Anugerah Pelajar Cemerlang Edit 29052013

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 32

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA


JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK
(APCP)
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
2
Kandungan
1.0 Pendahuluan 2
2.0 Latar Belakang 2
3.0 Objektif 3
4.0 Kategori Anugerah 3
5.0 Perincian Anugerah
5.1 Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) PNM 3.50
5.2 Anugerah Khas Ketua Jabatan (AKKJ) HPNM 3.50
5.3 Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum 6
(Jabatan)
5.4 Anugerah Pengarah Politeknik 8
5.4.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum
(Politeknik)
5.4.2 Anugerah Projek Terbaik (Politeknik)
6.0 Jawatankuasa Penilaian
7.0 Penutup 14
8.0 Lampiran 15
9.0 Contoh-Contoh Sijil 29
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
3
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK (APCP)
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia mula mewujudkan Anugerah Pelajar
Cemerlang Politeknik (APCP) hasil persetujuan daripada ahli Mesyuarat Perancangan Teknikal
yang telah diadakan di Mutiara Resort, Taman Negara pada 22 hingga 23 Mac 2002. Anugerah
ini mula diperkenalkan pada Majlis Konvokesyen tahun 2003 dan digunaipakai sehingga kini.
Pada 5 hingga 9 November 2012, Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik telah
dimurnikan melalui Bengkel Keselarasan Pengurusan Pentaksiran Politeknik. Hasil
perbengkelan ini, beberapa penambahbaikan dibuat ke atas komponen penilaian iaitu
kecemerlangan akademik, penglibatan, pencapaian dan sahsiah pelajar.
Pada 28 Mei 2013, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Prinsip Pentaksiran yang
berlangsung di IOI Golf Resort, Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik telah dibentangkan
kepada pengurusan kanan Jabatan Pengajian Politeknik. Pembentangan ini bertujuan
mendapatkan pandangan pengurusan tertinggi Jabatan Pengajian Politeknik dalam menambah
baik serta memantapkan lagi anugerah ini.
2.0 LATAR BELAKANG
Sejak tahun 1971, Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik telah diwujudkan sebagai
pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan
kokurikulum. Seiring dengan peredaran masa, kriteria pemilihan bagi Anugerah Pelajar
Cemerlang Politeknik perlu dilihat dari perspektif baharu supaya sentiasa relevan dengan
kehendak semasa. Penganugerahan dan pengiktirafan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik dan menggalakkan penglibatan pelajar yang menyeluruh dalam
aktiviti kokurikulum. Kepentingan aktiviti kokurikulum adalah sebagai penyumbang dan
pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
4
Oleh itu, penambahbaikan berkaitan penganugerahan ini akan menjadi pemangkin
kepada pelajar untuk terus berusaha dan memberi sumbangan kepada politeknik dan pihak
berkepentingan luar. Pengiktirafan kecemerlangan ini adalah komprehensif dan adil berdasarkan
penilaian terhadap pelbagai aspek kecemerlangan supaya sejajar dengan keperluan domain hasil
pembelajaran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengiktiraf dan menghargai pelajar yang telah mencapai tahap kecemerlangan.
3.2 Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan
prestasi akademik dan kokurikulum.
3.3 Mendorong pelajar untuk menyertai secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di
pelbagai peringkat.
3.4 Menerapkan budaya kecemerlangan dalam pencapaian akademik, kokurikulum,
kemahiran kepemimpinan dan sahsiah pelajar.
3.5 Menggalakkan penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti akademik supaya
pelajar sentiasa berfikir kreatif dan inovatif.
4.0 KATEGORI ANUGERAH
4.1 Anugerah Ketua Jabatan PNM 3.50
4.2 Anugerah Khas Ketua Jabatan HPNM 3.50
4.3 Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum (Jabatan)
4.4 Anugerah Pengarah Politeknik
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
5
5.0 PERINCIAN ANUGERAH
5.1. Anugerah Ketua Jabatan PNM 3.50
Anugerah ini akan diberikan kepada para pelajar yang telah mencapai tahap
prestasi akademik yang cemerlang pada semester yang dinilai kecuali ketika menjalani
latihan industri. Bilangan penerima anugerah ini adalah tidak terhad.
Bentuk Anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Sijil Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan
disampaikan pada Majlis Anugerah Ketua Jabatan masing-masing.
ii. Slip Keputusan Penilaian Akhir Semester bercetak dengan perkataan Anugerah
Ketua Jabatan.
