Projek Inovasi

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

160903

PROJEK INOVASI 2014

MOHD ROZMAN SEPEAI

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI
TAJUK : MEMBINA PIT LOMPAT JAUH SK
USJ 20
NAMA PELAJAR : MOHD ROZMAN BIN SEPEAI
NO MATRIK : 160903
UPM PPG PJ KOHOT 1
SEMESTER 2 SESI 2013-2014

160903

PROJEK INOVASI 2014

MOHD ROZMAN SEPEAI

1.0 TAJUK:
MEMBINA PIT LOMPAT JAUH DI PADANG SEK.KEB. USJ 20,SUBANG
JAYA,SELANGOR.

2.0 PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan USJ 20 telah siap dibina sejak tahun 2000.Setelah 13 tahun sekolah
ini masih belum mempunyai pit lompat jauh yang ideal utuk sukan olahraga khususnya acara
lompat jauh.Bertepatan dengan program dari Bahagian Pendidikan Guru(BPG) yang mewajibkan
pelajar-pelajar Program Pensisiwazahan Guru(PPG) untuk menyediakan projek inovasi di
sekolah tempat latihan mengajar maka saya dengan ini mencadangkan agar dibina pit lompat
jauh yang sesuai di padang Sek Keb Usj 20,Subang Jaya,Selangor ini.
Ianya secara tidak langsung akan menggalakkan lebih ramai lagi murid-murid
menceburkan diri dalam sukan olahraga umumnya dan acara lompat jauh khususnya.Ianya juga
bertepatan dengan dasar kerajaan yang ingin melihat lebih ramai atlit yang bermutu terhasil dari
peringkat sekolah lagi.
Secara peribadinya,saya amatlah berharap agar projek ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan akan disiapkan dengan segera mengikut piawaian dan saluran yang betul.

3.0 Rasional Projek


Rasional projek ini ialah :
3.1 Memberikan lebih keselamatan dalam acara lompat jauh berbanding dengan pit lama
lompat yang telah uzur di padang Sek Keb USJ 20 tersebut.
3.2 menggalakan lebih ramai penglibatan murid Sek Keb USJ 20 dalam sukan olahraga dan
lompat jauh khususnya
3.3 terdapat kawasan yang amat sesuai untuk dibina pit lompat jauh tersebut.
3.4 Peratus pencapaian sukan yang tinggi di sekolah ini.
3.5 Persediaan awal bagi melahirkan atlet yang bertaraf antarabangsa.
4.0 Pernyataan masalah.
4.1 Adakah pit ini akan digunakan dengan sebaiknya?
4.2 Bagaimanakah cara penyenggaraan pit lompat jauh ?

160903

PROJEK INOVASI 2014

MOHD ROZMAN SEPEAI

5.0 Objektif projek.


Antara objektif projek inovasi ini ialah :
5.1 projek ini bertujuan untuk melengkapkan syarat pensiswazahan guru PPG.
5.2 Sebagai sumbangan kemasyarakatan kepada pihak sekolah.
5.3 Bagi melahirkan atlet yang berdaya saing.
5.4 Menyediakan kemudahan yang lengkap dan selamat untuk digunakan.
6.0 Skop dan limitasi projek.
Dalam mana-mana projek yang ingin dihasilkan sememangnya kan terdapat beberapa
kekangan.tidak terkecuali juga projek inovasi ini.antara kekangan yang dihadapi dalam
melaksanakan projek ini ialah :
6.1 kekurangan sumber kewangan.
6.2 Tenaga kerja separa mahir.
6.3 Hanya dapat menyediakan 1 pit lompat jauh sahaja.
7.0 Kepentingan dan impak projek.
Beberapa kebaikan yang akan dapat dinikmati apabila projek ini siap ialah :
7.1 kawasan lompat jauh yang selesa dan selamat.
7.2 Murid-murid akan lebih berkeyakinan dalam melakukan aktiviti lompat jauh ini.
7.3 Bakal melahirkan atlit yang bermutu jika mendapat sentuhan jurulatih yang betul.
7.4 Menambahkan lagi bilangan atlet lompat jauh pada masa akan datang.
8.0 Anggaran kos.
Setalah di buat beberapa perbincangan maka kos yang akan ditanggung ailah sebanyak :
Bil Perkara
kos
Jumlah
1
Pasir halus
RM 400
RM 400
Lori 3 tan
2
Simen
RM 60
RM 60
3 x RM 20
3
UPAH
RM 300
RM 300
2 X RM 150
4
BATU BATA
RM 30
RM 30
30 BIJI X RM 1
JUMLAH KESELURUHAN
RM 790

160903

PROJEK INOVASI 2014

MOHD ROZMAN SEPEAI

9.0 Pelan Perancangan projek.


Pelan lukisan projek adalah seperti berikut :
pandangan sisi :

Panjang 5.5 meter

kedalaman
1 kaki

Pandangan hadapan

Lebar = 3 meter

Panjang = 5.5 meter

Kesimpulan
Projek ini amatlah berfaedah kepada murid-murid Sek Keb USJ 20,Subang Jaya ini.Adalah
diharapkan agar projek inovasi ini dapat diluluskan pada kadar yang segera.Sama-samalah kita
menyahut seruan kerajaan untuk mengenggam pingat olimpik yang pertama.

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.-Lao Tze

Anda mungkin juga menyukai