Cerpen Sedih
Cerpen Sedih
Cerpen Sedih
ARTI PERSAHABATAN
Misha sinkap kembali tabir ingatannya. Sharon. Manis nama itu, semanis
orangnya. Dialah kawan karib Misha yang selalu diingatannya. Sudah enam
tahun mereka mengenali antara satu sama lain. Kegembiraan dan keperitan
hidup di alam remaja mereka melalui bersama. Tetapi semua itu hanya tinggal
kenangan saja. Misha kehilangan seorang sahabat yang tidak ada kalang-
gantinya.
Peristiwa itu berlaku dua tahun yang lalu. Sewaktu itu mereka sedang berada di
kantin sekolah. Misha sedang marahkan Sharon kerana mengambil pena
kesukaannya tanpa izinya dan menghilangkannya.
Apabila Misha bertanya, dia hanya berkata yang dia akan menggantikannya.
Misha tidak mahu dia menggantikannya. Kerana pena yang hilangtu berlainan
dengan pena yang akan diganti oleh Sharon. Pena yang hilang itu adalah hadiah
daripada Sharon sewaktu mereka pertama kali menjadi sepasang kawan karib.
"Aku tak mahu kau menggantikannya! Pena yang hilangtu berharga bagiku!
Misha memarahi Sharon." " Selagi kau tak jumpa penatu, selagi itulah aku tak
akan bercakap dengan kau!" Marahnya Misha pada Sharon. Meja kantintu di
hentaknya dengan kuat hingga terkejut Sharon. Misha yang mukanya memang
kemerah-merahan, bila marah bertambahlah merahlah mukanya. Sharon dengan
keadaan sedih dan terkejut hanya berdiamkan diri lalu beredar dari situ. Misha
tahu Sharon berasa sedih mendengar kata-katanya itu. Misha tidak berniat
hendak melukainya tetapi waktu itu dia terlalu marah dan tanpa dia sedari,
mutiara jernih membasahi pipinya.
"Sudah beberapa hari Sharon tidak datang ke sekolah. Aku merasa risau.
Adakah dia sakit? Apa yang terjadi" Berkata-kata Misha seorang diri. Benak
fikirannya diganggu oleh seribu satu pertanyaan "EH! Aku nak pergi
kerumahnyalah" Berbisik Misha di hatinya. Tetapi niatnya berhenti di situ. Dia
merasa segan. Tiba-tiba talipon dirumah Misha berbunyi "Ring, riiiiiiiing, riiiiiiiiing,
riiiiiiiing"Ibu Misha yang menjawab panggilan itu."Misha, oh, Misha "Teriak
ibunya. "Cepat, salin baju. Kita pergi rumah Sharon ada sesuatu berlaku.
Kakaknya Sharon talipon suruh kita pergi rumahnya sekarang jugak" Suara ibu
Misha tergesa-gesa menyuruh anak daranya cepat bersiap. Tiba-tiba jantung
Misha bergerak laju. Tak pernah dia merasa begitu. Dia rasa tak sedap. Ini mesti
ada sesuatu buruk yg berlaku. "Ya Allah, kau tenteramkanlah hatiku. Apapun
yang berlaku aku tahu ini semua ujianmu. Ku mohon jauhilah segala perkara
yang tak baik berlaku. kau selamatkanlah sahabatku." Berdoa Misha pada Allah
sepanjang perjalanannya ke rumah Sharon.
Apabila tiba di sana, rumahnya dipenuhi dengan sanak -saudaranya. Misha terus
menuju ke ibu Sharon dan bersalaman dengan ibunya dan bertanya apa
sebenarnya yang telah berlaku. Ibunya dengan nada sedih memberitahu Misha
yang Sharon dilanggar lori sewaktu menyeberang jalan berdekatan dengan
sekolahnya." Dia memang tidak sihat tapi dia berdegil nak ke sekolah. Katanya
nak jumpa engkau. Tapi hajatnya tak sampai. Sampai di saat dia
menghembuskan nafasnya, kakaknya yang ada disisinya ternampak sampul
surat masa ada dia gengam ditangannya" terisak-isak suara ibu Sharon
menceritakan pada Misha sambil menghulurkan surat yang Sharon beriya-iya
sangat ingin memberikannya pada sahabatnya.
Didalam sampul surat itu terdapat pena kesukaanku. Disitu juga terdapat
notadaripadnya.
MISHA SHARMIN,
Aku minta maaaf kerana membuat kau marah kerana telah menghilangkan pena
kesukaanmu. Selepas engkau memarahi aku, aku pulang dari sekolah sewaktu
hujan lebat kerana ingin mencari penamu.di rumah aku tak jumpa.tapi aku tak
putus asa dan cuba mengingatinya dan aku teringat, penatu ada di meja science
lab . Itupun agak lambat aku ingin kesekolah kerana badanku tak sihat tapi
dengan bantuan siti dia tolong carikan. Penatu siti jumpa dibawah mejamu.
Terima kasih kerana telah menghargai pemberianku dan persahabatan yang
terjalin selama setahun. Terima kasih sekali lagi kerana selama ini mengajarku
tenteng erti persahabatan.
SHARON OSMAN.
Kolam mata Misha dipenuhi mutiara jernih yang akhirnya jatuh berlinangan
dengan derasnya.Kalau boleh ingin dia meraung sekuat hatinya. Ingin dia
memeluk tubuh Sharon dan memohon maaf padanya tapi apakan daya
semuanya dah terlambat. Mayat Sharon masih di hospital. Tiba-tiba dentuman
guruh mengejutkan Misha daripada lamunan. Barulah dia sedar bahawa dia
hanya mengenangkan kisah silam. Persahabatan mereka lebih berharga
daripada pena itu. Misha benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Dia
berjanji tak akan membenarkan peristiwa ini berulang kembali. Semenjak itu
Misha rajin bersolat dan selesai solat dia akan membaca al quran dan berdoa
dan bersedekahkan ayat-ayat al quran kepada sahabatnya. Dengan cara ini
sahajalah yang dapat Misha balas balik jasanya Sharon dan mengeratkan
persahabatanya. Semoga dengan kalam Allah Sharon akan bahagia di alam
baza.