Syarat-syarat Penganugerahan
i. Mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB) dengan Purata Nilai Mata (PNM)
bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester yang dinilai.
ii. Telah mencapai Nilai Mata bersamaan atau melebihi daripada 2.00 bagi setiap
kursus yang diambil pada semester yang dinilai.
iii. Telah mengambil jumlah jam kredit bersamaan 12 jam kredit (pelajar sepenuh
masa) dan 5 jam kredit (pelajar KSS) atau lebih pada semester yang dinilai
seperti yang telah ditetapkan dalam buku Arahan Peperiksaan dan Kaedah
Penilaian Politeknik KPT Malaysia.
iv. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib
Politeknik pada semester yang dinilai.
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
6
Kaedah Penganugerahan
i. Keputusan penilaian akhir bagi setiap semester akan digunakan sebagai asas
penganugerahan.
ii. Keputusan penganugerahan akan disenarai dan disahkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik.
iii. Keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik adalah muktamad.
5.2. Anugerah Khas Ketua Jabatan HPNM 3.50
Pingat ini dianugerahkan kepada pelajar yang telah mencapai tahap prestasi
akademik yang cemerlang dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) bersamaan atau
melebihi 3.50 pada semester akhir pengajian.
Bentuk Anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Pingat Ketua Jabatan yang disematkan pada jubah semasa menghadiri majlis
konvokesyen politeknik; dan
ii. Sijil Anugerah Khas Ketua Jabatan (AKKJ) yang ditandatangani oleh Ketua
Jabatan dan diserahkan kepada pelajar pada majlis konvokesyen politeknik.
Syarat-syarat Penganugerahan
i. Mendapat keputusan Lulus Penuh (LP) dengan Himpunan Purata NiIai Mata
(HPNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester akhir pengajian.
ii. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib
Politeknik.
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
7
Kaedah Penganugerahan
i. Keputusan penilaian Semester Akhir akan digunapakai sebagai asas
penganugerahan.
ii. Keputusan penganugerahan disenarai dan disahkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik.
iii. Keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik adalah muktamad.
5.3. Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum(Jabatan)
Penerima anugerah ini terdiri daripada lulusan yang telah menamatkan
pengajiannya di politeknik. Penerima anugerah adalah pelajar yang telah mencapai tahap
prestasi akademik dan kokurikulum yang cemerlang sepanjang tempoh pengajian.
Bilangan penerima adalah terhad kepada seorang bagi setiap jabatan dengan memenuhi
syarat yang ditetapkan.
Nama penerima anugerah akan direkodkan sebagai Pelajar Cemerlang Jabatan di
jabatan yang berkenaan. Semua bentuk anugerah akan disampaikan pada Majlis
Konvokesyen Politeknik.
Bentuk Anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Sijil Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum yang ditandatangani
oleh Pengarah;
ii. Wang tunai atau cek bernilai sekurang-kurangnya RM300.00;
iii. Plak iringan.
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
8
Syarat-syarat Penganugerahan
i. Mendapat keputusan Lulus Penuh (LP) dengan HPNM pada Semester Akhir
bersamaan atau melebihi 3.50.
ii. Telah mencapai Nilai Mata bersamaan atau melebihi daripada 2.00 bagi setiap
kursus yang telah diambil.
iii. Bergiat secara aktif dalam bidang kokurikulum.
iv. Calon mesti mencapai jumlah markah minimum 80%. Rujuk Borang Pencalonan
Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum (Jabatan) seperti di
Lampiran APCP 01 (A).
v. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib
Politeknik.
Kaedah Pencalonan dan Pemilihan
i. Anugerah ini diberikan kepada lulusan terbaik dari jabatan bagi setiap sesi
pengajian ketika majlis konvokesyen.
ii. Penerima anugerah terdiri daripada seorang penerima sahaja bagi setiap jabatan
iii. Keputusan penilaian semua semester, rekod dan sijil kegiatan sukan dan
kokurikulum akan digunapakai sebagai asas pencalonan.
iv. Jawatankuasa Pemilihan Induk akan membuat pemilihan berdasarkan markah
tertinggi dalam Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik &
Kokurikulum (Jabatan) seperti di Lampiran APCP 02 .
v. Keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad.
