Kemahiran Yang Dicari Oleh Majikan Daripada Seorang Graduan

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
1.0

2.0

Kemahiran Yang Dicari Oleh Majikan Daripada Seorang Graduan


1.1

Kemahiran Berbahasa Inggeris

1.2

Penampilan Diri dan Sikap

1.3

Kemahiran Insaniah ( Soft Skills )

1.4

Pengetahuan Tentang Kerja Yang Dipohon

1.5

Pengalaman Bekerja

1.6

Pengetahuan Tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )

Cadangan Untuk Penambahbaikkan


2.1

2.2
RUMUSAN
RUJUKAN

Cadangan Kepada Bakal Graduan


2.1.1

Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris

2.1.2

Meningkatkan Gaya Penampilan Diri dan Sikap

2.1.3

Melengkapkan Diri dengan Kemahiran Insaniah

2.1.4

Mengkaji Tentang Kerjaya Yang Akan Dipohon

2.1.5

Mencari Pengalaman Kerja

2.1.6

Memantapkan Pengetahuan ICT

Cadangan Kepada Badan Kerajaan dan Institusi Pendidikan

PENGENALAN
Setelah beberapa tahun bertungkus lumus meneruskan pengajian di pusat pengajian tinggi awam
atau swasta, kini bakal graduan akan mula melangkah ke dunia sebenar untuk melalui alam
pekerjaan. Tetapi bukan semua graduan akan bernasib baik dengan segera mendapat tempat atau
pekerjaan yang diimpikan. Ada di kalangan graduan terpaksa menunggu

lama

mendapatkan pekerjaan. Mengapakah keadaan ini berlaku ? Dimanakah silapnya ?.

untuk
Menurut

laporan Bernama ( 4 Mac 2012 ), enam daripada sepuluh graduan dari unversiti-universiti di
Malaysia mengambil masa sehingga enam bulan untuk mendapatkan pekerjaan. Sebanyak empat
puluh peratus lagi mengambil masa yang lebih lama lagi.
Dalam tugasan ini , di jelaskan apakah kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh graduangraduan di Malaysia untuk menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan. Para graduan sendiri perlu
berusaha melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang perlu untuk memastikan diri mereka
dapat memenuhi pasaran pekerjaan. Bakal-bakal graduan tidak hanya perlu menunggu pihak institusi
pengajian untuk merangka apa yang perlu mereka kuasai dan kemahiran yang dikehendaki oleh majikan .
Seharusnya timbul kesedaran di kalangan graduan itu sendiri untuk berusaha.Namun peranan dan kerjasama
yang padu dan berterusan juga perlu dimainkan oleh institusi pendidikan dan badan kerajaan supaya
graduan-graduan yang dilahirkan adalah berkualiti dari segi akademik dan kemahiran bukan akademik .
Penjelasan tentang cadangan-cadangan yang dikemukakan untuk melengkapkan bakal graduan
dengan ilmu menghadapi pekerjaan juga disenaraikan semoga kemahiran-kemahiran dan cadangan yang
dilontarkan dapat dipenuhi demi melahirkan graduan yang laris di pasaran pekerjaan seterusnya dapat
melengkapi kehendak-kehendak majikan.

1.0

KEMAHIRAN YANG DICARI OLEH MAJIKAN DARIPADA SEORANG GRADUAN


1.1

KEMAHIRAN BERBAHASA INGGERIS

Penguasaan lebih daripada satu bahasa dapat memberi banyak kelebihan


kepada seseorang

individu

dalam bidang kerjaya. Kebolehan

sama ada dalam kehidupan seharian atau pun


berbahasa juga dapat

meningkatkan

keterampilan diri seterusnya menambahkan keyakinan


majikan

untuk menawarkan pekerjaan. Menurut Bancian

Majikan Malaysia 2010,kemahiran Bahasa


utama

Persekutuan

Inggeris

adalah

kemahiran

yang dicari oleh majikan di Malaysia. Manakala daripada Hasil kajian

MEF Salary Survey


sebagai

terutamanya kepada pihak

keutamaan

for Executives 2010 mendapati 68% majikan meletakkan bahasa Inggeris


dalam mengambil

pekerja.

