Tatacara Pendaftaran PDF

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 12

JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR

Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah


Bandar Darulaman
06000 Jitra, Kedah Darulaman

Tel
Faks
Email
Web

: 04 9146100/6140/6137/6130
: 04 9174232 / 9146130
: [email protected]
: http://www.polimas.edu.my

Rujukan Kami : POLIMAS/JHEP/700-0/8/27 Jld.2 ( 22 )


Tarikh
: 14 Mei 2015

KEPADA PELAJAR YANG LAYAK MENDAFTAR SESI JUN 2015

Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2015
Tahniah diucapkan kerana berjaya ditawarkan Pengajian di Politeknik.
2.
Kepada semua pelajar baharu yang ditawarkan program pengajian peringkat
Diploma Politeknik, anda dikehendaki hadir mendaftar secara rasmi pada tarikh dan
masa berikut:
Tarikh Sah Daftar
Masa
Pakaian
Tempat

:
:
:
:

15 JUN 2015 (ISNIN)


8.30 pagi 12.00 tengah hari
Formal
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
(POLIMAS)

3.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan, perlu disemak melalui
http://spmp.polimas.edu.my/daftar/. Sila semak dan cetak slip jumlah yuran sebelum
membuat bayaran di Bank Islam. Sila bayar jumlah yang tertera di slip yuran sahaja.
4.

Kaedah bayaran :
i)

Bayaran hendaklah dilakukan di BANK ISLAM sahaja.

ii)

Yuran Pengajian dan Yuran Asrama hanya boleh dibayar melalui Mesin
Deposit Tunai (Cash Deposit Machine) atau Online Banking. Rujuk lampiran
yang disediakan.

iii)

Bayaran Pendaftaran boleh dibayar melalui Kaunter Bank Islam sahaja. Rujuk
lampiran yang disediakan.

iv)

Perhatian penting, sila pastikan slip pembayaran anda dibuat salinan sebagai
simpanan. Pihak polimas tidak akan bertanggungjawab atas kecuaian
kehilangan slip bayaran yuran.

5.
Buku Panduan Pendaftaran boleh dicetak di http://spmp.polimas.edu.my/daftar.
Sila cetak untuk maklumat terperinci berkenaan pendaftaran pelajar baharu.
1 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi JUN2015

6.
Sebelum
hadir
mendaftar,
anda
perlu
daftar
online
di
http://spmp.polimas.edu.my/daftar/. Cetak slip daftar online untuk dibawa semasa
pendaftaran di POLIMAS. Jika anda gagal melakukan pendaftaran online, anda
dianggap menolak tawaran pengajian Sesi Jun 2015.
7.
Semua pelajar diwajibkan mengikuti Minggu Suai Kenal (MSK) yang akan
bermula 16 Jun 17 Jun 2015. Penginapan sepanjang MSK adalah di Asrama
POLIMAS.
8.

Bersama-sama ini disertakan panduan berikut untuk rujukan.


i)

Lampiran 1:

Proses Pendaftaran Pelajar Baharu

ii)

Lampiran 2:

Panduan Pendaftaran Online

iii)

Lampiran 3:

Panduan Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran


Asrama

iv)

Lampiran 4:

Panduan Bayaran Pendaftaran

v)

Lampiran 5:

Panduan Bayaran Yuran menggunakan


Bankislam.biz

9.
Oleh itu, pihak kami berharap para pelajar mematuhi arahan dan lakukan
persediaan awal sebelum hadir ke politeknik. Segala kerjasama anda dihargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


t.t
(MEJAR (K) ASMARA BINTI SULONG)
Pengarah
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

2 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi JUN2015

LAMPIRAN 1:
PROSES MENDAFTAR DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
(POLIMAS) SESI JUN2015
Perhatian: Sila lakukan semakan dan bayaran sebelum hadir mendaftar. Kegagalan
anda mendaftar online seperti yang diarahkan boleh dianggap sebagai menolak
tawaran.
SEMAK STATUS PENDAFTARAN
NO.KAD PENGENALAN DALAM LAMAN WEB PENDAFTARAN ONLINE PELAJAR

http://spmp.polimas.edu.my/daftar/
Semak :
a) Status Pendaftaran Layak Mendaftar
b) Jumlah Bayaran yang perlu dijelaskan. Bayaran hendaklah dilakukan sebelum
mendaftar online.

PEMBAYARAN YURAN DI BANK ISLAM. (Rujuk Panduan)

DAFTAR ONLINE
Selepas 24 jam bayaran dilakukan. Sila lakukan pendaftaran online di
laman http://spmp.polimas.edu.my/daftar/
SELESAI ONLINE
Cetak Slip Pengesahan Pendaftaran

SAH HADIR DAFTAR PELAJAR


Bersedia untuk Sah Hadir Daftar pada 15 JUN 2015.
Cetak & Lengkapkan Borang HEP 1-HEP 6. Termasuk Pemeriksaan
Kesihatan.
Rujuk Senarai Semak Pendaftaran di Buku Panduan Pendaftaran

3 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi JUN2015

LAMPIRAN 2
PANDUAN DAFTAR ONLINE
1.
2.

Layari halaman http://spmp.polimas.edu.my/daftar


Klik SEMAK BAYARAN YURAN & PENDAFTARAN ONLINE

4 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi JUN2015

3.
Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar. Pastikan anda telah menghantar
Borang Jawapan Setuju Terima Tawaran ke POLIMAS.

4.

Klik Maklumat AM untuk cetak BUKU PANDUAN MENDAFTAR.

5.
Klik Maklumat Bayaran untuk semak jumlah bayaran yang perlu dibayar. Slip ini
juga perlu disimpan untuk tujuan pengeluaran KWSP oleh waris atau pelajar.
6.
Setelah anda lakukan bayaran di Bank Islam, selepas 24 jam dari tempoh bayaran
tersebut, anda boleh semak bayaran yang dilakukan . Klik SEMAK STATUS BAYARAN
untuk semak.

5 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi JUN2015

7.
Klik SEMAK SEMULA DAN CETAK SLIP dan pastikan Nama, No. Kad
Pengenalan dan No. Pendaftaran anda betul.

Maklumat no. pendaftaran


pelajar
Klik Cetak Surat Pengesahan
Pendaftaran Pelajar Baru
Secara Atas Talian (Online)

8.
Klik CETAK SLIP. Sila bawa Slip Pengesahan Pendaftaran Pelajar Baru
semasa mendaftar di POLIMAS. Bawa bersama Dokumen Asal seperti Sijil SPM, Kad
Pengenalan dan Surat Tawaran yang diperlukan.

Sila hadir untuk melapor diri


mengikut tarikh dan masa
seperti yang ditetapkan.

Maklumat no bilik asrama


(dipaparkan hanya untuk
pelajar yang ditawarkan
asrama sahaja)
Sila gunting bahagian ini
untuk diserahkan kepada
Koperasi semasa mengambil
barang Minggu Suai Kenal
(MSK).

6 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi JUN2015

Nota :
1.

Bagi pelajar yang telah mendapat bantuan kewangan dari mana-mana penaja
seperti Majlis Agama Islam Negeri, Pusat Pungutan Zakat, Angkatan Tentera
Malaysia, atau seumpamanya, anda juga perlu membuat bayaran yuran seperti
arahan tersebut.

2.

Jika pembayaran tidak dilakukan, pendaftaran online tidak boleh diproses.

3.

Bantuan kewangan hendaklah dituntut selepas 1 Julai. Bayaran Bantuan akan


dibayar semula melalui cek atas nama pelajar.

4.

Semasa membuat tuntutan bantuan kewangan anda, sila sertakan salinan berikut:
a. Salinan surat bantuan kewangan
b. Salinan slip bayaran yuran yang telah dijelaskan
c. Salinan kad pengenalan

5.

Pengesahan Pelajar bagi Tujuan Tuntutan KWSP;


a. Pastikan mengambil Borang di Pejabat KWSP;
b. Lengkapkan borang dengan tulisan jelas, mudah dibaca dan lengkap;
c. Nama dan Alamat adalah nama pemilik akaun KWSP;
d. Hantar di Kaunter Jabatan Hal Ehwal Pelajar sahaja;
e. Tuntut Pengesahan Pelajar bagi tujuan KWSP selepas 7 hari bekerja di
Kaunter Jabatan Hal Ehwal Pelajar;

7 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi JUN2015

LAMPIRAN 3
PANDUAN BAYAR YURAN PENGAJIAN & YURAN ASRAMA DI CASH DEPOSIT
MACHINE (CDM)
1.

Pilih menu YURAN IPT

2.

Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

3.

Pilih POLITEKNIK KPT

4.

Sahkan data NOMBOR PENDAFTARAN TERKINI DAN JUMLAH BAYARAN


Pilih jumlah yang betul.

5.

Masukkan Jumlah wang yang perlu dibayar.

6.

Sahkan jumlah wang

7.

Transaksi selesai dan ambil Resit

8.

Pastikan UNICODE ADALAH POLI, NAMA, No Kad Pengenalan dan Jumlah


Bayaran adalah Betul.

8 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi JUN2015

LAMPIRAN 4
PANDUAN BAYARAN PENDAFTARAN DI KAUNTER BANK ISLAM
1.

Gunakan Resit Bil Payment.

2.
Isikan Maklumat diruangan berkenaan:
NAMA PELAJAR, NO. TELEFON pelajar, NO.AKAUN KOPERASI POLIMAS KEDAH
BERHAD 02039010002225 ,

3.

Isikan jumlah bayaran yang perlu dibayar.

4.

Isikan KOPERASI

5.

Isikan NO

6.

Isikan BAYARAN

POLIMAS KEDAH BERHAD di ruangan Bayar Kepada.

KAD PENGENALAN PELAJAR di ruangan ini.

PENDAFTARAN

di ruangan Jenis Pembayaran.

9 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi JUN2015

LAMPIRAN 5
PANDUAN BAYARAN MENGGUNAKAN ONLINE BANKING (BANKISLAM.BIZ)
UNTUK BAYARAN YURAN PENGAJIAN , YURAN ASRAMA DAN BAYARAN PENDAFTARAN
1.

Log in https://www.bankislam.biz/

2.

Pilih Bill Presement.

10 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi JUN2015

3.

Pilih Payee Corporation, atau Bayaran Kepada.

Yuran Pengajian (RM200) dan Yuran Asrama (RM60) dibayar Kepada POLITEKNIK KPT.
Bayaran Pendaftaran dibayar kepada KOPERASI POLIMAS KEDAH BERHAD.

11 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi JUN2015

4.

Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar. Klik NEXT.

5.

Print Slip Pembayaran untuk simpanan dan rekod pelajar.

6.
Ulang Proses yang sama bagi Bayaran yuran seterusnya. Pastikan Jumlah bayaran, No
Kad Pengenalan adalah tepat.

7. Terima kasih kerana tidak membuat bayaran yuran disaat akhir.

12 | Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi JUN2015

Anda mungkin juga menyukai