5.4. Anugerah Pengarah Politeknik
Anugerah Pengarah Politeknik terbahagi kepada dua iaitu:
i. Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum Politeknik
ii. Anugerah Projek Terbaik
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
9
5.4.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum (Politeknik)
Calon-calon bagi anugerah ini adalah terdiri daripada penerima- penerima
Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum Jabatan. Daripada
keseluruhan calon-calon ini, seorang pelajar akan dipilih sebagai penerima
Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum. Nama penerima anugerah
akan direkodkan sebagai Pelajar Cemerlang Politeknik. Semua bentuk anugerah
akan disampaikan pada Majlis Konvokesyen Politeknik.
Bentuk Anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Sijil Anugerah Pengarah Politeknik yang ditandatangani oleh Pengarah
Politeknik
ii. Wang tunai atau cek bernilai sekurang-kurangnya RM 500.00
iii. Plak iringan; dan
iv. Piala pusingan.
Kaedah Pencalonan dan Pemilihan
i. Seorang lulusan terbaik keseluruhan untuk setiap sesi pengajian akan
dipilih.
ii. Jawatankuasa Kecil Pemilihan akan membuat pemilihan berdasarkan
markah tertinggi dalam Borang Ringkasan Pencalonan Anugerah
Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum (Jabatan) seperti di Lampiran
APCP 03.
iii. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
5.4.2 Anugerah Projek Terbaik (Politeknik)
Anugerah ini akan disampaikan kepada kumpulan pelajar yang telah berjaya
menghasilkan projek Semester Akhir yang terbaik di Politeknik berkenaan bagi
setiap sesi pengajian. Kriteria pemarkahan bagi Anugerah Projek Terbaik ini
adalah merujuk kepada Borang Pencalonan Anugerah Projek Terbaik (Politeknik)
Lampiran APCP 04(A) atau (B).
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
10
Bentuk Anugerah
Penerima akan dianugerahkan:
i. Piala Pusingan;
ii. Wang tunai atau cek bernilai sekurang-kurangnya RM500.00;
iii. Plak iringan (setiap individu); dan
iv. Sijil Anugerah Projek Terbaik Politeknik bagi setiap ahli kumpulan yang
ditandatangani oleh Pengarah Politeknik.
Kaedah Penganugerahan dan Kelayakan Penerima
i. Anugerah disampaikan pada hari konvokesyen
ii. Semua ahli kumpulan layak menerima anugerah ini walaupun terdapat
ahli kumpulan yang belum berstatus graduan dan masih pelajar
politeknik.
6.0 JAWATANKUASA PENILAIAN
6.1. Jawatankuasa Pemilihan Induk
Jawatankuasa Pemilihan Induk berfungsi menerima, menimbang dan
mengesahkan senarai nama yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kecil Pemilihan.
Jawatankuasa Pemilihan Induk ini terdiri daripada;
Penasihat : Pengarah Politeknik
Pengerusi : Timbalan Pengarah Akademik
Timb. Pengerusi : Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Ahli-ahli
i. Ketua-ketua Jabatan Akademik
ii. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
iii. Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan
Kebudayaan
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
11
iv. Pegawai Peperiksaan
v. Pegawai Latihan Industri
vi. Pegawai yang dilantik oleh Pengerusi dari
Jawatankuasa Kecil Pemilih peringkat jabatan, di
mana seorang ahli dari setiap jabatan
6.2. Jawatankuasa Kecil Pemilihan
Jawatankuasa Kecil Pemilihan berfungsi melaksanakan pemilihan pada peringkat
jabatan.
Jawatankuasa Kecil Pemilihan ini terdiri daripada
Pengerusi : Ketua Jabatan Induk
Ahli-ahli
i. Ketua Program
ii. Penyelaras Hal Ehwal Pelajar Jabatan
iii. Penyelaras Peperiksaan Jabatan
iv. Penyelaras Projek Jabatan
v. Penyelaras Penasihat Akademik
7.0 PENUTUP
Garis Panduan Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia diharap akan menjadi rujukan kepada semua politeknik. Sebarang
maklumbalas dan penambahbaikan adalah amat dihargai bagi memantapkan garis
panduan ini.
8.0 LAMPIRAN
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
12
LAMPIRAN APCP 01 (A)
BORANG PENCALONAN
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM (JABATAN)
Nama Calon
E-mail/
Facebook
No. Pend No KP
Kod Program No HP
Seksyen/Kelas Tarikh
Nama Penasihat
Akademik
Jabatan
KOMPONEN KRITERIA BUTIRAN
SEMESTER
MARKAH
MAK.
