Pengumuman Ketibaan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

Teks Majlis Penutupan Bahas Ala Parlimen Bahasa Meayu 2014

Assalamualaikum w.b.tSalam Sejahtera.


Pengumuman :
Sukacita saya ingin memaklumkan tentang perjalanan program perasmian
Mesyuarat Agung PIBG yang akan berlangsung sebentar lagi.
1. Apabila
______________________________________________________________
____________sampai di pentas/Foyer, kita akan sama-sama menyanyikan
lagu Negaraku dengan iringan muzik.
2. Majlis mengharapkan kerjasama daripada semua sidang hadirin untuk
meninggalkan handphone dalam keadaan vibrate sehingga majlis kita
selesai
3. Para hadirin akan dipersilakan duduk untuk kita memulakan majlis
perasmian.
4. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan pada hari ini sangat dihargai dan
disanjung tinggi.

Sekian, harap maklum. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan diucapkan
ribuan terima kasih.

PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berbahagia


diiringi oleh

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN SABAH TANAH AIRKU
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

2

Majlis kita akan dimulakan dengan NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN SABAH
TANAH AIRKU

Untuk itu, pihak majlis memohon para hadirin untuk berdiri tegak dan bersama-sama
menyanyikan LAGU NEGARAKU ini diikuti Lagu LAGU NEGARAKU sebagai tanda
kecintaan, hormat dan setia kepada NEGARA.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan para hadirin dipersilakan duduk.


PRA ALUAN
Selamat petang kami ucapkan
Para hadirin semua jemputan;
Selamat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Di majlis ini kami bermadah,
Mengucap puji alhamdulillah;
Madah ini pembuka wadah,
Semoga majlis dikurniakan limpah.

SALUTASI

Bismillah

1.Yang Berbahagia En Darmansah bin hj Asakil,Pegawai Pendidikan Daerah Tawau.


2. Yang Berusaha Tuan Haji Badarun Bin Hj Mohd Jahiri, Pengetua SMK
Titingan,Tawau Selaku Pengerusi Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah
3

Menengah Peringkat Daerah Tawau

3. Yang Berusaha Encik Ahmad Bin Sillang, Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Titingan,Tawau merangkap Timbalan Pengerusi 1 Pertandingan Bahas Bahasa
Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau

4.Yang Berusaha Puan Hajjah Puang Hj Masniyati Hj Tenreng
Penolong Kanan Ko Kurikulum, SMK Titingan,Tawau merangkap Timbalan
Pengerusi 2 Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah
Peringkat Daerah Tawau

5.Yang Dihormati Encik Ridwan Ali pengerusi teknik Pertandingan Bahas Bahasa
Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau

6.Yang dihormati para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru pengiring,para
peserta ,Ahli-Ahli Jawatankuasa Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen
Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau

Hadirin dan hadirat sekalian
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG

Dalam suasana ceria penuh harmoni, Dari Dewan Terbuka SMK Titingan, Tawau, majlis
berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan tetamu-tetamu
kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala
Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau tahun 2014

BACAAN DOA SELAMAT

Sebelum jauh jarum saat menganjak arah, meneroka jalan pagi yang istimewa ini majlis
akan segera kita mulai dengan bacaan doa.
4


Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang dihormati Al Fadil Ustaz Abdul
Razak Hassan untuk menerajui doa selamat sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis
kita diberkati hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah s.w.t
hendaknya. Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati Al Fadil Ustaz Abdul Razak
Hassan

UCAPAN PENGERUSI
Hadirin yang dimuliakan ,

Pagi yang penuh gilang-gemilang dan bermakna ini, akan diteruskan dengan membawa
kita meneroka dan menyingkap tirai pagi dengan pelbagai agenda pendakian aspirasi ilmu.

Apa kata kita hayati pesanan tinta refleksi daripada Yang Berusaha Pengerusi
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat
Daerah Tawau tahun 2014
Dengan ini, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha Tuan Haji Badarun Bin Hj Mohd Jahiri, Pengetua SMK
Titingan,untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
(sekiranya tuan haji tidak hadir ucapan alu-aluan tiada)

Sirih sekapur anugerah mesra,
Lipatan gemilang mengisi puan;
Menyusur agenda pemula cerita,
Madah berbisik dek kata aluan.
5

(dibaca semasa berjalan naik ke pentas)

Dipersilakan

(Ucapan Alu-aluan)

Nyiur gading puncak mahligai,
Sayang ketupat berisi inti;
Ucapan pesanan indah bernilai
Akan sentiasa kekal di hati.
(Dibaca semasa turun dari pentas)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


UCAPAN PERASMIAN MAJLIS
Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis kita terus beranjak maju.
Sudah sepelaungan jaraknya, gandingan misi dan visi meredah hari, ke destinasi
memartabat ilmu dijunjung, bahasa disanjung.