Mereka yang berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa


Inggeris

akan

mempunyai kelebihan seperti dapat berurusniaga

dengan

baik

dalam

urusan

perniagaan

dan

pelaburan.Selain itu, pekerjaan dalam bidang penyiaran, telekomunikasi dan teknologi

maklumat juga

amat memerlukan penggunaan bahasa Inggeris. Maka tidak hairanlah

graduan yang mahir

berbahasa

Inggeris akan lebih diminati oleh pihak majikan dari

syarikat-syarikat yang besar dan lebih mudah


mereka yang kurang menguasai

mendapat

pekerjaan

berbanding

dengan

bahasa Inggeris.

Menurut Hariati Azizan dan Lee Yen Mun ( 2011 ) , Shamsuddin Bardan , Pengarah
Eksekutif

Malaysian Employers Federations ( MEF ) menyatakan bahawa salah satu sebab kenapa

kebanyakan

graduan masa kini mengalami kesukaran mendapat tempat atau peluang bekerja di

sektor swasta adalah kerana mereka tidak dapat bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris
dengan

baik.Penguasaan bahasa Inggeris juga akan membuatkan para graduan dapat bertutur

dengan bangsa

asing yang umumnya tahu bahawa peluang-peluang perniagaan banyak

datangnya daripada

golongan ini dan

pekerjaan yang

diceburi. Kemahiran berbahasa

bukan hanya sekadar tahu

seterusnya dapat mengembangkan perniagaan atau


Inggeris ini juga perlulah dipastikan

berkomunikasi sahaja tetapi graduan juga

menggunakan bahasa ini untuk

perlu

menyampaikannya dalam bentuk tulisan.

tahu

untuk

1.2

PENAMPILAN DIRI DAN SIKAP

Kemahiran kedua yang sering dititikberatkan oleh majikan sebelum memutuskan untuk
menerima

graduan sebagai pekerjanya adalah cara penampilan diri atau personaliti dan sikap

yang ditonjolkan oleh graduan . Penampilan diri adalah cara berpakaian atau cara pembawakan
atau peragaan diri seseorang dari segi fizikal
seseorang itu melambangkan kecekapannya

mengikut kesesuaian konteks. Penampilan diri

dalam

menguruskan

diri

serta

menampakkan

kebijaksanaannya. Graduan yang bijak menampilkan dirinya akan kelihatan lebih berkeyakinan dan
seterusnya akan menimbulkan rasa percaya dan yakin majikan atau orang yang
dengannya

berurusan

dan dapat membentuk perhubungan yang seterusnya.


Aspek penampilan diri yang baik ini penting kerana ia akan mewujudkan rasa selesa

seseorang

itu

Selain itu, ia juga

apabila berurusan atau bekerjasama dengan pelanggan dan rakan sekerja yang lain.
akan menampakkan rasa hormat kita terhadap orang lain dan seterusnya dapat

menjaga nama baik


kepada

majikan. Sikap yang ditonjolkan ini bukan sahaja memberikan kebaikan

individu itu sendiri

malahan kepada syarikat yang diwakilinya. Sikap positif

seseorang

akan

terserlah melalui penampilan dirinya yang positif dan penampilan diri yang

ditunjukkan

akan

melambangkan sikap dan peribadi seseorang secara tidak langsung.

1.3

KEMAHIRAN INSANIAH ( SOFT SKILLS )

Soft Skills adalah ketrampilan seseorang apabila berhubungan dengan orang lain. Kemahiran
Insaniah ( Soft Skills ) adalah kemahiran yang melibatkan bukan akademik contohnya
nilai

seperti

kepimpinan, cara bekerjasama sepasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.

( Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah, 2006 ). Kemahiran insaniah ini perlu ada dalam
setiap graduan kerana kemahiran ini akan membantu untuk mewujudkan suasana kerja yang
selesa dengan adanya sikap kerjasama dan bertolak ansur antara setiap pekerja. Kebolehan untuk
membina
bersama untuk

hubungan

mencapai objektif yang sama.

Lankard (1990)
gambaran

yang baik , dapat berinteraksi dengan orang lain dan dapat bekerja

mendefinisikan kemahiran employability ( soft skills ) ini

meliputi

personal, kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkah laku yang baik. Tingkah laku

yang

baik

ini

dan

dapat memenuhi

penting bagi melahirkan tenaga kerja yang mempunyai daya saing yang tinggi
keperluan pasaran kerja serta majikan masa kini.

Kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu komponen dalam kemahiran insaniah.


Komunikasi

penting kerana dalam sesebuah organisasi , apabila bekerja kita akan

diri dengan ramai

orang. Jadi , cara komunikasi yang sesuai dan berkesan akan

memudahkan dan melancarkan


organisasi,

melibatkan

sesuatu urusan. Contohnya apabila bekerja di sesebuah

kebanyakan pekerjaan memerlukan pekerja

membuat

pembentangan

sesuatu kertas kerja

dan menghadiri mesyuarat bagi mewakili

bahawa seseorang

pekerja perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang

tentang

syarikat. Maka di sini jelaslah


baik

untuk

berhadapan dengan khalayak.


Keinginan untuk pembelajaran yang berterusan juga sangat penting
adanya

kerana

dengan

sikap ini maka seseorang individu itu akan sentiasa dapat memajukan dirinya dan
dapat menambahkan

ilmu dan kemahiran disamping pengetahuan yang ada akan sentiasa

ditingkatkan. Pembelajaran yang

berterusan akan dapat meningkatkan prestasi diri dan

menambahkan lagi keyakinan serta keterampilan


lebih

seseorang individu. Masa depan juga akan

terjamin dan kualiti diri akan dapat ditingkatkan.

1.4

PENGETAHUAN TENTANG KERJA YANG DIPOHON

Setiap graduan yang ingin memohon untuk mengisi sesuatu jawatan kosong dalam sesuatu
organisasi perlu mengetahui tentang latar belakang kerja yang dipohon. Pengetahuan ini perlu agar
graduan akan lebih bersedia untuk melalui cabaran dan bidang tugas yang bakal disandang.Selain itu,
graduan juga akan lebih pasti dengan jawatan yang ditawarkan agar tidak tersalah memilih bidang
pekerjaan . Kesilapan memilih pekerjaan akan memberikan kesan yang buruk terhadap tahap
persembahan dan prestasi seseorang pekerja.
Graduan yang bersedia untuk bekerja akan berusaha untuk mencari maklumat tentang
organisasi atau syarikat yang akan dianggotainya. Maklumat yang perlu diketahui adalah seperti
mengetahui bagaimana perniagaan atau organisasi itu beroperasi dan fungsinya dalam masyarakat.
Pengetahuan tentang apa yang ingin dicapai melalui produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dan
bagaimana persaingan yang dihadapi dalam pasaran atau perniagaan. Persediaan seperti ini akan

menambahkan lagi keyakinan pihak majikan untuk menawarkan pekerjaan kerana persediaan yang
dilakukan akan menunjukkan kesungguhan seseorang graduan itu untuk mendapatkan jawatan yang
dipohon.
1.5

PENGALAMAN BEKERJA

Selain mempunyai kelulusan yang baik dan tahap pendidikan yang tinggi, salah satu faktor
yang sering dititikberatkan oleh pihak majikan sebelum memilih pekerjanya adalah mensyaratkan
bakal pekerjanya mempunyai pengalaman bekerja. Pengalaman bekerja ini selalunya diperolehi
melalui kerja sambilan yang dilakukan sama ada pada waktu cuti atau pada waktu senggang ketika
atau sebelum bergelar graduan atau kerja sukarela yang boleh didapati di peringkat institusi itu
sendiri seperti menguruskan sesuatu majlis atau menganjurkan sesuatu kursus , seminar atau
sebarang aktiviti di peringkat universiti atau kolej.
Graduan yang mempunyai pengalaman dalam pekerjaan sambilan sebelum memohon untuk
bekerja secara lebih serius mempunyai kelebihan satu langkah ke hadapan berbanding graduan yang
tidak mempunyai pengalaman bekerja . Ini kerana graduan yang pernah bekerja akan dapat
memahami proses kerja yang bakal dilalui. Pengalaman ini penting kerana graduan yang
berpengalaman telah biasa dengan struktur pekerjaan iaitu dari segi pengurusan masa, mematuhi
arahan, bekerja berpasukan dan prestasi kerja yang diharapkan. Tugas di tempat kerja dapat membina
jati diri seseorang graduan kerana kerja memerlukan mereka menepati masa, rajin bekerja dan
menggunakan minda untuk berinteraksi dengan pelanggan.
Pihak majikan juga akan merasa lebih yakin untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan
yang berpengalaman kerana percaya pengalaman yang mereka perolehi dapat membantu graduan
untuk menjalankan tanggungjawab pekerjaannya dengan lebih baik disamping dapat menggunakan
pengalaman yang diperolehi sebelum ini seperti kemahiran bekerja secara berpasukan dan kemahiran
berkomunikasi untuk memulakan pekerjaan dengan lebih lancar dan berkeyakinan. Menurut
Asrulnizam Abas ( perunding motivasi profesional ), pengalaman bekerja umpama mentor yang
dapat memberikan sedikit harapan dalam memohon kerja. Ini kerana kebanyakan iklan tawaran
pekerjaan pada masa kini menyenaraikan pengalaman bekerja sebagai salah satu ciri-ciri yang perlu
dipenuhi oleh bakal pemohon.

