Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 24

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU (BML 3043).

Linguistik,
fonetik dan fonologi.


FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU (BML 3043)

ISI KANDUNGAN




BIL PERKARA CATATAN




1.0 Apakah anda faham tentang :
1.1 . Linguistik. Berikan dan huraikan tiga cabang ilmu linguistik.
1.2. Cabang-cabang Lingusitik

1 b. Fonetik dan fonologi. Berikan definisi dan contoh-contohnya. Terangkan
matlamat akhir pengajian fonetik dan fonologi bahasa melayu.
1.2. Definisi fonetik dan fonologi.
1.3.0 Matlamat akhir pengajian fonologi bahasa Melayu.
2.0 Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai huraikan bunyi vokal
asli dan bunyi konsonan asli bahasa Melayu.
3. Dengan memberikan contoh yang sesuai huraikan Sistem Ejaan Baharu
Malaysia-Indonesia tahun 1972. Huraikan 18 pola keselarasan vokal ejaan
tersebut dan serta contoh-contoh di mana sesuai.

4.0 Kesimpulan.

5.0 Rujukan.





1.0 Apakah anda faham tentang :
1.1 . Linguistik. Berikan dan huraikan tiga cabang ilmu linguistik.
1.1 .1 Linguistik merupakan sebuah ilmu yang mempelajari bahasa sebagai bagian
kebudayaan berdasarkan struktur bahasa tersebut.
1.1.2 Para antropolog telah membedakan 7 unsur kegiatan manusia/kelompok
masyarakat yang mencirikan kepribadian mereka sebagai berikut dibawah ini :
a. Sistem sara hidup
b. Sistem peralatan
c.. sistem masyarakat
d. Sistem ilmu pengetahuan
e. Agama
f. Kesenian
g. Bahasa
1.1.3. Pada mulanya bahasa dianalisis menurut fungsinya sebagai alat perekam
kegiatan kebudayaan. Pengamatan bahasa dari luar atau studi di luar bahasa itu
sendiri bersifat ekstralinguistik. Bahasa sendiri merupakan bagian kebudayaan dan
hasil kegiatan kebudayaan itu sendiri. Linguistik modern ingin mengembalikan
otonomitas bahasa. Ilmu yang memilih bahasa menjadi obyek analisis dan
penelitiannya disebut LINGUISTIK.
1.1.4 Perkataan linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu Lingua yang
bermaksud bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang
berasal daripada bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (langue,langage),
bahasa Itali (lingua), atau bahasa Sepanyol(lengua) atau dalam bahasa Inggeris
(linguistics) .
1.1.5 Langage bererti bahasa pada umumnya,contohnya semua manusia di dunia ini
mempunyai bahasa.
1.1.6 Langue bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu kumpulan penutur
tertentu,contohnya bahasa Perancis,bahasa Belanda,bahasa Jerman,bahasa Indonesia
dan bahasa Melayu.
1.1.7 Perkataan linguistik dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Inggeris iaitu
linguistics yang dipinjam daripada bahasa Perancis iaitu linguistique
1.1.8 Menurut Verhaar (1985:1), linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu
lingua yang bermaksud bahasa. Selain itu, perkataan linguistik juga boleh ditemui
dalam bahasa Perancis Langue dan Language, Itali Lingua, Sepanyol Lengua dan
Inggeris Linguistics.