Untuk itu, marilah kita sama-sama menyingkap apa yang ada dalam pendakian
dan penghargaan di majlis ini, melalui ucapan Perasmian Penutupan Pertandingan Bahas
Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau tahun
2014, yang akan dijana oleh Yang Berbahagia



Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia.

Apalah bulan tanpa berbintang,
6

Malamkan suram kelam bersemi;
Apalah majlis meriah diundang,
Andai tiada yang datang merasmi.
(Dibaca ketika VIP berjalan naik ke pentas)
Dipersilakan.
(ucapan pengarah)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas janaan
kesempurnaan ucapan perasmian sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengarah untuk
menyempurnakan atur cara simbolik penutupan dan pelancaran.

SIMBOLIK PENUTUPAN
Demikianlah simbolik berakhirnya Penutupan Minggu Bahasa Melayu apabila
terpadamnya cahaya itu tadi.Sementara keris pula sebagai simbol angan memperkasa dan
memartabatkan Bahasa Melayu.



-Pengarah menutup Lampu gasolin
-Pelajar menyerahkan keris
-Keris dibawa keluar dari dewan.
SIMBOLIK PELANCARAN
Berikut pula sedang berlangsungnya simbolik Pelancaran Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat
Institut 2008.Majlis seterusnnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengarah untuk
memulakan upacara menyemat Logo Kempen Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut
pada salah seorang wakil pelajar.Para hadirin diminta menyemat logo masing-masing yang
telah diedarkan pada awal majlis tadi.


7

-Pengarah memotong reben
-Pemasangan lencana dengan nyanyian lagu
Budi Bahasa Budaya kita


PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN HADIAH
Hadirin yang dimuliakan,

Majlis kita akan diteruskan dengan atur cara penyampaian cenderamata dan hadiah.

Bagi menyempurnakan atur cara ini, majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia untuk naik ke pentas dengan diiringi oleh Yang Berusaha.

Dipersilakan.



1.Majlis mempersilakan Encik Ridwan Ali pengerusi teknik Pertandingan Bahas
Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau
2.Para Hakim
Majlis mempersilakan Yang dimuliakan
Ketua Jemaah Hakim Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Menengah
Peringkat Daerah Tawau tahun 2014.
3.Penyampaian sijil penyertaan dipersilakan wakil daripada
-
-
-
-
-
Pendebat terbaik Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah
Menengah Peringkat Daerah Tawau 2014
8


PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG
Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan pengumuman dan penyampaian hadiah kepada
para pemenang.
Berikut akan diumumkan pemenang pertandingan Bahas Ala Parlimen
Tempat ketiga
Naib Johan dimenangi oleh___________________
Johan disandang oleh_________________

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI
Sebagai tanda penghargaan dan atas kesudian hadir menyempurnakan majlis kami pada
petang ini, majlis dengan segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan,




menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia


Adat melayu budaya dijulang,
Tetamu bertandang diberikan bingkisan;
Sebelum pulang ditinggalkan balasan,
Untuk mengeratkan hubungan persaudaran.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
UCAPAN PENUTUP

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada para pemenang dan
kepada yang tidak berjaya, anda tetap hebat atas sokongan anda semua bagi menjayakan
Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau
tahun 2014,
9



Pihak Majlis juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih sekali
lagi kepada Yang Berbahagia
yang sudi memeriahkan majlis kita hari ini.

Dan saya mewakili jawatankuasa Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Menengah
Peringkat Daerah Tawau tahun 2014., ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan
majlis ini.

Akhir kata daripada kami,

Bumi mana tidak ditimpa hujan,
Lautan mana tidak bergelora,
Begitu jua kami di sini,
Kemaafan jua dipohon,
Atas keterlanjuran kata,
Terkasar bahasa,
Terguris rasa.
Salam Ceria, Salam Hormat daripada kami.
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai