Tatacara Memulakan Perniagaan Dari Segi Perundangan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM SIJIL AKAUNTANSI SAK 3114 ASAS KEUSAHAWANAN TATACARA MEMULAKAN PERNIAGAAN DARI SEGI PERUNDANGAN PENULIS: SYERIE

E NOER HIDAYATY BINTI MUHAMAD BASIR ABSTRAK Keusahawanan merupakan salah satu faktor penting bagi membangunkan sesebuah negara. Keusahawanan melibatkan proses pembaharuan dan penciptaan usaha baru melalui 4 dimensi utama iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses dengan bantuan jalinan kerjasama kerajaan, pendidikan dan institusi. Ini adalah satu proses untuk membina sesuatu yang baru dan bermanafaat dengan pengorbanan masa dan tenaga, mempercayai sistem pembiayaan, psikologi dan risiko sosial, dan menerima pulangan kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan. Keusahawanan adalah penting pada masa kini kerana menjadi pemangkin kepada perubahan ekonomi dan pertumbuhannya. Selain itu, turut membantu memperbaiki kehidupan jutaan manusia melalui penghasilan produk baru dan perkhidmatan yang diperkenalkan dalam pasaran. Oleh itu usahawan adalah individu yang mencipta kekayaan, atau boleh dikatakan juga sebagai penggalak kewujudan kekayaan. Usahawan yang menjalankan perniagaan secara milikan tunggal atau perkongsian perlu mendaftarkan perniagaan tersebut di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hal ini bagi memastikan usahawan menjalankan perniagaan yang sah mengikut undang undang meliputi Seksyen 2 APP 1956. Selain itu, proses pendaftaran perniagaan tertakluk kepada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) Pindaan 2001. Sesebuah perniagaan yang dijalankan secara dalam talian juga perlu didaftarkan tertakluk kepada Seksyen 2 APP 1956. Proses pendaftaran melibatkan beberapa boring yang perlu disi dan peniaga juga boleh membuat pindaan dan pembatalan perniagaan dengan mengisi boring yang berkaitan. Terdapat beberapa cara untuk menbuat pendaftaran iaitu secara manual dan secara online. Maka tiada alasan untuk usahawan menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan. Hal ini bagi melindungi hak usahawan sebagai peniaga dan juga hak pelanggan. PENGENALAN Setiap perniagaan yang dijalankan perlu didaftarkan bagi memastikan hak peniaga dan pengguna dapat dijaga. Dewasa kini, dapat dilihat kerancakan perniagaan dalam talian atau lebih popular dengan panggilan perniagaan on-line . Kebanyakan peniaga yang menjalankan perniagaan secara dalam talian sering mengabaikan pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Terdapat beberapa kesan negatif andai perniagaan yang dijalankan tidak berdaftar secara sah di SSM. Selain itu, dalam proses pendaftaran yang melibatkan beberapa jenis dokumen, prosedur yang sering diabaikan ialah proses pembubaran perniagaan dimana sesuatu perniagaan sudah ditamatkan operasi tetapi tiada makluman dilakukan kepada pihak SSM. Topik pendaftaran, pembubaran, kebaikan dan keburukan akan dikupas lebih lanjut sebentar lagi. Dalam topik ini akan diterangkan proses pendaftaran perniagaan yang melibatkan boring PNA 42 dan borang A.

1.0 BENTUK PERNIAGAAN

Pemilikan Tunggal
1 orang pemilik sahaja. Boleh didaftarkan menggunakan : Nama Diri seperti di kad pengenalan. Nama Tred. (cth: Suria Enterprise)