1.1.9 Perkataan linguistik dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu
linguistics yang dipinjam daripada bahasa Perancis, iaitu linguistique. Orang yang
pandai atau faham bermacam-macam bahasa asing atau ahli bahasa dipanggil linguis,
dan orang yang mengetahui atau bertutur dalam duabahasa atau banyak bahasa
dikenali sebagai bilingual, atau multilingual.
1.1.10 Sejarah perkembangan ilmu linguistik sebagai salah satu disiplin ilmu moden
secara relatifnya masih dianggap baharu. Di Eropah seperti Negara Britain, ilmu ini
mula berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an. Ijazah ilmu linguistik mula-mula
diperkenalkan di Universiti York, Britain. Di Malaysia pula, ilmu linguistik mula diajarkan
di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei 1984. Bidang ini
telah mendapat perhatian hamper di semua university di Malaysia termasuklah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI.
1.2.0 Cabang-cabang Lingusitik
1.2.1. Antara cabang linguistik itu adalah seperti linguistik umum, linguistik deskriptif,
linguistik perbandingan, linguistik sejarah dan linguistik terapan.
1.2.2 Linguistik Deskriptif
1.2.2.1 Linguistik deskriptif ialah ilmu linguistik yang memerihalkan sesuatu bahasa dari
segala segi pada suatu jangka masa yang tertentu, berdasarkan bahan-bahan yang
terdapat pada waktu itu. Bahan utama dalam kajian itu ialah lisan atau pertuturan yang
diperoleh daripada penutur jati. Bahasa tulisan juga termasuk sebagai bahan kajian.
Oleh
yang demikian, linguistik deskriptif adalah pemeri struktur sesuatu bahasa sebagaimana
kewujudannya. Bidang yang termasuk dalam kajian linguistik deskriptif ialah fonologi
(kajian tentang bunyi), morfologi (kajian tentang kata dan pembentukannya) dan
sintaksis
(kajian tentang ayat). Bidang-bidang inilah yang dikaji secara saintifik. Selain itu,
linguistik
deskriptif juga dikenali sebagai kajian bahasa secara sinkronik, iaitu kajian mengenai
bahasa yang tertentu, pada sesuatu tempat yang tertentu, dituturkan oleh suatu
golongan
yang tertentu dan pada masa atau zaman yang tertentu juga.
1.2.3 Linguistik Sejarah
1.2.3.1 Linguistik sejarah atau historis ialah disiplin linguistik yang bersangkutan dengan
perkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke
suatu
tahap yang tertentu. Dengan kata lain, pakar linguis historis membuat kajian secara
historis, misalnya peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secara
sinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan kajian secara
sinkronik
maka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antara
beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan
yang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat dari pelbagai segi,
seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan, dan sebagainya.
1.2.4 Linguistik Terapan
1.2.4.1 Linguistik terapan atau linguistik aplikasi pula ialah bidang linguistik yang
menerangan
bagimana ilmu ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
pertama
dan bahasa kedua. Oleh demikian, disiplin fonologi, fonemik, morfologi, dan sintaksis
(linguistik deskriptif) sangat penting dalam penerapan ilmu bahasa.
1.2.4.2 Terdapat beberapa tokoh linguistik yang di dalam kelima-lima cabang tersebut.
Tokoh
tokoh linguistik ini wujud sejak zaman tamadun Greek dan Sanskrit. Pada zaman ini
tokoh
yang terkenal ialah Socrates, Plato, Aristotle, Stoics, Thras, Priscian dan Donatus yang
menjalankan kajian di dalam bahasa Yunani dan Romawi. Panini dan Bopp pula
menonjolkan diri mereka dengan kajian yang dijalankan di dalam bahasa Sanskrit.
Di dalam abad ke-18 dan ke-19 pula muncul D. Jenish melalui bukunya Philosophisch
kritische vergleichung und wurdigung von vierzehn altern und neuern sprachen
Europens
(1976) yang telah menjelaskan sifat-sifat bahasa. Rask dan Grimm pula mengkaji ilmu
tatabahasa perbandingan. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat kepada pengkaji
terkemudian. Rask mempunyai kekuatan dalam kajian linguistik sejarah. Beliau
mengkajinya dari sudut etimologi (asal usul bahasa).
1.2.4.3 Pengkaji bahasa yang lebih terkemuka seperti Ferdinand de Saussure, Leonard
Bloomfield, Reymond Firth dan Noam Chomsky. Ferdinand De Saussure dimasukkan
ke dalam golongan tradisional dan golongan moden. Beliau telah mengasingkan dua
istilah terpenting di dalam kajian bahasa, iaitu langue (bahasa) dan parole (pertuturan).
Hasil kajian beliau yang terkenal ialah Course of General Linguistics. Bloomfield pula
terkenal dengan karangannya yang berjudul Language pada tahun 1933 yang terkenal
dengan analisis ayat. Reymond Firth dan Malinowski pula menghasil teori makna juga
tentang keperihalan keadaan atau (Context). Firth telah menggunakan kesempatan
yang sedia ada untuk mengkaji ciri-ciri prosidi, tekanan, nada suara, intonasi, dan
sebagainya.
1.2.4.4 Noam Chomsky yang mengasaskan penghuraian bahasa berdasarkan nahu
Transformasi Generatif (TG). Tatabahasa TG ini mempunyai pengaruh yang kuat di
dalam perkembangan kajian tatabahasa. Di negara kita juga banyak ahli bahasa yang
menyetujui pendapat Chomsky. Tatabahasa TG ini telah berkembang dengan pesat
dan ekorannya lahir banyak pengikut setia Chomsky yang mengkaji aspek aspek
fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

