UCAPAN

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 49

Ucapan dapat diertikan sebagai apa yang

diucapkan atau perkataan yang diucapkan,


atau cara menyebut atau melafazkan
sesuatu kata, kata-kata yang mengandungi
harapan, dalam bentuk syarahan atau
pidato.

Pendahuluan
Dalam sesuatu acara atau majlis pasti kita biasa

mendengar ucapan daripada tuan rumah dan ucapan


tamu kehormat selain ucapan pengacara majlis.
Pernahkah anda terfikir bahawa suatu hari nanti anda
yang perlu menyampaikan ucapan atau anda
ditugaskan untuk menulis teks ucapan untuk ketua
anda atau tamu kehormat dalam majlis yang dianjur
oleh organisasi tempat anda bertugas?

Apakah yang perlu anda lakukan pada ketika itu?

Adakah anda akan mencuba memberikan pelbagai


alasan untuk menolak? Kemungkinan kali pertama,
kedua atau ketiga anda berjaya melepaskan diri,
tetapi kali yang seterusnya, anda mungkin akan perlu
melakukannya juga. Oleh itu, apa kata jika anda
bersedia dari sekarang menyiapkan diri anda untuk
menulis teks ucapan yang berkesan untuk diri anda
sendiri atau untuk ketua anda.

Satu kegiatan melafazkan kata-kata sama

ada berbentuk nasihat atau pemberitahuan


secara terbuka kepada sekumpulan orang.

Majlis atau situasi yang membolehkan ucapan

dilakukan.
Majlis ucapan mestilah mempunyai pendengar.
Mesti ada orang yang memberi ucapan
(speaker).
Mesti ada ucapan tersusun yang disampaikan
oleh orang yang berkaitan.
Sesuatu ucapan harus mengandungi simbol
penghantar.
Persetujuan pendengar untuk mendengar
ucapan.

Bahasa mudah difahami

Bahasa yang mudah difahami, padat, tegas, berkesan


dan meyakinkan.
Isi ucapan yang sesuai
Isi dalam sesuatu ucapan perlu sesuai dengan tajuk
ucapan.
Ucapan harus tersusun
Ucapan mestilah disampaikan dengan mengikut
susunan tertentu dalam ucapan.

Suara yang jelas

Ucapan mestilah disampaikan dengan suara yang


jelas, dan terang supaya mudah didengar oleh
pihak penonton atau pendengar.
Cara penyampaian
Penyampaian yang baik dapat melindungi isi
uacapan yang kurang.
Keyakinan diri
Seseorang itu perlu yakin terhadap diri sendiri dan
juga pengetahuan yang sedia ada.

Gerak-geri yang berkesan


Gaya dan pergerakan termasuk pergerakan tangan,
kepala, mimik muka, senyuman, mata serta badan
perlu sesuai.
i.
Membolehkan pemidato bertenang dan yakin sewaktu
berucap.
ii. Membolehkan penonton berasa lebih selesa
mendengar apabila pemidato berucap dengan tenang.
iii. Gerak-geri dapat membantu menguatkan lagi butiran
yang hendak ditegaskan. Gaya atau pergerakan yang
berlebihan tidak perlu dalam ucapan.

Ucapan terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Ucapan Rasmi

Kegiatan melafazkan ujaran dalam majlis-majlis


formal yang dihadiri oleh orang-orang tertentu
seperti orang kenamaan.
2. Ucapan Tidak Rasmi

Ucapan yang dilafazkan secara ringkas tanpa


terikat pada sebarang prosedur.

Jenis-jenis teks ucapan

Telah dinyatakan tadi bahawa buku ini hanya berfokus


kepada tiga jenis teks ucapan.
Yang berikut merupakan ciri-ciri teks ucapan tersebut.
Teks ucapan alu-aluan ialah teks ucapan yang disampaikan
oleh tuan rumah dalam sesuatu majlis. Teks ucapan ini
selalunya ditulis dengan ringkas tetapi ada juga yang
panjang bergantung pada kehendak pihak penganjur majlis.
Teks ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan selamat
datang dan ucapan terima kasih kepada tamu kehormat dan
para jemputan.

