PSV 3102 Tekat
PSV 3102 Tekat
PSV 3102 Tekat
PENGENALAN
Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang emas atau perak yang dijahit
pada kain dasar ( irisan ) jenis baldu untuk menghasilkan motif hiasan timbul. Seni
tekat dikenali juga dengan nama tuji timbul, suji timbulan, tekat bersuji dan tekatan.
Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang
emas ke atas kain dasar jenis baldu. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat
asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupabentuk ciptaannya.
pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat
dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu
Melaka. Seni ini juga disebut dalam hikayat Melayu lama, iaitu Hikayat Anggun Cik
Tunggal yang menggambarkan pakaian anak raja yang dipenuhi dengan seni tekat.
Seni ini dipercayai dibawa masuk dari Negara China dan hanya diperkenalkan di
1
Selain mendapat pengaruh dari China, seni tekat ini juga dibawa dari negera
India. Masyarakat Melayu yang tinggal di Johor Selatan mendapat pengaruh India.
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul
Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan
negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.
Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya
ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni
tekat. Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana
menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu
membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan
kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus
2
JENIS-JENIS TEKAT
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif.
Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman
2. Tekat Gubah
tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang
dipanggil benang untina. Benang ijuk urat daripada pelepah pokok kabong atau enau
berwarna hitam dililit rapi dengan benang sutera merah ( benang untina ) sebagai
bahan membentuk motif. Beberapa benang emas atau perak boleh diatur diatas kain
dan di tindih ikat pada kain dengan menggunakan benang sutera berwarna. Hiasan
corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah
adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak
sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi
3
MOTIF SULAMAN
Motif tumbuhan
Merupakan corak yang paling digemari. Ianya mudah dibentuk dan kelihatan
menarik apatah lagi sekiranya menggunakan motif tumbuhan yang menjalar. Dalam
mereka bentuk tumbuh-tumbuhan, terdapat dua bahagian corak dalam motif ini iaitu
bentuk daun atau pucuk dan bunga atau buah. Misalnya daun dan pucuk paku, daun
peria, daun padi dan pucuk rebung. Bunga pula adalah seperti bunga cengkeh, bunga
Motif Geometri
Merupakan motif yang kedua digemari oleh kebanyakan tukang tekat. Ianya
mudah dibentuk kerana tidak mempunyai bentuk yang khusus. Antara contoh geometri
bebas yang sering digunakan oleh tukang tekat ialah segitiga pucuk rebung, segi
empat, catur, garis lurus dan kisi-kisi manakala corak geometri Dong-son yang
digunakan adalah swastika dan huruf ‘S’ berganda. Kebanyakan motif geometri
digabungkan dengan motif haiwan supaya menghasilkan sulaman yang unik. Ia boleh
dilihat dalam susunan awan larat yang banyak menggabungkan motif geometri dengan
4
Motif Haiwan
Tidak banyak hasil seni tekat yang bercorak haiwan. Motif yang biasa digunakan
ialah unggas, ayam, itik, rama-rama dan sebagainya yang diadun dengan motif
tumbuhan sehingga menyebabkan motif haiwan itu sendiri tidak kelihatan seperti dalam
bentuknya yang asal. Namun begitu penggunaan motif ini tidak begitu meluas.
Motif Abstrak
Motif abstrak adalah motif yang kurang juga digunakan dalam seni tekat. Motif
ini adalah bebas dalam melakarkan apa-apa juga bentuk. Motif ini tidak terikat dengan
bentuk lain. Namun begitu, bentuk ini memerluan pemahaman dan falsafah sendiri.
Rupabentuk
Rupabentuk tekatan terbahagi kepada dua iaitu dua dimensi dan tiga dimensi.
Rupabentuk dua dimensi ialah seperti tikar, kipas dan penyangkut kelambu, selempang
dan tetampan (Lapik dulang). Rupabentuk tiga dimensi pula seperti tepak sirih, sarung
bantal, kusyen, kasut dan tudung saji. Tudung saji dibentuk tiga segi (kon) berongga.
Bahagian yang dihias ialah bahagian luar dari puncak hingga ke tapaknya. Acuannya
dibuat daripada daun nipah atau rumbia yang diikat dengan rotan atau buluh.
5
BAHAN, ALAT DAN PROSES
Bahan
1. Baldu:
(a) Jenis kain yang berbulu, halus, dan lembut, biasanya berwarna tua dan
gelap.
2. Mempulur:
(a) Isi tekatan yang lazimnya diperbuat daripada kertas tebal (sesuai untuk motif
gaya organik); rotan saga, lidi atau bilah buluh (sesuai untuk ragam hias
berbentuk geometri).
(a) Benang daripada logam berwarna emas atau perak untuk membuat sulaman
atau menekat.
(b) Kerikam, sejenis benang kasar daripada logam yang berwarna emas atau
4. Benang ijuk:
(a) Urat dari pangkal pelepah enau yang lembut, mudah dibentuk dan sukar
(b) Dililitkan rapi dengan benang emas atau benang sutera berwarna warni untuk
dijadikan sebagai garisan luar corak tekat gubah yang akan dihasilkan.