1 b. Fonetik dan fonologi. Berikan definisi dan contoh-contohnya. Terangkan
matlamat akhir pengajian fonetik dan fonologi bahasa melayu.
1.2.0 Definisi fonetik dan fonologi.
Bidang fonetik dan fonologi telah mengalami perkembangan yang amat panjang
sebagai bidang khusus kajian bunyi bahasa umat manusia. Perkembangan kajian
bidang ini dilahirkan sejajar dengan perkembangan displin-displin lain dalam linguistik.
1.2.1 Definisi fonetik.
1.2.1.1 Abdul Hamid Mahmood (2007:16) merumuskan bahawa Fonetik mengkaji
bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa
dari segi cara pengeluarannya,daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang
terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
1.2.1.2 The Penguin Dictionary (2004:1046) menjelaskan fonetik sebagai The study
and classification of speech sounds.
1.2.1.3 Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana,1948:51) memberikan definisi
fonetik sebagai Ilmu yang menyelidiki penghasilan,penyampaian dan penerimaan
bunyi bahasa.
1.2.1.4 Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai Fonetik
mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan,pendengaran atau sifatnya...Fonetik
amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi.
1.2.1.5 Ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulasi, fonetik akustik dan
fonetik auditori.
1.2.1.6 Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur
kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini
pula terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter seperti frekuensi
fundamental(Fo), intensiti dan durasi.Parameter-parameter ini,iaitu frekuensi
fundamental(Fo) yang diukur dalam unit Hertz(Hz),intentsiti dalam unit desibel(dB) dan
durasi dalam unit saat(s) mendukung fungsi makna-makna yang tertentu. Dari sudut
pendengar,ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan sebagai kelangsingan
bunyi,kelantangan suara dan kepanjangan.
1.2.1.7 Kesemua yang terlafaz ini selari dengan objektif komunikasi dan dapat
dikatakan sering kali semua ini terancang dalam minda si penutur. Keselarian ini
berlangsung kerana ketiga-tiga parameter yang digunakan mendukung makna-makna
yang tertentu. Norma-norma maknanya ditentukan oleh masyarakat penutur sesuatu
bahasa.
Sebagai contoh bunyi em dalam bahasa Melayu boleh menggantikan ya dalam ayat
berikut :
Hadi yang makan nasi itu? atau
Halimah yang bertugasi ke Sabah? dan sebagainya. Sebaliknya jika lafaz bunyi em
yang diberikan kepanjangan lafaz yang tertentu seperti : emmmmm.........
Maka jawapan ya kepada soalan-soalan di atas kini tidak lagi berlaku. Jawapan em
tidak lagi dianggap bermakna emosi yang neutral . Hanya si pendengar dan si penutur
yang hadir dalam konteks tersebut dapat memahami peristiwa bahasa yang sedang
berlaku itu. Dia sebenarnya memahami ketentuan-ketentuan makna yang tidak pernah
tertulis dalam mana-mana buku tentang fungsi-fungsi setiap ketinggian,kekuatan dan
kepanjangan lafaz bunyi.
Pengkaji-pengkaji dalam bidang ini menggunakan bacaan parameter ini bagi
mendapatkan pola-pola tertentu dalam mendeskripsikan pemindahan signal yang
berlaku itu. Signal akustik ini dinamakan sebagai osilogram yang kandungannya terdiri
daripada fitur-fitur prosodi seperti kelansingan, kelantangan dan kepanjangan.
Signalakustik ini boleh dianalisis dengan menggunakan program Praat bagi
mendapatkan bacaan parameter Fo. Selain itu, melalui program ini juga dapat
diperlihatkan bentuk spektrogram dan formannya.
1.2.1.8 Fonetik artikulasi merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara
sesuatu bunyi dilafazkan. Ia melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi
melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran udara
yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya sesuatu
lafaz. Manakala organ artikulasi pula ialah organ ujaran dalam saluran suara yang
terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa. Organ artikulasi terbahagi kepada artikulator
aktif dan artikulator pasif. Organ artikulator aktif ialah seperti lidah,bibir, lelangit lembut
dan gigi bawah. Manakala artikulator pasif ialah organ dalam saluran suara yang tidak
bergerak seperti gigi atas dan lelangit keras.
Kajian ini melibatkan prosedur bunyi tuturan oleh organ vokal manusia,iaitu cara
penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ tuturan bagi menghasilkan
bunyi yang digunakan dalam tuturan dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan
dideskripsikan. Bunyi-bunyi dalam bahasa mempunyai daerah dan organ artikulasi
masing-masing. Semuanya berbeza dan setiap satu menghasilkan perbezaan bunyi-
bunyi yang diucapkan. Organ artikulasi ialah organ yang digunakan untuk menghasilkan
bunyi manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan sesuatu bunyi.
Perbezaan daerah dan organ dalam proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah
yang menimbulkan penamaan binyi-bunyi seperti letupan bibir bersuara atau tak
bersuara,sengauan bibir, geseran lelangit keras bersuara atau tak bersuara, geseran
gusi dan sebagainya.
1.2.1.9 Fonetik auditori pula ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan
dengan soalan bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan bunyi yang
beebeza. Proses yang yang terlibat dinamakan sebagai mendekod,yang melibatkan
pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk
kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula
mentafsirkan maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang
bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. Kajian ini berkaitan dengan kerangka
psikologi, iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi tuturan seperti yang
diklasifikasikan oleh pendengar. Persepsi pendengar kepada ujaran yang terlafaz
melibatkan unsur kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya
mempunyai makna emosi tertentu. Dan makna emosi itu dapat dikatakan sebagai suatu
kod yang ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa.
1.2.2 Bidang fonologi mampu didefinisikan seumpama berikut:
1.2.2.1 Fonologi ialah sebahagian dari cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi
bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon, mempunya
dua representasi, iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik. Fonologi bahasa
Melayu merupakan inti kepada sistem bunyi bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2007:414), fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu
bahasa.
1.2.2.2. Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) pula memberikan definisi
fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut
fungsinya.
1.2.2.3 Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionary tenth edition (1996:874)
fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the
history and theory of sound changes in a language or in two or more related
languages.
1.2.2.4 Dalam World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1567),
fonologi didefinisikan sebagai the systems of sounds used in a language.
1.2.2.5 Kamus A Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th Edition. (David Crystal,
2008:365) mendefinisikan fonologi sebagai A branch of linguistics which studies the
sound systems of languages.
1.2.2.6 Fonologi dalam The Penguin Dictionary (2004:1045) ditakrifkan sebagai the
study of the sound systems of a language.
1.2.2.7 Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (Fonetik dan Fonologi, 2006)
menyatakan fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa.
1.2.2.8 Nor Hashimah Jalaluddin (2000:65) pula berpendapat bahawa fonologi ialah
penerangan berkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa.
1.2.2.9 F. Parker (1974:112), iaitu fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji
sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan..
1.2.2.10 Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007:17) memberi
definisi fonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa.
1.2.2.11 Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa
fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan
fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik
dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu
pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
1.2.2.12 Kamarudin Hj. Husin & Rakan (1997) dalam bukunya Pengajian Melayu 1:
Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa, bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji
satu daripada aspek terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.
1.2.2.13 Menurut Paitoon M. Chaiyanara, (Pengenalan Fonetik dan Fonologi, 2006),
merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.
1.2.2.14 Encyclopedia Britannica[1] dalam talian di laman sesawangnya memberi
phonology, study of the sound patterns that occur within languages. Some linguists
include phonetics, the study of the production and description of speech sounds, within
the study of phonology."
1.2.2.15 Manakala P. Roach dalam bukunya Phonetics, menjelaskan fonologi sebagai
the study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the
rules which regulate their use (2001:111)
1.2.2.16 Sementara itu, menurut Arbak Othman (1983) fonologi merupakan bahagian
daripada linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau
melalui mulut manusia.
1.2.2.17 Menerusi bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Abdullah
Hassan (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi
dalam sesuatu bahasa itu.
1.3.0 Matlamat akhir pengajian fonologi bahasa Melayu.
1.3.1 Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk menemui prinsip-prinsip yang
mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di samping menemui jumlah fonem di
dalamnya. Pada umumnya, penyelidikan fonologi adalah terhadap fungsi-fungsi bunyi
bahasa dalam konteks fonem, fitur distingif atau unit fonologi yang lain, yakni mengikut
kerangka teori yang digunakan. Justeru bidang fonologi dapat menentukan sistem bunyi
satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distigtif atau
tidak distigtif.

1.3.1 Memahami penggunaan intonasi yang betul apabila bercakap atau berucap di
kalangan orang ramai mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan. Contohnya
tekanan merujuk bagaimana seseorang individu itu dapat menggunakan intonasi
intonasi yang betul ketika bercakap atau berucap berkenaan dengan sesuatu perkara.
Lazimnya ucapan yang berunsur pengajaran biasanaya menggunakan intonasi yang
lembut dan tidak keras. Manakala, dalam ucapan berunsur politik umpamanya biasanya
menggunakan ujaran ujaran yang agar keras intonasinya kerana penyampaiannya
agenda dan perkara yang ingin disampaikan perlu ditekankan dengan lebih baik lagi.