Selain itu, dalam teks ucapan alu-aluan juga akan

disampaikan harapan pihak penganjur, objektif


majlis dan penghargaan kepada orang yang
membantu melaksanakan majlis. Kadangkala
dalam teks ucapan alu-aluan juga turut
dimasukkan laporan kejayaan sesuatu organisasi
atau institusi.

Teks ucapan perasmian ialah teks ucapan yang

disampaikan oleh tamu kehormat bagi sesuatu majlis.


Teks ucapan perasmian selalunya lebih panjang
daripada teks ucapan alu-aluan.
Teks ucapan perasmian mengandungi ucapan terima

kasih kepada tuan rumah yang mengundang,


maklumat yang berkaitan dengan majlis,
perkembangan institusi yang mengundang dan
harapan tetamu.

Teks ucapan perpisahan merupakan teks ucapan yang

disampaikan dalam majlis perpisahan. Teks ucapan


perpisahan terbahagi kepada teks ucapan pihak yang
menganjurkan majlis dan teks ucapan yang dibalas
oleh orang yang diraikan.
Teks ucapan perpisahan yang disampaikan oleh pihak

penganjur selalunya mengandungi ucapan terima kasih


dan puji-pujian atas jasa yang disumbangkan oleh
orang yang diraikan. Selain itu, terdapat juga harapan
penganjur kepada orang yang diraikan.

Teks ucapan balas yang disampaikan oleh orang

yang diraikan pula mengandungi ucapan terima


kasih kepada pihak penganjur dan puji-pujian
terhadap rakan setugas dan kaki-tangan bawahan.
Selain itu, dalam teks ini juga lazimnya

dimasukkan permohonan maaf dan menyatakan


detik-detik indah atau manis ketika berkhidmat
serta pelawaan kepada semua rakan dan
kakitangan untuk berkunjung ke rumah.

Teks ucapan yang menarik dan berkesan bukan sesuatu

yang mudah untuk dihasilkan tetapi bukan juga sesuatu


yang mustahil untuk dilakukan jika setiap daripada kita
mengetahui cara menghasilkan dan menulis teks ucapan
yang menarik dan berkesan. Sebenarnya, tidak banyak
daripada kita mengetahui cara menghasilkan teks ucapan
yang baik dan berkesan. Oleh itu, marilah kita
mempelajari cara penulisan teks ucapan yang betul dan
mudah.

Prapersediaan dalam menyediakan teks ucapan


Sebagai penulis teks ucapan, anda harus mengetahui

beberapa perkara sebelum menyediakan teks ucapan.


Perkara yang perlu anda ketahui ialah:

i. Untuk siapakah teks ucapan itu disediakan?


Sebagai penulis teks ucapan, anda perlu

mengetahui orang yang akan membaca teks


tersebut. Hal ini demikian kerana teks ucapan
yang ditulis mesti selari dengan jawatan,
perawakan dan latar belakang pendidikan orang
tersebut.
ii. Siapakah audiens yang mendengar ucapan

tersebut?

v. Berapa lamakah ucapan tersebut perlu berlangsung?


Setiap teks ucapan yang ditulis bergantung pada masa yang

diperuntukkan oleh penganjur. Teks ucapan yang baik


ialah teks ucapan yang dapat mengikut masa yang
ditetapkan oleh pihak penganjur. Jadi, penulis teks ucapan
perlu mengetahui masa yang ditetapkan oleh penganjur
bagi setiap teks ucapan yang diperlukan. Sebagai
contohnya, jika masa yang diperuntukkan selama lima
minit untuk tamu kehormat menyampaikan ucapan, maka
teks yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 10 muka
surat bersaiz setengah A4 yang ditaip dengan tulisan
bersaiz 16 dengan langkauan dua baris.