Perkongsian
2- 20 orang pemilik perniagaan Nama Tred sahaja 2.0 PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1. AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 Pendaftaran perniagaan terikat dibawah AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 (Akta 197) Pindaan 2001 Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 berkuatkuasa di Malaysia Barat. - Seksyen 1 (2). Dalam Seksyen 2 Tafsiran Malaysia Barat meliputi Wilayah Persekutuan Tidak termasuk Sabah (kecuali Labuan) & Sarawak Definisi Perniagaan menurut (Seksyen 2 APP 1956) Meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pekerjaan, profesion, atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud untuk mendapatkan untung tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau pengajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan di Jadual seperti berikut: i. Seseorang yang pergi menjual dari setempat ke setempat atau ke rumah orang lain atau didedah untuk dijual (kecuali ada bangunan/struktur, kenderaan tiga roda atau lebih dan suatu gerai dikehendaki dilesenkan; Perniagaan pasaria mingguan tidak lebih dari dua hari berturut-turut dalam seminggu; Kegiatan persendirian untuk saradiri seperti nelayan, penternak dan pekebun (Syarat tanah tidak melebihi 25 ekar dan lebih 5 pekerja ; Seseorang tukang yang menjalankan pertukangan hanya di premisnya sendiri dan tidak mempamirkan hasil pertukangan lain untuk dijual di khalayak ramai.

ii. iii.

iv.

Perniagaan Tidak Terpakai Di Bawah (Seksyen 4 App 1956) i. Perniagaan yang dimiliki dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. ii. Perniagaan yang dimiliki oleh Kerajaan dan Badan-Badan Kerajaan. (Cth: EPF, MARA ) iii. Persatuan, Pertubuhan atau Syarikat Kerjasama yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan atau Akta Syarikat Kerjasama. (Cth: Koperasi Peladang, Koperasi Polis)

iv.

Perniagaan yang dijalankan oleh Ahli Profesional yang memerlukan kelayakan tertentu. (Cth: Peguam Legal Profession Act 1976 dan Akauntan. Accountant Act 1967)

2. SYARAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia.

Memenuhi tafsiran menurut Seksyen 2 APP 1956.

Tidak muflis.

Berumur 18 tahun ke atas

3. SEBAB-SEBAB PERNIAGAAN PERLU DIDAFTARKAN Diperakui Sah Kewujudannya Menurut Undang- Undang Sijil Pendaftaran Perniagaan yang diterima adalah sebagai bukti muktamad yang sah dan diperakui oleh undang-undang. Daftar Perniagaan Sebagai Bukti Keterangan Segala MAKLUMAT berkaitan dengan perniagaan dan pemilik perniagaan akan direkodkan dalam daftar dan boleh dijadikan sebagai bukti bertulis. Hak Sebagai Pemilik Pewaris, pentadbir/mana-mana individu yang berhak terhadap harta pemilik yang meninggal dunia boleh membuat tuntutan ke atas hak individu yang meninggal dunia. Membantu Agensi/Jabatan Kerajaan Lain Melaksanakan Fungsinya Maklumat yang disimpan oleh SSM dapat membantu agensi penguatkuasaan lain menjalankan pemeriksaan terhadap perniagaan yang didaftarkan. Contoh, LHDN, KWSP, PERKESO, Pihak Berkuasa Tempatan di bawah bidang kuasa masing-masing. Akses Maklumat Oleh Pihak Awam Membolehkan orang awam/mana-mana pihak yang berkepentingan ke atas sesuatu perniagaan menyemak dan mendapatkan maklumat perniagaan tersebut. Melindungi Hak Pengguna Sekiranya terdapat sebarang kes penipuan atau penganiayaan, pengguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa dan juga SSM. 4. KESAN TIDAK MENDAFTAR PERNIAGAAN Kegagalan seseorang mendaftar perniagaan boleh menjejaskan hak beliau di dalam menguatkuasakan kontrak. Sesuatu urusniaga tidak boleh dikuatkuasakan di dalam apa-apa tindakan guaman atau prosiding undang-undang yang lain

(Seksyen 8 APP 1956)

5. PERUNTUKAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAN 1956 Seksyen 5 ( Pendaftaran perniagaan) Perniagaan hendaklah didaftarkan di SSM dalam tempoh 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan Boleh dilakukan dalam tempoh 1-5 tahun. Seksyen 5A (Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan) Hendaklah difailkan di SSM dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat pendaftaran atau pembaharuan terdahulu. Boleh dilakukan dalam tempoh 1-5 tahun. Seksyen 5B (Perubahan Maklumat Perniagaan) Hendaklah difailkan ke SSM dalam tempoh 30 hari selepas penukaran itu dibuat atau berlaku. Seksyen 5C (Penolakan Pendaftaran oleh Pendaftar) S5C(1)- Menolak untuk mendaftar (Perniagaan belum didaftarkan) sekiranya berpuashati perniagaan digunakan tujuan menyalahi undang-undang atau memudaratkan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam, prinsip moral S5C(2)- Membatalkan pendaftaran (Perniagaan telah didaftarkan) sekiranya berpuashati perniagaan digunakan tujuan menyalahi undang-undang atau memudaratkan kepada keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral

Seksyen 5D (Penamatan Perniagaan) Hendaklah difailkan ke SSM dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan tersebut

6. BORANG PENDAFTARAN Borang PNA 42 (Kelulusan Nama Perniagaan) Borang A (Pendaftaran Perniagaan Baru) Borang A1 (Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan) Borang B (Perubahan Maklumat Perniagaan) Borang C (Penamatan Perniagaan)

7. BAYARAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN BIL 1 2 PERKHIDMATAN Permohonan Nama Perniagaan Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) Perniagaan Milikan Tunggal Yang Menggunakan Nama Pemilik Seperti Di Kad Pengenalan FI (RM) Tiada Bayaran

30.00 Setahun

3 4

Perniagaan Milikan Tunggal Yang Menggunakan Nama Tred Perniagaan Perkongsian Setiap Cawangan Perniagaan Pendaftaran Perubahan Butir-Butir Maklumat Perniagaan (Borang B) Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang E) i. Perniagaan Milikan Tunggal Yang Menggunakan Nama Pemilik Seperti Di Kad Pengenalan ii. Perniagaan Milikan Tunggal Yang Menggunakan Nama Tred iii. Perniagaan Perkongsian iv. Setiap Cawangan Perniagaan Penamatan Perniagaan

60.00 Setahun 60.00 Setahun 5.00 Setahun 20.00

30.00 Setahun 60.00 Setahun 60.00 Setahun 5.00 Setahun Tiada Bayaran

8. PROSEDUR PENDAFTARAN PERNIAGAAN Carian nama perniagaan Nama perniagaan menggunakan nama personal mengikut kad pengenalan tidak perlu membuat carian nama ii. Nama tred Menggunakan Borang PNA.42 dan tertakluk kepada Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 (KPP 1957) (Lampiran 1) Pendaftaran Perniagaan Baru i. Melengkapkan Borang A (Lampiran 2) ii. Pemilik perniagaan/rakan kongsi menandatangan di ruangan maklumat pemilik dan ruangan pengesahan pemilik/rakan kongsi iii. Melampirkan salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsi, surat sokongan dari agensi berkaitan (sekiranya diperlukan) i. Carta Aliran Kerja Permohonan Pendaftaran Perniagaan Borang A

Terima Borang Yang Telah Lengkap

Semak, Prelodge , Minta Bayaran, Serah Resit Kepada Pemohon Serta Kemasukkan Data Ke Dalam Sistem, Jika Nama Tred Serah Kepada Pegawai Untuk Kelulusan Nama Perniagan Keputusan Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Selesai Serahan Sijil Perakuan Pendaftaran Dan Rekod Untuk Dihantar Ke Seksyen Pengurusan Dokumen Untuk Tujuan Imbasan

Lampiran 1 Borang PNA.42

Lampiran 2 Borang A

RUJUKAN Azilahwati Adam, Syaharizad Abdul Razak, Siti Norazian Miskam, Intan Shazila Samsudin dan Muhammad Helmi Abu Bakar, 2012. Modul Asas Kemahiran Keusahawanan Kolej Komuniti,Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Panduan Pendaftaran Perniagaan Baru, http://www.ssm.com.my/

Anda mungkin juga menyukai