Cover Fail Meja

Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

Fail meja

GURU kelas

Fail meja guru


mata pelajaran

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1


DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
TAHUN 4
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
TAHUN 5
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

Fail meja
KETUA PANITIA
PENDIDIKAN MORAL

MATLAMAT PENGAJARAN
MATLAMAT PENGAJARAN

Matlamat pengajaran adalah satu pernyataan umum yang


memberi arahan kepada keperluan-keperluan yang lebih
terperinci. Merupakan satu titik permulaan, sesuatu yang idea,
satu cita-cita dan satu arah untuk dituju. Matlamat adalah
kategori tingkah laku. Matlamat juga adalah peringkat am
tingkah laku, sementara objektif ialah peringkat khusus
tingkah laku.

Matlamat pengajaran tidak boleh begitu terperinci supaya


mudah dapat dilaksanakan. Matlamat adalah kabur supaya
dapat memuatkan idea-idea, cita-cita dan arah yang lebih
luas. Walau bagaimanapun matlamat pengajaran perlu
dinyatakan kerana penilaian pembelajaran murid bukan
sahaja dilakukan secara terperinci, namun perlu juga
dilakukan secara meluas dan umum bagi meliputi kesemua
objektif. Perkaitan antara matlamat dan objektif ialah,
matlamat boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa objektif
yang lebih spesifik.

HASIL PENGAJARAN.

Hasil pengajaran adalah istilah terbitan daripada istilah


objektif pengajaran. Objektif adalah untuk mengukur dengan
jelas sesuatu tingkahlaku yang dapat ditunjukkan oleh murid
selepas
memperlajari
sesuatu
perkara.
Oleh
sebab
pembelajaran murid diukur daripada perubahan tingkah laku,
maka dalam proses pengajaran, guru perlulah menetapkan
objektif terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara diajar
kepada murid.

Objektif adalah perkara yang akan dipraktikkan semasa


pengajaran atau dilaksanakan bagi mencapai cita-cita atau
arah supaya ianya menjadi kenyataan.
Hasil pembelajaran adalah memfokuskan kepada jangkaan
apa yang murid dapat lakukan atau capai.

Takrifhasilpembelajaranadalahmencadangkanbahawapem
belajaranadalah disengajakan danbukannyakebetulan atau
tidak sengaja. Perbezaan antara objektif dan hasil
pembelajaran adalah hasil pembelajaran berfokuskan kepada
apa yang murid peroleh daripada aktiviti pengajaran guru.

KEPIMPINAN MASA DEPAN

Kepemimpinan adalah suatu proses di mana seseorang berupaya


mempengaruhi sejumlah orang dan mengarahkan organisasinya untuk
mencapai sesuatu tujuan Ia juga merupakan suatu proses di mana
seseorang berupaya mempengaruhi sekelompok orang untuk mencapai
tujuan bersama. Dalam rangka menjalankan proses kepemimpinannya
ini, mereka menggunakan sejumlah pengetahuan dan keterampilan
yang dimilikinya. Pengetahuan adalah maklumat bagi seseorang sebagai
landasan untuk melakukan suatu tindakan dalam situasi perubahan,
sehingga individu atau organisasi mampu bertindak dengan cara yang
berbeza dan lebih efektif. Melalui pengetahuan dan informasi, seseorang
diharapkan menghasilkan tindakan yang tepat iaitu dengan memilih dan
menilai pelbagai alternatif tindakan serta bagaimana tindakan tersebut
harus diimplementasikan agar sesuai dengan hasil yang diinginkan.

Terdapat beberapa sikap yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin


masa depan, yang sering diungkapkan oleh para pakar terkemuka dalam
bidang kepemimpinan, iaitu:
Jujur - Menampilkan ketulusan dan integriti dalam semua tindakannya.

Kompeten - Merupakan tindakan para pemimpin yang berasas pada


akal-fikiran, sikap dan prinsip-prinsip moral. Tidak membuat keputusan
berdasarkan keinginan, perasaan, atau faktor emosional lainnya yang
bersifat terlalu subjektif;

Berpandangan ke depan - Memiliki tujuan dan visi masa depan.


Pemimpin yang efektif membayangkan apa yang mereka inginkan dan
bagaimana mendapatkannya. Mereka biasanya memilih keutamaan yang
berasal dari nilai-nilai dasar mereka.

Menginspirasi mampu menunjukkan kredibiliti dalam segala hal yang


ia lakukan. Menunjukkan keteladanan dan ketahanan dalam mental,
fizikal, dan spiritual yang dengannya seseorang pemimpin akan mudah
menginspirasi orang lain untuk meraih puncak kejayaan;

Cerdas Gemar dan seuka membaca, belajar, dan senantiasa mencari


tugas yang mencabar;

Adil - mampu menunjukkan perlakuan yang adil kepada semua orang.


Menyedari bahwa prasangka adalah musuh keadilan. Bersikap empati
dan peka terhadap perasaan, nilai-nilai, kepentingan, dan kesejahteraan
orang lain;

Berwawasan luas Menyukai kepelbagaian, kaya perspektif dan


memiliki pandangan jauh ke depan;

Berani - Memiliki ketekunan untuk mencapai tujuan, meski menghadapi


risiko atau rintangan yang berat. Selalu menampilkan ketenangan dan
kepercayaan diri meski pun dalam keadaan stres;

Tepat membuat keputusan Memiliki penilaian yang baik tentang


pelbagai persoalan, dan menggunakannya untuk membuat keputusan
yang terbaik pada waktu yang tepat; dan

Imaginatif Mampu melakukan perubahan pada waktu yang sesuai ,


dengan menggunakan pemikiran, rancangan, dan metod yang tepat
pula. Juga mampu menampilkan kreativiti dengan menciptakan hala tuju
baru yang lebih baik, sekaligus mencari idea yang inovatif untuk
memecahkan masalah.

Anda mungkin juga menyukai