Hadis Riwayah Dan Hadis Dirayah

Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 14

Pembahagian Ilmu Hadis

-Pengajian ilmu hadis ialah suatu bidang


yang amat penting untuk memahami
nilai hadis, sama ada diterima atau
ditolak.

-Perbahasan ilmu hadis meliputi hadis
riwayah & dirayah.
Pengertian Hadis Riwayah

-Pengetahuan tentang perkara yang disandarkan
kepada kepada nabi Muhamad s.a.w secara
khusus sama ada perkataan, perbuatan,takrir, sifat
& tingkah laku.


Pengertian Hadis Dirayah

-Ilmu untuk mengetahui keadaan sanad & matan
dari sudut diterima atau ditolak yang berhubung
kait dengannya.Ilmu hadis dirayah juga dikenali
sebagai dikenali sebagai (ulum al-hadis,usul
alhadis, mustolah hadis).
Tujuan Ilmu Hadis Riwayah :

Untuk memelihara dan menjaga hadis dari
sebarang kesalahan pemindahan atau
sesuatu yang disandarkan atau dihubungkan
kepada Rasulullah S.A.W yang meliputi cara
menerima hadis dan menyampaikannya
kepada orang lain serta kaedah pembukuan
sesebuah kitab hadis.
Tujuan Ilmu Hadis Dirayah :

Untuk meneliti sifat-sifat rawi serta
sanad dan matannya.
Untuk menentukan sama ada hadith itu
maqbul (diterima) atau mardud
(ditolak).
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU
HADIS RIWAYAH

1. Zaman Rasulullah S.A.W

-Berhubung dengan penulisan hadis pada peringkat awal
penurunan Al-Quran.
-Terdapat hadis yang dilarang dan dibenarkan berdasarkan
beberapa alasan iaitu :
Larangan

-Pada peringkat awal penurunan A-Quran
dibimbangi bercampur denga al-quran.
-Ditakuti al-quran dan hadis ditulis dalam
satu lembaran yang sama.
-Bagi mereka yang mempunyai ingatan
yang kuat.
Keizinan

-Ketika Al-Quran tidak diturunkan.
-Sekiranya ditulis dalam lembaran
yang berlainan.
-Bagi mereka yang mudah lupa
Zaman Sahabat

-Kegiatan para sahabat dalam
penulisan dengan cara
mengajar,mempelajari,meriwayat,
mengumpul serta mencatat hadis
serta menghafaz serta
menulisnya.Namun zaman ini
hadis tidak dikumpul secara
khusus dan belum dibukukan.
Zaman Tabiin

-Kemunculan hadis palsu makin ketara yang
dilakukan oleh pengikut-pengikut mazhab
seperti syiah,khawarij dan
muktazilah.Bertambah buruk lagi dengan
kekurangan penghafaz hadis yang berpindah
kenegeri lain atau mati syahid.
-Khalifah Umar Bin Abdul Aziz mengarahkan
Abu Bakar Bin Muhammad mengumpuldan
mencatat hadis daripada hafaz.
-Usaha diteruskan muhammad Bin Muslim
dengan mengumpul dan membukukan hadis
dan diedarkanke negara islam.Usaha
berterusan hingga kerajaan abasiah dipimpin
oleh Abu Jaafar dan mengarahkan Imam
Malik menyusun sebuah buku hadis dan
menghasilkan mautok.
-Kitab yang dikarang oleh enam imam dikenali
Al-Kitabu Sittah.
Sejarah perkembangan Ilmu Hadis Dirayah

-Ilmu hadis dirayah berkembang seiring dengan
perkembangan hadis riwayah.
-Selepas rasulullah wafat, umat islam mula
mengumpul hadis nabi kerana dikhuatiri hilang
daripada perawi.
-Pada zaman sahabat dan tabiin, telah timbul fitnah
dikalangan umat islam yang dipelopori oleh kumpulan
syiah dan sayyiah yang memalsukan hadis rasulullah
s.a.w.
-Perselisihan pendapat mereka dengan ahli as-
sunnahwaljamaah mendorong mereka mencari hujah2
berdasarkan syarak bagi menyokong pendapat
mereka tetapi gagal..
Usaha yang dijalankan oleh ulamak2 hadis
menyebabkan berlakunya pembukuan buku hadis
yang menggunakan prinsip2, kaedah2, serta istilah2
ilmu hadis.
Imam al--zuhri(124 hijrah) dianggap orang pertama
yang memperkenalkan ilmu hadis.
PEMBAHAGIAN ILMU HADIS DIRAYAH


Para ulamak meneruskan usaha
mengembangkan ilmu hadis dengan
membahagikannya berdasarkan sanad dan
matan kepada beberapa disiplin ilmu yang lebih
khusus.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai