Rumusan Seni Dalam Pendidikan
Rumusan Seni Dalam Pendidikan
Rumusan Seni Dalam Pendidikan
Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi membantu
perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, SDP juga
bermatlamat untuk menyediakan guru dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk
mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan
sesuatu yang baru dan mampu menggabungkan tiga elemen penting iaitu ialah seni visual, seni
pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual lebih melibatkan lukisan, manakala seni
pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti manakala seni muzik pula lebih
kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.
Warna,irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang sentiasa wujud di sekeliling
kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang
baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga digalakkan
mencuba untuk meneroka sesuatu yang baharu dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing.
Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan
akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan
putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik.
Warna juga turut digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan
Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna
sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita. Contohcontohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna warni yang terdapat pada
pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada manusia.
Warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi
seseorang. Terdapat juga warna panas dalam seni visual. Sebagai contoh, warna merah yang
menggambarkan perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang.
Misalnya, jika seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti oren
dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana memilih warna
tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang dan nyaman dalam
sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi sedih dan juga sayu seseorang.
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka muzik tidak
dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak yang berlaku
secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang
menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut
berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama.
Sebagai contoh, bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan
sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan
kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka
sendiri. Ini dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan
sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik yang
menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak
yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu
mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis
corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk
memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik
irama, sudah
semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu,
kehadiran irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak
untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan
berasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka
juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya
tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.
Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah yang
betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati
kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam
Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli piskologi
kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu
pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran
secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang
dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan memperoleh
pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan
menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti
seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan
kreatif.
Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semua
matapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan
dengan menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru
menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan
murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.
Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah
digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan
tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama
dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen
seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan
lebih aktif
Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran sememangnya amat penting
untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat para pelajar mengikuti
pembelajaran, ia juga dapat meningkatakan perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila terlibat
secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, dengan
penggunaan seni dalam pengajaran, sesuatu pengajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan
dan menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi seni dalam pengajaran juga dapat membantu
meningkatkan kreativiti dan minat seseorang pelajar untuk terus kekal sepanjang proses P&P
berlangsung.
Bibliografi
3. Peranansenidalampendidkan(2008).DiperolehpadaOktober1,2010daripada
http://www.slideshare.net/.../peranansenidalampendidikan - UnitedStates
4. Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Oktober 2, 2010 daripada http://www.
www.scribd.com/.../Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-Dalam-