Penulis teks ucapan perlu mengetahui audiens yang

mendengar ucapan tersebut sebelum mula menulis teks


ucapan tertentu. Hal ini demikian kerana teks ucapan yang
ditulis perlu juga sesuai dengan tahap pengetahuan
audiens. Jika teks yang ditulis untuk disampaikan kepada
audiens yang dalam golongan pelajar sekolah menengah,
maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan
tahap pemikiran pelajar sekolah menengah. Dengan kata
lain, penulis teks ucapan mestilah memastikan bahawa teks
yang ditulis sesuai dengan tahap pemikiran audiens yang
akan mendengar ucapan tersebut.
iii. Siapakah tetamu yang akan hadir?

Tetamu yang akan hadir juga perlu diambil tahu oleh

penulis teks ucapan. Oleh itu, penulis teks ucapan


perlu mendapatkan nama tetamu dengan tepat
berserta jawatan dan kedudukan tetamu mengikut
peringkat yang ditetap-kan oleh pihak penganjur.
Dengan mengetahui tetamu yang akan hadir, penulis
teks ucapan dapat menyusun bahagian kata alualuan tersebut mengikut protokol dan hal ini dapat
memastikan tiada pihak yang berkecil hati kerana
nama mereka tidak disebut atau tersalah panggilan
hormatnya.

iv. Apakah tujuan majlis tersebut?


Tujuan majlis juga perlu diketahui oleh penulis

teks ucapan. Tujuan majlis penting dalam


penulisan teks ucapan. Teks ucapan alu-aluan
terutamanya perlu menyentuh tujuan majlis
tersebut diadakan. Jadi, jika penulis teks ucapan
tidak mengetahui tujuan majlis diadakan, maka
longgarlah isi teks ucapan yang ditulis.

Majlis atau situasi yang membolehkan ucapan

dilakukan.
Majlis ucapan mestilah mempunyai pendengar.
Mesti ada orang yang memberi ucapan (speaker).
Mesti ada ucapan tersusun yang disampaikan
oleh orang yang berkaitan.
Sesuatu ucapan harus mengandungi simbol
penghantar.
Persetujuan pendengar untuk mendengar ucapan.

Bahasa mudah difahami

Bahasa yang mudah difahami, padat, tegas, berkesan


dan meyakinkan.
Isi ucapan yang sesuai
Isi dalam sesuatu ucapan perlu sesuai dengan tajuk
ucapan.
Ucapan harus tersusun
Ucapan mestilah disampaikan dengan mengikut
susunan tertentu dalam ucapan.

Suara yang jelas

Ucapan mestilah disampaikan dengan suara


yang jelas, dan terang supaya mudah didengar
oleh pihak penonton atau pendengar.
Cara penyampaian
Penyampaian yang baik dapat melindungi isi
uacapan yang kurang.
Keyakinan diri
Seseorang itu perlu yakin terhadap diri sendiri
dan juga pengetahuan yang sedia ada.

Gerak-geri yang berkesan

Gaya dan pergerakan termasuk pergerakan


tangan, kepala, mimik muka, senyuman, mata
serta badan perlu sesuai.
Membolehkan pemidato bertenang dan yakin
sewaktu berucap.
Membolehkan penonton berasa lebih selesa
mendengar apabila pemidato berucap dengan
tenang.
i. Gerak-geri dapat membantu menguatkan lagi
butiran yang hendak ditegaskan. Gaya atau
pergerakan yang berlebihan tidak perlu dalam
ucapan.

Format yang kemas kini dan sesuai digunakan terbahagi

kepada tiga bahagian, iaitu:


i.
Permulaan Ucapan.
ii. Bahagian Isi.
iii. Penutup Ucapan.
Permulaan Ucapan
Ucapan dimulakan dengan cara bentuk peribadi.
Susunan kata-kata aluan ini mestilah mengikut status
pangkat tetamu yang disebut seperti nama, gelaran,
pangkat atau jawatan daripada yang tertinggi kepada
yang terendah.
1.

Beberapa contoh kata-kata penghormatan


yang biasa digunakan di dalam teks
ucapan:
Kata-kata Penghormatan

a) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia.

