Asgement Ajaran Sesat
Asgement Ajaran Sesat
Asgement Ajaran Sesat
: : . :
Maksudnya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang
dikau paling cintai? Baginda SAW menjawab:
Aisyah. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa lagi dari
kalangan lelaki? Baginda SAW menjawab : Ayahnya
(Abu Bakar). Kemudian siapa lagi? Baginda
menjawab Umar dan menyebut nama beberapa
sahabat lelaki yang lain. riwayat Muslim.
Apabila Nabi SAW menceraikan Hafshah binti Umar
al-Khattab, Jibril AS mendatangi Baginda SAW lalu
berkata:
Maksudnya: Sesungguhnya dia (Hafshah)
merupakan seorang yang rajin berpuasa dan rajin
berqiyamulail dan dia adalah isterimu di syurga.
riwayat Abu Daud
2.2 ARIFFIN BIN MOHAMAD (AYAH PIN)
Ariffin bin Mohamad ataupun lebih dikenali sebagai Ayah Pin adalah
merupakan pengasas kepada kerajaan Langit (Sky Kingdom) dan telah disenaraikan
antara gerakan kumpulan yang sesat dan jauh tersasar daripada landasan Al-Quran
dan As-Sunnah.
Ajaran Ratib Kuat Ayah Pin di Hulu Besut telah dikesan sejak dari tahun 1985
lagi. Kandungan ajarannya bercanggah secara langsung dengan Al-Quran dan As-
Sunnah. Walaupun Ayah Pin (Ariffin Mohamad) sendiri pernah membuat pengakuan
dan mengeluarkan kenyataan kepada pihak media pada awal tahun 1995 bahawa
beliau sendiri yang telah mereka-reka ajaran dan amalan yang diajarkan. Akan tetapi,
ianya terus mendapat sokongan dari pelbagai pihak bahkan sambutan yang lebih hebat
dari pihak tertentu. Para pengikutnya terdiri dari pelbagai latar belakang dan golongan
sama ada dari golongan professional, akademik, korporat dan sebagainya. Sebahagian
besarnya datang dari pantai barat Semenanjung Malaysia seperti Perak, Selangor dan
sebagainya.
Perkembangan terakhir menyaksikan mereka dengan berani mempersenda dan
mempermainkan hukum Islam apabila secara terang-terangan mengaku telah keluar
dari agama Islam. Alasan yang diadakan ini bagi membolosi pemantauan yang
dilakukan terhadap mereka oleh pihak berkuasa agama, terutamanya pihak Jabatan
Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Sokongan, bantuan dan kerjasama
sepenuhnya mestilah diberikan kepada pihak berkuasa untuk menghapuskan
kesesatan dan mengembalikan mereka ke pangkal jalan.
Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah
Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-
pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari
langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.
Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai
orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan
mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan
mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini
untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis
tempatan yang terkenal.
Jika hendak diikutkan, Ayah Pin bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta
huruf dan tidak tahu membaca. Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin
membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika
besar untuk melambangkan kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk
melindungi dan memayungi umat manusia.
Selepas hampir 10 tahun bergiat aktif dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya
ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama
tempatan. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta
didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin
pula menyatakan dia tidak boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar
dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi.
Sejarah kemunculan ajaran sesat di negara kita amnya dan di Hulu Besut,
Terengganu secara khususnya tetap mempunyai hubung kait dengan sejarah kelahiran
ajaran sesat di zaman permulaan Islam. Kemasukkan pemikiran asing, pengaruh
daripada pelbagai fahaman dan pegangan seperti Hindu, Parsi, Nasrani, Yunani serta
serangan tanpa henti mereka akhirnya berjaya menyesatkan segelintir masyarakat
Islam. Ianya didokong oleh puak Batiniah dan golongan falsafah dengan bentuk ajaran
yang baru atau bidah, tariqat dan tasawuf (wahdatul wujud), kepercayaan kuno, anti
hadith dan pelbagai macam lagi. Mereka sesat dari sudut amalan zahir atau lebih berat
lagi apabila mereka juga sesat dari sudut keyakinan dan pegangan (Itiqad) terhadap
Allah.
Secara rasminya pada tarikh 18 Ogos 2005, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama
Islam dan Adat Melayu Terengganu, di bawah seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal
Ehwal Agama Islam 1986 telah mengeluarkan fatwa berikut yang diwartakan pada 4
Disember 1997 bahawasanya ajaran dan pegangan yang diamalkan oleh Arifin bin
Muhamad (Ayah Pin) adalah ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar,
sesat,syirik, palsu dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam
serta merosakkan akidah.
Antara ciri-ciri ajaran dan pegangan yang diamalkan oleh Ayah Pin adalah sama
sekali bercanggah dengan hukum Islam serta jauh terpesong daripada pegangan dan
ajaran Al-Quran serta As-Sunnah. Ciri-ciri ajaran tersebut meliputi penyelewengan dari
pelbagai segi aspek. Antaranya adalah dari aspek akidah dan aspek syariah. Dari
aspek akidah, penyelewengan yang dilakukan adalah :
+ Ayah Pin sebagai tuhan yang turun dari langit dan kerajaan langit adalah di
bawah kekuasaannya.
+ Ayah Pin mempunyai kuasa menyembuh segala penyakit dan sebutan namanya
boleh menakutkan binatang buas.
+ Ayah Pin mendakwa bahawa Mekah, Kaabah dan Air Zam-zam adalah miliknya
dan dibina selepas mendapat wahyu dari langit.
+ Ayah Pin mempunyai kuasa menjadikan manusia menjadi batu melalui
sumpahannya, mengetahui perkara ghaib, boleh menentukan syurga dan neraka
seseorang, mendakwa roh orang yang mati jahat akan dikurung dalam kubah
markaz.
+ Menolak berlaku kemusnahan dunia ketika berlakunya kiamat.
+ Seseorang Islam itu perlu menjadi kafir dahulu.
+ Menolak kepentingan mengucapkan dua kalimah syahadah di akhir kematian
anak Adam.
Manakala daripada aspek syariah pula, antara fahaman dan ajaran Ayah Pin adalah
:
+ Menolak rukun Islam dan hukum syarak berkaitan dengan Tuhan.
+ Menolak rukun-rukun Islam yang lima.
+ Menghalalkan makanan yang diharamkan oleh syarak.
+ Mengada-adakan hukum syarak seperti nikah batin
Hal ini sudah terbukti jelas lagi bahawa ajaran yang dibawa oleh Ayah Pin ini
adalah merupakan satu ajaran atau fahaman yang sesat dan tidak berasas pada
pemikiran seorang muslim yang waras fikiran dan segala yang diamalkan oleh Ayah Pin
adalah turut tidak dapat diterima oleh akal logik fikiran. Di antara fakta-fakta penting
yang berkaitan dengan ajaran Ayah Pin sehingga difatwakan sesat ialah :
Beliau mengaku tidak belajar agama
Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan syarak.
Beliau pernah menyatakan bahawa Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi
Muhammad S.A.W yang berguru dengan Jibril. Dakwaan ini salah dan palsu
serta bertentangan dengan ajaran Islamdan menghina Syarak.
Beliau mengaku mengajar, ajaran serta pegangannya adalah sesat dan
bertentangan dengan hukum Syarak.
Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur, Taurat dan Injil serta menjadikan
Al-Quran.
Bongkar Al-Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua
puluh.
Setiap kali sembahyang, hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di
hadapan.
Al-Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
Mendakwa beliau telah melalui semua agama barulah jadi Islam dan menerima
syahadah secara langsung dengan Tuhan.
Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin
manusia melainkan Ayah Pin seorang.
Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk di tangannya kerana
dia yang memegang segala kunci-kunci akhirat.
Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada
berzikir dan bersembahyang.
Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati
kepada Ayah Pin.
Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan
bagi si mati sama ada syurga atau neraka.