MARKAH
1 2 3 5 6 7
PENCAPAIAN
AKADEMIK
HPNM (Nilai HPNM) x 12.5
50
x =
...
J
A
W
A
T
A
N

Y
A
N
G

D
I
S
A
N
D
A
N
G
J
A
W
A
T
A
N
K
U
A
S
A
P
E
R
W
A
K
I
L
A
N
P
E
L
A
J
A
R
Jawatan Markah
9
i. Yang Dipertua 9
ii. Naib Yang Dipertua 8
iii. Setiausaha/Bendahari 7
iv. Penolong Setiausaha/
Bendahari/ Biro
6
v. AJK Biro 5
P
A
S
U
K
A
N

B
E
R
U
N
I
F
O
R
M
/
K
E
L
A
B
/



P
E
R
S
A
T
U
A
N
Jawatan Markah
7
i. Pengerusi 7
ii. Naib Pengerusi 6
iii. Setiausaha/Bendahari 5
iv. Penolong Setiausaha/
Bendahari
4
v. AJK 3
vi. Ahli Biasa 2
P
E
N
G
L
I
B
A
T
A
N
S
U
K
A
N
/

P
E
R
M
A
I
N
A
N
/
K
O
K
U
R
I
K
U
L
U
M
/
K
E
B
U
D
A
Y
A
A
N
Peringkat Markah
8
i. Antarabangsa 8
ii. Kebangsaan/Negara 7
iii. Zon 6
iv. Negeri 5
v. Politeknik 4
vi. Jabatan 3
Jawatan Markah
5
i. Pengarah/ Pen. Pengarah 5
ii. Setiausaha/Bendahari 4
iii. Penolong Setiausaha/
Bendahari
3
iv. AJK 2
v Peserta 1
A
K
T
I
V
I
T
I

A
K
A
D
E
M
I
K
Peringkat Markah
8
i. Antarabangsa 8
ii. Kebangsaan/Negara 7
iii. Zon 6
iv. Negeri 5
v. Politeknik 4
vi. Jabatan 3
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
13
P
E
N
G
L
I
B
A
T
A
N
A
K
T
I
V
I
T
I

A
K
A
D
E
M
I
K
Jawatan Markah
5
i. Pengarah/ Pen. Pengarah 5
ii. Setiausaha/Bendahari 4
iii. Penolong Setiausaha/
Bendahari
3
iv. AJK 2
v Peserta 1
K
H
I
D
M
A
T

M
A
S
Y
A
R
A
K
A
T
/
S
U
K
A
R
E
L
A
W
A
N
/
M
O
B
I
L
I
T
I
Peringkat Markah
8
i. Antarabangsa 8
ii. Kebangsaan/Negara 7
iii. Zon 6
iv. Negeri 5
v. Politeknik 4
vi. Jabatan 3
Jawatan Markah
5
i. Pengarah/ Pen. Pengarah 5
ii. Setiausaha/Bendahari 4
iii. Penolong Setiausaha/
Bendahari
3
iv. AJK 2
v Peserta 1
K
E
U
S
A
H
A
W
A
N
A
N

/
L
A
I
N
-
L
A
I
N
Peringkat Markah
8
i. Antarabangsa 8
ii. Kebangsaan/Negara 7
iii. Zon 6
iv. Negeri 5
v. Politeknik 4
vi. Jabatan 3
Jawatan Markah
2
i. AJK 2
ii. Peserta 1
P
E
N
C
A
P
A
I
A
N
P
E
N
G
I
K
T
I
R
A
F
A
N

P
I
H
A
K
L
U
A
R
Peringkat Markah
8
i. Antarabangsa 8
ii. Kebangsaan/Negara 7
iii. Zon 6
iv. Negeri 5
v. Politeknik 4
vi. Jabatan 3
S
A
H
S
I
A
H
K
E
M
A
H
I
R
A
N
I
N
S
A
N
I
A
H
Tahap Markah
5
i. Cemerlang 5
ii. Baik 4
iii Sederhana 3
Jumlah y 78
y =.