1.7

PENGETAHUAN TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


( ICT )

Kemahiran komputer adalah antara kemahiran yang penting untuk dimahiri oleh graduan
sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan ( Hazilah Mohd.Amin et.al 2001 ). Pengetahuan
dalam bidang komputer dapat membantu para graduan untuk memohon pekerjaan yang lebih baik.
Umum tahu pada masa kini penggunaan komputer dalam bidang pekerjaan adalah sangat penting.
Selain menggunakan komputer untuk membuat kerja, teknologi komputer ini juga digunakan untuk
berhubung dengan pelanggan serta menyalurkan maklumat kepada pelanggan dan pasaran. Proses
kerjasama dengan negara luar juga dilakukan menggunakan teknologi ini.
Menyedari tentang hal ini maka para graduan perlu melengkapi diri mereka dengan
kemahiran-kemahiran ICT ini bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan jawatan yang
ditawarkan seterusnya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih lancar dan efisyen.

2.0

CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN


2.1

CADANGAN KEPADA BAKAL GRADUAN

2.1.1

MEMANTAPKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS


Untuk melahirkan dan memastikan bakal graduan pada masa hadapan mempunyai

kemahiran bahasa Inggeris yang baik, bakal graduan itu sendiri perlu mempunyai kesedaran
tentang kepentingan penguasaan pelbagai bahasa serta faedah-faedah yang bakal dimiliki
sekiranya mereka dapat berkomunikasi dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris.
Justeru itu, bagaimanakah cara untuk menimbulkan kesedaran itu? Bakal-bakal graduan ini
perlu sentiasa diingatkan tentang perkara ini. Setelah timbulnya kesedaran maka barulah akan
ada usaha dan inisiatif yang akan dilakukan. Bakal-bakal graduan ini perlu mempersiapkan
diri mereka untuk menghadapi dunia realiti dengan cara mengambil kursus-kursus
komunikasi bahasa Inggeris secara persendirian selain memberikan tumpuan kepada kursus
bahasa yang ditawarkan pada peringkat universiti atau kolej.
Memilih untuk belajar lebih daripada satu bahasa sahaja merupakan satu lagi langkah
yang perlu dibuat oleh bakal graduan. Mereka perlu memastikan sebelum tamat pengajian ,
mereka akan dapat bertutur dalam bahasa lain selain bahasa yang telah mereka kuasai. Ini
akan membantu mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih luas pada masa
hadapan.

2.1.2

MENINGKATKAN GAYA PENAMPILAN DIRI DAN SIKAP


Gaya dan penampilan diri yang sesuai dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang

individu untuk berhadapan dengan orang ramai. Setiap bakal graduan perlulah peka dengan
peredaran masa dan mengambil tahu tentang gaya dan penampilan yang mengikut trend
terkini.Gaya dan penampilan ini tidak perlulah secara berlebihan cukup hanya sekadar selesa
dan sesuai dipakai mengikut kemampuan sendiri.Bakal-bakal graduan ini perlulah rajin
membaca dan mengkaji kerana dengan hanya membaca sahaja banyak pengetahuan dan
maklumat terkini dapat diperolehi.

Sikap seseorang itu juga perlu sentiasa diperbaiki selaras dengan perkembangan diri
dan perubahan masa. Perlu sentiasa menjadikan hari ini adalah lebih baik daripada semalam
dan hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Para bakal graduan dicadangkan supaya
sentiasa mempersiapkan diri dengan cara meningkatkan pembacaan, melibatkan diri dengan
aktiviti atau program yang dapat meningkatkan penampilan,keyakinan diri dan juga menjurus
ke arah sikap yang baik dan disenangi oleh semua orang.Sikap, nilai-nilai baik dan
penampilan yang hebat dapat dipupuk sekiranya sentiasa diamalkan.

2.1.3 MELENGKAPKAN DIRI DENGAN KEMAHIRAN INSANIAH


Kemahiran insaniah ini merupakan satu kemahiran penting yang perlu ada dalam diri
setiap orang. Kemahiran insaniah ini tidak terdapat dalam kurikulum di sekolah sebaliknya
hanya dapat dipelajari secara tidak langsung dalam kehidupan harian kita. Para graduan perlu
mempunyai kemahiran insaniah ini untuk berhadapan dengan masyarakat dan berkhidmat
dengan majikan. Pihak majikan mempunyai persepsi bahawa graduan IPT telah dilatih
dengan baik dalam bidang pengkhususan mereka tetapi mereka mempunyai kemahiran yang
kurang dalam insaniah ( soft skills) ( Chang 2004 ).
Untuk melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah ini, para graduan perlu berusaha
untuk menghadiri kursus atau bengkel yang menganjurkan tentang penerapan nilai insaniah
ini. Para graduan perlu mendedahkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan oleh majikan dalam menghadapi dunia pekerjaan. Contohnya, Kajian yang dibuat
oleh Yahya (2004) mendapati antara kemahiran employability yang dianggap penting oleh
pihak majikan industri dan perlu diterapkan kepada para pelajar termasuklah kemahiran
berkomunikasi , kemahiran bekerja secara berkumpulan ,ketrampilan pelajar dari segi
kepimpinan, kemahiran merancang dengan baik, memahami etika kerja yang sesuai ,
berdisplin dan sebagainya. Jika dikaji, kemahiran-kemahiran ini tadak akan dapat diterapkan
hanya dalam masa satu hari atau sekali menghadiri kursus sahaja tetapi kemahiran-kemahiran
ini akan dapat diamalkan sekiranya sentiasa diamalkan dalam pergaulan seharian.

2.1.4

MENGKAJI TENTANG KERJAYA YANG AKAN DIPOHON


Seseorang bakal graduan, sebelum menamatkan pengajian mereka di pusat pengajian,

tentunya telah mempunyai perancangan tentang bidang kerjaya yang akan mereka ceburi
setelah tamat pengajian mereka. Para graduan ini perlulah berusaha mencari maklumat yang
berkaitan dengan kelayakan atau prospek kerja yang diharapkan dengan cara menghadiri
seminar kerjaya atau minggu kerjaya untuk memberi pendedahan kepada minda mereka
tentang keperluan untuk mendapatkan pekerjaan. Dengan menghadiri seminar kerjaya dan
sebagainya ini , para graduan akan mendapat maklumat secara langsung tentang peluangpeluang yang ada dan kelayakan kelayakan yang diperlukan seterusnya mereka dapat
bersedia untuk menghadapinya.
Mempunyai pengetahuan tentang bidang kerjaya yang akan diceburi akan memberi
banyak manfaat kepada para graduan iaitu mereka akan lebih bersedia dan tahu apa yang
bakal mereka hadapi apabila menempuh alam pekerjaan itu nanti. Selain itu, para graduan
juga boleh mendapatkan maklumat tentang kerjaya tertentu dengan cara membaca dan
mendengar maklumat-maklumat yang disampaikan dalam laman sosial seperti radio,
televisyen dan mencari maklumat di internet. Para bakal graduan juga boleh bertanyakan
pengalaman atau mendapatkan makalumat tentang bidang pekerjaan melalui rakan-rakan ,
kenalan atau ahli keluarga yang telah bekerja untuk mendapat maklumat yang lebih tepat.

2.1.5 MENCARI PENGALAMAN KERJA


Semasa mengikuti pengajian di pusat pengajian , bakal graduan ini boleh mencari
pengalaman dengan cara mencari kerja sambilan. Kerja sambilan ini bolehlah dilakukan
ketika cuti semester yang panjang. Selain dapat menjana pendapatan , bekerja sambilan ini
akan memberi pengalaman yang bermakna kepada bakal graduan. Mereka akan didedahkan
dengan kemahiran pengurusan masa iaitu hadir bekerja dalam masa yang ditetapkan,
kemahiran urus diri iaitu dapat mengajar diri sendiri untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran bekerja, kemahiran berkomunikasi iaitu cara berkomunikasi dengan majikan,
rakan sekerja dan yang paling penting cara berkomunikasi dengan pelanggan. Selain itu,

dengan membuat kerja sambilan juga para bakal graduan akan dapat belajar selok-belok
perniagaan itu sendiri yang kemudiannya amat berguna pada masa hadapan.

2.1.6 MEMANTAPKAN PENGETAHUAN ICT


Bakal-bakal graduan perlu menguasai pengetahuan tentang ICT memandangkan dunia
semasa kini memerlukan kemahiran ICT dalam menjalankan pekerjaan. Bakal-bakal graduan
ini boleh meningkatkan pengetahuan mereka dengan cara menghadiri kelas-kelas ICT secara
kursus berbayar yang banyak ditawarkan kini. Selain itu, bakal graduan juga perlu
mengetahui perisian dan kemahiran yang perlu digunakan apabila bekerja nanti.
Menurut Hazilah Mohd.Amin (et al.), kemahiran komputer yang paling dikehendaki
oleh majikan masa kini adalah rangkaian dan pangkalan data manakala kemahiran komputer
secara spesifik adalah download / upload fail, aturcara web, rekabentuk dan queri pengkalan
data, install / upgred perisian, bina dan edit pengkalan data dan pemproses kata.

2.2

CADANGAN KEPADA BADAN KERAJAAN DAN INSTITUSI PENDIDIKAN


Badan Kerajaan dan Institusi Pendidikan memainkan peranan yang penting untuk

melahirkan bakal graduan yang dapat memenuhi kehendak pasaran. Untuk melahirkan
graduan yang berketrampilan dan berkeupayaan tinggi dalam dunia pekerjaan, badan
kerajaan atau institusi pendidikan perlu merangka kurikulum yang sesuai untuk diterapkan
dalam pengajian para graduan di setiap institusi pendidikan supaya kemahiran-kemahiran
yang sesuai dan berguna dapat diaplikasikan dalam bidang pekerjaan kelak.
Selain itu, institusi pendidikan juga boleh menganjurkan kursus tambahan selepas
graduan telah tamat pengajian seperti kursus bahasa Inggeris dan komunikasi untuk
persediaan menghadapi alam pekerjaan. Kursus ini perlu melibatkan semua graduan yang
bakal mendapatkan pekerjaan. Pengisian kursus perlulah merangkumi aspek-aspek yang
diperlukan untuk melangkah ke alam pekerjaan.

Menurut Yahya Buntat ( 2006 ) Pengetua Kolej Tuanku Canselor , UTM Skudai
,Johor, terdapat beberapa cara atau kaedah yang boleh digunapakai untuk felo-felo kolej
kediaman menerapkan kemahiran employability kepada para pelajar di kolej sama ada
secara

langsung

atau

tidak

langsung.Secara

Langsung

atau

formal,

kemahiran

employability boleh diterapkan melalui aktiviti-aktiviti seperti kursus kepimpinan, kursus


motivasi, bengkel kerjaya ,program khidmat masyarakat, gotong-royong, kempen berbudi
bahasa dan sebagainya. Manakalah bagi kaedah penerapan secara tidak langsung atau
informal pula para pelajar kolej digalakkan berhubung dengan orang luar dan mengamalkan
budaya hidup sihat yang dapat diterima oleh masyarakat dengan mematuhi peraturanperaturan dan displin yang telah ditetapkan. Disamping itu pelajar juga digalakkan berintraksi
antara satu sama lain.
Selain itu pihak universiti juga boleh membuat satu program iaitu dengan menjemput
bekas-bekas graduan yang telah menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan untuk
sama-sama memberi panduan dan membuat persediaan sepatutnya iaitu dari segi mental,
fizikal dan personaliti agar dapat membetulkan mind setting bakal graduan ini agar lebih
berketrampilan dan bertanggungjawab.

RUMUSAN
Setiap graduan yang telah tamat pembelajaran perlu diberi peluang untuk
menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang pekerjaan berdasarkan
pengkhususan masing-masing. Walaupun terdapat graduan yang kadangkala tidak dapat
memenuhi kriteria yang disenaraikan,namun pihak majikan perlulah dengan yakin memberi
mereka peluang untuk membuktikan kebolehan mereka. Sikap dan kemahiran-kemahiran
tertentu akan dapat dipelajari dari masa ke masa. Hanya yang perlu adalah peluang,
kepercayaan dan bimbingan yang berterusan sama ada dari pihak majikan atau rakan sekerja
itu sendiri.
Namun begitu para graduan tidak boleh mengambil mudah akan kriteria yang
diperlukan ini , mereka perlu berusaha untuk cuba melengkapkan diri dengan segala
kemahiran yang telah dibincangkan sekiranya mereka ingin terus mendapat kepercayaan
pihak majikan kerana majikan dan pekerja sebenarnya saling perlu memerlukan dan perlu
saling lengkap melengkapi.Segala kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti perlulah
diatasi segera dan mencari cara yang terbaik untuk memperbaikinya. Walaupun banyak usaha
yang dilakukan oleh institusi pendidikan dan badan kerajaan untuk cuba menerapkan
kemahiran-kemahiran pekerjaan kepada para graduan, ianya perlu mendapat sokongan dan
penyertaan daripada graduan itu sendiri. Tanpa penyertaan dan sokongan serta minat daripada
graduan itu sendiri maka objektif ini tidak akan tercapai.
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa setiap pihak perlu memainkan
peranan masing-masing supaya graduan yang bakal dilahirkan nanti akan berkebolehan,
berketrampilan dan berjaya menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan serta dapat
memenuhi permintaan pasaran yang secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi
negara kita. Semoga dengan adanya usaha dari semua pihak ini kadar pengangguran di
kalangan graduan akan dapat dikurangkan dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup
masyarakat .

RUJUKAN
Hariati Azizan, Lee Yen Mun. ( 2011 ). Top jobs only for those who know the language
well.[Online].Available:http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/10/nation/
8454838&sec=nation. [2012,March 13]
Don:English standard for undergraduates is still not up to par. ( 2011 ). [ Online ].
Available:http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/11/7/nation/9851649&sec
=nation. [ 2012, March 13 ]
The top 10 skills thatll get you a job when you graduate.( n.d.).[ Online ]. Available :
http://targetjobs.co.uk/careers-advice/career-clueless/the-top-10-skills-thatll-get-youa-job-when-you-graduate. [ 2012, Mac 10 ]
Yahya Buntat, ( 2006 ). Kemahiran Employability (Soft Skills) dan Kepentingan
Penerapannya di Kolej-kolej Kediaman Pelajar.[ Online ]. Available:
http://eprints.utm.my/135/2/YahyaBuntat2006_Kemahiranemployability
(soft_skills)dan.pdf. [ 2012, Mac 10 ]
What Are Employers Looking For When They Hire New Graduates. ( n.d.). [Online].
Available: http://www.schoolwork.org/blog/what-are-employers-looking-for-whenthey-hire-new- graduates. [ 2012, March 10 ]
Kemahiran Insaniah Graduan ( Soft Skills ).(n.d.). [ Online ]. Available:
http://www.scribd.com/doc/54179849/Kemahiran-Insaniah-Graduan-Soft-Skills.
[ 2012,Mac 10 ]
What Do Employers Want ?.(n.d).[Online]. Available:
http://ww2.prospects.ac.uk/cms/ShowPage/Home_page/What_do_graduates_do_/

What_do_employers_want_/p!efeeekL. [ 2012,March 10 ].

Mikhail Raj Abdullah. (2012). Graduan Tempatan Gagal Tapati Kehendak Majikan.
[Online].Available:http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=649787.
[2012,Mac 11].
Asrulnizam Abas (n.d.).Pengalaman Kerja Sebagai Mentor . [Online].Available:
http://www.motivasi-kerja.com/pengalaman-kerja-sebagai-mentor. [2012,.Mac 10].
Hazilah Mohd.Amin (et al.). (2001). Tahap Kepentingan Kemahiran Komputer Mengikut
Fungsi Pekerjaan di

Malaysia.

[Online].Available:http://myais.fsktm.um.edu.my/8124/.[2012,Mac 10]

Anda mungkin juga menyukai