Huraian

Khas kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di


Pertuan Agong, sultan-sultan dan raja-raja
serta permaisuri masing-masing.

b) Duli Yang Teramat Mulia, Duli Yang Amat


Mulia, Yang Maha Mulia, Yang Teramat Mulia,
Yang Amat Mulia.

Digunakan bagi kerabat-kerabat raja bergelar


seperti Tuanku, Tengku Mahkota, Raja Muda
dan yang setaraf dengannya.

c) Yang Amat Berhormat.

Digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan


Perdana Menteri, Menteri-menteri Besar dan
ketua-ketua Menteri.

d) Yang Berhormat.

Digunakan untuk menteri-menteri kerajaan,


Timbalan Menteri, Yang di Pertua Dewan
Negara, ADUN dan anggota Exco kerajaan,
Setiusaha Kerajaan Negeri, Pegawai
Kewangan Negeri dan Penasihat Undangundang Negeri.
Panggilan-panggilan yang lain ialah Yang
Berhormat Mulia, Yang Dihormati, Yang Amat
Berbahagia, Yang Amat Berusaha dan Yang

2. Bahagian Isi
Merupakan rumusan daripada pernyataan yang

disampaikan.
Terdapat review yang merupakan ringkasan atau
ulang sebut idea-idea utama dalam sesuatu ucapan.
Mengandungi juga penglahiran harapan tentang
objektif majlis.
Mempunyai idea dan perlu kupasan yang
terperinci.
Pengucap perlu memberi panduan kepada audien
supaya mereka mengikuti ucapan dengan lebih
berkesan seperti penggunaan sign-post atau
penanda bagi peralihan isi.

Contoh sign-post yang biasa digunakan:

seterusnya kita beralih pula


ii. tadi telah saya nyatakan tentang
i.

Selain sign-post, sesuatu ucapan yang berkesan


perlu ada rujukan kepada audien. Berikut adalah
contoh-contoh yang biasa digunakan:

Saudara-saudara sekalian
ii. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
iii. Rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi
i.

3.Penutup Ucapan
Bahagian yang paling penting.
Menerangkan tujuan atau isi ucapan dengan lebih

mendalam dan menyeluruh.

Contoh:

tadi saya telah menjelaskan tentang beberapa


perkara, iaitu
ii. demikianlah serba ringkas
i.

Kenyataan untuk diingat biasanya ditekanakan atau diucap


pada akhir sesebuah ucapan.

Contoh:
i.
ii.
iii.

Saya percaya saudara-saudari sekalian boleh menjayakan


visi ini sekiranya mempunyai keazaman yang kuat,
Sekali lagi saya memohon doa restu dan segala bentuk
sokongan daripada saudara-saudari
Dengan penuh takzim, saya merasmikan

Dalam ucapan biasa adalah lebih baik menggunakan penanda


seperti:

i.
ii.

Akhir sekali
Sebagai mengakhiri ucapan saya

1.
2.

3.
4.
5.

6.
7.
8.

Ucapan yang baik mengandungi lapan


langkah,iaitu:
Memilih topik dan tujuan ucapan.
Analisis hadirin.
Kajian berkenaan topik.
Rumuskan tema topik.
Sokongan pada mauduk.
Susunan bahan.
Memilih perkataan.
Reka penutup dan pembukaan ucapan.

1. Memilih topik dan tujuan

ucapan

Pilih topik yang neutral.


Memberi maklumat kepada para pendengar.
Gunakan banyak contoh, ilustrasi, definisi, bukti-

bukti, dalil dan lain-lain alat bantuan.


Memperteguh sikap, mengubah kepercayaan,
memberi motivasi atau mengubah tingkah laku
audiens.

2. Analisis hadirin
Ucapan mesti sesuai didengar oleh hadirin.
Perlu mengenali siapa hadirin yang bakal hadir.

3. Kajian berkenaan topik


Membuat kajian berkenaan topik yang dipilih.
Baca buku-buku atau majalah-majalah yang berkaitan.
Berunding dengan orang-orang lain yang tahu
berkenaan topik yang dipilih.