6
5. Benang putih:
Kain putih untuk membuat lapik kain baldu, juga disebut kain pemidang atau
Bahan aksesori yang digunakan untuk menghias ruang kosong atau ditabur pada
Alatan
1. Pemidang kayu:
(a) Alat daripada kayu, berbentuk segi empat tepat atau bujur, berkaki atau tanpa
2. Cuban:
(a) Alat daripada kayu atau buluh berbentuk palang atau kayu bercabang tiga
3. Jarum - Alat daripada logam bermata halus untuk menjahit atau mengetatkan
kedudukan tekat.
7
Papan alas, pisau pemotong, benang emas Bahan dan peralatan membuat tekat.
dan mempulur.
Sumber: koleksi peribadi
Proses
Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa
helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk
motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara
0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk
membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada
mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.
8
Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang
berbulu halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu
digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan
hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki.
Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini. Baldu yang
Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui
jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak
meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari
bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali
mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan
kemas.
Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada
bahagian cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan
9
Cara menekat benang emas
Sumber: koleksi peribadi
Tokoh Tekat
Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh
kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama
Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga
banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor,
Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar
Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun
10
Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat
demontrasi menekat.
pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat
dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu
Melaka. Seni ini dipercayai dibawa masuk dari Negara China dan hanya diperkenalkan
dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka
11
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA SENI TEKAT MELAYU DAN
MASYARAKAT CINA PERANAKAN
12
yang digunakan untuk menghias dan menambah
keindahan hasil kedua-dua jenis tekatan.
13
MOTIF SENI TEKAT MELAYU
14
CONTOH TEKAT MELAYU
15
DIMENSI BARU SENI TEKAT
Dimensi baru dalam seni tekat termasuk ciptaan untuk kelengkapan rumah
seperti hiasan dinding, alas meja atau bingkai foto. Terdapat juga aksesori seperti
bekas serba guna, bekas barang kemas, perhiasan diri seperti topi, beg tangan, loket
dan sebagainya. Bahan tambahan seperti logam, kayu, kulit, rantai dan lain-lain
digabungkan dengan seni tekat untuk menghasilkan kraf cita rasa semasa.
Teknik sulaman dan benang berwarna-warni juga digunakan dalam seni tekat
dimensi baru. Beraneka jenis corak hiasan baru telah direkaciptakan dan motif hiasan
klasik pula diubahsuai oleh pandai tukang untuk memenuhi keperluan fungsi dan trend
PENUTUP
Bentuk, corak, ruang yang tepat cahaya benang yang bergemilauan, warna
baldu yang lembut, jalinan motif yang halus dan rumit, telah mewujudkan suatu
Kemahiran bertekat ini masih dapat diteruskan sebagai identiti warisan budaya
16
RUJUKAN
Kathleen Chee. Focus ACE SPM Pendidikan Seni Visual, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Zailani Yaacob, Azimah A. Samah. Pendidikan Seni Visual KBSM, Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Jasman Ahmad, Siti Razmah Hj. Idris. (1996). Siri Dunia Kraf Tekat, Penerbit Pinang.
Pn. Rosliza Binti Mohd Parit, Tenaga Pengajar Seni Tekat Perbadanan Kraftangan
Malaysia Cawangan Perak, 33600 Enggor, Perak.
http://malay.cari.com.my/archiver/?tid-281514.html
http://malaysiana.pnm.my/04/0409tekat.htm
17
SEM 2 OGOS 2009, PGSR PSV AMBILAN NOV 2008,
IPGM KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA,
LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.
REFLEKSI
pensyarah PSV 3102, En. Abdul Jalil Bin Hassan. Tajuk pertama adalah Catan
Tempatan. Saya banyak mempelajari tentang jenis-jenis catan, sejarah dan latar
belakang catan tempatan, serta mengenali pelukis-pelukis tempatan yang terkenal dari
Saya juga belajar membuat penghargaan atau apresiasi seni iaitu membantu
dan mendorong saya menikmati karya seni dengan lebih seronok lagi. Sekarang saya
Tugasan kedua saya adalah seni Tekat. Saya memilih Tekat kerana Kuala
Kangsar, iaitu kampung halaman saya adalah sinonim dengan Tekat benang emas.
Saya sangat berbangga dengan hasil seni yang yang diusahakan oleh sebilangan kecil
penduduk di sini.
tentang seni kraftangan ini. Tenaga pengajar di Pusat Kraftangan Cawangan Perak, di
Enggor, Pn. Rosliza Binti Mohd Parit, banyak membantu dan memberi penerangan
serta membekalkan saya dengan beberapa sampel bahan untuk Tekat. Saya dapat
18
Kini saya tahu bahawa masyarakat Cina Peranakan juga mempunyai dan
kelebihan tersendiri antara Tekat Melayu dan Tekat Cina Peranakan Melaka.
19