Secara kesimpulannya, ajaran, fahaman dan pegangan yang dipegang dan
diamalkan serta di asaskan oleh Arifin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin
adalah sesat dan sama sekali tertolak oleh hukum Islam. Firman Allah S.W.T dalam
surah Al-Ikhlas :
~ 4O- +.- NEO ^ +.-
EO- ^g ;)-4C 4
;ONC ^@ 4 }74C N-. -O
lEO ^j
Maksudnya :
(1)Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa. (2)Allah tempat meminta
segala sesuatu. (3)(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.(4)Dan tidak asa
sesuatu yang setara dengan Dia
Hal ini menunjukkan bahawa hanya Allah sahaja yang kekal di atas muka bumi
ini. Tiada sesiapa pun yang dapat seperti Allah. Hanya Allah sahaja Yang Maha Kuasa.
2.3 AJARAN AL-ARQAM
2.3.1 Definisi Al-Arqam
Al-Arqam merupakan sebuah kumpulan atau Jamaah Islam yang
diasaskan oleh Ashaari Muhammad pada tahun 1968. Gerakan Al-arqam
bermula dari sebuah kelas pengajian fardhu ain yang diadakan dalam bentuk
halaqah oleh Ustaz Ashaari. Beliau telah mengadakan kelas ini setelah beliau
meletakkan jawatan dalam PAS pada tahun 1968. Halaqah ini diadakan di rumah
Cikgu Abdul Rahman rakan beliau sewaktu sama-sama bertugas di Sekolah
Kebangsaaan Dato Keramat. Oleh kerana rumah Cikgu Ahmad itu berwarna
putih maka halaqah itu dinamakan Jemaah Rumah Putih. Setelah jemaah ini
bergiat selama tiga tahun Ustaz Zakaria Ansari telah memberikan satu cadangan
untuk membentuk halaqah ini menjadi satu kumpulan yang dinamakan al-Arqam
atau Darul al-Arqam. Cadangan itu diterima baik oleh Ustaz Ashaari. Nama al-
Arqam diambil sempena nama sahabat Nabi s.a.w iaitu Arqam bin Abi al-Arqam
yang mana rumah beliau telah dijadikan markas pertama dakwah Nabi s.a.w.
Selain itu jemaah ini juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah,
Rufaqa dan Ikhwan. Seterusnya jemaah ini telah mengembangkan pengaruhnya
dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia.
2.3.2 Sejarah kemunculan ajaran Al-Arqam di Malaysia
Jemaah Al-Arqam telah ditubuhkan pada tahun 1968 dan tumpuan
sepenuhnya telah diberikan kepada jemaah ini pada tahun 1972 dan pada tahun
1973 setelah Ashaari bertindak keluar dari ABIM. Pada mulanya al-arqam
merupakan satu kumpulan usrah yang dibimbing oleh Ashaari dengan memberi
tumpuan kepada perkara yang berhubung dengan fardu ain terutamanya dalam
pembentukan moral, pembersihan jiwa dan berjihad melawan nafsu.
Zakaria Al-Ansari merupakan orang pertama yang diajak oleh Ashaari
untuk membentuk satu usrah bagi membincangkan ilmu-ilmu berkaitan dengan
agama yang dapat mendidik diri dan mentarbiyah diri bagi membentuk peribadi
muslim yang sempurna. Penubuhan usrah ini menurut Zakaria adalah bertitik
tolak daripada kekecewaan mereka dengan jemaah PAS yang pada ketika itu
hanya menitikberatkan politik dan mengabaikan pendidikan dan tarbiyah.
Usrah ini pada mulanya hanya disertai 10 orang sahaja yang merupakan
orang yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan ini dan mengadakan
pengajian seminggu sekali. Pada hujung minggu pula mereka mengadakan
kuliah subuh. Usrah ini pada mulanya diadakan di rumah no 94, Lorong Kiri 2
Dato Keramat , Kuala Lumpur yang diduduki oleh Cikgu Abdul Rahman Haji
Syamsudin yang pada ketika itu sama-sama mengajar dengan Ashaari di
Sekolah Kebangsaan Dato Keramat. Oleh kerana rumah itu berwarna putih
maka kumpulan usrah itu dinamakan Kumpulan Rumah Putih atau Jemaah
Rumah Putih.
Nama ini tidak bertahan lama kerana selepas 3 tahun kegiatannya timbul
cadangan yang dikemukakan oleh Ustaz Zakaria Ansari untuk menamakan
kumpulan ini dengan nama Jemaah Dar Al- Arqam. Al-arqam adalah nama yang
dipilih bagi menggantikan kumpulan rumah putih. Markas Dar Al-Arqam
kemudiannya berpindah ke rumah Mohd Salleh Abu Bakar di simpang flat Jalan
Pekeliling. Pada peringkat awal pertubuhannya kumpulan ini hanya
memanfatkan ajaran daripada tokoh-tokoh yang berpengalaman malah
identitinya sebagai sebuah pertubuhan yang tersendiri yang tidak begitu ketara.
Pada tahun 1972 Dar Al-Arqam telah membuka perkampungan Islam di
Sungai Penchala, Selangor seluas 5 ekar yang menjadi tempat tinggal malah
sebagai markas Dar Al-Arqam. Oleh kerana Dar Al-Arqam belum memiliki
sekolah sendiri maka pada 13 Januari 1975 Dar Al-Arqam telah mengirimkan
seramai 12 orang putera puterinya ke Yayasan Khairiah, Kupang, Baling.
Yayasan ini dipilih kerana ianya banyak menekankan konsep tarbiyah islamiah
dan pendukung al-arqam iaitu Ustaz Mohd Rosdi Yusuf merupakan mudir di
yayasan ini. Pada 1 Ogos 1975, Yayasan Al-Arqam di Sungai Penchala telah
ditubuhkan dan pada Mei 1977, bahagian perkhidmatan ummah telah dibentuk
di Gombak yang diketuai oleh Akhbar Anang. Pada 1 Julai 1977 mereka telah
menerbitkan akhbar al-Arqam dan pada 18 Jun 1978, mereka telah membuka
pusat perubatan al-Arqam di Desa Minang, Gombak yang dipimpin oleh Nordin
2.3.3Dasar-dasar pegangan sesat ajaran Al-Arqam
A. Penyelewengan dari Sudut Aqidah
1) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi,
pengasas Aurad Muhammadiah tidak mati dan akan lahir
sebagai imam mahdi
2) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi telah
berjumpa dengan Rasulullah s.a.w didalam kaabah dengan
keadaan jaga dan menerima Aurad Muhammadiah itu
daripada baginda.
3) Mengadakan tambahan pada lafaz syahadah dengan fakta
palsu yang menyebut Syeikh Muhammad As-Suhaimi
sebagai Imam Mahdi dan menyamakan tarafnya dengan
Khulafa Al-Rasyidin.
4) Mentafsir secara salah terhadap maksud ayat 3 surah An-
nisa dengan mendakwa bahawa asal pernikahan
hendaklah bermula dengan dua isteri dan seterusnya tiga
dan empat. Ini bertentanagn dengan tafsiran muktabar dan
sekaligus menolak ijma ulama tentang hukum nikah.
5) Ketua kumpulan al-Arqam mendakwa bertemu secara sedar
dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain serta
berdialog dengan baginda. Dakwaan ini melanggar asas
syariat islam kerana ini bermakna al-Quran dan hadith
belum selesai dan tamat. Disamping itu, beliau juga
mendakwa Rasulullah s.a.w mengakui kesahihan ajaran al-
Arqam.
6) Pengikut al-Arqam telah mencapai satu peringkat taasub
kepada ketua hingga sanggup mendewa-dewakan Ashaari
Muhammad dan mempercayai beliau mempunyai barakah,
karamah dan syafaat.
7) Ashaari Muhammad di dakwa diberi kuasa-kuasa Allah (kun
fayakun.) dakwaan ini boleh membawa kepada syirik keran
ia sanggup menyengutukan Allah.
8) Al-Arqam juga tidak mematuhi undang-undang dan
enakmen agama islam negeri dan undang-undang bertulis
yang berkaitan dengaan hal ehwal islam di negeri-negeri
dan tidak mematuhi serta menghormati keputusan alim
ulama.
9) Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad
Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan
menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda
Rasulullah saw di dalam Kaabah.
10) Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan
akan muncul semula sebagai Imam Mahdi.
11) Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah
saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa' Al-Rasyidin.
12) Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh
ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi.
Mereka datang untuk mengesahkan sesuatu yang
diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya
mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada
Al-Arqam dan pemimpinnya.
13) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh
datang menolong apabila diseru namanya.
14) Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh,
wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid
akhir zaman.
15) Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu
satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang
memegang panji-panji Al-Mahdi.
3.0 IMPLIKASI AJARAN SESAT
3.1 Implikasi kepada Individu
3.1.1 Merosakkan Aqidah Seseorang
Seseorang yang melibatkan diri dengan ajaran sesat menyebabkan
aqidahnya menjadi rosak. Adakalanya kerosakan aqidah itu
menjadikannya kufur dan murtad, sesat atau menyeleweng dari landasan
Islam yang sebenar. Oleh itu, dia wajib bertaubat dan kembali
mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.
3.1.2 Masa Terbuang Dengan Aktiviti Tidak Berfaedah
Kebanyakan mereka yang terlibat dengan ajaran sesat
menghabiskan masa mereka dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.
Mereka ternyata menyia-nyiakan nikmat anugerah Allah s.w.t. Antara
aktiviti yang bertentangan dengan agama ialah seperti memuja,
melakukan perbuatan syirik, amalan khurafat dan seumpamanya.
Di samping itu, ibadat yang diperintahkan pula seperti solat, puasa
dan lain-lain tidak diendahkan. Bahkan ditinggalkan dengan begitu sahaja.
Bagi mereka amalan ibadat itu hanya ditentukan oleh ketua atau guru
mereka sahaja. Keasyikan mereka terhadap sesuatu amalan
menyebabkan mereka tidak terasa rugi walau meninggalkan suruhan
agama. Bahkan menentang ketentuan agama dengan anugerah Allah
s.w.t. Namun, apabila mereka kembali ke pangkal jalan mereka mula
terasa bahang kerugiannya. Al-Quran secara jelas memerintahkan kita
supaya bijak menguruskan masa. Firman-Nya dalam surah aAl-Asr:
Maksudnya: Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.
3.1.3 Minda Tertutup Dan Dikongkong
Tindakan dan kelakuan pengikut ajaran sesat kebanyakannya tidak
rasional. Sikap ini timbul hasil budaya fanatik yang disemai oleh ketua
atau pemimpin ajaran mereka. Mereka mengesampingkan fungsi akal dan
ajaran agama. Sebaliknya mentaati ajaran ketua melebihi segala-galanya.
Hal ini menyebabkan fikiran mereka tertutup dan benar-benar dikongkong.
Mereka tidak berfikir tentang diri sendiri. Apatah lagi untuk mengambil
tahu hal ehwal keluarga, masyarakat dan negara.
3.1.4 Kehidupan Tidak Stabil
Seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat menjadikan hidupnya
tidak seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Ini kerana
penglibatannya itu menjadikan dirinya berada di persimpangan dilema
dalam mencari pegangan dan amalan hidup yang sebenarnya. Dia juga
tidak merasai nikmat hidup beragama dengan penuh ketenangan. Bahkan
hidupnya terasa kosong tanpa sebarang pengertian dan kesudahan.
3.2 Implikasi kepada Masyarakat
3.2.1 Tanggungjawab Terabai Runtuhnya Institusi Kekeluargaan
Apabila seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat tidak
mengendahkan tuntutan agama, dia juga pastinya tidak mengambil berat
tanggungjawabnya dalam menguruskan hal ehwal diri dan keluarganya.
Senario ini menjadikan pengurusan diri dan keluarganya terabai.
Pengabaian tanggungjawab diri dan keluarga menyebabkan kehidupan
mereka berantakan dan tidak stabil. Keperluan asasi anak isteri tidak
dipenuhi dengan sebaiknya. Akhirnya membawa keruntuhan kepada
institusi kekeluargaan.