1.3.2 Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai
kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang
pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Dengan mempunyai ilmu berkaitan bidang ini , ia membantu pembakuan bahasa
Melayu. Ini kerana bahasa baku berfungsi untuk menyatukan semua dialek dan variasi
yang lain dan seterusnya menyatukan semua daerah dan kawasan yang lain.Bahasa
Melayu baku ini merupakan bahasa Melayu yang sudah mempunyai sistem yang
mantap dari segi sebutan,ejaan dan tatabahasa. Bahasa Melayu baku kini digunakan
sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi, bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar
pendidikan.
1.3.3 Bahasa Melayu baku yang berkait rapat dengan aspek sebutan merupakan satu
bahasa yang dapat menarik perhatian pelajar. Pelajar akan mudah teransang
pancaindera mereka dengan sebutan yang terang. Penyebutan bahasa Melayu baku
yang sempurna lagi mantap akan dapat memancarkan kesempurnaan dan
memancarkan kejituan dalam aspek tertentu.

1.3.4 Membezakan makna ayat juga merupakan kepentingan suprasegmental dalam
pengajaran lisan. Ini bermakna para murid akan diberi kefahaman tentang perbezaan
perkataan yang lazimnya mempunyai makna yang berbeza tetapi mempunyai sebutan
dan ejaan yang sama. Contohnya perkataan mereka merujuk kepada beberapa orang,
manakala dengan ejaan yang sama mereka juga membawa makna mencipta sesuatu
yang baru. Dengan mempelajari suprasegmental dalam bahasa akan memudahkan
penyampaian makna yang ingin disampaikan.

1.3.5 Ilmu fonetik dan fonologi ini dapat membantu para pendidik memrunikan sebutan
bunyi sesuatu bahasa terutamanya melatih murid yang gagap semasa bertutur. Terapi
pertuturan merupakan salah satu aktivti yang membantu murid untuk mempunyai
masalah dengan alat artikulasi ( gagap, sengau, sumbing dan sebagainya). Terapi
pertuturan dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur
khususnya. Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika
terapi ini terus dijalankan.Ia membantu murid menghasilkan bunyi bahasa yang lebih
bermakna.
1.3.6 Sebutan baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
adalah bersesuaian kerana bahasa Melayu baku telah mencapai tahap pembinaan dan
pengayaan kosa kata dan struktur tatabahasa.
1.3.7 Bahasa Melayu baku telah berupaya untuk menyampaikan buah fikiran dan hujah
dengan tepat dan berkesan. Bahasa Melayu baku berupaya untuk menjadi pemangkin
pengaliran dan perkembangan ilmu, kemahiran dan pembentukan sahsiah murni.
1.3.8 Memudahkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran apabila
mereka dapat mengetahui dan memahami perbezaan perbezaan yang wujud dalam
sistem bahasa itu sendiri secara khusus.

2.0 Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai huraikan bunyi vokal asli
dan bunyi konsonan asli bahasa Melayu.
2.0.1 Komunikasi juga melibatkan bunyi. Manusia perlu menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa untuk menjayakan komunikasi secara lisan. Bunyi-bunyi bahasa yang
dipertuturkan ini adalah sesuatu bunyi yang bermakna oleh masyarakat yang
menuturkannya. Bunyi-bunyi ini dilafazkan melalui deretan bunyi, kelangsingan suara,
dan kepanjangan yang tertentu. Makna yang difahami adalah berbeza bergantung
kepada bagaimana bunyi bahasa itu diadaptasikan.

2.1 Bunyi vokal asli.

2.1.0 Vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara yang dihasilkan tatakala udara daripada
paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang
gangguan atau sekatan. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas
daripada bunyi konsonan.. Kedudukan lidah semasa melafaz dan pembukaan bibir
menentukan samada bunyi vokal yang dilafazkan itu adalah vokal hadapan, vokal
tengah mahupun vokal belakang.

2.1.1.0 Vokal Hadapan

2.1.1.1 Bunyi yang terhasil adalah [i], [e], [] dan [a]. Alat artikulasi yang terlibat dalam
menghasilkan bunyi ini ialah lidah, saiz rongga mulut, lelangit keras dan bentuk bibir.
Terdapat empat pergerakan alat artikulasi ketika menyebut bunyi-bunyi vokal seperti
diatas.

2.1.1.2 Vokal [i] terhasil apabila bahagian hujung lidah diletakkan pada titik yang paling
tinggi di bahagian hadapan mulut. Udara yang keluar akan menggetarkan pita suara.
Vokal ini dipanggil vokal depan sempit dan contoh perkataan yang disebut ialah [# hati
#] (hati).

Vokal [e] pula dihasilkan hampir sama dengan vokal [i] tetapi kedudukan lidah agak ke
bawah sedikit. Vokal ini dinamakan vokal separuh senpit. Dan, contoh penggunaan
vokal [e] ialah [# sate #] (sate).

Vokal [] dikelaskan juga sebagai vokal depan separuh luas. Vokal ini terhasil apabila
depan lidah diturunkan dua pertiga dari kedudukan yang biasa semasa bunyi [e]
dilafazkan. Contohnya [# ot #] (membuat sedikit demi sedikit dalam bahasa Kedah).

Vokal [a] terhasil ketika depan lidah diturunkan ke titik paling bawah dalam rongga
mulut. Lelangit lembut yang dirapatkan ke belakang tekak sehingga menutup rongga
hidung menyebabkan udara yang melalui rongga mulut sambil menggetarkan suara.
Contoh penggunaan vokal [a] ialah [# aku #] (aku).

2.1.2.0 Vokal belakang

2.1.2.1 Terdapat beberapa jenis bunyi untuk vokal belakang iaitu [u], [o], dan [] . Alat
artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi ini adalah lidah dan juga lelangit
lembut. Manakala rongga dan saiz bukaan mulut pula menentukan kadar bukaan luas.
Apabila kita menyebut bunyi vokal [u] dalam perkataan bisu dan vokal [o] dalam
perkataan onak, kita akan merasa getaran di bahagian bawah rahang tetapi kedudukan
lidah ketika menyebut [u] adalah lebih rendah.