JUMLAH MARKAH = (x) +( )
..%
( )
Penasihat Akademik
( )
Ketua Jabatan
Tarikh : Tarikh :
Cop
Jabatan
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
14
LAMPIRAN APCP 01 (B)
KRITERIA PEMARKAHAN
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM (JABATAN)
1.0 PENCAPAIAN AKADEMIK
Pencapaian akademik adalah merujuk kepada pencapian HPNM pelajar pada semester akhir
pengajian sahaja.
2.0 JAWATAN YANG DISANDANG
1.1. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
Merujuk kepada markah jawatan yang disandang
1.2. Persatuan Beruniform/Kelab/Persatuan
Merujuk kepada markah jawatan yang disandang
3.0 PENGLIBATAN
3.1. Penglibatan Dalam Sukan/ Permainan/ Kokurikulum /Kebudayaan
Merujuk kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan, permainan, kokurikulum
atau/dan kebudayaan merujuk kepada peringkat yang diwakili dan jawatan kuasa kecil
yang disandang
3.2. Penglibatan Dalam Akademik
Merujuk kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti akademik pada peringkat yang
diwakili dan jawatan kuasa kecil yang disandang. Sebagai contoh penglibatan pelajar
dalam akademik ialah penyelidikan, inovasi, projek, pertandingan (debat, nasyid, pidato,
musabaqah) pameran, keusahawanan, lawatan sambil belajar dan lain-lain
3.3. Khidmat Masyarakat/ Sosial/ Sukarelawan/ Mobiliti
Merujuk kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti khidmat masyarakat, sosial,
sukarelawan dan mobiliti pada peringkat yang diwakili dan/atau jawatan kuasa kecil
yang disandang. Sebagai contoh penglibatan dalam program tanggungjawab sosial
korporat (CSR), program anak angkat, derma darah, pertukaran pelajar antarabangsa dan
lain-lain
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
15
3.4. Lain-lain
Merujuk kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti konvokesyen, career fest, rakan
siswa, jamuan perdana, Majlis Maulidur Rasul, MSK, majlis AKJ, sambutan
kemerdekaan, pameran serta keusahawanan.
4.0 PENCAPAIAN
Merujuk kepada pengiktirafan pihak luar terhadap pencapaian yang ditunjukkan pelajar
merangkumi pengiktirafan dan keahlian badan profesional, sijil profesional, pingat, anugerah
dalam sesuatu projek atau pertandingan. Contoh pengiktirafan luar seperti Autodesk, CISCO,
ACCA, FINAS, SUKMA, SUKIPT, ROBOCON dan Robot Soccer.
5.0 SAHSIAH
Komponen sahsiah merangkumi kemahiran insaniah seperti:
5.1. Kemahiran dan tanggungjawab social
5.2. Nilai, sikap dan profesionalime
5.3. Kemahiran komunikasi, kepemimpinan dan kerja berpasukan
5.4. Kemahiran penyelesian masalah dan kemahiran saintifik
5.5. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
5.6. Kemahiran mengurus dan keusahawanan
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
16
LAMPIRAN APCP 01 (C)
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM (JABATAN)
PANDUAN MENGISI BORANG APCP 01 (A)
1.0 Komponen penilaian Markah
1.1. Akademik (Pemberat : 50%) 50
1.2. Kokurikulum(Pemberat : 50%) 78
2.0 Sila tandakan () di ruangan semester yang berkenaan mengikut jawatan dan
peringkat yang berkaitan untuk markah-markah yang diberikan.
3.0 Markah maksimum bagi setiap kriteria
3.1. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 9
3.2. Pasukan Beruniform/Kelab/Persatuan 7
3.3. Sukan/Permainan/Kokurikulum/Kebudayaan (Peringkat) 8
3.4. Sukan/Permainan/Kokurikulum/Kebudayaan (Jawatan ) 5
3.5. Aktiviti Akademik (Peringkat) 8
3.6. Aktiviti Akademik (Jawatan ) 5
3.7. Khidmat Masyarakat/Sukarelawan/Mobiliti (Jawatan) 8
3.8. Khidmat Masyarakat/Sukarelawan/Mobiliti (Peringkat) 5
3.9. Lain-lain (Peringkat) 8
3.10. Lain-lain (Jawatan) 2
3.11. Pengiktirafan Pihak Luar 8
3.12. Kemahiran Insaniah 5
4.0 Cara pengiraan,
Jumlah Markah = (x) + ( )
5.0 Sesuatu aktiviti, program atau apa-apa penglibatan yang telah digunakan pada sesuatu kriteria
tidak boleh digunakan sekali lagi pada permakahan bagi kriteria yang lain untuk sepanjang
tempoh pengajian.
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
17
LAMPIRAN APCP 02
RINGKASAN PENCALONAN JABATAN
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM (JABATAN)
(Panduan : Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh Jawatankuasa Kecil Pemilihan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Induk)
Sesi * Dis / Jun
BIL NAMA SEKSYEN
KOD
PROGRAM
JABATAN NO PEND NO KP MARKAH
( )
Ketua Jabatan
Tarikh :
Cop
Jabatan
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
18
LAMPIRAN APCP 03
RINGKASAN PENCALONAN ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM (JABATAN)
(Panduan : Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh Jawatankuasa Kecil Pemilihan dan diserahkan kepada
Jawatankuasa Pemilihan Induk bersama-sama Lampiran APCP (01)
Sesi * Dis / Jun
BIL NAMA
SEKSYEN/
KELAS
KOD
PROGRAM
**JABATAN NO PEND NO KP MARKAH
( )
Pengerusi Jawatankuasa
Tarikh :
* Sila bulatkan yang berkenaan
** Setiap jabatan SATU pencalonan sahaja
Cop
Pengerusi
J/K
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
19
LAMPIRAN APCP 04 (A)
ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK
BORANG PENCALONAN ANUGERAH PROJEK TERBAIK (POLITEKNIK)
Panduan : Perlaksanaan Penilaian ini hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya TIGA orang ahli
panel.
Sesi Tamat Pengajian : Sesi Dis / Jun
Tajuk Projek Kejuruteraan :
Kod Program : Seksyen/Kelas : Jabatan:
BIL NAMA NO KP NO PEND
BIL ITEM KRITERIA
MARKAH/MARKAH
MAKSIMUM SEBENAR
1 Hasil Kerja
Kekemasan 10
Kefungsian 10
Kesesuaian Bahan 10
Penggunaan
Teknologi
10
Ciri Keselamatan/
Kesihatan
5
2 Keaslian, Adaptasi dan Kreativiti
Novelti 5
Kreatif 5
Daya Inventif/Inovatif 5
3 Kegunaan
Faedah 5
Kerelevanan 5
4 Potensi Projek
Potensi Paten 5
Potensi Komersial 5
5 Keberkesanan Kos Projek 5
6 Dokumentasi 5
7 Persembahan/Demonstrasi
Penyampaian 3
Pengetahuan Tentang
Projek
4
Soal Jawab 3
8 Bonus (maksimum 3 markah)
JUMLAH 100
( )
Ketua Jabatan
( )
Pengerusi Jawatankuasa Induk
Tarikh : Tarikh :
Cop
Jabatan
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
20
LAMPIRAN APCP 04 (B)
ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK
BORANG PENCALONAN ANUGERAH PROJEK TERBAIK (POLITEKNIK)
Panduan : Perlaksanaan Penilaian ini hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya TIGA orang ahli
panel.
Sesi Tamat Pengajian : Sesi Dis / Jun
Tajuk Projek Bukan Kejuruteraan :
Kod Program : Seksyen/Kelas : Jabatan:
BIL NAMA NO KP NO PEND
BIL ITEM KRITERIA
MARKAH/MARKAH
MAKSIMUM SEBENAR
1 Hasil Kerja
Penyediaan Bahan 10
Pembungkusan 10
Pelabelan 10
Penggunaan
Teknologi
10
Ciri Keselamatan/
Kesihatan
5
2 Keaslian, Adaptasi dan Kreativiti
Novelti 5
Kreatif 5
Daya Inventif/Inovatif 5
3 Kegunaan
Faedah 5
Kerelevanan 5
4 Potensi Projek
Potensi Paten 5
Potensi Komersial 5
5 Keberkesanan Kos Projek 5
6 Dokumentasi 5
7 Persembahan/Demonstrasi
Penyampaian 3
Pengetahuan Tentang
Projek
4
Soal Jawab 3
8 Bonus (maksimum 3 markah)
JUMLAH 100
( )
Ketua Jabatan
( )
Pengerusi Jawatankuasa Induk
Tarikh : Tarikh :
Cop
Jabatan
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
21
LAMPIRAN APCP 05
KRITERIA PEMARKAHAN
ANUGERAH PROJEK TERBAIK
1.0 HASIL KERJA
Pemberian markah adalah berdasarkan kriteria-kriteria berikut;
1.1. Kekemasan
Kekemasan fizikal projek tersebut.
