaik mungkin dan akan
memulangkan semula dengan kadar segera.

5. Segala perhatian, tindakan dan kerjasama tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

----------------------------------------
(EN ZULFADHLI)
Pengarah Program
LAMPIRAN 1

SENARAI PERLATAN QURBAN

BIL PERALATAN UNIT

1 MESIN PEMOTONG TULANG 1

2 TALI TUMBANGKAN LEMBU 4

3 CANGKUL 2

4 TIMBANG (KG) 2

5 PERIUK NASI (GAS) 1

6 BESI/HOOK GANTUNG PEHA LEMBU 8

7 PERIUK MASAK SUP (BESAR) 1

8 KUALI BESAR 1

9 DAPUR DAN TUNGKU 3

Anda mungkin juga menyukai