2.1.3.0 Vokal Tengah [].

Apabila lidah diletakkan pada lantai rongga mulut, bibir akan terbuka sedikit. Udara
yang melalui rongga mulut akan menghasilkan vokal [] ini. Contohnya; [# lbah #]
(lebah).

2.2.0 Bunyi konsonan

2.2.0.1 Bunyi-bunyi bahasa yang menerima sekatan, sempitan dan geseran daripada
bahagian-bahagian tekak, hidung dan rongga mulut di namakan sebagai bunyi
konsonan. Terdapat 25 bunyi konsonan dalam Bahasa Melayu. Untuk mengetahui
bagaimana cara lafaz dan jenis sekatan yang berlaku kita perlu menghuraikan jenis
sekatan yang berlaku pada aliran udara. Bunyi letupan dihasilkan apabila berlaku
sekatan kepada aliran udara daripada terlepas keluar. Sekatan ini kemudian akan
dilepaskan semerta. Manakala dalam menghasilkan bunyi sengau atau nasal pula,
penutupan rongga mulut berlaku sepenuhnya, tetapi udara dibiarkan keluar melalui
rongga hidung dengan kedudukan anak tekak direndahkan. Dengan menghuraikan
mekanisme aliran udara dan sekatan udara kita akan dapat menjelaskan bagaimana
penghasilan sesuatu konsonan. Udara yang mengalir keluar perlu dispesifikasikan
sama ada pulmonik, glottis, velar ataupun egresif dan ingresif. Sekatan aliran udara ini
menghasilkan pelbagai jenis konsonan seperti letupan, letusan, sengau, geseran,
getaran, sisian.

2.2.1.0 Konsonan Letupan

2.2.1.1 Terdapat tiga bunyi bersuara dan tiga bunyi tak bersuara dan satu glotis yang
diklasifikasikan sebagai bunyi konsonan letupan dalam Bahasa Melayu. Terdapat
beberapa jenis konsonan letupan, namun kesemua jenis bunyi ini berlaku apabila alat
artikulasi menyentuh titik-titik artikulasi yang tertentu dalam mulut seperti gusi dan bibir.
Dalam masa yang sama, udara yang terkumpul di dalam paru-paru akan terlepas
secara tiba-tiba dan menghasilkan letupan.

a) Konsonan letupan dua bibir [p] dan [b].

Apabila bibir atas dan bibir bawah dirapatkan manakala lelangit lembut menjadi rapat
ke dinding belakang rongga tekak maka bunyiletupan ini akan kedengaran. Keadaan ini
terjadi apabila udara dari paru-paru tertahan di dalam rongga mulut dan saluran suara.
Udara yang tertahan itu tadi pula akan dilepaskan serta merta. Apabila udara
dilepaskan tanpa menggetarkan pita suara bunyi yang dihasilkan adalah (p),


tetapi jika udara yang dilepaskkan itu menggetrarkan pita suara, bunyi yang terhasil
adalah

[b]. Contoh bunyi konsonan adalah seperti berikut.

Letupan dua bibir tak bersuara [p], [# papan #] (papan)

Letupan dua bibir bersuara [b], [# baja #] (baja)


(b) Konsonan letupan gusi [t] dan [d]

Apabila hujung lidah dirapatkan ke gusi atas, lelangit lembut akan rapat ke belakang
rongga tekak. Lidah yang rapat ke gusi atas akan menyekat udara dari paru-paru. Dan
apabila udara yang tersekat oleh lidah tadi dilepaskan serta merta maka bunyi letupan
gusi akan terhasil. Apabila letupan gusi tidak menggetarkan pita suara, maka letupan
gusi tak bersuara [t] dihasilkan. Tetapi jika ia menggetarkan pita suara maka letupan
gusi [d[ pula akan dihasilkan. Contohnya adalah seperti berikut.

Letupan gusi tak bersuara [t], [# teman #] (teman)

Letupan gusi bersuara [d] , [# had #] (had)

(c) Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]

Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk
menyekat aliran pergerakan udara. Dalam masa yang sama, lelangit lembut dan anak
tekak pula dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat aliran udara ke rongga hidung, ini
dinamakan juga letupan lelangit lembut tak bersuara. . Untuk menghasilkan bunyi [g]
pula, caranya sama sahaja dengan bunyi [k] tetapi pita suara dirapatkan. Apabila arus
udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara, maka ia dikatakan
letupan lelangit lembut bersuara .
Contohnya, [# kuda #] (kuda) dan juga [# beg #] (beg)

(d) Konsonan letupan pita suara ()

Ia juga dikenali sebagai hentian glotis. Ini terhasil apabila lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk menyekat udara ke paru-paru. Contoh
bunyi ini dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:
[# kata #] (katak) dan [# rayat #] (rakyat)

2.2.2 Konsonan Letusan [c] dan [j]

Konsonan letusan adalah letusan lelangit keras tak bersuara [c] dan letusa lelangit
keras bersuara [j]. Kedua-duanya dihasilkan hampir sana dengan cara konsonan
letupan, Cuma yang membezakannya ialah bunyi ini dilepaskan perlahan-lahan.
Contohnya [# kaca #] (kaca) dan [# hujan #] (hujan).
2.2.3 Konsonan Sengau (nasal)

Apabila lelangit lembut diturunkan bagi melepaskan udara dari rongga hidung keluar
maka bunyi ini akan dihasilkan. Ada empat bunyi sengauan atau nasal dalam bahasa
Melayu. Kesemuanya dihasilkan dengan pita suara bergetar. Mari kita teliti satiap satu.

a) Sengau dua bibir bersuara [m]

Dua bibir yang dirapatkan menghasilkan bunyi ini. Ia dinamakan sengauan dua bibir
bersuara [m]. Contohnya adalah seperti [# alim #] (alim) ..

b) Sengau gusi bersuara [n]

Lelangit lembut dalam keadaan yang biasa manakala hujung lidah yang dinaikkan ke
gusi menyebabkab udara melalui rongga hidung. Ini menghasilkan sengauan gusi
bersuara. Contoh yang dapat diberikan ialah [# nasi #] (nasi). Sila rujuk rajah di bawah.

c) Sengau lelangit keras bersuara []

Bahagian hadapan lidah dirapatkan ke lelangit keras gusi. Udara melalui rongga hidung
dan menggetarkan pita suara. Contohnya seperti [# awa #] (nyawa).


d) Sengau lelangit lembut bersuara []

Konsonan ini terhasil dengan belakang lidah diangkat dan dirapatkan ke lelangit lembut.
Semasa bunyi dilafazkan pita suara bergetar. Contoh: [# laya-laya #] (layang-layang).

