Cara Memupuk Semangat Kejiranan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia


menyaksikan iktisad (ekonomi)negara membangun seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama
basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun begitu, isu
memupuk

semangat

kejiranan

masih

menjadi

polemik

dalam

kalangan

marhaen (golongan bawahan) di Malaysia. Dewasa ini, semangat kejiranan dalam


kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari
ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dari segi konsepnya semangat
kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap
masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha
untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya
semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda
ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato Dr. Fadzillah Kamsah jiran
merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang,
kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita
ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan yang
melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang signifikan harus
diambil bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.

Cara yang afdal untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu
menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru
pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan
teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang
ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sekiranya ibu bapa
menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka akan
menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi. Hal ini boleh dianologikan
seperti anak burung yang baru belajar terbang daripada ibunya. Sebagai contoh, ibu

bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka


berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak
sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk semangat
kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan
anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyrakat yang harmoni.
Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka
negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam
mentadbir membangunkan negara ke arah kemajuan negara pada masa akan
datang. Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

Memetik wasitah nirmala seterusnya, minhaj (cara) untuk memupuk


semangat kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun
tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini kerana program
rukun

tetangga

berfungsi

sebagaiperisai

untuk

mengawal

keselamatan

kawasan perumahan terutama pada malam hari. Anggotanya membabitkan semua


pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga
keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga
akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia, agama dan status.
Secara ghalibnya (lazimnya), senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang
mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang
hakiki (sebenar). Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk
masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga
bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.

Meninjau

dari

skop

yang

lain,

langkah

yang

seterusnya

adalah

dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran


dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong
adalah seperti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk
kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan

dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan
seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat
digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka
tak cinta. Selepas mengenali hati budi antara satu sama lain barulah benih-benih
kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan di
samping dapat menerapkan pelbagai nilai murni. Tun Dr. Mahathir, Mantan
Perdana Menteri pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam
kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni
dalam diri. Bukan itu sahaja, kawasan kediaman juga akan menjadi bersih dan
terpelihara daripada penyakit demam denggi. Jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong
dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan majlismajlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat
membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam
kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan
khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih dekat.
Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat
berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang
disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah
terbuka

hendaklah

dijadikan

acara

tahunan.Maka,

dengan

adanya

pengimplimentasian program seperti Rumah Terbuka Kebangsaan bagi setiap


sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan
sayang-menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan, serumpun seperti
serai, seikat seperti sirih. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian dari Universiti
Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran program
Rumah Terbuka Kebangsaan dalam mewujudkan institusi kejiranan yang
kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek
kata, majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya


kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan
menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan
kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke
hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana
menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya,
namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha
kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang
tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh
jiran kita. Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang
dialami oleh jiran kita. Izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu
menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.

Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah


disimpulkan bahawa terdapat beberapa cara yang dapat dipraktikkan untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era
globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang
lain semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan
seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh. Oleh itu, kita perlu memupuk semangat kejiranan bermula daripada
sekarang. Cogan kata Jiran Sepakat Membawa Berkat perlu terus diamalkan
dalam kehidupan kita sehari-hari. Golongan remaja seharusnya menyuburkan
semangat kejiranan kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai
corak pemerintahan pada masa hadapan. Namun begitu, kita tidak seharusnya
meletakkan usaha ini pada bahu satu pihak kerana bertepuk sebelah tangan tak
akan berbunyi. Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi ibarat berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing untuk menghidupkan semangat kejiranan di negara
kita. Allah berfirman yang maksudnya, Wahai manusia, sesungguhnya Kami

menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan


menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenalmengenali. Semoga

Malaysia

perpaduan yang utuh dan kukuh.

menjadi

sebuah

negara

yang

mempunyai

Anda mungkin juga menyukai