Zon Perkembangan Proksimal

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL Zon perkembangan proksimal ini menerangkan mengenai bagaimana kemahirankemahiran yang sukar dilakukan oleh

kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Zon perkembangan proksimal ini bertujuan untuk menolong kanak-kanak berkembang dari tahap sosial kepada tahap peribadi. Terdapat dua tahap iaitu: Tahap perkembangan sebenar: Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh kanak-kanak tanpa sebarang bantuan. Tahap perkembangan potensi: Apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orang dewasa. Perkembangan kanak-kanak: Had atas: peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yanglebih mahir. Contohnya boleh membuat angka 1 hingga 1000 sendiri. Had bawah: kemahiran yang boleh atau yang telah dicapai oleh kanak-kanak ataupun pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1hingga 100.

PENILAIAN PERLU DIFOKUSKAN UNTUK MENENTUKAN ZON PROKSIMAL SETIAP KANAK-KANAK Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi.contoh aktiviti ialah: Menggunakan pelbagai jenis aras soalan iaitu aras senang, sederhana dan susah untuk melihat keupayaan murid dan seterusnya dapat menentukan tahap bimbingan yang akan diberikan

MAKSUD TEORI KONSTRUKTIVISME: Konstruktivisme bermaksud pelajar sendiri yang membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan mengasimilasikan dan mengaitkan pengalaman atau pelajaran yang dipelajari itu dengan pengalaman sedia ada bagi membina pengetahuan yang baru. Teori konstruktivisme ini menggalakkan pelajar untuk membina pengetahuan baru melalui pengalaman sendiri dan teori ini amat sesuai untuk dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori ini juga menekankan bahawa pelajar perlu meneroka dan mencari pengetahuan atas usaha sendiri. Melalui penerokaan, pelajar akan dapat menjana idea yang tersendiri dan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan. Selain itu, teori konstruktivisme ini menekankan bahawa pelajar sepatutnya berperanan sebagai pembina pengetahuan dengan melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dengan bantuan dan bimbingan guru, pelajar perlu membina pengetahuan sendiri dan bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan daripada guru.

APLIKASI: i) Guru sebagai fasilitator dan menyediakan aktiviti-aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru hanya membimbing pelajar apabila mereka membuat kesilapan, bukannya mengajar secara satu hala sahaja dan memberi pengetahuan secara bulat-bulat. Aktiviti-aktiviti minds-on dan hands-on dapat membantu pelajar untuk memahami pengajaran guru dengan lebih berkesan dan efektif. Disebabkan kanak-kanak prasekolah masih tidak berkemampuan untuk berfikir secara abstrak, aktiviti-aktiviti ini dapat membawa mereka ke arah pemikiran yang tepat. Guru berusaha mewujudkan interaksi antara guru-murid dan muridmurid bagi proses pembinaan konsep baru. Semasa mengajar, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar supaya pelajar lebih memahami topik yang diajar itu dan dari semasa ke semasa guru mengemukakan soalan supaya terdapat interaksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi antara guru dengan murid membolehkan guru mengetahui tahap penguasaan pelajar tersebut manakala interaksi dalam kalangan pelajar dapat menghasilkan idea-idea yang bernas dan kreatif. Guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang merangsangkan fikiran, sama ada soal-jawab atau dalam proses menyelesaikan masalah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengemukakan soalan

ii)

iii)

pada setiap masa bagi memastikan bahawa pelajar benar-benar memahami pengajaran guru. Aktiviti yang merangsangkan fikiran pelajar member peluang kepada mereka untuk berfikir dan guru perlu memberikan masa untuk mereka mendapatkan jawapan dan bukannya memberikan jawapan tanpa penjelasan. Keadaan ini akan menghasilkan pelajar yang malas untuk berfikir, tidak kreatif dan tidak berkebolehan untuk menyelesaikan masalah sendiri.

S :

Scaffolding makna asasnya ialah kerangka besi dan kayu yang menyokong bangunan. Satu struktur yang menyokong satu struktur yang lain. Apabila

struktur yang baru itu sudah kuat atau lengkap dan boleh berdiri sendiri, struktur sokongan itu akan dibuang. Apakah pendapat anda tentang konsep scaffolding menurut vygotsky? J : Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan. Scaffolding adalah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran atau ilmu. Bantuan diberi lebih sesar di awal pembelajaran dan semakin berkurangan dan akhirnya tiada langsung sebab kanak-kanak telah boleh buat sendiri. Contohnya, apabila seseorang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan penuh tetapi apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut. Tahap pembelajaran

atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui scaffolding. Konsep scaffolding berkait rapat dengan idea ZPD.

S :

Menurut Vygotsky, selain daripada komunikasi dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan mereka sendiri. Apakah pendapat anda tentang private speech.

J :

bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri. Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada

kanak-kanak berusia 3-7 tahun yang seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri akan bertukar menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal. Akhirnya ia berubah menjadi suara hati atau dorongan pemikiran apabila dewasa kelak. Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri. Apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka menggunakan bahasa untuk

mengawal tingkah laku dan membimbing pemikiran mereka. Kajian mendapati kanak-kanak yang suka bercakap sendiri memberikan impak positif kepada perkembangan mereka.

Teks Pengerusi 1. Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil alamiin, wassolatu wassalaamu alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ala alihi wa sohbihi ajmaiin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia.

Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum bersama saya Nur Arif Shah Bin Ramli selaku Moderator pada pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini,

2. Saya ingin maklumkan di sini bahawa forum kita pada kali ini akan mengupas tentang teori yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky.

3. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panelpanel kita pada hari ini.

Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, Ayu Berbaju kurung saudara/saudari Jumaiah Binti Abul yang merupakan Pensyarah dari USM . Apa khabar saudari? Seterusnya ahli panel kedua, saudari/saudara Alice Ngu Li Ging, iaitu Pegawai Komunikasi di Pusat Asuhan Kanak-kanak Seri Kenanga. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara Shobana a/p Prabhakaran. Selamat datang juga buat saudari.

Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Zon Perkembangan proksimal yang diperkenalkan oleh lev Vygotsky itu sendiri .

4. Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi. Sekarang saya ingin bertanya pula kepada panel yang kedua . bolehkah saudari menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan teori konstruktivisme ?

5. Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar tadi. Tanpa membuang masa marilah kita terus kepada panel kita yang ketiga. Soalan saya ialah apakah pula yang dimaksudkan dengan scaffolding kerana saya yakin masih ramai lagi di antara penonton-penonton yang masih samar-samar dengan teknik scaffolding ini.

6. Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ahli-ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).

Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi: Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri. Wallahualam. Saya akhiri forum kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia. Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh

Rujukan

http://www.slideshare.net/artyschatz/teori-konstruktivisme-oleh-vygotsky http://hanafira.blogspot.com/2010/08/teori-konstruktivisme-lev-vygotsky.html http://kemberfikir.blogspot.com/2010/06/teori-pembelajaran-teori_10.html http://utak-atik-psikologi.blogspot.com/2012/03/teori-perkembangan-konstruktivisme.html http://www.scribd.com/doc/46497086/TEORI-KONSTRUKTIVIS-VYGOTSKY

Anda mungkin juga menyukai