2.2.4 Konsonan Geseran

Menurut Dr Abdullah Hassan, terdapat sembilan bunyi geseran dalam bahasa Melayu
iaitu empat bersuara, empat tak bersuara, manakala satu lagi adalah geseran pita
suara tidak dapat dipastikan samada bersuara atau tidak. Walaubagaimanapun hanya
beberapa bunyi geseran sahaja yang dapat diterangkan di sini, antaranya;

a) Geseran gigi bibir [f] dan [v]

Bunyi ini terhasil apabila gigi bawah dan gigi atas dirapatkan tetapi tidak menghalang
aliran udara keluar. Laluan udara yang sempit ini menyebabkan geseran berlaku.
Contohnya;

Geseran gigi bibir tak bersuara [f]: [# fakir #] (fakir)
Geseran gigi bibir bersuara [v] : [# novel #] (novel)

b) Geseran Lelangit keras [] dan []

Bunyi ini pula dihasilkan apabila depan lidah dinaikkan ke lelangit keras tetapi tidak
rapat. Udara dari paru-paru didesak keluar melalui ruang yang ditinggalkan dan
menghasilkan geseran. Contoh;

Letusan lelangit keras tak bersuara [} : [# xas #] (khas) dan [# ubuht #] (subuh)

Letusan lelangit keras bersuara [] : [# ohor #] (zohor) dan [# hai #] (haidh)

c) Geseran lelangit Lembut [x] dan []

Apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut, udara dari paru-paru akan
terdesak ke;luar menyebabkan bunyi geseran berlaku. Contohnya;

Geseran lelangit lembut tak bersuara [x] : (# xianat # ] (khianat)

Geseran lembut lelangit bersuara [] : [# aeb # ] (ghaib)

d) Geseran pita suara [h]

Apabila udara melalui pita suara yang tidak rapat manakala keadaan mulut seolah-
seolah membunyikan vokal, bunyi geseran [h] akan dihasilkan. Contohnya: (# haba #]
(haba)

2.2.5 Konsonan Getaran

Bunyi getaran [r] dihasilkan apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi menyebabkan
udara keluar melalui celah lidah dan gusi. Lelangit lembut pula dinaikkan. Contoh
perkataan: [# ular #] (ular)

2.2.6 Konsonan Sisian

Bunyi sisian gusi bersuara [l] dihasilkan apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan
lidah kerana keadaan lidah yang dinaikkan ke gusi, manakala lelangit lembut rapat ke
rongga tekak. Contoh sebutan seperti [# lantai #] (lantai)

3. Dengan memberikan contoh yang sesuai huraikan Sistem Ejaan Baharu
Malaysia-Indonesia tahun 1972. Huraikan 18 pola keselarasan vokal ejaan
tersebut dan serta contoh-contoh di mana sesuai.

3.1 Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2008 ), selepas konfrontasi, berlakulah krisis ejaan
Rumi. Timbul berbagai bagai jenis sistem ejaan seperti Ejaan Universiti Malaya dan
Ejaan Cadangan yang terus diamalkan, di samping Ejaan Universiti Kebangsaan,
Ejaan Universiti Pertanian Malaysia dan Ejaan Sekolah. Akhirnya, pada tahun 1972,
diadakan pertemuan antara Menteri Pendidikan Malaysia dengan Indonesia bagi
membincangkan masalah bahasa di kedua dua buah negara.

3.2 Hasil pertemuan tersebut, wujudlah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (
SERBBM ) di Malaysia dan Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia Yang Disempurnakan
bagi negara Indonesia. Sistem ejaan ini ialah hasil perancangan bahasa pada
peringkat supranasional dalam bidang sistem ejaan. Sistem ejaan tersebut telah
diisytiharkan penggunaannya di kedua dua buah negara pada 16 Ogos 1972 secara
serentak.

3.3 Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan
penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan
bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti
berikut:

(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u
(ii) Huruf diftong: ai, au, oi
(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

3.4 Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf,
seperti rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang
/b/

/c/

/d/

/f/

/g/

//

/h/

/j/

/k/

/x/

b

c

d

f

g

gh

h

j

k

kh

bahasa

cakap

dua

fakir

guna

ghaib

hari

jalan

kami

khusus

sebut

kaca

ada

tafsir

tiga

maghrib

saham

manja

paksa

akhir

adab

Mac

abad

maaf

beg

mubaligh

tuah

kolej

katak

tarikh

/l/

/m/

/n/

//

//

/p/

/q/

/r/

/s/

//

/t/

/v/

/w/

/y/

/z/
l

m

n

ng

ny

p

q

r

s

sy

t

v

w

y

(i) z
(ii) x
lekas

maka

nama

ngilu

nyata

pasang

Quran

raih

sampai

syarat

tali

vitamin

wanita

yang

zaman
xenon
alas

kami

anak

angin

hanya

apa

wuquf

bara

asli

isytihar

mata

universiti

hawa

payung

lazat
-
kesal

diam

daun

pening

-

siap

buraq

putar

lemas

Quraisy

rapat

-

-

-

lafaz
-

3.5 Huruf Vokal
Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang
melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u
3.6 Kesalahan Ejaan dan Imbuhan
Contoh:
Kesalahan
Ejaan
Sepatutnya Kesalahan
Imbuhan
Sepatutnya
gulongan golongan perbuatan itu
menyalahkan
undang-undang.
perbuatan
itumenyalahi undang-
undang.
kretif kreatif supaya
pembaca mendidik
dan lahir sebagai
insan yang mulia.
supaya
pembacaterdidik dan
lahir sebagai insan yang
mulia.
spisies spesies ..kepupusan
pelbagai spisies
haiwan, dan
pemusnahan
hutan.
kepupusan pelbagai
spesies haiwan,
dankemusnahan hutan.
Penduduk di
kawasan
pendalaman
Penduduk di
kawasanpedalaman

