Teks Ucapan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

Teks ucapan

Pengerusi LKPI Kawasan Besut


Bismilahhirahmanirahim
Assalamualaikum Warohmatullahiwabarokatuh
1. Terima kasih pengacara majlis. Yang dikasihi adinda saya, YB Hj Mahdi b.
Musa. Salam takziah buat YB yang baru kehilangan ayahnda tercinta.
Terlebih dahulu kita sama-sama sedekah Al-Fatihah untuk arwah. AlFatihah
Ahli-ahli Jawatankuasa LKPI,
Puan-puan yang dihormati semua.
Sayang kumbang mencari makan
Terbang seiring ditepi kali
Selamat petang saya ucapkan
Moga diiringi restu illahi.
Terbang unggas riuh menari
Mentari terbit menguning padi
Girang rasa tidak terperi
Bertemu puan yang baik budi.
2. Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan rasa syukur kepada hadrat Illahi
kerana dengan kurnianya dapat kita berkumpul hari ini seperti yang telah
dirancang.
3. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
YB, AJK LKPI dan ahli-ahli kerana sudi hadir pada mesyuarat agong kita pada
kali ini bagi penggal_________.
4. Ucapan terima kasih saya juga pada YB Adun Kota Putera ini kerana banyak
membantu, memberi kerjasama kepada LKPI sepanjang saya menjadi

pengerusi. Pemilihan DUN Kota Putera sebagai tempat AGM LKPI pada
penggal ini kerana di Kota Putera ahli LKPI paling ramai yang aktif setakat ini.
Tahniah dan syabas untuk ahli Dun Kota Putera.
5. Kita di Malaysia berbangga dapat mewujudkan pelbagai pertubuhan wanita
yang giat menjaga kebajikan wanita. LKPI merupakan salah satu pertubuhan
yang aktif bertujuan untuk tingkatkan taraf kebajikan dan membela kehidupan
wanita-wanita islam dinegara kita.
LKPI hanya untuk wanita-wanita Islam di Malaysia
6. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh digerakkan melalui penjagaan hal ehwal
wanita melalui kerja-kerja amal, membantu mereka yang memerlukan
bantuan, menyediakan kelas-kelas agama untuk mengukuhkan ajaran agama
islam dan syiar islam, menganjurkan kursus-kursus dan berbagai kerja usaha
untuk faedah wanita-wanita islam.
Bukit rimbanya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan kehidupan dan kebajikan.
Menghabiskan masa siangnya,
Sebelum malam didalam hutan,
Kebajikan itu tiada habisnya,
Ibarat saujana air santan.
YB, Ahli Jawatankuasa LKPI, dan Puan-puan semua,
7. Sedikit saya ingin utarakan bagaimana wujudnya Pertubuhan LKPI di
Malaysia. LKPI adalah kisah warisan Permaisuri Melayu. Banyak kaitan
dengan permaisuri dinegara kita.

Kebanyakan mereka aktif didalam pertubuhan kebajikan ini.


Ditubuhkan oleh permaisuri Melayu dan kerja kebajikan dilakukan bukanlah
sedikit. Ia diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang bersusur galur
daripada Permaisuri Melayu.
Ditubuhkan

pada tanggal 17 Oktober 1961. Ditubuhkan atas rasa

keperihatinan dan keinsanan YMM Tuanku Puan Besar Kursiah Almarhum


Tuanku Besar Burhanuddin terhadap penderitaan kaum wanita dalam
menghadapi kemelut rumahtangga terutama mereka yang tinggal di luar
Bandar.
Pada awal pertubuhan hanya dianggotai 7 orang sahaja.
Baginda YDP ditabal menjadi permaisuri pada 27/8/1957 berjaya kumpul
wanita kota untuk berbincang masalah-masalah yang berkaitan dengan
wanita-wanita Islam dan mencari jalan penyelesaian.
YDP banyak berbincang dengan isteri-isteri Dato Menteri Indonesia dan
mereka memberi petunjuk dan perjalanan serta pandangan untuk LKPI di
Malaysia dengan galakan dan usaha murni ini maka LKPI ditaja pada 1 April
1960 di Istana Negara.
Setahun terbengkalai kerana kemangkatan YDP Tuanku AbdulRahman.
Pada 17/10/1961 aktif kembali dengan keahlian 20,000, 14 Pertubuhan di
seluruh Negara, 1 cawangan di Tawau.
Sehingga kini 3 orang YDP sepanjang penubuhannya.
1. YMM Tuanku Puan Besar Kursiah
1961-1999
2. YMM Tuanku Badriah
1999-2008
3. YMM Tuanku Najihah
Merupakan adinda kepada Tuanku Puan Besar Kursiah

Untuk makluman semua, LKPI adalah pertubuhan dari Istana Negara. Kita
Jawatankuasa dan Ahli-ahli adalah dilindungi dari Istana.
Bukan satu pertubuhan yang sebarangan. Kita amat bertuah bersama-sama
dengan LKPI.
Oleh itu, sesama kita perlu hubungan yang lebih erat dan pengukuhan
sentiasa.
Begitu juga perlu perluasan keahlian dan bergerak aktif dalam kawasan kita
supaya masyarakat diluar sana tahu kewujudan LKPI dari segi tugas dan juga
peranannya.
YB dan Puan-puan semua,
8. Ibadat dalam Islam adalah kegiatan kita yang bukan sahaja mendatangkan
kesejahteraan diakhirat tetapi juga didunia ini. Mengasuh anak-anak kita,
menjaga rumahtangga supaya bersih dan kemas untuk keselesaan seluruh
keluarga dan menjalankan kerja atau berniaga untuk menambahkan
pendapatan keluarga adalah ibadat yang bukan sahaja kita nikmati didunia,
dan tidak menyeleweng dari ajaran Islam, patut juga kita galakkan oleh
Lembaga ini untuk ahli-ahlinya. Saya berharap dan yakin lembaga akan dapat
meneliti dan merancangkan beberapa aktiviti yang diusahakan selain dari
aktiviti agama.
YB, dan Puan-puan semua,
9. Saya berdoa semoga perbincangan kita dalam mesyuarat agong ini akan
mengeluarkan lebih banyak aktiviti yang berfaedah untuk ahli-ahli lembaga
ini. Dimesyuarat tahunan ini juga, kita dapat mengkaji kejayaan dan
kelemahan yang telah dialami oleh lembaga selama ini. Saya berdoa agar
segala perbincangan dan keputusan AGM ini direstui oleh Allah S.W.T.

Bunga Derdap diatas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf diminta.

Pohon Berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa sianak dara,
Baliklah tuan membara ilmu,
Binalah bangsa agama Negara.
Wabillahi

Taufiq,

Wabarakatuh.

Walhidayah,

Wassalamu

Alaikum,

Warohmatullahi

Anda mungkin juga menyukai