RPH Karangan Perbahasan 2014

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Mengajar Bahasa Melayu

Tarikh
Hari
Masa
Tingkatan
Bilangan Murid
Mata pelajaran
Sub Topik
Hasil Pembelajaran

HPU
HPK

HHP

: 8 April 2014
: Rabu
: 1.05 petang hingga 2.10 petang (60 minit)
: 2 Amanah
: 39 orang
: Bahasa Melayu
: Karangan Perbahasan
: Pada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat:
1)
Menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada lima isi-isi
penting yang terdapat pada teks syarahan dengan tepat secara
lisan.
2)
Membina peta konsep Kebaikan Penggunaan Internet
secara kreatif berdasarkan hasil perbincangan.
3)
Menjawab dengan betul sekurang-kurangnya tiga daripada
lima soalan petikan kefahaman Keburukan Penggunaan
Internet secara bertulis.
: 2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam
perbincangan.
: 2.3 Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat dalam
perbincangan.
: 2.4 Menghuraikan idea bernas secara kritis dan rapi.
: Aras 1 (ii) Menghubungkaitkan topik dengan pengalaman dan
pemerhatian untuk mengemukakan idea yang bernas.
(v) Memberikan keterangan dengan serta merta tentang sesuatu
perkara
: Aras 2 (iii) Memberi cadangan yang bernas untuk mencapai tujuan
perbincangan.

Penyerapan

: Nilai murni
: Kerjasama, Keyakinan, keberanian.
Ilmu pengetahuan : Kemahiran Berfikir dan Kemahiran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Aspek KBKK
: Menganalisis, menilai, membina, dan menyatakan semula.
Bahan Bantu Belajar : Kertas edaran teks perbahasan, kertas edaran soalan pemahaman,
kertas mahjong dan marker pen.
Bahan Bantu Mengajar: Komputer riba, skrin projektor, LCD dan papan putih.
Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mengetahui format karangan jenis perbahasan.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan

Catatan

Induksi Set
(5 minit)

Langkah 1
(10 minit)

Langkah 2
(10 minit)

- Berdasarkan
pengamatan kamu,
apakah aktiviti yang
sedang berlangsung?

- Penerangan mengenai
format karangan
perbahasan.

Rujuk lampiran (teks)

Pembelajaran
a) Murid dipaparkan dengan
gambar pertandingan
perbahasan pada papan putih.
b) Murid ditanya tentang gambar
yang telah ditayangkan kepada
mereka.
c) Guru mengaitkan gambar
tersebut dengan isi pelajaran
pada hari ini.
a) Murid disoal mengenai formatformat karangan perbahasan
yang betul.
b) Murid bersoal jawab dengan
guru mengenai format
perbahasan yang betul.
c) Murid diterangkan dengan
format perbahasan yang betul
oleh guru. Sesi perbincangan
berlaku.
a) Murid diedarkan dengan teks
perbahasan yang bertajuk
Keburukan Penggunaan
Internet .
b) Murid diminta membaca teks
perbahasan tersebut secara
senyap.
c) murid diminta menggariskan
isi-isi penting dalam petikan
tersebut.
d) beberapa orang murid diminta
membaca isi-isi penting yang
telah garis.
e) Jawapan murid dibandingkam
dengan jawapan guru. sesi
perbincangan turut berlaku.
f) Guru memberi peneguhan
kepada pelajar.

BBM:
- Kad gambar
- Papan putih

Kemahiran:
- Mendengar
- Bertutur
BBM:
- Papan putih
- Marker pen
Kemahiran:
- Berfikir
- Bertutur
- Mendengar

ABB/BBB:
- Teks petikan
- Papan putih
- Marker pen
Kemahiran:
- Mendengar
- Bertutur
- Berfikir

Langkah 3
(15 minit)

Langkah 4
(15 minit)

Penutup
(5 minit)

Aktiviti dalam kumpulan a) Murid-murid dibahagikan


kepada enam kumpulan
- Menyatakan kebaikan
berdasarkan arahan guru.
b) Setiap kumpulan diminta
penggunaan internet
berbincang mengenai
Kebaikan Penggunaan
1. Memudahkan
Internet dalam kumpulan
pencarian maklumat
masing-masing.
dalam masa yang
c)
Setiap kumpulan diminta
singkat.
membina peta minda yang
2. Memudahkan
berkaitan tentang Kebaikan
komunikasi jarak
Penggunaan Internet
jauh.
3. Berkongsi
mengikut arahan yang
maklumat.
diberikan oleh guru.
4. Peluang perniagaan. d) Murid diminta
5. Memudahkan
membentangkan hasil kerja
pembayaran bil
kumpulan mereka di hadapan
secara online.
kelas.
6. Hiburan
e) Selesai sahaja pembentangan,
murid ditunjukkan jawapan
sebenar oleh guru.
Rujuk lampiran (soalan a) Murid-murid diberikan soalan
pemahaman)
pemahaman berdasarkan teks
perbahasan Keburukan
Penggunaan Internet
b) Murid-murid diminta
menjawab kesemua soalan
dalam tempoh masa yang
diberikan.
c) Murid-murid berbincang
jawapan dengan guru.
d) Murid-murid dipaparkan
jawapan yang tepat.
e) Murid-murid diminta membuat
perbandingan jawapan yang
diberikan oleh guru dengan
jawapan sendiri.
Rumusan
a) Guru merumuskan isi pelajaran
yang dipelajari pada hari ini.
b) Guru memberi peneguhan
terhadap penglibatan pelajar.

BBB:
-Kertas A4
-Marker Pen

Kemahiran:
- Membaca
- Mendengar
- Bertutur
- Berfikir
Nilai:
- Kerjasama
- Keyakinan
- Keberanian

ABB/BBB:
- Teks petikan
- Kertas Edaran
Soalan
Pemahaman
Kemahiran:
- Bertutur
- Mendengar
- Membaca
- Menulis
- Berfikir

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim yang adil
lagi bijaksana, barisan para pencadang sekalian, dan para hadirin yang saya muliakan.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta salam satu Malaysia.
Berdirinya saya pada hari ini, dengan membawa tugasan untuk membangkang tajuk
perbahasan pada hari ini iaitu Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan
daripada Keburukan. Kami barisan pihak pembangkang tidak bersetuju dengan penyataan
tajuk tersebut kerana penggunaan internet sebenarnya membawa lebih banyak keburukan
daripada kebaikan.
Para hadirin sekalian,
Sebagai pihak pembangkang yang pertama, sebelum saya mengemukakan hujahhujah saya dengan lebih bernas dan panjang lebar, lebih baik jika kita memahami tajuk
perbahasan kali ini iaitu Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada
Keburukan. Oleh itu, izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham dengan Internet.
Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global melalui telekomunikasi yang
semakin canggih kini. Segala bentuk maklumat dapat kita perolehi daripada penggunaan
Internet ini. Tetapi ternyata ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Hujah saya yang pertama sekali ialah atas kata kunci penggunaan internet akan
menyemai sikap buruk individu. Maklumat tanpa sekatan di dalam Internet ini memberi
peluang kepada pelajar dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan
terkandung di dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu
merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai lebih gemar mengetahui
sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing
yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak
baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita
yang bersopan-santun dan bertatasusila. Justeru, ini jelas menunjukkan bahawa internet
membawa keburukan kepada penggunanya terutama golongan remaja.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Hujah saya yang kedua ialah atas kata kunci penggunaan internet melalaikan dan
melekakan terutama bagi golongan remaja dan pelajar sekolah. Tak tumbuh tak melata, tak
sungguh saya tak kata. bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan mereka bermain
permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka
lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa
mereka banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan
mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku pada
kanak-kanak sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan
tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan menyebabkan mereka
leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara
mereka berbual kosong atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya tidak
mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang
tinggi. Sudah terang lagi bersuluh, internet jelas membawa keburukan daripada kebaikan.

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Hujah saya yang ketiga, atas kata kunci internet menyebabkan hubungan sosial di
dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan
Internet. Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar
bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga
kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan
tidak baik boleh wujud akibat penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan
perjudian melalui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang
meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi
dan bertaruh dijalankan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Hujah saya yang keempat, atas kata kunci penggunaan internet boleh menjejaskan
kesihatan mental dan fizikal penggunanya. Selalunya pengguna Internet meluangkan masa
yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam dan tidak kurang pula
hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan
mereka tidak terjejas dan minda menjadi penat dan beku sehingga tidak boleh berfikir dengan
baik. Bagi pelajar sama ada di sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi, keadaan ini
melemahkan minda mereka untuk menerima ilmu yang telah diajar oleh guru-guru. Lebih
malang lagi apabila pelajar tidur di dalam kelas kerana mengantuk. Keadaan ini perlu
dibanteras jika ingin mencapai hasrat negara melahirkan remaja cemerlang.
Hujah saya yang kelima atas kata kunci, penggunaan Internet boleh menyebabkan
penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh pihak
tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara
boleh menjadi porak-peranda apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin
mempercayai maklumat-maklumat palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang
paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di
dalam bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita
perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan
tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu
tentang agama kepada orang lain.
Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan pendirian
kami barisan pihak pembangkang bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan kepada
orang ramai. Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata pepatah Terlajak perahu
boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.
Sekian sahaja, terima kasih.

Berdasarkan teks perbahasan di atas, sila jawab soalan-soalan berikut.


1. Mengapakah pihak pembangkang mengatakan bahawa Internet dapat menyemai sikap
buruk individu ?
..........................................................................................................................................
2. Pada pendapat anda, bagaimanakah penggunaan Internet
melekakan golongan remaja?

boleh melalaikan dan

..........................................................................................................................................
3. Berdasarkan petikan, apakah yang akan berlaku kepada negara jika penyebaran
maklumat-maklumat palsu secara berleluasa?
..........................................................................................................................................

i.
ii.

4. Berikan dua contoh kegiatan buruk yang terdapat dalam Internet.


....................................................................................................................................
....................................................................................................................................
5. Nyatakan dua keburukan internet yang terkandung dalam petikan di atas.
i.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
ii.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................

Anda mungkin juga menyukai