Tulis Empat Nilai Murni Yang Dapat Kamu Peroleh Daripada Petikan Di Bawah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan
kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
PETIKAN 1
Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua
orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan
adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai
kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah,
Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka.
Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan
tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang dalam akademik dan
kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagai bantuan daripada
rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah
Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid cemerlang di
sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikan bimbingan kepada adik-adiknya
dalam pelajaran. Saiful mahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.

PETIKAN 2
Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika
hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk
rakannya Amin.Amin berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis dan ambulans. Hamid
dibawa ke hospital. Penunggang motosikal itu pula membuat laporan polis. Doktor dan
jururawat merawat Hamid. Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal di
hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid menyesal kerana terburuburu ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya menggunakan jejantas ataupun lintasan
pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas kejadian pada hari tersebut, Hamid sentiasa
berhati-hati ketika berada di jalan raya. Dia tidak mahu kemalangan yang menimpanya
berulang.

PETIKAN 3
Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak. Dia pulang
dengan menaiki kereta. Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu ayah Izmir memeriksa
keadaan keretanya. Setelah pasti semuanya berada dalam keadaan selamat, mereka pun
memulakan perjalanan.
Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir terpukau melihat
keindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari pemandangan. Selepas lebih tiga jam di
perjalanan, merekapun sampai di kampung mereka. Izmir bersalaman dengan neneknya
sambil menghulurkan buah tangan yang dibawanya

PETIKAN 4
Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba dia dihampiri
seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Aminah.Aminah telah memberikan
wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih
sebelum pergi. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas. Dia
memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika
berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun 2 membuang sampah melalui
tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak
wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.

PETIKAN 5
Yuan Ni menaiki bas ke hospital.Dia ingin melawat kawannya, Salmi yang terlantar di
hospital kerana kemalangan.Yuan Ni membawa buah tangan semasa melawat Salmi di
hospital.
Ketika sampai di hospital,seorang jururawat sedang memberikan ubat kepada
Salmi.Setelah selesai makan ubat,Salmi bersalaman dengan Yuan Ni.Salmi mengucapkan
terima kasih kepada Yuan Ni kerana datang menziarahinya.Kemudian,Yuan Ni menolong
mengupas buah epal untuk Salmi.
Tidak lama kemudian, guru serta kawan-kawan lain tiba.Yuan Ni dan Salmi bersalaman
dengan mereka.Salmi menceritakan peristiwa kemalangan yang menimpanya tempoh hari
kepada guru an rakan-rakannya.Pada hari kemalangan,sebuah motosikal yang ditunggang
dengan laju oleh seorang pemuda merempuh Salmi yang ketika itu hendak menaiki tangga
jejantas.Guru-guru dan rakan-rakan berharap agar Salmi akan cepat sembuh.

Anda mungkin juga menyukai