4. Rumuskan tema topik


Mauduk topik adalah perkara yang hendak kita
sampaikan kepada hadirin.
Kenal pasti unsur-unsur yang mesti ada dalam ucapan.
Gunakan unsur-unsur seperti Apa? Bagaimana?
Siapa? Bila? Dimana? dan Mengapa? (5W1H)

5. Sokongan pada mauduk


Topik dan tema mestilah disokong dengan

memberi definisi, huraian, contoh-contoh,


ilustrasi, bukti-bukti, dalil-dalil dan alasan-alasan.
Gunakan data, fakta, statistik, kes-kes, peta-peta,
rajah, carta dll.

6. Susunan bahan
Ucapan mesti disusun dengan teratur supaya

berkesan.
Cara penyelesaian yang paling popular adalah
susunan masalah-penyelesaian.

7. Memilih perkataan

Pilih perkataan-perkataan yang hadirin sendiri biasa


gunakan.
Jangan gunakan perkataan-perkataan dan istilah-istilah
yang kita saja tahu.
Gunakan kata-kata konkrit, dan jangan gunakan katakata abstrak.

Konkrit

Abstrak

Naik

Menaik

Meningkat

Peningkatan

Maju

Kemajuan

Gunakan gaya bahasa peribadi, iaitu gaya yang kita


gunakan untuk bercakap hari-hari. Katakan, Kita suka
cara ini, bukan Cara ini adalah kesukaan kebanyakan
orang.

8.Reka penutup dan pembukaan


ucapan

Reka penutup ucapan dahulu, bukan pembukaannya.


Penutup sangat penting. Dua fungsi penutup, iaitu:
i.
Meringkaskan tujuan dan isi ucapan.
ii. Mengakhiri ucapan kita dengan menarik dan bagus.

i.
ii.

Sediakan pembukaan ucapan akhir sekali iaitu selepas


sudah siap menyusun isi dan penutup ucapan. Dua
fungsi pembukaan, iaitu:
Menarik minat dan perhatian hadirin supaya mahu
mendengar ucapan kita.
Memberi gambaran apa yang mereka dengar dalam
ucapan nanti.

Proses Merangka Teks Ucapan

Antara perkara penting yang perlu diambil kira:


1 status acara / majlis
2 tetamu utama / protokol
3 objektif majlis
4 hadirin / latar belakang khalayak
5 idea / mesej yang hendak disampaikan
6 peruntukan masa ucapan

7 harapan

Rangka asas ucapan


1 Menghadap majlis: salam / protokol (pengacara, def kehormat, anggota

organisasi, khalayak)

2 Lafaz kesyukuran / ucapkan terima kasih


3 Sepintas lalu tujuan majlis / kapasiti penyampai ucapan
4 Latar belakang mesej / senario
5 Ulasan ringkas tema majlis

6 Isu semasa / laporan kemajuan organisasi


7 Bidang penambahbaikan

8 Harapan terhadap sokongan berterusan


9 Tahniah kepada individu / kumpulan / organisasi

yang diraikan
10 Menutup ucapan

Panduan Asas Menulis Teks Ucapan


Dalam apa-apa juga penulisan, pasti ada cara dan

formatnya. Begitulah juga dengan teks ucapan. Teks


ucapan mempunyai formatnya yang tersendiri. Anda
telah mengetahui bahawa kandungan teks ucapan terdiri
daripada empat bahagian, iaitu:

1. Kata alu-aluan
2. Pendahuluan

3. Isi-isi
4. Penutup

Dalam menghuraikan panduan penulisan ini, saya akan

menerangkannya mengikut bahagian teks ucapan.

1. Kata alu-aluan
Dalam bahagian kata alu-aluan, senarai panggilan mestilah

mengikut protokol. Bahagian ini selalunya dimulakan dengan


ucapan terima kasih kepada saudara Pengacara Majlis dan
kemudiannya tamu kehormat barulah diikuti senarai nama yang
lain. Panggilan hormat bagi tamu kehormat bergantung pada
gelaran atau pangkat individu tersebut. Jika tamu kehormat
merupakan Perdana Menteri, maka panggilan hormat yang sesuai
ialah Yang Amat Berhormat. Namun, jika tamu kehormat
merupakan pegawai kerajaan yang berjawatan atau berpangkat,
maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Berbahagia. Begitu
juga sekiranya majlis yang diadakan bertujuan meraikan pegawai
bawahan, maka panggilan hormat yang digunakan ialah Yang
Diraikan.

i. Pendahuluan dengan rasa kesyukuran


Banyak antara kita memulakan ucapan dengan

memanjatkan rasa kesyukuran terhadap limpah kurnia


Ilahi. Sebagai contohnya;

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa

kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan


limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul beramai-ramai
pada malam ini bagi menjayakan program Makan Malam
Negeri sempena Perhimpunan Perpaduan dan Integrasi
Pemimpin Murid Peringkat Kebangsaan anjuran
Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii. Pendahuluan dengan imbasan pengalaman


Pendahuluan dengan imbasan pengalaman selalunya dibuat oleh

seseorang tokoh berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh


beliau. Pendahuluan dengan imbasan pengalaman ini sebenarnya
dapat mendekatkan diri seseorang dengan khalayak. Sebagai
contohnya;

Apabila saya masuk ke dalam dewan ini dan melihat cikgu-cikgu,

saya teringat pada zaman saya berkhidmat sebagai guru kira-kira


30 tahun yang lalu. Saya mula berkhidmat di SMK (P) Jalan Bunga.
Pada ketika itu, saya diminta mengajarkan Sains sedangkan opsyen
saya ialah Bahasa Malaysia. Namun, hal itu tidak melunturkan
semangat saya. Saya sahut cabaran tersebut. Pada tahun pertama,
saya memang macam budak baharu belajar, tetapi cabaran ini
menjadikan saya lebih berusaha menjadi seorang guru.

iii. Pendahuluan dengan kisah berunsur ringan


Pendahuluan dengan kisah berunsur ringan pastinya amat

menarik jika digunakan. Pendahuluan ini sebenarnya


bertujuan untuk menarik perhatian khalayak agar mendengar
ucapan yang akan disampaikan. Sebagai contohnya;

Saya berasa serba salah untuk berucap di hadapan ini kerana

pada pagi ini, salah seorang tetamu kita merupakan pakar


dalam bidang penampilan. Dari pagi tadi, saya membelek diri
saya di hadapan cermin dan bertanya-tanya pada diri sendiri
sama ada tudung yang saya pakai pada pagi ini sesuai atau
tidak dengan baju yang saya kenakan. Takut juga saya ketika
ini beliau sedang menilai penampilan saya di hadapan ini.

iv. Pendahuluan dengan latar belakang


Pendahuluan berbentuk latar belakang merupakan pendahuluan

yang kerap digunakan apabila menulis teks ucapan bagi majlis


perasmian bangunan, institusi dan pertubuhan, dan majlis
perpisahan. Sebagai contohnya;

Kepada tetamu yang pertama kali menjejakkan kaki di Sekolah

Perintis, selamat datang saya ucapkan. Untuk makluman semua,


Sekolah Perintis ditubuhkan pada tahun 2000 yang pada mulanya
hanya mempunyai 120 orang murid dan 12 orang guru. Pada ketika
itu, Sekolah Perintis hanya mempunyai sebuah blok pentadbiran
dan sebuah blok bilik darjah. Kelengkapan untuk proses pengajaran
dan pembelajar-an juga tidak seberapa lengkap. Dalam keadaan
yang serba terhad ini, Sekolah Perintis mula beroperasi untuk
mendidik anak bangsa.

v. Pendahuluan dengan pantun


Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang boleh

digunakan untuk memulakan sesuatu ucapan. Pantun


yang biasa digunakan ialah pantun empat kerat. Sebagai
contohnya;

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;

Selamat datang kami ucapkan,


Awal bismilah pembuka bicara.

Anda mungkin juga menyukai