1.2. Kefungsian
Berfungsi mengikut objektif projek yang ditetapkan.
1.3. Kesesuaian Bahan
Penggunaan bahan yang sesuai bagi menghasilkan projek seperti bahan yang
mudah didapati, bahan tempatan, bahan kitar semula atau pengganti kepada
komponen asal.
1.4. Penggunaan Teknologi
Penggunaan teknologi adalah bersesuaian bagi penghasilan projek.
1.5. Ciri Keselamatan/Kesihatan
Ciri keselamatan/kesihatan yang ditunjukkan ketika penggunaan atau operasi
projek.
2. KEASLIAN DAN KREATIVITI
2.1. Novelti
Penghasilan projek baharu atau projek yang belum pernah dicipta sebelum ini
2.2. Kreatif
Keupayaan menghasilkan konsep baharu atau pembaharuan kepada idea sedia
ada
2.3. Daya inventif/inovatif
Kebolehan menghasilkan sesuatu projek yang berbeza daripada sebarang sumber
atau dokumen projek sedia ada
3. KEGUNAAN
3.1. Faedah
Kegunaan projek yang boleh dimanfaatkan oleh individu, masyarakat, negara
atau luar negara.
3.2. Kerelevanan
Kesesuaian projek dengan masalah yang ingin diselesaikan.
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
22
4. POTENSI PROJEK
4.1. Potensi Paten
Hak eksklusif yang diberikan kepada sesuatu rekacipta baharu sama ada
berbentuk produk atau proses dan penyelesaiaan teknikal bagi sesuatu masalah.
4.2. Potensi Komersial
Potensi projek tersebut untuk dikomersialkan bagi pasaran pengguna atau
industri.
5. KEBERKESANAN KOS PROJEK
Keberkesanan kos dan penilaian sama ada projek tersebut praktikal digunakan
untuk menyelesaikan masaah berkaitan.
6. DOKUMENTASI
Keterangan yang lengkap berkaitan dengan spesifikasi teknikal dan ilustrasi
projek serta kekemasan kandungan dokumen yang disediakan
7. PERSEMBAHAN/DEMONSTRASI
7.1. Penyampaian
Persembahan pelajar yang jelas dan lancar
7.2. Pengetahuan Tentang Projek
Kebolehan pelajar menguasai ilmu pengetahuan teknikal dan bukan teknikal
berkaitan dengan projek yang dihasilkan.
7.3. Soal Jawab
Keupayaan pelajar menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh panel penilai
8. BONUS
Aspek pengurusan masa dan ketrampilan pelajar, keceriaan dan susun atur ruang
pameran. Maksimum TIGA(3) markah diperuntukan oleh panel penilai yang
bertujuan untuk menampung kekurangan markah pada mana-mana item yang
dinilai. Pemberian markah ini bergantung kepada budi bicara panel penilai.
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
23
9.0 CONTOH-CONTOH SIJIL
3.1 Lampiran bagi sijil-sijil ini adalah sebagai panduan dan rujukan politeknik
terutama jawatankuasa terlibat.
3.2 Rekabentuk dan format sijil adalah atas pertimbangan politeknik, tetapi maksud
atau ayat yang tertulis dalam contoh sijil-sijil ini perlulah dikekalkan.
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
24
LAMPIRAN APCP 06 (A1)
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
POLITEKNIK UNGKU OMAR
ANUGERAH KETUA JABATAN
Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada
< NAMA PELAJAR >
< NO. KAD PENGENALAN >
< NO. PENDAFTARAN >
kerana telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang
dengan Purata Nilai Mata (PNM) bersamaan
atau lebih daripada 3.50 pada
Penilaian Akhir Semester
< SESI PENGAJIAN >
Bagi Program
< NAMA PROGRAM >
(AB. LATIF BIN SAAD)
Ketua Jabatan
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Ungku Omar
Tarikh : < KEPUTUSAN RASMI >
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
25
LAMPIRAN APCP 06 (A2)
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
POLITEKNIK UNGKU OMAR
ANUGERAH KETUA JABATAN
Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada
ALI BIN ABU
821012-01-5675
01DKM10F0890
kerana telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang
dengan Purata Nilai Mata (PNM) bersamaan
atau lebih daripada 3.50 pada
Penilaian Akhir Semester
SESI DISEMBER 2011
Bagi Program
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
(AB. LATIF BIN SAAD)
Ketua Jabatan
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Ungku Omar
Tarikh : 04 APRIL 2012
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
26
LAMPIRAN APCP 07 (A1)
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
POLITEKNIK UNGKU OMAR
ANUGERAH KHAS KETUA JABATAN
Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada
< NAMA PELAJAR >
< NO. KAD PENGENALAN >
< NO. PENDAFTARAN >
kerana telah menunjukkan prestasi akademik yang
cemerlang dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM)
bersamaan atau lebih daripada 3.50 pada
Penilaian Akhir Semester
Bagi Program
< NAMA PROGRAM >
(AB. LATIF BIN SAAD)
Ketua Jabatan
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Ungku Omar
Tarikh : < KEPUTUSAN RASMI >
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
27
LAMPIRAN APCP 07 (A2)
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
POLITEKNIK UNGKU OMAR
ANUGERAH KHAS KETUA JABATAN
Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada
ZULHAIRI BIN HASHIM
880907-09-6259
01DTK09F1019
kerana telah menunjukkan prestasi akademik yang
cemerlang dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM)
bersamaan atau lebih daripada 3.50 pada
Penilaian Akhir Semester
Bagi Program
DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER
(AB. LATIF BIN SAAD)
Ketua Jabatan
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Ungku Omar
Tarikh : 04 APRIL 2012
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
28
LAMPIRAN APCP 08 (A1)
ANUGERAH PENGARAH
POLITEKNIK UNGKU OMAR
ANUGERAH PROJEK TERBAIK
Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada
< NAMA PELAJAR >
< NO. KAD PENGENALAN >
< NO. PENDAFTARAN >
dari
<JABATAN>
kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam penghasilan
projek terbaik peringkat politeknik bagi tahun
<TAHUN>
dengan tajuk projek
<TAJUK PROJEK>
(KAMARUDDIN BIN HAMZAH)
Pengarah
Politeknik Ungku Omar
Ipoh, Perak
Tarikh : < TARIKH KONVO >
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
29
LAMPIRAN APCP 08 (A2)
ANUGERAH PENGARAH
POLITEKNIK UNGKU OMAR
ANUGERAH PROJEK TERBAIK
Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada
AMIRUDDIN BIN HALIM
810203-090-9845
01DKM09F2012
dari
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam penghasilan
projek terbaik peringkat politeknik bagi tahun
2012
dengan tajuk projek
PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK MENGGUNAKAN
KUASA ANGIN
(KAMARUDDIN BIN HAMZAH)
Pengarah
Politeknik Ungku Omar
Ipoh, Perak
Tarikh : 04 APRIL 2012
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
30
LAMPIRAN APCP 09 (A1)
ANUGERAH PENGARAH
POLITEKNIK UNGKU OMAR
ANUGERAH KECEMERLANGAN
AKADEMIK DAN KOKURIKULUM
Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada
< NAMA PELAJAR >
< NO. KAD PENGENALAN >
< NO. PENDAFTARAN >
dari
<JABATAN>
kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang
akademik dan kokurikulum di peringkat politeknik bagi
tahun
<TAHUN>
(KAMARUDDIN BIN HAMZAH)
Pengarah
Politeknik Ungku Omar
Ipoh, Perak
Tarikh : < KEPUTUSAN RASMI >
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
31
LAMPIRAN APCP 09 (A2)
ANUGERAH PENGARAH
POLITEKNIK UNGKU OMAR
ANUGERAH KECEMERLANGAN
AKADEMIK DAN KOKURIKULUM
Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada
AMIRUDDIN BIN HALIM
810203-090-9845
01DKM09F2012
dari
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang
akademik dan kokurikulum di peringkat politeknik bagi
tahun
2012
(KAMARUDDIN BIN HAMZAH)
Pengarah
Politeknik Ungku Omar
Ipoh, Perak
Tarikh : 04 APRIL 2012
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
32
Contoh Cop Mohor PUO APCP
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
32
Contoh Cop Mohor PUO APCP
Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
32
Contoh Cop Mohor PUO APCP

Anda mungkin juga menyukai