3.2.2 Gejala Pencemaran Aqidah dan Murtad Berleluasa
Berdasarkan kepada beberapa kajian yang dilakukan didapati
bahawa cetusan ajaran sesat membawa kepada pencemaran aqidah
seseorang dan seterusnya akan menjadi suatu perkara yang bahaya bagi
masyarakat. Jika aqidah yang suci menjadi tercemar dan bercampur baur
dengan najis ajaran sesat ia secara automatik menghakis ketulenan
agama yang diperagakan al-Quran dan al-Sunnah. Manusia tidak lagi
beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Malah turut mempercayai adanya
kuasa-kuasa ajaib yang lain selain dari Allah. Situasi ini sekaligus
menjadikan amalan murtad berleluasa. Nauzu billah min zalik.
Kesimpulannya, pemerintah perlu bertindak dan mendakwa mereka yang
terlibat dengan ajaran sesat. Dan mereka sewajarnya dikenakan hukuman
mengikut bidang kesalahan yang telah dilakukan. Sama ada pesalah itu
dikenakan hukuman hudud, qisasatau tazir. Bentuk hukuman seperti ini
adalah perlu bagi menyelamatkan nyawa, aqidah, harta benda, maruah
dan keturunan seseorang. Memandangkan ketentuan ini dari Allah, maka
kita perlu yakin dengan Allah dengan melaksanakan perundangan yang
telah ditetapkannya.
3.3 Implikasi kepada Negara
3.3.1 Mengancam Keselamatan Negara
Sejarah mencatatkan bahawa fenomena kemunculan ajaran sesat
mampu mengancam keselamatan negara. Sebagai contoh:
a. Pada 19 Ogos 1979, seramai 4 orang pengikut Ilmu Kasyaf pimpinan
Hj. Kamaruddin @ Abdullah Sani Kajang mati terbunuh dalam satu
peristiwa di Kerling, Selangor.
b. Pada 16 Oktober 1980, seramai 8 orang dari kumpulan ajaran sesat
pimpinan Ahmad Nasir Kemboja yang mengaku sebagai Imam Mahdi
telah terbunuh setelah mereka menyerang dan mencederakan
anggota yang bertugas di Balai Polis Batu Pahat, Johor.
c. Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi
telah mencederakan Hj. Damanhuri Hj. Abdul Wahhab, Imam Masjid
Rapat Setia, Ipoh, Perak.
Kesimpulannya, paparan fakta di atas membuktikan kepada kita
bahawa tindakan kumpulan ajaran sesat mengancam keselamatan
negara. Maka sayugianya, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu
membuat pemantauan terhadap kemunculan dan pergerakan mereka dari
semasa ke semasa.
3.3.2 Menggugat Kestabilan Politik Dan Ekonomi Negara
Sesebuah negara yang mengalami fenomena ajaran sesat
berskala besar terpaksa menanggung beberapa risiko politik dan
ekonomi.
Dalam bidang politik, sesuatu ajaran tidak ketinggalan menjadikan
tokoh politik tertentu sebagai sasaran mereka. Walaupun tidak secara
langsung, pautan terhadap tokoh politik sudah cukup untuk dijadikan
kubu atau perisai bagi mempertahankan ajaran mereka dari diusik pihak
tertentu. Dan apabila pihak pemerintah mengambil tindakan keras
terhadap ajaran berkenaan maka tokoh-tokoh pilitik yang dilihat menaungi
mereka secara automatik terkena tempiasnya.
Apabila tokoh politik dalaman dilihat tidak lagi dapat membantu
mereka, mereka akhirnya menggunakan isu murtad dan hak asasi
manusia sebagai senjata terakhir. Senjata ini kerap digunakan dan
seringkali mendapat campurtangan antarabangsa. Lantas menjadikan
proses membendung ajaran sesat semakin sukar dan menggugat
kestabilan politik dalaman sesuah negara.
Manakala dari sudut ekonomi, negara pula terpaksa menghabiskan
masa, tenaga dan perbelanjaan yang banyak untuk menghapus sesuatu
ajaran sesat. Tentunya ada pula golongan yang menjadi mangsa.
Faktor ketidakstabilan politik dan kekacauan setempat
menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat dijalankan dengan baik.
Wujudnya masyarakat yang tidak proaktif terhadap kegiatan ekonomi.
Pelabur asing pula khuatir untuk datang melabur. Situasi ini sekaligus
merencatkan pertumbuhan dan melemahkan prestasi ekonomi negara.
3.3.3 Mengganggu Agenda Pembangunan Islam
Kemunculan ajaran sesat sama ada berskala kecil atau besar tidak
syak lagi mengganggu agenda pembangunan Islam yang dicetuskan oleh
pemerintah sesebuah negara. Ini kerana pemerintah, khususnya pihak
berkuasa agama terpaksa mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit
yang banyak untuk membasmi pengaruh ajaran sesat.
Fokus terhadap ajaran sesat menyebabkan tumpuan terhadap
agenda pembangunan ummah dan pemerkasaannya beralih arah dan
terbantut. Para ulama pula tidak banyak mampu menyumbangkan idea
yang bernas kepada pemerintah lantaran pola pemikiran mereka telah
ditumpukan kepada ajaran sesat. Jika tenaga dan keringat ulama
diperlukan untuk menghadapi ajaran sesat, siapa pula yang
bertanggungjawab merangka agenda pembangunan Islam bagi pihak
pemerintah? Fikir-fikirkanlah.
Tidak syak, kedua-duanya sama penting. Tetapi kita harus bertindak menurut kerangka
keutamaan. Manakala penyebaran ajaran sesat perlu disekat sedari awal supaya kita
tidak memerlukan tenaga yang maksimum untuk menghapuskannya.
RUMUSAN
Ketiga-tiga ajaran sesat yang dinyatakan dalam tugasan ini adalah merupakan
kumpulan ajaran sesat yang terkenal di Malaysia malah menjadi bahan bualan
masyarakat sehingga kini. Kesemua ciri-ciri yang terdapat di dalam ajaran-ajaran ini
sama sekali bercanggah dengan hukum Islam dan jauh dari pegangan ajaran Al-Quran
dan As-Sunnah serta banyak mengelirukan masyarakat dan menyesatkan pengikutnya.
Golongan yang mempercayai dan mengikuti amalan dan pegangan oleh kumpulan-
kumpulan ajaran Islam ini seperti mencabar apa yang telah difirmankan oleh Allah di
dalam kitab Al-Quran. Mereka mendakwa seolah-olah fahaman mereka yang lebih
bagus dan salah mentafsir Al-Quran. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Israa ayat 88
:
~ '- geEE4-;_- ^e"-
O}^-4 -O>4N p W-O>4C
uVg) -EOE- p-47O^-
4pO>4C g)-u1g) O4 ]~E
gO^u4 *u4lg -LOO)_ ^gg
Maksudnya :
88. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin
berhimpun Dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding Dengan Al-
Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan Yang sebanding
dengannya, Walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".
Hal ini jelas menunjukkan bahawa hanya ajaran Islam yang berlandaskan Al-
Quran dan As-Sunnah sahaja yang sebenar-benarnya dalam hukum Islam. Fahaman
dan ajaran lain yang tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah adalah tertolak sama
sekali dalam hukum Islam.
Ajaran-ajaran ini telah diwartakan sebagai satu ajaran yang sesat oleh
jawatankuasa fatwa di kebanyakan negeri. Walaupun ajaran ini telah diharamkan,
namun ajaran ini masih lagi berkembang ke serata dunia. Oleh itu, untuk menangani
masalah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman yang sesat dan menyeleweng ini,
kerajaan harus mengguna kaedah nasihat ke arah pmulihan, mengadakan penerangan
kepada orang awam menerusi khutbah jumaat, syarahan agama serta penyebaran
risalah atau buku ini perlu kerana bagi mnjaga keamanan negara terutama dalam
masyarakat majmuk kerana kumpulan ini menyeleweng daripada ajaran Islam.
Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan langkah-langkah pengawalan yang
berbentuk pentadbiran seperti mengeluarkan fatwa dan kenyataan terhadap sesuatu
ajaran sesat, menyediakan garis panduan bagi tugas dan kuasa guru-guru agama dan
pendakwah. Selain itu, usaha yang boleh dilakukan adalah menapis dan memastikan
guru-guru agama dan pendakwah yang dilantik bukannya warganegara luar yang
mempunyai penglibatan dalam kumpulan ajaran sesat yang berkenaan.
Pihak yang berwajib juga perlu mengenal pasti serta mengkaji khurafat-khurafat
yang wujud di kalangan umat Islam di negara masing-masing dan menyebarkan
maklumat mengenainya kepada orang ramai melalui cara sebagaimana yang
disebutkan dalam perkara (4) bagi membasmi khurafat-khurafat tersebut. Selain itu,
gerakan dakwah dan penerangan kepada umat Islam perlu dipertingkatkan berhubung
dengan amalan-amalan yang tidak islamik yang boleh menjejaskan kebersihan dan
ketulenan aqidah umat Islam seperti Hari Valentine dan seumpama dengannya.
Rujukan
Buku
1. Islam Agama Rabbani, Dasar Pendidikan Islam Teras, Siri Pendidikan
Guru,Ahmad Mohd Salleh, Mohd Farid Hafidz Ahmad,Oxford Fajar Sdn Bhd,
2008, Selangor Darul Ehsan.
2. Kurikulum, Metodologi Dan Pedagogi Pengajian Islam, Edisi Kedua, Kpli
Pengajian Islam & j-QAF, Siri Pendidikan Guru, Ahmad Mohd Salleh, Oxford
Fajar Sdn Bhd, 2011, Selangor Darul Ehsan.
3. Kriteria-kriteria Ajaran Sesat, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri, 1994, Kuala Lumpur.
Kajian dan Jurnal
1. Abdul Fatah @ Haron Ibrahim (1990). Ajaran Sesat, (Koleksi Persidangan
Penyelidikan Sempena Ulang Tahun ke 20 UKM, Bangi).
2. Cawangan Akidah (1999), Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia, Jurnal
Penyelidikan Islam JAKIM, Bil 12.
3. Engku Zaki Engku Alwi (2006). Penyelidikan yang bertajuk Ajaran Sesat Di
Negeri Terengganu: Kajian Terhadap Faktor Penyebaran Dan Langkah
Mengatasinya. Universiti Malaya:Projek Doktor Falsafah
4. Farahwahida Mohd. Yusof & Taupik Lubis Bin H. Ahpas. Persepsi Pelajar
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universisti Teknologi
Malaysia, Skudai Terhadap Ajaran Sesat Di Malaysia. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
5. Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari. Ajaran Sesat dan Bahayaanya Terhadap
Agama dan Negara.
6. Mohd Yusof Senik (1993), Kepercayaan Khurafat Tentang Saidina Ali Di
Kalangan Masyarakat Melayu Di Malaysia, Jurnal Usuluddin, Bil 1, 204-215.
7. Ruzita Binti Mat Jamal (2007). Penyelidikan yang bertajuk Persepsi Masyarakat
tentang Ajaran Sesat : Satu Kajian Di Seksyen 19 Barat, Shah Alam, Selangor.
Universiti TeknologiMalaysia : Projek Sarjana Muda
Internet
1. http://catatankehidupan-lokman.blogspot.com/2010/03/ajaran-sesat-di-
malaysia.html diakses pada 14 Ogos 2014.
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0731&sec=Rencana&pg
=re_10.htm#ixzz39E9tQi1J
Utusan Melayu (M) Bhd diakses pada 15 Ogos 2014.
3. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ajaran-arifin-bin-muhamad-ayah-pin-0
diakses pada 15 Ogos 2014.
4. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/agama/1715-ajaran-ayah-pin.html
diakses pada 15 Ogos 2014.
5. https://ms-
my.facebook.com/permalink.php?story_fbid=220675544662945&id=1126982154
60679 diakses pada 18 Ogos 2014
6. http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&si
d=379&newlang=mas diakses pada 18 Ogos 2014
7. http://nurinamalinqistina.blogspot.com/2010/08/kajian-ajaran-sesat.html diakses
pada 20 Ogos 2014