erial aerial masalah yang
dihadap oleh
mereka.
masalah
yangdihadapi oleh
mereka.
antenna antena Penambahan
kenderaan
berenjin
Pertambahankenderaan
berenjin
losyen losen melembuti kulit melembutkan kulit
lanskap landskap berbuat pelbagai
urusan
membuat pelbagai
urusan
displin disiplin menyintai mencintai

3.7 Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi

Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan
penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan
bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti
berikut:
Huruf vokal: a, e, i, o, u
Huruf diftong: ai, au, oi
Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

3.8 Huruf Vokal

Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang
melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti dalam rajah di bawah.

Huruf Fonem di depan di tengah di belakang
a

e


i

o

u
[a]

[]
[e]

[i]

[o]

[u]
sapi

emak
enak

itu

oleh

usang
badi

sena
petak

simpan

kota

tunas
lupa

imperialisme
tauge

sini

pidato

siku



3.9 Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua
huruf seperti dalam rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang
/ai/


/au/


/oi/
ai


au


oi
aising


aurat
auditorium

oidium
ghairah
trailer

saudara


boikot
pandai


harimau


amboi

3.10 Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata
pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan
huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

3.11 Pola Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.
Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengna sistem
keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu:

Bil. Suku kata
praakhir
Suku kata Akhir
Tertutup
Contoh Penggunaan
1. a a asal talak halaman
2. a i alih tarik parit
3. a u asuh datuk baruh
4. e (pepet) a emas kelam selam
5. e (pepet) i betik ketil lebih
6. e (pepet) u belut telur perut
7. e (taling) a elak dewan perang
8. e (taling) e (taling) belek gelek leceh
9. e (taling) o elok belok telor
10. i a bilah kilang selinap
11. i i intip pilih sisih
12. i u pikul ribut tidur
13. o a otak borang sekolah
14. o e (taling) oleh boleh celoteh
15. o o obor borong kelompok
16. u a ulat bulat ketupat
17. u i ulit kulit putih
18. u u untuk buluh seluruh


3.12 Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal

Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-
bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan
prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah
seperti berikut:
Bil Pola
Vokal
Contoh Bahasa Nusantara Contoh Bahasa Inggeris
1. a-e taling aneh kaget pamer kabaret panel
2. a-o calon lapor perabot atom faktor
3. e pepet e taling gembleng
4. e pepet o bendok jempol gabenor interkom
5. i-e taling imlek simen tiket
6. i-o ijon pilon diftong transistor
7. u-e taling tulen ulet subjek dokumen
8. u-o bunglon lelucon kupon konduktor
9. a-e pepet pakem teater
10. e taling hipotesis objektif
11. e taling-u petroleum spektrum
12. e pepet e pepet demdem pepet
13. i-e pepet iseng artikel filem
14. o-i fosil hipokrit
15. o-u bonus forum
16. u-e pepet lumer skuter
17. e taling e pepet meter
18. o-e pepet Oktober


3.13 Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil



3.13.1 Penggunaan Tanda Baca
a. Tanda Titik atau Noktah

Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sisipan ditulis menggunakan titik.
Contohnya:
Dr. (Doktor) Sdr. (Saudara) En. (Encik)
Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) Tn. (Tuan)
Y.M. (Yang Mulia) Prof. (Profesor) Kol. (Kolonel)

b Singkatan Umum

Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan tiga huruf
atau lebih menggunakan satu titik sahaja. Contohnya:
b.p. (bagi pihak) s.k. (salinan kepada)
u.p.(untuk perhatian) m.s. (muka surat)
dsb. (dan sebagainya) dll. (dan lain-lain)
hlm. (halaman) spt. (seperti)

3.13.2 Nama Khas

Huruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan, syarikat, jabatan,
jalan, taman perumahan dan cogan kata hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Contohnya:
Jalan Maharani , Taman Tun Dr. Ismail

3.13.3 Kata Sendi dan Kata Hubung

Huruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung tertentu seperti yang, di, ke, dan, atas,
dan lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil.
Contohnya:
Sejarah Ekonomi dan Politik di Malaysia
Diari dan Kalendar untuk Kakitangan Jabatan

3.14 Ejaan Nama Tempat / Nama Khas

Pada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan
oleh kerajaan negeri masing-masing.

a. Dalam Malaysia (Sebelum 1972)
Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan
ejaan cara lama. Contohnya:
Bukit Kepong, Cheras, Ayer Keroh. Pekan Nyior, Kundor.


b. Dalam Malaysia (Selepas 1972)

Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972 digalakkan
menggunakan ejaan baru. Contohnya:
Teluk Intan, Taman Bukit Cahaya, Teluk Air Tawar, Kampung Baharu


c. Luar Negeri (Melayu)

Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan
demikian. Contohnya: Kanada, Mesir.

d. Luar Negeri (Antarabangsa)

Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan demikian.
Contohnya: New York, Bosnia-Herzegovina

3.15 Ejaan Nama Orang

Ejaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang telah wujud
sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal. Selepas tahun 1972, kita
digalakkan menggunakan ejaan baru. Walau bagaimanapun, ejaan nama yang sah
adalah seperti yang didaftarkan dalam sijil kelahiran dan dalam kad pengenalan.

