Akhlak Bukan Lalang

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

Akhlak bukan lalang

Pendahuluan - saya di UK, berimamkan pak Arab dari Mekah, Bro


Akram...mungkin siapa y suka melabel akan melabelkannya sebagai salaf.
Yang menarik...hingga kini yang menjadi amalan saya adalah seperti yang
di ajar di masjid tersebut, hingga ada yang menyatakan saya salafi.
Islam sangat mudah, back to basic, understand Him & define our life by using the
law of Him. Walaupun zikir saya tidak lagi seperti di Malaysia, mungkin tidak lagi
saya membaca doa sebagai Imam, saya tidak rasa perlu menggelar diri sebagai
salafi...kerana saya Muslim & anda semua juga Muslim. Saya bermazhab Shafie
tetapi saya tidak lagi membaca Qunut. Perkara2 ini perlu dilapangi hai dengan
berhati2 dan tidak terlalu menurut hati mempertahankan benang yang separuh
basah. Allahu a'lam. Ada yang sibuk ingi kembali pada sunnah, tapi solatnya masih
sendirian di rumah (sunnah nabi kata sembahyang jemaah di masjid??) Ada yang
sibuk kata aku dari as-Shafie tapi tidak pernah memeriksa benar kah amalan
seharian itu dari asShafie ataupun hanya ikutan dari ibu ayah & ajaran di sekolah
semata(macam tu banyaklah jual beli yang tidak sah???tiada akad??)
Lebih molek kita berkata kita Muslim & kita saling berkongsi & bermuzakarah dalam
kelapangan dada sambil menjaga adab dan saling menasihat. Kita sibuk menyatakan
kita betul sedangkan terjemahan+tafsir Quran kita belum habis membacanya &
berapa banyak sangat dari proportion hadith2 sahih yang pernah kita baca agaknya.
Tapi nas2 utk menyokong hujah kita bukan main sahaja kita hafaz. Sedangkan
asShafie minta kalau ada pendapat yang lebih sahih dari pendapatnya patut kita
turuti inikan pula kita yang ego kononnya betul sentiasa. Fikirkanlah. Betulkan yang
saya tersalah.
A khla q It u Buka n Lal ang J un 14th, 2007

by saifulislam

Akhlak itu bukan lalang


Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata
Akhlak itu adalah buah
Bergantung kepada pokok berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar
Akar pokok adalah Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah
Batang dan daun adalah Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Tibanya musim, pohon berbuah Aqidah,
Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq

Sengaja saya karangkan kata-kata di atas, untuk melihat di mana Akhlaq dalam
agama Allah yang kita anuti ini.
Akhlaq bukan lalang, yang tumbuh sendiri di mana-mana sahaja. Ia memerlukan
usaha, bermula dengan benih dan baja, penjagaan yang rapi sepanjang masa, agar
nantinya pokok berbuah menghasilkan Akhlaq.
Namun, hari ini sukar benar untuk mencari petani yang menyemai buah Akhlaq
mencari ilmu Akhlaq amatlah payah.
Tak apa, kalau Aqidah dah betul, Ibadah dah sahih, eloklah nanti akhlaqnya, kata
seorang ustaz, apabila diminta mengajar tentang Akhlaq.
Ya, kalau kita minta sesiapa mengajar bab akar, ramai yang boleh mengajar. Akar
dibahas hingga tersembam ke muka bumi. Menghuraikan tentang Aqidah, bertahun
lamanya atas alasan, segala-galanya dalam agama ini, paksinya adalah Aqidah.
Ya, kalau kita minta sesiapa mengajar bab batang, ranting dan daun, ramai yang
boleh mengajar, meleret bertahun-tahun. Membetulkan solat membetulkan ibadah
bertahun lamanya seolah-olah kemuncak agama ialah pada sahihnya Ibadah.
Tetapi jika kita meminta sesiapa mengajar bab Akhlaq, ramai guru yang tidak selesa.
Kalau ada yang mahu, dipakejkan pula ke dalam Tariqah, lantas yang awam
menggaru kepala.
Akhirnya Akhlaq menjadi subjek terbiar.
Pandai-pandai sendirilah kamu nak berakhlaq. Akhirnya kita miskin Akhlaq.

DISKUSI TENTANG KRISIS AKHLAQ

Saya timbulkan hal ini selepas berbual dengan orang kuat An-Nidaa, iaitu Haji
Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Pak Din. Semasa berbual lewat malam selepas
menghabiskan ceramah 7 Habits saya, Pak Din mengeluh tentang krisis Akhlaq.
Ramai yang berlepas tangan bab Akhlaq ni, ustaz, kata Pak Din.
Saya mengangguk.
Sampai ustaz-ustaz sendiri pun mengalami krisis Akhlaq. Datang lewat, tak tepat
masa semua rasa biasa. Pinjam barang tak pulang balik, rasa biasa tak rasa hina
diri, tak rasa berdosa, kata Pak Din lagi.
Timbul soalan besar di sini, Pak Din. Orang Barat sana tu, menepati masa. Bekerja
amanah. Saya pernah jumpa orang Ukraine semasa di Ireland, yang berpindah ke
tempat saya kerana dipulau di tempat lamanya atas kesalahan menipu. Sungguh aib
menipu ini kepada mereka, saya mengulas.
Soalnya, orang Barat tak ada agama tapi ada tabiat positif. Ada HABIT. Kita yang
ada agama, tak ada Akhlaq. Habis, macam mana nak jawab kalau ada orang
persoalkan, apa gunanya agama kalau yang beragama tidak berakhlaq, sedangkan
Barat tanpa Islam pun boleh lebih Islamik!, saya cuba mencetuskan persoalan yang
lebih meruncing.
Hmm apa pandangan Hasrizal? Di mana silapnya?, Pak Din berkerut dahi berfikir.
Tiga empat orang rakan yang lain turut sama.
Pada saya Pak Din, Akhlaq ini bukan lalang, boleh tumbuh sendiri. Ia memerlukan
usaha. Habit positif di Barat bukan tercetus sendiri. Mereka mengajar dan belajar
mengenainya, saya memberikan pandangan.

BARAT BELAJAR DAN MENGAJAR HABIT (AKHLAQ)


Memang dalam sejarah Barat, kesan kepincangan Kristianiti, ramai yang membuang
agama. Tetapi yang dibuang itu adalah ritual. Substance atau intinya masih dijaga
dan dipupuk.
Lihat sahaja 7 Habits oleh Stephen Covey. Ia dipelajari di sekolah-sekolah. Untuk
membentuk tabiat positif, ada teknik dan kaedahnya. Ia diajar dan dipelajari secara
intensif di sekolah-sekolah.
Jika anda berpengalaman duduk sekelas dengan pelajar Amerika, anda pasti
bersetuju dengan saya bahawa kebanyakan mereka mempunyai keyakinan diri yang
tinggi. Hingga kadang-kadang lebih dari diri yang sebenar. Tengok sahajalah
American Idol di peringkat awal ujian bakat. Terlebih yakin hingga tak boleh terima
hakikat yang dirinya lebih merdu jika tidak bersuara.
Keyakinan diri itu diajar, diasah dan dibentuk. Ada kaedah ada caranya.
Maka kalau mereka memandu, pasti berhenti di lintasan Zebra. Masuk pejabat mesti
tepat masa. Mesyuarat mesti kemas dan aktif. Malah jika cikgu bertanya soalan,
murid-murid ghairah menjawab biar pun jawapannya selalu salah.
Mengapa begitu?

PARENTING
Ibu bapa yang biasa saya lihat di Barat, memuliakan manusia seawal usia. Mereka
tidak memperlekehkan anak-anak. Jika anak berusia 3 tahun mahu bercakap,
mereka akan berhenti bercakap dan memberi perhatian dan telinga.

Eh, diamlah. Orang tua nak bercakap, kamu sibuk nak bercakap. Gi main sana!, ini
bahasa biasa kita terhadap anak-anak sendiri.
Potensi mereka dibunuh awal-awal lagi.
Barat boleh buat semua ini sebab mereka memuliakan manusia. Lantas mereka
berminat mengkaji manusia. Sebab itu, majoriti disiplin Sains Kemanusiaan seperti
Psikologi, Sains Politik, Kaunseling, Komunikasi dan lain-lain, dibangun dan
dikembangkan oleh Barat.
Cumanya, dengan membelakangkan agama, tabiat itu mudah tersasar. Nilai mudah
berubah. Puncanya ialah kerana tiada nilai Taabbud. Tiada Ubudiyyah kepada Allah.
Tiada reference point dalam hidup.
Kebaikannya, terpisah dan tidak berhubung dengan Tuhan, kerana ramai yang
berkrisis terhadap ritual dalam agama. Maka rugilah Barat dari sudut Taabbud
kerana meninggalkan agama (ritualnya).

UMAT ISLAM BAGAIMANA?


Apahal pula dengan umat Islam.
Kita sangat mementingkan ritual, sehingga menyangkakan ia puncak agama.
Agenda kita hanya Tauhid dan Ibadah. Apa kena mengenanya tajuk-tajuk pelik ni
dengan matlamat An-Nidaa?, ada orang yang pernah mempersoalkan tindakan Pak
Din dan kepimpinan An-Nidaa mempelbagaikan tajuk Wacana Ilmiah mereka.

Habis, takkan nak betulkan solat ikut cara Nabi sampai bertahun-tahun? Tak betulbetul lagikah solatnya? Takkan nak bahas Aqidah dari muda sampai ke tua. Ni
masalah umat macam-macam ni, bawalah Aqidah yang benar dan Ibadah yang sahih
itu, untuk menanganinya!, balas Pak Din, sebagaimana yang diceritakannya kepada
saya.
HIDUPKAN KEMBALI TUJUAN AGAMA
Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurniakan kemuliaan
dan nilai Akhlaq (Disahihkan oleh al-Albani - 1/45)
Ya. Atas dasar itulah saya amat menghargai usaha Imam al-Ghazzali menulis
kitabnya Ihya Ulumiddin.
Al-Ghazzali kecewa dengan golongan Fuqaha yang terperangkap di dalam ritual.
Sedangkan solat disyariatkan untuk membentuk peribadi, mendidik hati. Untuk
Akhlaq. Tetapi umumnya di masa itu, orang sibuk dengan rukun dan syarat Ibadah,
tetapi peranan Ibadah dalam membentuk jiwa dan Akhlaq tidak dipedulikan. Maka
agama menjadi ritual kulit semata.
Yang kuat sembahyang itulah yang kuat temberang.
Yang bertudung itulah yang paling tak malu.
Yang berkelulusan agama itulah MUSUH agama.
There must be something wrong, either with the input or the process!
Hari ini, timbul gelaja keruntuhan Akhlaq.
GENERASI KURANG AJAR
Ada yang risau, generasi muda sekarang tak hormat Ulama. Maka jari ditunding
kepada manhaj. Manhaj dipersalahkan. Cara belajar dipersalahkan.
Benarkah itu puncanya?
Benarkah kalau belajar bertalaqqi dengan guru lagi bersanad, maka terhindar dari
gejala Akhlaq? Benarkah cara tradisional lebih membentuk Akhlaq berbanding cara
moden ala-ala universiti, sijil dan ijazah?
Saya lihat, dan anda semua melihat sama ada yang ikut aliran Tradisional, atau
yang tidak Tradisional (Tajdid, Salafi, etc), dua-dua suka memaki hamun sesama
sendiri. Tebing kiri memaki Al-Albani, tebing kanan memaki Al-Buthi. Bukan sahaja
tidak menghormati ulama tetapi memang tidak pandai menghormati sesiapa, muda
dan tua.
Pada saya, ia bukan salah manhaj. Ramai yang beraliran tradisional tetapi tetap
gagal memelihara Akhlaq ketika berdiskusi, bercakap dan menulis. Ramai juga Salafi
yang bersanad dan mengaji berlaga lutut dengan guru, turut gagal berakhlaq ketika
bercakap dan menulis.

Maka, bukan method belajar yang saya bimbang, tetapi apa yang diajar dan apa
yang dipelajari, itu yang lebih utama.
Pada saya, bukan Salaf atau Khalaf yang menjadikan generasi muda kurang ajar.
Tetapi mereka yang kurang ajar ini yang beraliran Salaf dan Khalaf. Lantas kurang
ajar itu terpalit pada manhaj yang sudah cukup matang dan lama, lagi berjasa
kepada agama. Sebagaimana Islam terfitnah oleh kelakuan penganutnya, begitulah
juga manhaj disalah ertikan oleh kemarau Akhlaq pendukungnya.

Mengapa?
Kerana kita semakin percaya bahawa Akhlaq ialah lalang. Tidak perlu diajar tidak
perlu dirunsing.
Akhlaq tumbuh sendiri tanpa perlu disemai, dibaja dan dijaga!
Lantas agama kita hanya sibuk dengan ritual, tetapi substance berupa Akhlaq,
Tabiat, Habit dibiarkan
Pandai-pandai sendiri kerana percaya ia lalang.
Ada sahaja tanah lapang tumbuhlah ia menghijau melata.
Hakikatnya, apabila kita tidak membenih Akhlaq, apa yang tumbuh hanya benarbenar lalang yang menyakitkan mata lantas menjadi makanan lembu semata.

Apa nak jadi ni?


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai