Kertas Kerja Perlawanan Persahabatan Softball

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

PERLAWANAN PERSAHABATAN SOFTBALL

ANTARA SK BATU KAWAN DENGAN SK JAWI

1.0 PENDAHULUAN
Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari
sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang
bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat. Dalam sofbal,
bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan
yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet.
Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang
bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah
(run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari
hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagaihome plate.
2.0 MATLAMAT
Matlamat pertandingan persahabatan ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan
peraturan dan teknik permainan softball. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan
diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental para pemain. Pertandingan ini juga dapat
membina keyakinan dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang
seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menambahkan lagi pengetahuan dan kecekapan pemain tentang teknik atau strategi
yang terbaik dalam permainan softball.
3.2 Memberi peluang kepada pemain untuk menimba lebih pengalaman dalam
pertandingan.
3.3 Meningkatkan keyakinan diri setiap pemain supaya lebih bersedia pada hari
perlawanan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
3.4 Melatih semangat berkumpulan di kalangan pemain.
4.0 PERINCIAN PROGRAM
4.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 6 Mei 2015.
4.2 Perlawanan bermula pada pukul 3.30 petang dan dijangka tamat pada jam 6.00
petang.
4.3 Perlawanan akan berlangsung di padang SK Jawi.

5.0 PENYERTAAN
5.1 Pasukan softball dari SK Batu Kawan dan SK Jawi.
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:
BIL

PERKARA

JUMLAH

1.

Pengangkutan

RM

2.

Makanan:
a. Air mineral (1 kotak)
b. Roti bun (16 x 2)

RM 10.00
RM 25.60

JUMLAH

RM

7.0 PENUTUP
Diharapkan agar perlawanan persahabatan ini dapat meningkatkan lagi mutu permainan para
pemain sekolah dalam melengkapkan diri ke Perlawanan Softball Peringkat Daerah yang
akan berlangsung tidak lama lagi.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..

(PN NORIAH BT MAT NOR)

(EN MOHD AZMI B ABU BAKAR)

Pengurus Pasukan Softball,

Penolong Kanan Kokurikulum,

SK Batu Kawan.

SK Batu Kawan.

Anda mungkin juga menyukai