3.17 Penulisan Partikel

Ada empat partikel dalam bahasa Melayu iaitu lah, kah, tah dan pun. Dalam ejaan baku
bahasa Melayu, partikel ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya tanpa
tanda sempang, seperti contoh yang berikut:
Adalah, siapakah, bilatah, tolonglah, itukah, apatah

Ada dua cara menulis partikel pun iaitu:
a. Ditulis Terpisah

Partikel pun yang bermaksud juga ditulis terpisah daripada kata yang ada
disampingnya iaitu:
Apa pun yang dilakukannya tetap mendapat perhatian.
Rambutnya pun tidak bersikat.
Akibat terlalu lepenatan, dia pun terlena.


b.Ditulis Serangkai

Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan
partikelpun iaitu:
adapun andaipun biarpun kendatipun
mahupun sekalipun walaupun ataupun
bagaimanapun kalaupun lagipun meskipun
sungguhpun


3.18 Penggunaan di dan ke
a. Sebagai Kata Sendi

Berfungsi sebagai kata sendi untuk menunjukkan tempat atau arah ditulis terpisah
daripada kata nama yang mengikutinya. Contohnya:
Dari Ave Maria ke jalan lain ke Roma.
b. Sebagai Kata Imbuhan

Berfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya. Contohnya:
dipercepatkan, kesudahan, dikenal pasti, keenam-enam.

3.19 Penulisan Tanda Sempang

Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti di
bawah:
a. Mengaitkan Kata Sendi
Tanda sempang digunakan untuk mengaitkan kata sendi ke dengan angka, seperti: Ke-
21, Ke-1001.

b. Merangkaikan Angka
Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun
dengan akhiran an seperti: Tahun 40-an, Tahun 80-an.

c. Menyatakan Hubungan

Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkai
kata setara tertentu atau kata istilah seperti: Lebuh raya utara - selatan

d. Menulis Kata Ganda Penuh
Contohnya: Meja-meja, guru-guru.

e. Menyambung Suku Kata
Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh
penggantian baris seperti:
...mereka yang bertang- ...mesti bersabar da-
gungjawab sahaja... lam banyak hal...

f. Perjelaskan Ungkapan
Contohnya: Ber-evolusi dengan ber-revolusi

g. Merangkaikan Huruf
Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil pada
kata yang sama seperti: Rahmat-Nya, Pro-Japan.


4.0 Kesimpulan

Gumperz (1971), menyatakan bahawa apa yang dituturkan itu ialah bahan
percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea atau huraian sesuatu situasi atau
perlakuan sosial yang diceritakan. Pendengar memahami perkara yang dilafazkan
berdasarkan strukturnya yang teratur itu. Pendengar akan memilih beberapa ciri
tertentu daripada percakapan itu serta menghubungkannya dengan makna tertentu
daripada percakapan itu serta menghubungkannya dengan makna dan situasi umum
bagi bahasa itu.

Konklusinya, bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dikomunikasikan melalui
penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional. Bahasa terdiri daripada ujaran
perkataan daripada mulut atau teks yang bertulis.
Bahasa yang dihasilkan melalui alat atrikulasi mausia disebut pertuturan atau ujaran
iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara
berturutan dan berulang-ulang. Dalam menghasilkan bunyi samada vokal mahupun
konsonan terdapat tiga alat yang memainkan peranan penting iaitu alat dalaman tubuh,
alat artikulasi dan daerah artikulasi. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia pula
terdiri dari bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa.

Terdapat dua jenis bunyi bahasa iaitu bunyi vokal yang merupakan bunyi yang
dihasilkan tanpa berlaku sebarang sekatan terhadap udara dan bunyi konsonan pula
sebaliknya. Oleh yang demikian, untuk mengenalpasti cara sesuatu bunyi itu dibunyikan
, pengetahuan tentang alat dan daerah artikulasi sangat penting kerana kesemua bunyi
adalah dihasilkan dengan penglibatan secara langsung daerah dan alat-alat artikulasi
yang tertentu.

Bahasa melibatkan proses kognitif dalam menghasilkan dan memahami bunyi dan
sistem tanda linguistik. Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara
iaitu secara lisan dan tulisan. Komunikasi dua hala melibatkan penutur dan pendengar
yang memerlukan kemahiran berbahasa.
Penutur harus boleh bercakap dengan jelas melalui sebutan yang betul, kemas, teratur
dan berupaya untuk menggunakan jeda, tekanan dan gaya yang tepat. Pendengar pula
harus mendiskriminasikan bunyi-bunyi ujaran, mendengar dengan teliti, memahami dan
mentafsirkan percakapan yang didengar dan seterusnya bertindak balas terhadap apa
yang didengainya itu. Bahasa sebagai alat komunikasi juga melibatkan jarak tempat
dan jarak masa.
Dalam bahasa Melayu secara amnya, mempunyai keunikan yang tersendiri apabila
menyentuh berhubung dengan konsep fonologi kerana melalui pemahaman kita
terhadap fonologi bahasa secara tidak langsung ia turut dapat memperbaiki dan
menggunakan bahasa Melayu yang betul dengan sebutan, bunyi, ujaran dan
keperluannya mengikut kesesuaian masa dan tempat serta tujuan maklumat yang ingin
disampaikan melalui penggunaan bahasa Melayu itu sendiri.
5.0 Rujukan.
Abdul Hamid Mahmood(2007). Linguistik Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Aslita Sdn.Bhd.
Abdul Hamid Mahmood (2012:24). Modul BML 3043: Fonetik dan Fonologi Bahasa
Melayu, Tanjung Malim, UPSI.
Abdullah Hassan, (1980). Lingustik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling Jaya
: Fajar Bakti

Arbak Othman,(1984). Tatabahasa bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbitan
Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, (2006). Fonetik dan Fonologi. Batu Caves:
PTS Publications
Nik Safiah Karim et. al (2006) Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur :
Dewan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz,(2006). Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Asmah Hj Omar, Bahasa dan Pemikiran Bahasa Melayu, (1986); Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan, edisi keempat, (2007 ); Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka..

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, Kajian Bahasa, 1986 ; Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Abdullah Bin Hassan (1982). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia: Fajar Bakti
Sdn
Bhd, Kuala Lumpur.
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sarjana.
Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. ( 2000 ). Fonetik Dan Fonologi Bahasa
Melayu,Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai