Perbandingan Seni Oriental China Dengan Seni India

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Perbandingan seni oriental China dengan seni India.

Secara awalnya seni oriental China menghasilkan lukisan untuk tujuan kegamaan
berdasarkan prinsip dan proses alam semesta. Corak lukisan lebih menggambarkan
pemandangan seperti gunung ganang, batu batuan dan salji. Aliran dalam seni
China ialah daripada fahaman Daoisme iaitu dengan melakukan seni melalui proses
alam semesta. Selepas itu, seni ini dikembangkan oleh dua orang Budha. Pelukis
terkenal muncul dalam Dinasti Han. Dalam sesebuah karya seni catan China ini,
terdapat motif dan subjek yang menarik. Elemen-elemen yang dilukis banyak
mewakili alam semesta seperti gunung yang tinggi yang dipenuhi pokok-pokok, bukit
bukau da air terjun, pokok-pokok kecil yang merimbun, air sungai dan tasik.
Pengkarya menggunakan alat dan bahan seperti berus. Berus buluh dicelup
kedalam dakwat China yang cair umtuk melukis. Media sebuah lukisan pula adalah
kain sutera, tembikar dan sampang. Setiap makna digambarkan dengan jelas
melalui lukisan yang dilukis. Lukisan juga berkaitan dengan cerita-cerita mitos atau
tentang dewa-dewa. Karya seni mereka mempunyai keseimbangan, banyak
menggunakan ruang kosong, penggunaan warna yang sejuk, melukis secara
spontan dan menghasilan rupa yang tidak jelas.

Bagi seni India pula, secara awalnya lukisan dihasilkan untuk golongan pemerintah
dan pembesar. Lukisan miniatur sering digunakan. Lukisan itu menggambarkan
keperibadian pelukis dan apa yang tergambar dalam fikiran mereka. Aliran seni
India mengikut perkembangan empayar pemerintahan. Aliran lukisan yang termasyur
adalah lukisan Mughal, Lukisan Pahari dan lukisan Rajpur. Motif dan subjek lukisan
berdasarkan situasi sekeliling. Biasanya seperti pokok, haiwan dan potret pembesar,
serta apa sahaja yang terlintas dalam fikiran mereka. Pengkarya seni India pada
mulanya menggunakan mata pena dan pen daripada buluh. Lukisan dilakar terlebih

dahulu dengan menggunakan batu atau kapur. Penggunaan berus pula diperbuat
daripada bulu ekor tupai. Media yang sering digunakan ialah kertas. Namun, mereka
menggunakan kedua-dua belah kertas kerana kekurangan kertas. Selain itu, makna
dan ekspresi tidak ditonjolkan melalui ekspresi pada wajah subjek tetapi penceritaan
adalah melalui pergerakan dan aksi subjek dalam lukisan. Pengkarya menggunakan
warna yang terhad, rupa yang dihasilkan berunsurkan pergerakan dan penggunaan
warna yang kontra. Dari segi pembinaan pula, bangunan masjid yang didirikan pada
zaman ini dilengkapi dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan
seni bina khat Arab.Unsur-unsur lain ialah terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu
berupa bunga teratai yang mempunyai puncak yang meruncing.
Binaan sebegini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan
gaya tempatan.Pada zaman kekuasaan kerajaan Mughal ini terbina masjid yang
besar dan istana yang didirikan dalam sebuah kompleks,contohnya Masjid Lapan
Mutiara di Agra.
Monumen lain yang terdapat pada zaman kekusaan kerajaan Mughal ialah
kubur atau tempat pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya.Bangunan yang
didirikan tersebut diturapka dengan menggunakan bahan-bahan merah yang kekal
lama.Kebiasaannya bangunan berkenaan dilengkapi dengan menara yang didirikan
secara khusus serta berdiri secara bersendirian,iaitu terpisah dari kesatuan
bangunan yang menjadi induknya.

Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Mughal

ialahTaj Mahal.Bangunan ini didirikan di Agra sebagai tanda cinta dan kasih Syah
Jehan terhadap isterinya,Mumtaz Mahal.Bangunan ini didirikan di hujung sebuah
taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan

Anda mungkin juga menyukai